Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,639
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 32


Dia hanya memandang perkerja dihadapannya dengan pandangan yang kosong,sekali sekala matanya dikedip lambat.


Keadaan sekelilingnya terasa bergerak pelahan. Bibirnya bergerak ke atas kebawah bagai ingin meluahkan sesuatu tetapi gagal, tiada satu bunyi pun yang mampu keluar.


“Akak ok ke?”Soal pekerja dihadapannya.


Tanpa mengendah soalan pekerja itu, Indah berpaling dan melangkah pergi.Sulit baginya untuk melangkah,kakinya terasa berat tetapi dia terus memaksa dirinya untuk segera pergi dari situ, dia berharap ini semua hanyalah mimpi.


Dia akan segera terjaga dari mimpi itu dan kehidupannya takkan berubah, dia akan terus bahagia bersama Nazim serta anak yang bakal lahir ini.Tiada apa-apa yang berlaku. Ya betul itu sepatutnya, ini semua mimpi!!


“Indah..”tersentak Indah apabila mendengar namanya dipanggil, dia kenal suara itu,segera dia menoleh ke arah pemilik suara itu.


“Maira..?”bisiknya perlahan. Bingung Indah apabila melihat Maira melambai-lambai dari dalam sebuah kereta.


“Masuklah”segera Maira membuka pintu keretanya dari dalam, Indah yang dari tadi masih kebinggungan masuk dan terus melihat Maira.


“Apa kau buat kat sini?” Soal Indah, dia masih belum mahu melepaskan pandangannya dari wajah Maira.


Dia perlukan jawapan dari Maira. Sekarang.


Kemunculan Maira memang tidak disangka sudah berbulan lamanya sahabatnya itu tidak menghubunginya, entah apa masalah dia sendiri tidak tahu.


“Sama macam kau,aku mencari kebenaran” ringkas jawapan Maira, tetapi apa yang menganggu Indah ada nada sinis disitu, kereta mula dipandu perlahan oleh Maira. 


Kemana arah tuju mereka, Indah juga tidak pasti.


“Maksudnya kau dah tahu?” soal Indah inginkan kepastian.


“Ya aku dah lama tahu,kau je yang bodoh tak tahu apa-apa” kata-kata Maira itu bagaikan sembilu yang menusuk tangkai hatinya entah untuk kali ke berapa, apa maksud Maira? Adakah dia tahu Nazim dan Wafaa mempunyai hubungan? Lama? Apa maksudnya sudah lama tahu?Apa Maira telah tahu perkara ini sebelum dia dan Nazim berkahwin?Dia cuba mencari jawapan dari kata-kata Maira.


“Jadi kau dah tahu tentang hal ni lebih awal? Sebelum aku kahwin lagi?”soal Indah meminta kepastian.


“Yup...”Jawapan pendek dari Maira benar-benar mencabar kesabarannya


“Kenapa?kenapa tak bagi tahu aku awal-awal, Maira?” suaranya bagai gagal ditahan jelas dia cuba untuk bersabar dengan mengetap giginya.

Wajah Maira ditatap tajam. 


Kenapa wanita yang dianggap sahabat berkelakuan begini? Tidak ubah bagai duri dalam daging.


“Saja..sebab aku nak tengok kau menderita” mudah jawapan Maira, wajahnya hanya tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.


“Kenapa!!!kenapa?? apa dosa aku pada kau? Kenapa? Jawaplah” tengking Indah ,suaranya sudah bergema di dalam kereta itu, dia gagal mengawal kemarahannya, air matanya sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi.


“Sebab aku cintakan Nazim, kau rampas dia dari aku!!! ya kau!!,perempuan tak malu yang berlagak baik, berlagak suci. Dari awal aku kawan dengan kau pun sebab aku nak rapat dengan Nazim tapi Nazim tu bodoh sebab terpikat dengan kau. Sekarang padan dengan muka kau, sebab perempuan bodoh lagi satu tu tengah berjoli sakan dengan laki kau. So lepas ni aku akan pastikan kau dua orang takkan dapat Nazim tu” Indah benar-benar tersentak dengan penjelasan dari Maira, tak tahu bagaimana untuk dia menerima semua hakikat ini.


