Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,829
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Kilat sambung menyambung, hujan turun dengan lebat seperti tidak mahu berhenti.

Kereta merah metallic itu meluncur laju dalam kegelapan malam.

 Beberapa kali break ditekan tanpa sebab. 

Air matanya meluncur laju, selaju hujan yang turun mencurah. Sekali lagi break itu ditekan mengejut, sendunya tenggelam dalam deras hujan.

Streering dipusing kekiri sedikit diikuti dengan tekanan break yang lebih kuat dari tadi sehingga menyebab kereta itu tersentak dan terhenti di laluan kecemasan. 

Kelihatan lampu kecemasan dihidupkan tiba-tiba. Berkedip-kedip.

“Arghhhhhhh…..” dia menjerit kuat diselang-seli sendu, tangannya dihentakkan berkali-kali ke streering.

“Kenapa??????? kenapa???....”Jeritnya lagi. Wajah wanita itu muncul kembali. 

Mata bundar wanita itu menghantuinya. Kejadian petang tadi menjelma kembali bagai wayang dihadapannya.

Wanita berjubah serba hitam bertudung merah terang itu menghampirinya, memegang bahunya, tersenyum padanya.

“Qayyum…” suara wanita itu menusuk jiwanya. Dia diam membeku.

 Perasaannya bercampur baur. Tangan yang tadinya sedang ingin membuka pintu kereta terbantut.

 Nafasnya ditarik dalam, wajahnya dipaling kearah lain.

“Sebenci itu ke Qayyum? Nak tengok muka pun tak mahu?” soal wanita itu lagi apabila panggilannya dilayan dingin.

“Awak salah orang..” balas Qayyum perlahan. Dipandang kembali wajah wanita itu.

“Jangan macam ni. Kita berbual sekejap?” wanita itu memegang lengan Qayyum perlahan. 

Mata bundarnya itu dipandang tepat ke wajah Qayyum. Wajah yang selama ini dirindui.

“Saya dah cakap tadi,awak salah orang” tegas Qayyum sambil melepaskan tangan wanita itu dari lengannya kasar.

“Qayyum tak rindu ibu ke?” mata wanita didepannya itu sudah begenang air mata. Hanya menanti masa untuk jatuh berjurai.

“Saya tak ada ibu,maafkan saya. Awak salah orang” kali ini wajahnya dipaling jauh dari wanita itu, dadanya terasa sakit, kepedihan semalam seperti datang kembali. 

Bertahun-tahun dia cuba kuburkan segala rasa pilu itu sendiri. Sendiri. Ya sendiri!. 

Tapi kini wanita itu didepannya.

Dengan cepat dia masuk ke dalam perut kereta, sepantas itu juga system lock dihidupkan. 

Wanita itu mengetuk-getuk cermin kereta minta dia memberi peluang untuk dia berkata-kata. 

Dengan pantas juga dia memandu kereta itu keluar dari kawasan tersebut. Membiarkan wanita yang mengelarkan dirinya ibu itu keseorangan.


**********************************


Pintu pagar coklat itu terbuka perlahan, sebuah kereta BMW 3 series merah memasuki pekarangan rumah. 

Enjinya dimatikan.

Kelihatan Qayyum keluar menuju kearah pintu kayu besar rumah dua tingkat itu. Perlahan pintu itu ditolak, langkahnya disusun perlahan, tidak bermaya.

“Macam mana?..” suara Datin Jasmine bergema memecah kesunyian banglo dua tingkat itu.

“Ok..” jawap Qayyum ringkas sambil terus menuju kearah tangga meninggalkan wanita itu terpinga-pinga.

“Ok tu maksudnya apa? Doktor Samad tak cakap apa-apa ke? Anything?” soal Datin Jasmine lagi tidak putus asa.

“I am fine, don’t worry”

“I don’t think you okay, if you okay, kau tak kan pakai cermin mata hitam tu malam buta ni” balas Datin Jasmine kembali, kepelikan semenjak anak tirinya itu melangkah masuk tadi. 

Qayyum tersentak, langkahnya terhenti.

“I am not in mood mama, please..” balasnya ringkas

“Ok, ok. Makanan Nek Jah dah panaskan. Kalau lapar nanti Qayyum makan” Mata Datin Jasmine masih menatap tubuh Qayyum. 

Sebuah senyuman cuba dilemparkan kepada Datin Jasmine diikuti anggukan lemah Qayyum. 

Dia kembali mengatur langkahnya perlahan.

“Qayyum…” panggil Datin Jasmine kembali bagai masih ada persoalan yang menghantuinya. Kali ini nadanya perlahan.

“Apa lagi?” suaranya ditekan sedikit. Dahinya berkedut-kedut menahan rasa. 

Sungguh kali ini dia tidak mahu diganggu walau sekecil zarah pun. 

Dia perlukan masa untuk dirinya sendiri pada waktu dan ketika ini.

“ Kalau ada masalah kau nak share, bagi tahu mama. Bila-bila masa pun”

“Ya tak perlu risau. Qay naik dulu” Jawapan Qayyum itu hanya menambah gusar dihatinya. Bagai ada yang tidak kena, bagai ada yang cuba disembunyikan oleh Qayyum. Dia mengatur langkahnya ke arah dapur.

 Dari tadi dia menahan hausnya menunggu Qayyum pulang. Nek Jah sudah di suruh untuk berehat, malas rasanya nak mengejut wanita itu semata untuk menyediakan dia segelas air di tengah-tengah malam.

“Mama…” Suara Qayyum yang sedikit bergetar itu mematikan langkahnya. Wajahnya dipaling semula ke arah tangga melihat wajah anak tirinya itu.

“Yes..?” balasnya meminta kepastian, hatinya yakin pasti ada perkara yang terjadi.

“Thanks…” ucapan terima kasih yang pendek dan padat itu mengusik hati naluri Datin Jasmine. Pelbagai perkara bermain di kepalanya mengapa dan kenapa Qayyum bersifat begitu. Air matanya hampir tumpah, rasanya itulah ucapan terima kasih pertama yang ikhlas diterima dari Qayyum.

“For what..?” kali ini suara Datin Jasmine pula begetar menahan sebak.

“Anything, everything…” sejurus melafazkan kata-kata itu tubuh Qayyum dengan cepat hilang daripada pandangannya.

Kali ini air matanya jatuh dengan cepat tanpa dapat ditahan. Dia yang tidak pernah berhenti berharap Qayyum dapat menerimanya bukan sahaja sekadar pada panggilan mama tetapi juga sebagai seorang ibu yang diperlukan oleh seorang anak.

Dengan cepat dia berlari ke arah telefon yang terletak dipenjuru rumah, dia ingin segera berkongsikan berita gembira ini bersama suaminya.

Setelah bertahun-tahun akhirnya dia dihargai, walaupun hanya sedikit, itu sudah cukup buatnya.

Air matanya tidak berhenti-henti mencurah menyebabkan mascara yang dipakainya turut jatuh membasahi pipi putihnya meninggalkan kesan hitam. Namun itu semua tidak dihiraukan.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.