Bab 10
Ruangan
itu tampak esklusif sekali, meja-meja setinggi pinggang dan berkaca dibahagikan
kepada beberapa bahagian.
Botol-botol
kaca disusun teratur mengikut turutan tinggi ke rendah memukau setiap mata yang
melihat.
Ditambah pula dengan pencahayaan yang elegent sekali. Seolah-olah mendatangkan
kesan botol-botol itu berkelipan.
Beberapa
wanita berbusana kemeja pink, berikat reben putih di leher sedang berdiri
menanti pelangan mereka dengan senyuman manis yang tidak lekang dari wajah.
Indah
dan Nazim sedang membelek-belek set minyak wangi yang dihias indah, ada yang
disusun dalam kotak dan ada yang dibungkus cantik bagai hamper.
“Abang
tak sangka kita akan pergi beli barang kahwin macam ni. Rasa macam mimpi pula”.
Nyata Nazim sambil tersengih
“Abang
suka? Sorry sebab susahkan abang kena teman Indah beli barang-barang ni semua”
Mata Indah masih terpaku melihat wangian dihadapannya, sudah ada beberapa yang
berjaya menawan hati.
“Sayang,
it’s ok, memang ni yang patut abang buat dari awal lagi.”
“Indah
tahu abang sibuk,kalau boleh Indah tak nak ganggu abang.”Balas Indah lagi
seolah-olah merajuk, kerana dia tahu Nazim adalah orang yang sangat serius dan
fokus tentang hal kerja.
“Antara
Indah dan kerja, mestilah Indah abang ni lagi penting” Suaranya cuba ditekankan
disitu agar Indah sedar bahawa, Indahlah yang pertama dalam hidupnya.
Penting
macam mana tu? Soal Indah lembut inginkan kepastian
“Penting
sangat-sangat. Abang tak akan ulang kesilapan yang sama, mulai hari ini abang
akan luangkan masa banyak lagi untuk Indah. Tu janji abang. Abang tak nak
kehilangan Indah lagi.”
“Betul
tak nak Indah hilang?macam mana kalau Indah hilang terus?”
“Sampai
hati Indah nak tinggalkan abang?” Tenung Nazim diikuti tawa Indah
“Mestilah
tak sampai hati” balas Indah masih disulami dengan tawanya.
“Indah
sayang ni dah pandai ugut abangkan?, Indah tengok-tengok dulu, abang nak pergi
toilet sekejap ya”
“Baik
encik Nizam sayang, jangan lama-lama” Langkahnya diatur perlahan, sambil
matanya memerhati tubuh tinggi lampai Nazim hilang dari pandangannya. Pencarian
diteruskan lagi ke kauter minyak wangi yang lain.
Kelihatan
satu bungkusan yang menarik perhatiannya hari ini, botol-botol minyak wangi
disusun teratur didalam bakul dan dibungkus kemas dengan sampul lutsinar
berwarna merah jambu.
“Akak
cari untuk hantaran ke?” Soal gadis comel dihadapanya, sambil diperhatikan
seorang lagi jurujual yang kelihatan agak berumur namun masih cantik dan vogue.
“Haah
cari untuk hantaran, yang tu nampak cantik” jawap Indah telus, matanya yang
bundar itu kelihatan besar dan bersinar.
“Yang
ni memang sangat sesuai, sebab dia complete package, ada dua botol minyak
wangi, cream wangi, shower cream dan special dia ada scrub sekali. Cuba akak
cium bau ni” ujur gadis berkenaan sambil menghulurkan sample botol minyak wangi
pada Indah.
“Bau
dia sedap dan segar, saya suka. Berapa harga dia?
“Yang
ini kalau akak nak beli kami ada discount, harga asal RM 535.00, after discount
kita bagi akak RM 389.00 sahaja” teruja Indah dibuatnya apabila mendengar harga
discount tersebut. Kedengaran bunyi tapak kasut dari belakang Indah. Dengan
segera Indah memusingkan badannya.
