Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,767
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

“Aa..aapa dia?.... kau tak nak? Kau baru cakap kat aku yang kau tak nak pergi hospital?” Soal Qayyum kembali, tiba-tiba perasaan tidak puas hati menguasai dirinya.

Indah hanya membeku disisinya tanpa suara. 

Sunyi. 

Wajah Qayyum disebelah sudah memerah menahan amarah.

“Kau tahu tak posisi kau sekarang kat mana? Kau kat dalam kereta aku tahu?. Aku ulang suara. Kau kat dalam kereta BMW aku yang mahal ni. Aku dengan baik hati dah bagi kau peluang untuk duduk dalam kereta aku.Ah….pembetulan, aku dah angkat kau yang berdarah-darah ni letak kau kat tempat duduk tu dan…kau…”

“Turunkan aku…”Sekali lagi bebelan Qayyum terhenti dengan jawapan ringkas Indah.

“What??” Soal Qayyum meminta kepastian, tangannya sudah melepaskan strering.

“Aku cakap turunkan aku”Tekan Indah kembali

“No way!!! bila aku cakap kita pergi hospital. We need to go to hospital. Faham?” Bentak Qayyum kembali.

“Siapa kau nak paksa aku?aku tak minta pun kau angkat aku!!” Situasi antara mereka semakin tegang.

“Apa masalah kau hah??!! Kau nak suruh aku biarkan kau mati kena gelek kat tengah jalan tu ke” Teriak Qayyum kembali, amarahnya sudah mencapai tahap maksima. Baginya wanita ini tidak tahu bersyukur walaupun telah dibantu.

“Yaaa!!!!! Kenapa kau tak biarkan aku mati kat situ je!!! Jerit Indah sambil diikuti tangisan yang kuat. Qayyum terdiam seketika melihat Indah menangis teresak-esak, nafasnya tersekat-sekat bergelut antara bernafas dan menangis.

Matanya terkebil-kebil beberapa ketika,situasi itu agak asing bagi dirinya. Rasa marah yang membuak-buak tadi hilang tanpa jejak. 

Tiba-tiba Qayyum diselubungi rasa bersalah yang amat menebal.

 Seolah-olah dia dapat merasakan perasaan Indah ketika itu.

Dia membiarkan Indah terus menangis teresak-esak disebelahnya.

Dia cuba untuk fokus pada pemanduannya yang kini lokasi tujuannya dia juga sudah tidak pasti. 

Setelah beberapa ketika tangisan Indah sudah semakin reda.

“Err minah, aku minta maaf tau, aku tak bermaksud nak buat kau menangis” perlahan sahaja kata-kata itu ditutur. 

Serentak itu juga kereta itu berhenti dan diparking dibahu jalan.

Signal ke kiri diberi tanda berhenti.

“Kau tunggu sini kejap, kejap je. Kau jangan pergi mana-mana” Tambah Qayyum lagi, Indah masih membisu melayan perasaannya.

Dia sudah tidak kisah dengan apa yang terjadi disekelilingnya. Matanya kembali berair dan tangisannya mula kedengaran lagi.

Kelihatan Qayyum dari kejauhan menjinjit sebuah beg putih berisi sesuatu.

Tidak lama kemudian dia masuk dan duduk kembali di tempat duduk pemandu.

Perlahan dia memakai sarung tangan plastik yang diambil dari plastik putih itu. Setelah itu dicapai tangan Indah yang berlumuran darah, dan dilap menggunakan wet tissue dengan cermat.

Setelah bersih dengan darah, dia mengambil ubat kuning dan di sapukan disekitar luka di tangan Indah.

Matanya memandang Indah yang masih lagi menangis, tiada tanda yang Indah menangis kerana luka di tangannya, Qayyum hanya mampu mengelengkan kepalanya.

Tidak lama kemudian kedua-dua telapak tangan Indah sudah berbalut kemas.

“Dah siap” Suara Qayyum memecahkan lamunan Indah.

Indah memandang kedua-dua tapak tangannya yang berbalut, kemudian dia alihkan pandangannya kearah Qayyum. 

Entah bila Qayyum membalut kedua-dua tangannya, dia juga tidak perasan. Dia senyum nipis ke arah Qayyum.

“Terima Kasih, aku hargai pertolongan kau, aku turun dulu” Jawapnya ringkas sambil tangan kanannya cuba membuka pintu kereta.

“Nanti dulu!!! ok macam ni, aku tau aku salah, aku tak akan paksa kau lagi, kau boleh duduk dalam kereta aku ni selama mana yang kau nak” Entah mengapa Qayyum terasa berat hati melepaskan wanita yang dipanggil minah itu sendirian dalam keadaan yang tidak stabil.

“Tak apa, aku tak nak susahkan kau, ni masalah aku. Terima kasih sebab ikhlas tolong aku” balas Indah pelahan.

“Dengar cakap aku, ya aku memang jahat, tapi sekurang-kurangnya kau pun tahu aku ni jahat mulut je. Aku tak pernah buat benda tak senonoh kat kau kan?” Soalan Qayyum itu dibalas dengan anggukkan lemah Indah.

“Jadi sementara kau sendiri tengah macam ni, duduk je dalam kereta aku sampai kau tahu nak pergi mana. Boleh?” Tambah Qayyum lagi cuba menyakinkan Indah.

“ Tapi aku nak pergi solat jumaat dulu, Bila kau dah tahu nak pergi mana, baru kau bagitahu aku. Aku janji aku hantar kau” Terang Qayyum lagi yakin itu keputusan terbaik. Wajahnya cuba dianggukan agar Indah bersetuju dengan cadangannya.

“Ok” Jawapan Indah itu benar-benar melegakan hatinya. Dia sendiri binggung dengan diri sendiri, kerana pertemuan mereka yang sebelum-sebelum ini hanyalah dilatari dengan pergaduhan dan dendam.

“Ok good, sekarang aku boleh pergi solat, kau duduk dalam kereta ok?”Tanya Qayyum lagi mencari kepastian. Lagaknya seolah-olah pertanyaan seorang ayah kepada anaknya.

Indah hanya membalas dengan anggukan lemah.

“Kau jangan bawak lari kereta aku pula tau”Penyataan Qayyum itu dibalas dengan jelingan tajam dari Indah.

“Ok..ok,tak, tak aku percaya kau. Lagipun hari ni hari Jumaat yang mulia takkan kau nak buat jahatkan” Qayyum mula fokus kepada pemanduannya kembali. 

Kali ini arah tujuannya jelas dan nyata. 

Moodnya juga telah kembali normal, malahan lebih kepada bahagia. Kenapa? Dia sendiri tidak pasti.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.