Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
31,652
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 33


Dia berlari secepat mungkin menuju ke arah susuk tubuh itu,di dalam hatinya berharap agar dia tidak salah orang. 

Semakin dia menghampiri semakin dia pasti itu Indah. Entah mengapa butir-butir peluh dingin mula membasahi dahinya, degup jantungnya pula semakin kencang. Dia ingin segera sampai kepada Indah.


“Indah!!”teriaknya namun tiada respon daripada wanita itu,keadaan itu membuatkan Qayyum bertambah panik. Beberapa minit kemudian dia sudah berada dihadapan Indah. Dia memerhatikan wanita itu, kelihatan Indah sedang teresak-esak, matanya yang berkaca-kaca terus memandang hadapan kosong, seolah-olah terperangkap di dalam dunianya sendiri.


Suasana jalan yang agak hiruk pikuk tidak diendahkan.


“Indah...”Qayyum cuba memanggilnya sekali lagi , kali ini dengan nada yang lebih perlahan.

Melihat Indah begitu mejadikan perasaannya tidak menentu, pelbagai persoalan yang muncul di mindanya ketika itu.

Kali terakhir dia dan Indah bertemu sudah beberapa bulan yang dulu, ketika itu Indah baru bernikah dan dalam keadaan yang tertekan. Entah mengapa setiap kali mereka bertemu , selalu berada dalam situasi yang tidak menyenangkan serta diluar jangkaan. 

Memang dia selalu berdoa untuk bertemu Indah tapi bukan dalam keadaan begini.


“Kau ok tak?” soal Qayyum apabila Indah mula menyedari kehadirannya, ada sedikit reaksi teperanjat melihat Qayyum disitu. Indah kelihatan masih termangu-mangu namun dia sudah bersedia untuk berdiri, segera Qayyum membantu Indah untuk bangun. Indah hanya diam dan memandangnya dengan pandangan yang kosong.

Dalam keadaan bertentangan dia memerhatikan Indah yang sedang sarat mengandung, dia hanya mampu menghelahkan nafas dan segera menuntut Indah ke arah sebuah perhentian bas yang tidak jauh dari situ.


Memang dia cintakan Indah dan dia tahu cinta tidak semestinya memiliki. Jadi telah lama dia redha dan sentiasa mendoakan Indah bahagia dengan pilihan hatinya. Namun melihat keadaan Indah ketika ini dia menjadi tidak kuat, mahu saja dia membawa lari isteri orang itu jauh-jauh dan membahagiakannya. 

Takkan ada setitik pun air mata dibenarkan jatuh dipipi wanita itu.


Indah masih menagis teresak-esak, sesekali bahunya ternaik-naik menahan esakan tersebut.


“Kau tunggu sini kejap” segera Qayyum berlari-lari anak ke arah sebuah vending machine yang berada berhampiran perhentian itu, segera jarinya memasukkan wang dan menekan butang yang ada didada mesin tersebut. Sesekali dia melepaskan pandangannya kepada Indah.


Sepantas itu juga dia berlari kembali kepada Indah lantas menyerahkan sebotol air mineral. Indah memandangnya dengan wajah yang sungul. Qayyum memberi isyarat agar Indah segera minum. Memang sejujurnya banyak persoalan yang berputar-putar dikepalanya , namun disimpan sahaja kerana dia tidak mahu menganggu Indah ketika itu. Biarkan dia menagis sepuas-puasnya. Qayyum hanya duduk disisi Indah dan diam disitu.

Kenderaan yang dari tadi bertali arus bagaikan tidak meninggalkankesan kepada mereka. Lama mereka disitu. Tangisan Indah makin mereda,air matanya dikesan perlahan, matanya melirik Qayyum.


“Dah ok ke?” soal Qayyum yang sejujurnya tidak mengharapkan balasan pada soalan tersebut. Kelihatan Indah mengangguk kepalanya perlahan.


“Baguslah,aku dah cakap dulukan, jaga diri kau elok-elok” ujur Qayyum, Indah hanya diam sesekali terdengar sisa esakan dari tangisan yang tadi.


“Kau ada apa-apa nak bagitahu aku?” soalnya lagi, dia sudah tidak mampu menyimpan teka teki lagi, dia ingin tahu kebenaran dari Indah, kenapaw anita itu menangis teresak-esak.


“Taknak!! aku malu...”jawapan Indah mengejutkan Qayyum, ternyata cubaannya itu gagal


“Tak apalah kalau tak nak, jangan risau aku takkan paksa kau” balas Qayyum sambil tersenyum. Dia tidak mahu Indah merasa tidak selesa dengan dirinya. Sejujurnya siapa sebenarnya yang merasa tidak selesa dia juga binggung. Dia disini bersama seorang wanita yang sedang sarat mengandung dan isteri orang memang gila. Hakikat itu bertambah gila apabila dia mencintai wanita itu tetapi tak mampu berterus terang.


“Tapi aku harap lepas ni aku tak jumpa kau tepi jalan lagi macam ni”tambah Qayyum lagi kali ini menerbitkan senyuman di wajah Indah. Cara dia dan Qayyum bertemu dari dulu lagi memang pelik-pelik, terlangar,bergaduh, tepi jalan malah ada ditengah jalan. Indah sudah mula tenang.


“Terima kasih..” ucap Indah perlahan antara dengar tak dengar.


“Kalau nak cakap terima kasih tu cakaplah kuat-kuat sikit”bentak Qayyum,Indah hanya mengelengkan kepalanya, ternyata Qayyum tak banyak berbeza dari dulu tetapi pelik kerana dia tidak berasa tidak selesa.


“Terima Kasih!!” ujur Indah sekali lagi, kali ini sengaja ditekankan suaranya


“Hah macam tulah” Jauh disudut hati Indah dia merasa tenang melihat susuk tubuh yang dikenali disaat-saat begini. Dia berasa bersyukur menemui Qayyum disitu dan menemaninya tanpa banyak soalan.


“Aku nak balik dulu”


“Boleh tolong tahankan teksi?” sambung Indah kembali, Qayyum kelihatan agak terkejut.


“Nak balik dah?, biar aku hantar kau” katanya sambil merenung Indah. Dia sangat berharap jawapan Indah positif.


“Tak apa , aku tak nak susahkan kau,tahankan teksi sahaja” kata-kata Indah itu mematikan langkah Qayyum yang dari tadi sudah bangun dan berkira-kira menuju kearah kereta. Qayyum akur, dia menghormati permintaan Indah. Segera dia menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu disitu.


Mereka berpandangan.


“Tolong jaga diri kau elok-elok, kali ni janji dengan aku” ujur Qayyum sambil tangannya menghulurkan sekeping kad pada Indah. Indah memandangnya dengan pelbagai persoalan.


“Tu kad aku, kalau ada apa-apa calllah, aku ada je” Indah yang tadinya keliru mulai faham, lantas segera dia segera melontarkan senyuman pada Qayyum sambil mengoyang-goyangkan kad tersebut dan menyimpannya.


Hati Qayyum bagai terbuai-buai melihat senyuman Indah, namun dia segera beristifar di dalam hatinya. Dia perlu sedar Indah ada kehidupan dia sendiri, Qayyum hanyalah secebis dari cerita Indah yang muncul hanya sekali sekala, dia bukan watak utama pun. Adakalanya seseorang dicipta untuk hanya berada di dalam hati bukan dalam hidup.


'Sedarlah Qayyum dimana letak diri kau' bisiknya sendiri sambil melihat teksi membawa Indah hilang dari pandangan untuk kali kedua dalam hidupnya. 

Bagaikan deja vu


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.