“Abang,
Indah dah jum….” Degupan jantungnya tiba-tiba menjadi pantas, dia gagal
menghabiskan kata-katanya, seolah-olah tersekat dikerongkong.
“Tak
sangka pula dunia ni kecik sangat,sampai mana-mana aku pergi mesti ada kau,
kenapa ya?” nada suara yang cukup dibenci itu akhirnya meluru masuk tanpa henti
ke cuping telinganya. Nasib malang apakah yang menimpa hingga kemana-mana dia
pergi mesti bertemu manusia ini.
“Encik
Mamat rupanya, saya ingat siapa tadi” nafasnya cuba dikawal sebaik mungkin,
agar dia kelihatan tidak terkesan langsung dengan kehadiran tidak diundang.
“Bahagia
nampak, rupanya minah senget macam kau ni ada orang nak juga kan?” Soal Qayyum
lagi dengan muka yang bersahaja mengelar Indah, Minah.
“Kau
stalker aku ke?”
“Stalker?
boleh tak kalau jadi manusia tu jangan perasaan sangat”
“Siapa
perasaan? Aku ke? Dah tu yang kau sibuk aku buat apa, kat mana aku ada, kau ada
tu bukan stalker? Ke kau suka aku?” kesabaran Indah bagaikan benar-benar diuji.
Sedaya upaya ditenangkan hatinya.
“Apa
masalah kau ni?tuduh aku bukan-bukan. Aku datang sini sebab nak beli barang, Nampak
pula kau tengah berkasih sayang di khalayak ramai ni, sebagai orang yang kenal
kau, aku tegurlah.” Seperti biasa Qayyum dan wajah tidak bersalah gagal
dipisahkan
“Kau
kenal aku? Bila? Aku tak ada kenalkan diri aku pun pada kau. Ni last warning
aku kat kau, jangan sesekali muncul depan aku lagi. Makin lama aku tengok muka
kau makin rasa nak muntah.” Indah sedar yang kini suaranya sudah semakin
tinggi. Dia gagal menahan sabarnya lagi. Kedua-dua jurujual wanita dihadapan
mereka sudah terpinga-pinga dengan situasi yang tidak dijangka itu.
“Nak
muntah? Mengandung ke apa?. Aku ada kaki , suka hatilah aku nak pergi mana.
Sebagai rakyat Malaysia aku ada hak nak pergi mana aku yang aku suka. Kau tu
yang sepatutnya tak muncul depan aku lagi.”Bentak Qayyum lagi seolah sengaja
menyimbahkan minyak di dalam api.
“You….!”
jari telunjuk Indah sudah tepat di hadapan muka Qayyum. Kelihatan orang
sekeliling memandang mereka dengan pandangan yang pelik.
“Bye
minah sengget, doalah tak jumpa aku lagi” Balas Qayyum pendek dengan sengihan
mengejek dan berlalu pergi.
Kelihatan
Nazim berlari-lari anak kearah Indah. Dari luar dia mendengar kekecohan yang
terjadi tetapi tidak disangka antara yang terlibat dengan kekecohan itu adalah
Indah.
“Sayang
kenapa? Are you ok? Siapa lelaki tu?” soalan Nazim yang bertubi-tubi gagal
menenangkan Indah
“Entahlah
orang gila mana Indah pun tak tahu, selalu pula terserempak.”
“Indah
betul-betul ok ke ni, muka sampai merah macam tu. Abang cakap dengan dia ya.”
“Tak
payah, nanti abang pun berjangkit dengan dia. Makin dilayan makin gila.” Ada getaran
dalam nada suaranya
“Ok
abang tak pergi tapi Indah kenalah bertenang, tak mahu marah-marah macam ni.” Lengan
indah ditepuk bagaikan memujuk
“Jomlah
abang kita keluar.”
“oklah
apa kata kita tengok tempat lain, kita tak banyak masa lagikan, Majlis kita
just around the corner je sayang”
“Oklah
kita tengok tempat lain, sorry abang kita rehat kejap boleh?, kita minum jom.”
“Ok
sayang everything for you”