Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,816
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Bab 11

Beberapa orang pelayan Libro café kelihatan berkumpul dihadapan kaunter bayaran bagaikan semut menghurung gula. Suasana yang terjadi ketika ini bagaikan gossip sensasi malahan sukar ditafsir mereka.

“Pelik betul dia ada kat café time-time macam ni” soal Amin yang sudah berkerja di Libro café sejak café itu dibuka. Baginya melihat Qayyum, bossnya datang ke café seawal ini adalah perkara yang jarang-jarang berlaku.

“Apa yang kau nak pelik, dah memang Encik Qayyum tu manusia rare, lagipun ni café dia suka hati dialah nak datang petang ke, subuh ke, tak nak datang ke. Janji gaji kita dia bayar cukup sudahlah” bentak Nini pula. Dia merasa rimas apabila rakan-rakannya berkumpul dikaunter itu, silap hari bulan boleh jadi ribut taufan dalam café yang aman permai itu jika Encik Qayyum lihat mereka berkumpul.

“Ish aku tanya je, yang kau membebel balik kat aku dah kenapa. Aku pelik je dah lah tersengih-sengih macam orang tak betul. Lepas tu siap ucap good morning kat aku tadi.”

“Dah kalau dia ucap good morning kat kau, kau tertawan kat dia ke?eh kau ni sejak bila tukar selera” seloroh Bahrain yang sejak tadi diam tiba-tiba menyampuk. Dengan pantas juga tangan Amin menampar belakang kepala Bahrain, sehingga tertolak sedikit kehadapan.

“Kau dah kenapa, aku bukan gay tahu, nabi tak mengaku umat woi”

“Banyak cakaplah kau ni, dah pergi hantar hot chocolate ni kat dia, karang dia marah kau juga yang sasau.” Kali ini Salmi, pengurus Libro café yang juga orang kanan dan kepercayaan Qayyum keluar daripada ruang dapur sambil membawa hot chocolate yang masih panas itu. Amin akur lalu mencapai dulang dari tangan Salmi, melangkah ke arah bossnya yang duduk dipenjuru café masih tersengih seorang diri menghadap keluar tingkap

‘Memang tak betul dia ni’, bisik hati kecil Amin sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Qayyum masih belum berhenti senyum.Masih jelas dihadapannya bagaimana wajah wanita berkulit kuning langsat itu bertukar merona kemerahan menahan marah.

Entah kenapa semakin marah wanita itu semakin dia bahagia.

Dia masih lagi tersengih sendirian disulami siulan dibibir.

Penderitaan wanita yang dia sendiri tidak tahu namanya itu adalah kebahagiaan baginya. Rasa bahagia dan puas itu benar-benar membuatkan moodnya berbunga semenjak semalam dan terbawa sehingga ke hari ini.

‘Itu balasan untuk kau sebab masuk campur hal aku minah sengget’ bisik dia lagi, hatinya sakit apabila teringat pertemuan-pertemuan mereka yang lalu.

“Encik Qayyum ni hot chocolate encik”, suara Amin memecahkan lamunannya.

“Terima kasih Amin”. balas Qayyum sambil tersenyum menyebabkan Amin makin pelik kerana jarang-jarang Qayyum sebaik itu.

‘Sah dia ni memang dah tak betul’bisik hati Amin lalu berlalu pergi, sambil menyapa tetamu yang baru datang. Perlahan tetamu itu melangkah menuju ke meja tempat Qayyum menikmati minuman

“Bagi saya green tea vanilla ya” sempat juga dia bebisik ke telinga Amin, sambil dibalas anggukan darinya.

