“Kenapa
kau baru datang?” terpaksa Mukris
berbisik kepada Maira, sedang suasana di ruang tamu Encik Farid disurami
suasana yang kekok, sambil diselang- seli dengan suara tangisan Puan Irmani
yang sedang memeluk erat Indah sambil dikelilingi ahli keluarga yang lain.
“Aku ada
hal…”balas Maira ringkas, sekaligus jawapan itu sangat tidak masuk akal bagi
Mukris.
“Hal apa
yang lagi penting daripada pernikahan kawan baik kau?” bisikan Mukris kali ini
kedengaran lebih keras.
“Jangan
sibuk boleh tak?”kali ini Maira membutangkan matanya ke arah Mukris, giginya
diketap menahan sabar.
Mukris
hanya mendegus perlahan tanda geram dengan perangai Maira yang baginya nonsense.
“Nazim,
bawa Indah naik atas ya, Indah rehat ya sayang” pelukannya pada Indah
dilepaskan , wajah Indah pula diusap perlahan.
“Ya
bonda, mari kita naik Indah” suara Nazim antara dengar dan tidak , menarik
tangan munggil disisinya agar Indah mengikut langkah kakinya.
“Yang
lain bolehlah pergi rehat, esok kita ada hari yang panjang” Encik Farid yang
dari tadi mendiamkan diri mula bersuara.
“Baiklah
auntie, uncle, kami berdua pun nak minta diri juga ni” balas Mukris sambil
bersalaman dengan Encik Farid, Fatah dan adik beradik Indah yang lain, lalu dia
bergegas ke arah pintu sambil menarik lengan baju Maira.
“Eh apa
ni?” bisik Maira pula sambil mengetap bibirnya.
“Baliklah,
takkan kau nak tidur sini”Bisik Mukris kembali sambil meleparkan senyuman
kearah yang lain.
Maira
mendegus perlahan, dia menuju ke arah Puan Irmani dan bersalaman lalu mengikut
langkah Mukris.
“Kau ni
memang penyibuk!!”bentak Maira kepada Mukris lalu berlalu dengan segera ke arah
keretanya.
“Kau
jangan ingat aku tak tahu apa agenda kau!!!” bentak Mukris kembali, lalu
mencebik bibirnya tanda menyampah.
Baginya Maira bukanlah perempuan innocent
seperti mana pada pandangan mata sahabat-sahabatnya yang lain.
***************************************************************************************.
Sebaik
sahaja pintu bilik itu ditutup rapat, Indah merentap tangannya dari gengaman
Nazim.
Dia
melangkah laju menuju ke arah katil lalu duduk disitu.
Nazim
mengerutkan dahinya, otaknya ligat berfikir kenapa Indah begitu sejak dari tadi
tapi lidahnya kelu untuk berkata-kata lantas dia melangkah menuju ke arah
Indah.
Tidak
semena-mena dia melutut dihadapan Indah, wajah Indah yang masih basah dengan
air mata itu ditenung dalam.
Dengan
keberanian yang tersisa dia cuba memulakan bicara.
“Indah,
sayang abang….” Kata-katanya terhenti disitu, dia cuba meraih tangan Indah
namun ditepis Indah. Indah masih membisu. Wajahnya dipaling kearah lain.
“Kenapa
macam ni, kenapa layan abang macam ni, abang tak faham?”soal Nazim lagi, dia
tidak putus asa, tangan Indah diraih kembali.
“Kita
baru nikah, dan Indah layan abang macam ni, jelaskan pada abang, apa salah
abang?baru abang faham dan betulkan apa yang tak betul”
“Cakaplah sesuatu, Indah…..”suara Nazim
tengelam timbul, diam Indah adalah mimpi ngeri buatnya.
Tangan
Indah digenggam erat-erat agar kali ini tidak terlepas dari genggaman.
Wajahnya ditundukkan
sambil matanya merenung cincin yang disarung ke jari Indah beberapa jam yang
lalu.
Itulah
cincin penikahan dia dan Indah.
Bukti
janji setia antara dia dan Indah untuk hidup bahagia selama-lamanya.
“Nak
Indah cakap apa?” terasa berat untuk Nazim mengangkat muka untuk melihat Indah,
kerana dia dapat merasakan tenungan Indah yang tajam.
Andai
kata renungan itu pisau, pasti dia sudah mati terbunuh serta merta ketika itu.
“Apa je
sayang, janji sayang abang tak macam ni” Nazim kebuntuan dengan soalan Indah.
Nazim
cuba mengumpul semangat yang tersisa.
“Apa
je?...contohnya?”soal Indah lagi, nadanya berlainan, lebih tenang, tiada unsur-unsur
yang Indah akan marah.
Takkan
semudah itu rajuk Indah hilang?.
“Contohnya...?”
soal Nazim kembali, sambil dia memberanikan diri mengangkat muka lalu memandang
wajah kesayangannya itu.
“Ya...contoh,
bagi contoh yang senang Indah nak cakap” balas Indah sambil tersenyum kepada
Nazim, nadanya sudah semakin lembut.
Tetapi Nazim
dapat merasakan aura yang pelik dibalik senyuman Indah.
“Abang
tak tahu apa yang bermain kat fikiran Indah” jawap Nazim kembali sambil
mengerut-kerutkan dahinya. Indah masih melihatnya dengan senyuman.
Dia gagal
untuk membaca apa yang berada di fikiran Indah.
“Ok tak apa
biar Indah bagi contoh. Contohnya macam apa yang abang buat hari Indah
accident?” serentak itu juga jantung Nazim berdegup pantas, matanya terbeliak,
wajahnya perlahan-lahan menjadi pucat.
Indah
masih tersenyum memandang Nazim.