Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,715
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Langkahnya dipercepat, jam tangan Rolex Submariner Blackditangan kirinya menunjukan tepat jam 2.30 petang. Tali lehernya diperbetulkan, dengan laju tangannya menolak pintu kaca dihadapannya, sepantas itu juga udara segar dingin berlumba-lumba menyapa wajah. Senyuman dilemparkan kepada seorang wanita dimeja penyambut tetamu.

Perlahan kakinya berhenti di hadapan meja rakan sekerjanya.

“Alia, carikan saya file senarai pembekal bahan mentah kita. Urgent ya, terima kasih” pintanya perlahan dan sopan.

Kelihatan Alia tersenyum dan berlalu kearah bilik file tanda paham akan permintaannya. Terus dia berlalu ke arah mejanya yang terletak berdekatan dengan meja Alia. Cara kerja mereka dipejabat itu mudah sahaja tiada bilik khas kerana dengan cara ini kerja dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan telus. Keadaan ini telah berjaya mewujudkan interaksi terus antara pekerja tanpa mengira pangkat mereka dan secara tidak langsung memberi kesan yang sangat positif terhadap hasil kerja mereka.

Tidak sampai 5 minit file yang diminta sudah diserahkan oleh Alia. Dia menarik nafas kerana masalah kerja yang menganggu mindanya belum ada jalan penyelesian. Jika dia gagal menyelesaikan mengikut kehendak ketuanya kelak dia akan dipersoalkan kerana gagal berusaha bersunguh-sungguh untuk mendapatkan harga yang terbaik dari pembekal. Apa yang dia perlukan adalah harga yang tidak terlalu rendah dan tidak juga terlalu tinggi, setara dengan budget yang telah diberikan.

Kedengaran seseorang berjalan dengan keadaan tergesa-gesa. Deras tapak kaki itu semakin menghampirinya.

“Hei Nazim, beratus kali dah aku call kau, mana kau pergi?, kenapa tak jawab call aku??” Soal Mukris dengan wajah yang cemas. Nazim tersentak, file pembekal yang dipegang hampir terlepas dari tangannya.

“Lah Mukris apa kau buat kat opis aku ni?” Soalan Mukris tadi dibalas semula dengan soalan oleh Nazim menyebabkan muka Mukris berkerut-kerut.

“Aku tanya, telefon kau mana?” soal Mukris kembali dan nadanya yang agak tegas menyebabkan Nazim teraba-raba baju dan seluar mencari telefonnya.

“Tertinggal dalam keretalah, kau ni kenapa?” soal Nazim kembali kebingungan.

“Indah…” kata-kata Mukris terhenti seketika

“Kenapa dengan Indah??..kenapa?” Nazim menjadi tidak keruan

“Indah accident!” kata-kata Mukris itu bagaikan arus elektrik yang melemahkan tubuhnya. Peluh mula menitik didahinya. Dengan pantas kunci keretanya dicapai.

Tubuhnya terbaring lesu, beberapa wayar berselirat, alat bantuan penafasan disambungkan bagi membantu Indah bernafas. Wajahnya pucat seolah-olah kekeringan darah, kepalanya berbalut, begitu juga dengan tangan kanannya yang patah akibat kemalangan tadi. Suasana sekeliling sangat senyap, hanya kedengaran bunyi mesin yang disambungkan ke tubuh Indah sekali sekala diselangi dengan esakan Puan Irmani.

Bahu Puan Irmani dipeluk dari belakang oleh Encik Farid yang sudah lengkap berpakaian hijau sama seperti Puan Irmani. Setiap pelawat yang memasuki kawasan unit rawatan rapi itu perlu berpakaian begitu untuk menggelakkan pesakit yang berada disitu dijangkiti kuman. Manakala Fatah dan keluarga-keluarga lain sudah berkumpul diluar bilik unit rawatan rapi bersama beberapa orang sahabat baik Indah setelah mendengar pekhabaran duka itu. Kelihatan Nazim sunggul di suatu sudut. Entah apa yang bermain difikirannya. Wajahnya mencuka, tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibirnya.

