Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,765
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 26

“ Huf…huf…huf” tercungap-cungap nafasnya. Sedaya upaya dia cuba untuk kembali bernafas secara normal.

Kedua-dua tangannya mencekak pinggang, dan postur tubuhnya dibengkokkan kebawah tanda kepenatan melampau.

Matanya melirik kepada jam dipegelanggan tangannya. Tepat pukul 12.30 tengah hari.

‘Orang gila je yang jogging tengah-tengah panas macam ni’ bisik hatinya sambil dia tertawa sendiri.

Topi adidas conavy dikepalanya dibuka, sambil tangan sebelah lagi mengosok-gosok ubun kepalanya yang berpeluh itu.

Dia melangkah menuju kesebuah bangku tidak jauh dari situ. Terasa hendak pitam rasanya. Dia cuba untuk bertenang.

“Calm down…calm down…calm down” bisiknya perlahan sambil mengurut-gurut dadanya.

Dia cuba untuk fokuskan dirinya pada lagu-lagu yang diputarkan dari online radio yang dipasang dari awal tadi. Irama rock kapak mula memenuhi ruangan pedengarannya.

Petikan gitar yang sangat sentimental mula kedengaran diikuti dengan suara mendayu penyanyi lelaki itu.

Harapan hatiku ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara
Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih…..

‘haiiiiiissssshhhh, lagu ni nak perli aku ke apa’ bentaknya sambil merentap earphone yang dipakai dari tadi, lalu membuangnya ke tanah.

Dia ketawa sekali lagi.

Entah apa yang tidak kena dengan dirinya.

Semenjak dia berpisah dengan Indah malam semalam, semuanya bagai tidak kena. Fikirannya beserabut, puas dia cuba untuk bertenang.

“Kau nak fikir minah tu buat apa lagi, dia tu dah jadi bini orang. Kau dah gila ke apa!!!” bentak Qayyum kuat.

Sepasang kekasih yang duduk tidak jauh kelihatan teperanjat dan dengan segera bergegas pergi dari situ .

Bimbang akan keselamatan mereka, kerana sejak tadi Qayyum hanya bercakap seorang diri.

“Kenapa aku jadi macam ni, dia tu musuh aku kot, kenapa aku nak kena fikir pasal dia!!” bentaknya lagi sambil kali ini menendang batu besar yang ada dihadapan tempat duduknya.

Melihat keadaan itu , pasangan kekasih yang tadinya hanya berjalan untuk pergi jauh dari Qayyum sudah berlari selaju yang mungkin kerana ketakutan.

“Arggggghhhhh….sakit” teriak Qayyum sambil tertunduk-tunduk memenggang kakinya.

“Sah…aku dah gila” bisiknya lagi, sambil melepaskan keluhan berat.


********************************************************************************************


“Eh Indah, mana ada apa-apa” balas Fattah dengan segera membetulkan kedudukannya yang agak memalukan tadi.

“Along dengan angah ok ke ni? Kenapa diri macam tu” Tanya Nazim sambil memandang mereka berdua kepelikan.

“Kita orang oklah, hahahaha” gelak Fikri sambil cuba mengawal ekspresi wajahnya yang teperanjat itu.

“Jadi apa yang along dengan angah buat kat sini?” Soal Indah pelik dan masih tidak berpuas hati dengan jawapan adik beradiknya itu. Bagi Indah ada sesuatu yang mencurigakan yang mereka cuba sembunyikan.

“Diaorang ni, kak Indah tengah menginta…..”belum sempat Firman menghabiskan kata-katanya , mulutnya sudah ditutup rapat oleh tangan Fikri.

“Tengah buat apa?”soal Indah kembali, sedang Firman dan Fitri sudah mula begelut sesama mereka diatas lantai. Shena dan Nazim terkesima melihat pergelutan tersebut.

“Tak ada buat apa, Firman ni suka buat cerita, eh korang ni ada hal apa duduk dalam bilik ni” sedaya upaya Fattah cuba untuk memastikan bahawa rahsia mereka tidak pecah begitu sahaja ditangan Firman.

Dia cuba untuk mengubah perhatian dan perbualan mereka ke arah topik perbualan yang lain atau dengan lebih tepat lagi cuba untuk mencungkil rahsia.

“Kami saja je bincang-bincang kat dalam bilik ni” jawab Nazim sambil mengaru-garu kepala. Kalau boleh dia tidak mahu masalah rumah tangan mereka sampai kepengetahuan orang lain.

Selagi dia boleh selesaikan , dia akan cuba pelbagai cara.

“Betul ni?, jangan tipu along ok?” soal Fattah, kerana dia masih mencurigai Indah dan Nazim. Seperti ada yang cuba mereka sorokan.

“Betul along , jangan risau ya” segera Indah memeluk lengan Fattah sekuat hatinya, agar Fattah mempercayai mereka. Indah berpandangan sama dengan Nazim , selagi ia berkaitan dengan rumah tangga dia perlu rahsiakan semampu yang boleh.

Fattah hanya mampu melihat Indah yang berada disisinya. Hatinya kuat mengatakan ada yang tidak kena.

“Arghhhh to…long…” teriak Firman yang masih bergelut. Tangannya terkapai-kapai meminta simpati

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.