Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,823
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 28

Dia memandang wajah tua dihadapanya, lengkap dengan tali leher biru pekat yang dipadankan dengan kemeja lengan panjang berjenama.

Tiada sebarang kedut pun yang kelihatan dipermukaan baju biru tosca muda itu.

Tidak dapat dinafikan walaupun sudah berusia Datuk Karim seorang yang sentiasa mengambil berat soal penampilan.

Semuanya harus kemas dan bersesuaian. Tidak dapat dinafikan itulah faktor utama yang menarik hati Datin Jasmine, mama tirinya.

“Apa mimpi ayah datang ni?” soal Qayyum memecah kesunyian antara mereka. Pelik rasanya apabila Datuk Karim mencemar duli menjejak ke cafenya yang tidak seberapa ini.

Tambahan pula, dahulu Datuk Karimlah antara individu yang memperlekehkan kemampuan Qayyum untuk memulakan perniagaan yang keutungannya tidak mencecah jutaan ringgit seperti syarikat yang diuruskannya.

“Hai takkan ayah tak boleh datang tengok café anak sendiri?” soal Datuk Karim kembali, sambil tersenggih mendengar kata-kata Qayyum.

“Tak adalah, ayahkan sibuk business juta-juta. Bukan macam Qay ni untung ciput” Jawab Qayyum dalam nada sindiran.

Tangannya mencapai kentang goreng yang dibawa oleh pekerjanya tadi, dan dikunyah dengan rakus.

Datuk Karim memandang Qayyum lalu tertawa besar.

Tak sangka Qayyum sudah pandai menyindirnya kini. Banyak perubahan positif pada Qayyum yang telah dilihat dengan matanya sendiri.

Dulu Qayyum seorang yang pasif, kalau sepatah ditanya sepatah jawapan yang diberikan kepadanya dan kadang kala langsung tiada jawapan.

Dia menyimpan harapan bahawa hubungannya dan Qayyum akan bertambah baik dan berkembang.

“Tapi ayah tengok not bad juga idea kau, café macam ni jarang ada dekat Malaysia. Konsep dia boleh tarik minat lebih ramai pelanggan datang. Mungkin ayah boleh suntik sikit modal” Terang Datuk Karim menyerlahkan aura seorang usahawan yang disegani.

“Apa modal?betul?” soal Qayyum kembali, hampir sahaja dia tercekik kentang yang dikunyah tadi, matanya bersinar-sinar.

“Yes modal, kita boleh bincang tu nanti, ayah boleh pertimbangkan” tambah Datuk Karim lagi. Qayyum sudah membayangkan pelbagai rancangan barunya untuk Libro Café. Namun sejenak kemudian fikirannya diganggu.

Tidak mungkin Datuk Karim datang hanya untuk melihat-lihat café sahaja, Datuk Karim yang dikenali amat menjaga masanya.

Tidak syak lagi pasti ada niat lain yang tersembunyi.

“Ayah sebenarnya ada benda nak cakapkan selain dari modal untuk café ni?” pertanyaan daripada Qayyum itu serta merta mengubah riak wajah Datuk Karim. Kalau boleh dia mahu mood yang ada sekarang kekal tetapi, ya memang dia datang atas niat lain.

“Tentang ibu…”kata-katanya tersekat disitu. Dia tahu perkataan ibu itulah yang paling dibenci Qayyum.

“Tentang mama? Kenapa dengan mama?” soal Qayyum semula seolah-olah tidak mendengari perkataan ibu itu.

“Bukan mama, tapi ibu” jelas Datuk Karim.

“Qay sibuklah ayah” Qayyum lantas berdiri dan ingin berlalu pergi, namun tangannya segera dicapai oleh Datuk Karim.

“Dengar dulu apa yang ayah nak cakap ni. Please?” pinta Datuk Karim, Qayyum hanya kaku disitu.

“Nak dengar apa lagi? Ayah tak penat ke layan perempuan tu?” bentak Qayyum

“Kenapa cakap macam tu!!, dia tu ibu kau, dia yang melahirkan Qayyum. Ingat tu!!” tegas sekali nada Datuk Karim. Dia sudah berdiri dekat dengan Qayyum.

“Setakat lahirkan jelah, lepas tu….” Tak mampu dia meneruskan kata-kata itu.

“Stop it!!, ayah tak ada ajar Qayyum macam ni. Walau apapun yang dia dah buat dia tetap ibu Qayyum” genggamannya pada tangan Qayyum semakin kuat.

“Qay tak nak gaduh kat sini!” Qayyum menghela nafasnya kuat, tanda kecewa.

“Ayah datang bukan nak ajak Qay gaduh, tapi nak bagi tahu, ibu teringin nak jumpa Qayyum. Jumpalah dia sekejap pun tak apa. ayah tak pernah larang pun Qayyum jumpa dia. Walaupun hidup kita dah jadi macam ni,kita dah pernah derita sebab dia tapi..tapi..dia tetap ibu Qay. Pergilah jumpa dia. Jangan buat dia macam tu. Dia syurga Qayyum. Ingat tu ” Tersekat-sekat suara Datuk Karim cuba menahan rasa.

Dia tahu, Qayyum pun tahu apa yang mereka berdua lalui.

Dia tahu pada ketika itu benda itu bukan perkara mudah baginya tetapi lebih payah untuk seorang anak sekecil Qayyum menanggungnya.

Dia tahu Qayyum menyimpan rasa, dan rasa itu sudah menjadi dendam.

Salah siapa?

Salah dia kah?.

Matanya menatap Qayyum yang sudah membisu seribu bahasa.

Datuk Karim dengan segera mencapai sehelai kertas daripada kocek bajunya lalu diletakkan ditapak tangan Qayyum.

“Pergi jumpa dia ya, nanti kita jumpa dirumah, ayah balik dulu” pinta Datuk Karim lagi sebelum dia berlalu pergi.

Sempat juga dia menepuk bahu satu-satunya anak bujangnya itu.

Qayyum masih diam disitu, dia merenung kertas di dalam telapak tangannya itu, ada alamat dan number telefon tertulis disitu.

Hiruk pikuk café itu tidak dihiraukan.

Dia ibarat berada dalam dunianya sendiri.

Apa yang dia rasa sekarang adalah sama dengan apa yang dirasa satu ketika dahulu. Rasa itu datang lagi.

Sakit.

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.