Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,819
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13
“Adik, kenapa dengan muka adik ni?” gelisah sekali wanita itu, apabila direnung wajah sugul dihadapannya. Sesekali digaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kenapa?” matanya yang tadi malap kini terbuka besar. Terperanjat Indah dengan kata-kata mak andam tersebut. Segera jari jemari kecilnya membelek wajah mencari kebenaran.

“Muka adik nampak macam bengkak, baru lepas menangis ke?” Soalnya lagi keliru sambil melihat pantulan wajah Indah di dalam cermin dihadapan mereka.

“Teruk sangat ke akak?” Gelabah Indah di buatnya sehinggakan berkerut-kerut wajahnya.

“Haahlah, payah nak cover ni dik oi” Balas mak andam itu kembali sambil berfikir bagaimana untuk menata wajah dihadapannya ini agar tidak kelihatan seperti wajah orang mati laki. Nafasnya dihela kesal.

“Semalam saya tak dapat tidurlah akak”. Kesal Indah dengan dirinya yang terlalu banyak fikir, hari ni hari bahagia dia, sewajarnya dia tampil sesegar yang mungkin.

“Adik, orang nak kahwin hari ni patut, pukul 8 malam dah tidur tahu” Jelas mak andam itu sambil mengeluarkan alat keperluan make upnya dari kotak hitam yang dibawanya.

“Kenapa tak tidur?risau ke?happy sangat?” Celah Wafaa yang dari tadi mendiamkan diri.

“Aku tak taulah apa yang serabut sangat. Hati aku tak sedap” balas Indah, sambil menghelakan nafasnya. Dipusingnya cincin dijari pelahan-lahan. Ada yang menganggu fikirannya, sehingga sukar diluahkan.

“Dahlah kau ni banyak sangat pikir, kesian kakak mak andam ni nak adjust muka kau tu” Perlahan tangan Wafaa menepuk bahu Indah menenangkan sahabat baiknya itu. Dalam pada itu, matanya tak lepas memandang jam di dinding. Kelibat seseorang masih dinanti.

“Yeker aku banyak fikir?. Habis nak buat macam mana , di luar kawalan. Maira ni mana, tak kan dia tak datang?” rupanya Indah juga menunggu kelibat Maira, mereka bertiga pernah berjanji akan menjadi bridesmaid tak kira siapa yang akan kahwin dahulu.

“Aku dah mesej dia, tapi tak balas pun” balas Wafaa turut gelisah. Sejurus kemudian bunyi deringan telefon kedengaran membuatkan Wafaa kelam kabut mengeluarkan isi perut hand bagnya yang mengandungi pelbagai khazanah itu. Lagu korea Haru-Haru dendangan kumpulan terkenal Big Bang bergema diseluruh pelusuk bilik.

“Korea betul minah ni” bisik Indah sambil tersenggih melihat gelagat Wafaa.

“Hello, Maira kenapa kau tak sampai lagi? Sikit lagi Indah nak nikah dah ni” Soal Wafaa tercungap-cungap akibat mencari telefon tadi.

“Aku tak boleh datang, bagi tahu Indah” jawapan Maira menyentak Wafaa. Matanya memandang kearah Indah yang sedang leka di make up.

“Ka… kau apa?” Soal Wafaa kembali meminta kepastian.

“Aku tak boleh datang” Pendek dan dingin sahaja jawapan yang diberi Maira

“Kenapa? Kau gila?ni majlis Indah kot, kawan kita, kawan kau!” suara Wafaa hampir sahaja meninggi , perlahan dia bergerak jauh daripada Indah. Bimbang Indah menangkap butir pebualan mereka.

“Kau bagi tahu Indah apa-apa je,pandai-pandai kau, tapi aku tak datang” Maira kembali membalas, juga dalam keadaan dingin membuatkan Wafaa kehilangan kata-kata. Baginya sahabatnya seorang ini semakin hari semakin pelik, dan semakin jauh.

“Ridiculous betullah, siapa yang nak jadi pengapit dia nanti. Dia nak kita ada masa majlis nanti. Kita kan best friend dia” bentak Wafaa dalam keadaan separa berbisik, bimbang didengari Indah.

