Bab 8
Bunyi
piano alunan musik your voice nyayian
Ai Kawashima, memecahkan kesunyian Café yang agak klasik reka bentuknya itu.
Sesuai
dengan jiwa yang memenuhi ruangan tersebut. Santai. Namun kelihatan seorang
pelayan berpeluh-peluh sambil memandang kearah seorang lelaki.
“Kenapa
tak ada?” Soal Qayyum serius.
Matanya
merenung tepat pada wajah perempuan dihadapannya itu. Kulit muka perempuan itu
seolah-olah berubah warna, andai kata ditoreh pisau kemungkinan tiada setitik
darah pun yang keluar.
“Maafkan
saya encik, apa yang encik pesan tu memang tak ada” perlahan sahaja jawapan yang
diberikan. Tangan kanannya kelihatan meramas-ramas apron putih yang dipakai
bagai cuba memindahkan rasa.
“saya
tak kira, saya hendak juga. Ada atau tiada itu bukan masalah saya. Benda tu dah
tulis dalam menu, maksudnya ada” jarinya mengetuk-getuk meja, seolah-olah
meminta kepastian.
“Tapi
encik, stok Chocolate memang tak ada sekarang. Encik nak cuba menu yang lain
tak?” suaranya cuba dimaniskan, perempuan itu cuba mengingat kembali
pesanan-pesanan bosnya dalam menghadapi pelangan sebegini.
“Kalau
tak ada, belilah. Apa yang saya tahu, saya nak minuman tu. Susah sangat ke?” Nada
suara Qayyum yang semakin tinggi menyebabkan perempuan itu tersentak, badannya
bagaikan tertarik kebelakang.
“Ma…maafkan
saya encik, esok baru stoknya sampai”
“Saya
nak hari ini, bukan esok. Panggil manager
awak sekarang” bentak Qayyum.
Dari
jauh kelihatan seseorang memerhatikan adegan yang dicipta Qayyum. Perempuan berjubah
dan bertudung hitam itu mendekati mereka perlahan-lahan. Cermin mata hitam yang
menutupi mata bundarnya diturunkan.
“Encik…maaflah
kalau saya menyampuk ya,rasanya tak elok encik layan adik ni macam itu”
suaranya cuba dilembutkan semampu mungkin.
“Eh,
awak siapa? Manager ke kat sini, saya tak nampak awak macam manager kat sini”
“Saya
bukan manager, tapi saya ni menegur
atas dasar kemanusiaan” perempuan itu semakin mendekati meja mereka.
“Kemanusiaan?
Ada ke saya pukul dia? Saya rasa saya layan dia ok saja” kali ini Qayyum
berdiri, hatinya tiba-tiba menjadi panas bila perempuan itu menyebut tentang
kemanusiaan. Seolah-olah dia manusia yang kejam.
“Encik
marah dia depan semua customer, saya
rasa itu tak elok” jelas perempuan berjubah itu lagi, tetap tenang walaupun
wajah Qayyum seolah-olah mahu memakannya. Mata Qayyum merenung wajah perempuan
didepannya lama, seolah-olah cuba mengingati sesuatu.
“Aku
rasa aku kenal kau ni…kau perempuan yang kat hospital tu kan?” herdik Qayyum
kuat sambil jari telunjuknya menunjuk kearah wajah perempuan itu. Kelihatan perempuan
itu hanya tersenyum sinis.
“Budi
bahasa awak, dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubahkan encik
Mamat. Menyakitkan mata saya sahaja macam jerebu ” provok Indah lagi, kali ini
cermin mata yang dibuka tadi dipakai semula.
“Kau!!!....apa
masalah kau dengan aku ha?. Lagi satu nama aku bukan Mamat ya!” teriak Qayyum
seolah-olah gagal mengawal kemarahan dalam dirinya. Bunyi piano semakin kuat
sehingga membinggitkan telinga Qayyum menambahkan hangat dihatinya.
“Hei
boleh diam tak?” teriak Qayyum lagi sambil memandang kearah lelaki yang sedang
bermain piano itu.