“Aik bahagia aku tengok kau hari ni?” aura kebahagiaan Qayyum bagaikan dapat dirasa oleh Fatah

“Eh macam mana kau tahu aku kat sini? Lagi satu tak boleh ke kalau aku happy sikit? Takkan 24 jam aku nak sedih” Tawa Qayyum sambil meminta Fatah duduk

“Aku lalu depan ni tadi nampak kereta kau ada, aku singgah sekejap. Yelah selalu kalau aku datang kedai kau ni, aura dia hitam je, ni macam ada bunga-bunga disana sini pula”

“Kau ingat aku ni apa? Mat bunga ke? Aku memang happy hari ni, kau nak minum apa order je, tak payah bayar”

“Tak payah bayar? Ya Allah untungnya kawan dengan tokey kedai, hari-hari tak payah bayar.Kau ni kenapa sebenarnya?” Soal Fatah yang kebingungan melihat Qayyum dari tadi tersengih-sengih sendiri. Keadaan ini jarang berlaku pada Qayyum. Dia pelik.

“Kau tak suka ke tengok aku happy?”

“Aku happy, tapi aku peliklah, tersengih sana, tersengih sini”

“Aku dapat kenakan minah sengget tu” riak wajahnya masih tidak lekang dengan senyuman.

“Kau kenakan dia?macam mana?” semakin teruja Fatah ingin mendengar cerita sebenar.

“Adalah malas aku nak cerita.”

“Tengok macam ni lah kawan bro. bila kau sedih sibuk cari aku kan, bila kau happy sikit pun tak nak cerita”

“Ala merajuk pula, come on lah kau bukan perempuan, nanti-nantilah aku cerita, sekarang ni aku nak tahu kenapa kau datang ni?”

“Yelah, aku nak bagi kad ni kat kau” balas Fatah sambil menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih kepada Qayyum.

“Eh kau nak kahwin ke?dengan siapa? kenapa aku tak tau?” kad itu disambut Qayyum dengan seribu persoalan.

“Boleh tak kau tengok dulu kad tu.” Mata Fatah memerhati Qayyum dengan geram.

“Indah Kalela Binti Farid? Adik kau ke ni?” wajah Qayyum berkerut, nama yang disebutnya itu seperti pernah didengar, tapi sel-sel otaknya gagal berhubung untuk mengingat sebarang memori berkaitan dengan nama itu.

“Tulah kau family aku pun kau tak kenal.Mana nak kenal kalau dah kau asyik busy je.”

“Janganlah marah, tak tau pula aku kau ada adik perempuan”

“Kalau kau tahu kenapa?”

“Yelah bolehlah aku jadi adik ipar kau”. Qayyum tergelak besar.

“Adik ipar aku? Macam ni? Lupakanlah” balas Fatah sambil tangannya bergerak atas ke bawah menunjuk tubuh Qayyum dengan muka tidak puas hati.

“Dah kenapa pula kau merendah-rendahkan aku ya. Kiranya adik kau ni langkah bendullah eh?”

“Kau tu emosi tak menentu, mat jiwang, kesian adik aku kalau kahwin dengan kau.Biarlah dah jodoh dia,kalau dia bahagia aku pun bahagia. Dia jelah satu- satunya adik perempuan yang aku ada”

“Ya aku paham tu, tapi satu je ke adik perempuan kau?”

“Kenapa?kalau ada yang lain pun aku tak akan perkenalkan pada kaulah”

“Kau memang kedekutkan, tapi aku tak pastilah boleh datang ke tak ni, nanti aku inform kau”

“Janganlah tak datang” Marah Fatah diikuti derai ketawa Qayyum

“Aku takut aku kena pergi Sabah time ni” matanya cuba dikecilkan, cuba meminta belas ehsan Fatah.

“Yelah suka hati kaulah, kalau boleh datang, datanglah, bila lagi kau nak kenal keluarga aku”

“Ya aku paham” balas Qayyum pendek, tanpa mereka sedari Amin datang membawa pesanan Fatah. Entah kenapa jiwa Qayyum bagaikan tidak keruan. Siapa Indah Kalela, kenapa dia rasa nama itu begitu dekat dihatinya. Keliru.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.