“Sampai hati kau kan” bersusah payah dia mengeluarkan kata-kata itu, dia tahu manusia seperti Maira memang wujud tapi dia tidak menyangka kalau manusia seperti itu salah seorangnya adalah orang yang dianggap sahabat baik.Penuh dengan hasad dan dengki.


“Sekurang-kurangnya aku tak munafik macam Wafaa,pura-pura jadi bestfriend kau, jijikkan,munafik!!!” kata-kata Maira itu seoalah-olah makin mencurahkan minyak ke dalam api yang panas.


“Berhenti..”


“Kenapa pula, biarlah aku hantar kau balik, kesian pula aku tengok kau tengah sarat macam tu, lagipun tu anak Nazim jugakan” ujur Maira sambil cuba mengusap-gusap perutnya tapi segera ditepis oleh Indah


“Aku cakap berhenti!!!berhentilah!!!, jerit Indah , dia sudah gagal mengawal dirinya , semua yang berlaku sudah keterlaluan untuk dia menerimanya. Serentak itu juga kereta Maira berhenti. Segera Indah membuka pintu kereta dan keluar.


“Aku tak sangka persahabatan yang kita bina dengan keikhlasan, berakhir hanya kerana seorang lelaki, aku doakan kau bahagia, terima kasih Maira” ujur Indah sebelum melangkah pergi, air matanya sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi. 


Segera dihempas pintu kereta itu,serentak itu Maira segera memecut laju hilang dari pandangannya.


Kakinya terasa lemah selemah-lemahnya, perlahan-lahan dia terjelopok di gigi jalan, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, dia menangis semahu-mahunya.


************************************************************************************


“Lah tak boleh datang pulak?mama ni, dah janji-janji tak jadi datang pula.

Yelah nanti jumpa kat rumah” segera telefonnya dimatikan, kesal rasanya kerana menurut kemahuan mama untuk lunch bersama.


Kalau dia tahu ini akan terjadi lebih baik dia lunch di cafenya sahaja,lebih selesa dan lebih banyak kerja yang dapat dia selesaikan. Qayyum bersedia untuk bangun sebelum seseorang menyapanya.


Dia kaku apabila wanita itu sudah duduk dihadapannya, sejujurnya dia memang tidak suka situasi ini,dia tahu ni semua kerja mama dan ayah. Pasti. 


Dia mengeluh kecil lalu mencapai kopi dihadapannya. Seolah -olah tiada siapa dihadapannya dia menghirup kopi itu sambil memandang keluar.


“Qayyum sihat?” soal wanita itu.Senyap, tiada balasan dari Qayyum.


“Qayyum,ibu minta maaf sayang” wanita yang membahasakan dirinya ibu itu cuba meraih tangan Qayyum yang diletakkan di atas meja.

Serentak itu juga Qayyum menarik tangannya lalu segera bangun. Wanita itu kelihatan kecewa namun dia tidak berputus asa. 


Segera dia bangun dan mengikuti langkah Qayyum. Qayyum berhenti dan berpaling memandang wanita itu. Dia tersenyum memandang Qayyum.


“Kalau nak minta maaf, saya dah maafkan. Sekarang teruskan hidup puan macam biasa, jangan kacau saya lagi” kata-kata Qayyum itu mematikan niatnya untuk terus mengikuti Qayyum, dia hanya memandang Qayyum dari jauh dan terus menghilang.


Setelah pasti wanita itu tidak mengikutinya lagi segera Qayyum mendail nombor mamanya , namun talian tidak bersambung. Ya betul tanggapannya mama dan ayah bersubahat untuk mempertemukan dia dan wanita itu dan pastinya mastermind dibalik semua ini adalah ayah!.


Sambil membebel-bebel sendiri dari kejauhan dia melihat seseorang yang sangat dia kenali,manakan tidak wanita itulah yang difikirnya setiap saat.


“Indah??”segera dia berlari ke arah susuk wanita itu, walaupun dia sendiri tidak pasti benar ataupun tidak itu adalah Indah.



Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.