Bunyi piano itu berhenti dengan tiba-tiba.
Serentak
dengan itu lelaki tersebut bangun dan berjalan ke arah mereka.
“Maafkan
saya encik, ada apa-apa masalah ke?” Soal lelaki itu lembut kepada Qayyum.
“Kau
ni siapa pula?”
“Saya
pemilik café ni" jelas lelaki tersebut sambil tersenyum.
"Boleh saya bantu
encik?" Soalnya kembali.
Qayyum
terdiam.
“Mesti
tentang Chocolate tadi kan, saya rasa elok encik datang balik esok, saya akan
buatkan encik hot Chocolate yang
paling sedap” senyum lelaki itu sinis.
“Korang
semua ni dah gila” teriak Qayyum, dengan wajahnya yang merah padam menahan rasa marah dan malu.
Dengan
laju dia segera meninggalkan café tersebut.
Dalam
hatinya memaki hamun ketiga-tiga makhluk Allah itu.
Indah
berpandangan antara lelaki tersebut dan perempuan pelayan yang ada
dihadapannya.
“Maafkan
saya ya cik, kadang-kadang kita memang akan terima pelangan macam tu. Maaf sebab
menganggu ketenangan cik. Hari ni, coffee
cik adik yang manis ni, saya belanja” jelas lelaki yang mengaku dirinya pemilik café
tersebut. Perlahan dia meninggalkan Indah terpinga-pinga.
Kelihatan
pelayan tadi tersenyum lega.
****************************************************************************************
Suasana
di Libro Café agak tenang petang ini. Pelangan pun tidak seramai selalu.
Hot
Chocolate itu diteguk pelahan. Qayyum menarik nafas dalam-dalam.
Kelihatan
Fatah tergelak-gelak di atas sofa merah menyala itu. Cerita Qayyum tadi memang
benar-benar mengelikan hatinya. Hampir terjatuh dia dari sofa tersebut.
“Yang
kau pergi buat onar kat café orang tu kenapa?” soal Fatah kepada Qayyum, yang
menahan marah dihadapannya.
“Kau
ni nak tenangkan aku ke,makin nak naikkan darah aku?” marah Qayyum kembali. Baginya
perangai Fatah sama sahaja dengan perempuan bercermin mata hitam yang ditemui
tadi.
“Betul
apa aku cakap. Dah jelas memang salah kau kan, tak kan aku nak sebelahkan kau. Aku
ni kawan yang baik. Sebab tu kalau kau salah aku tegur” nyata Fatah sambil
mendabik dadanya.
“Ya
aku paham, aku tahu aku salah” keluh Qayyum.
“Lain
kali jangan buat café orang macam café sendiri. Kau kan ada café sendiri. Kat sini
kau nak minum apa, minumlah banyak-banyak. Lagi satu kalau ada masalah janganlah
marah orang yang tak bersalah” leter Fatah lagi. Tak ubah seperti nenek pada pandangan
Qayyum.
“kau
tak dengar ke, kan aku dah minta maaf”
“Minta
maaf dengan aku buat apa? Bukan kau buat salah dengan aku” tanya Fatah lagi.
“Yang
aku tak paham kenapa aku kena jumpa minah tu?. Dia panggil aku Mamat dari kat hospital lagi. Tak puas hati betul aku” entah kenapa dihadapannya bagaikan
wayang, seolah-olah mengulang tayang semula pertengkaran antara dia dan juga
perempuan berkaca mata hitam itu.
“Tu
namanya jodoh, tidak ke mana. Faham?”
“Aku
tak rasa tu jodoh. Perempuan tu memang cari hal dengan aku. Tengoklah apa nasib
dia, kalau aku jumpa dia lagi nanti” nyata Qayyum seolah-olah menahan geram. Sekali
lagi wajah perempuan berkaca mata itu muncul. Kali ini seoalah-olah sedang
menari mengejeknya.
“Dah
cepat cerita apa masalah kau, aku datang sini redah jem, sebab nak dengar
masalah kau tu lah” suara Fatah sekali lagi mematikan lamunan Qayyum.