“Kau ni bisinglah!!!. Adalah sebab kenapa aku tak dapat datang.ok bye.” Telefon diletak tanpa sempat Wafaa membalas kata-kata Maira. Hatinya terasa sakit, digigit bibirnya sambil didalam kepalanya berfikir bagaimana caranya memberitahu Indah. Jika dia Indah pasti dia sedih.

“Kenapa Wafaa?” Soal Indah yang sedang menutup matanya, agar memudahkan mak andam menjalankan tugasnya.

“Maira tak dapat datang” perlahan sahaja jawapan Wafaa antara dengar tak dengar.

“Apa? Kenapa?” balas Indah pelik. Dalam kepalanya berputar pelbagai pertanyaan. Kenapa?. Mengapa?.

“a..aku pun tak pastilah Indah, dia kata tak dapat datang.” Jawapan Wafaa itu menyebabkan Indah mengerutkan wajahnya sehingga ditegur oleh mak andam.

“Peliklah Maira ni semenjak dua menjak ni, kau perasaan tak?” soal Indah

“Aku perasaan juga”

“Tak pelah, janji kau ada, tu pun dah cukup.” Sengih Indah kemudiannya melegakan hati Wafaa, walaupun dia sedikit kesal dengan perangai Maira.

***************************************************************************

Rumah banglo dua tingkat diatas bukit itu meriah sekali sejak dari pagi tadi. Kelihatan kelibat saudara mara yang berpakaian sedondon berwarna biru tua memenuhi ruangan dalam rumah dan sehingga ke halaman rumah dibawah khemah.

Sesekali kedengaran gelak tawa mereka. Hari ini hari yang bahagia buat Puan Irmani dan Encik Farid kerana sebentar lagi satu-satunya anak gadis kesayangan mereka akan diijab kablukan.

Jika dilihat dari pintu masuk rumah itu, sudah cantik dihias dan dipenuhi dengan bunga-bunga rose putih dan juga merah jambu. Kelihatan juga pelamin bertema putih merah jambu sudah siap dihias dan sedia untuk digunakan bagi majlis pagi ini.

Sebuah kereta merah metallic kelihatan diparking tidak jauh dari pada pagar rumah banglo itu.

Perlahan-lahan seorang pemuda dengan busana baju melayu melangkah keluar. Tangan kirinya memeluk sebuah kotak besar yang dibalut cantik dengan pembalut hadiah bercorak bunga-bunga manakala tangan kirinya membetulkan cermin mata hitam yang di pakainya. Nampak Segak.

Terasa kekok sekali, kakinya berat untuk melangkah. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia berpatah balik.

Tapi mengenangkan wajah bengis Fatah di batalkan hasrat tersebut. Di renung lama pintu pagar yang terbuka luas itu. Dalam hatinya berkira-kira, melangkah atau tidak.

Entah kenapa hatinya merasa kurang enak. Setelah dipikir-pikir akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang. Pantas tubuhnya dipusing kembali ke kereta, serentak itu juga suatu suara membantutkan niatnya itu.

“Anak cari siapa? Kenapa tercegat sahaja disitu, marilah masuk”Encik Farid menegur anak muda dihadapannya itu. Sejak tadi di perhatikan anak muda itu terjenguk-jenguk. Segera sahaja kakinya melangkah mendapatkan pemuda itu.

“ Err….emm..pakcik…saya…emm cari Fatah cik” Balas Qayyum tergagap-gagap menyusun kata. Perlahan tubuhnya dipusing kembali menghadap rumah banglo tersebut.

“Oooh kawan Fatah rupanya, mari masuk, kenapa nak malu-malu. Kamu ni” Balas Encik Farid menepuk-nepuk bahu Qayyum. Tersengih-sengih Qayyum dibuatnya.

“Tak apalah pakcik, saya kesini nak hantar hadiah ni sahaja”

“Ish mana boleh macam tu, makanlah dulu, sikit lagi majlis akad nikah nak mula dah”balas Encik Farid kembali.

“Tapi…” Qayyum kehilangan kata-kata, apabila dari kejauhan Fatah datang sambil melambai-lambai kearahnya.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.