“Macam mana Indah boleh ada kat jalan? Tak pahamlah, kan dia tengah fitting baju” ujur Wafaa kepada Maira dan Mukris. Mereka yang juga merupakan sahabat baik Indah kebingungan. Persoalan itulah yang bermain didalam minda mereka sekarang, gagal juga dijawab oleh Puan Irmani dan Fatah.

Ketika kejadian Puan Irmani dan Fatah bersama-sama Sally sedang menanti Indah yang berada di fitting room agak jauh dari tempat duduk mereka dan tidak semena-mena kejadian itu berlaku.

“Aku pun tak paham, Fatah tadi dah macam orang gila, dia call si Nazim ni tak dapat-dapat” ujur Mukris pula, matanya memerhatikan Nazim, perlahan dia melangkah kearah Nazim sambil menepuk-nepuk bahu Nazim.

“Bro kau kena kuat, jangan lemah. Indah perlukan kau. Doktor pun dah cakapkan dia dah lalui masa kritis dia, dia dah stabil dah sekarangkan” Nada Mukris cuba dilembutkan agar Nazim berasa tenang.

“Salah aku…” Nazim bersuara sambil kepalanya ditepuk-tepuk tanda menyesal. Tindakan spotan Nazim itu dihentikan Mukris.

“Kenapa kau cakap macam tu”

“Patutnya aku teman dia, kalau aku ada dia takkan jadi macam ni” balas Nazim sedih, rambutnya diusap kebelakang.

“Kau kerjakan ,dia pun paham, semua orang kat office kau pun kerjakan hari ni. Kalau dia tengok kau macam ni mesti dia sedih” kata Mukris lagi. Maira dan Wafaa hanya mampu memandang dan merasai kekesalan yang melanda Nazim.

Mereka berlima memang sahabat baik sejak dari universiti lagi, walaupun masing-masing mengambil course yang berbeza mereka berada dibawah satu falkuti yang sama. Malah mereka sering sekelas bagi subjek wajib university. Malahan hubungan Indah dan Nazim juga bukanlah satu rahsia lagi antara mereka. Persahabatan yang terjalin menyebabkan mereka saling memberi semangat dan meluangkan masa bersama walau sesibuk mana pun tugasan mereka.

Perlahan Fatah menuju kearah mereka.

“Dahlah tu korang baliklah dulu,dah pukul berapa dah ni, cikit lagi waktu melawat pun nak habis. Kalau ada apa-apa nanti aku update” sampuk Fatah yang dari tadi memerhatikan gelagat sahabat- sahabat baik adiknya, Indah.

“Along, boleh saya jumpa Indah kejap?” Soal Nazim yang tiba-tiba bangun. Lelaki yang tadinya segak bergaya sudah tidak terurus lagaknya. Dalam masa yang sama tumpuan semua beralih kepada Puan Irmani dan Encik Farid yang baru keluar dari bilik unit rawatan rapi.

“Bonda..ayah..Indah macam mana?” soal Fatah sambil dengan segera dia memengang bahu Puan Irmani.

“Doktor kata Indah dah stabil jangan risau, Cuma dia belum sedar. Kamu semua baliklah dulu, lagipun tak de siapa dibenarkan jaga Indah. Nizam masuklah tengok Indah ya, lepas tu janji dengan uncle balik rumah rehat” penjelasan Encik Farid melegakan hati setiap mata yang tertumpu kepadanya. Kelihatan Nazim menganguk tanda setuju dan berjanji akan pulang selepas ini.

Pelahan-lahan pintu bilik itu ditolak, kelihatan wajah kesayangannya sedang terbaring lesu dan tidak bermaya berbeza sekali dengan Indah yang dia kenali. Indah seorang yang ceria, positif dan sentiasa menjadi cahaya penawar didalam hidup andai ada sesuatu yang melanda dirinya. Selama empat tahun ini Indahlah segalanya. Dari jauh dia seolah-olah menyentuh wajah Indah, mengusapnya.

“Indah…abang ni, kenapa Indah buat abang macam ni?. Indah dah tak sayangkan abang ke?, Indah cepat bangun ya, abang rindu Indah. Kita dah janji kan nak kahwin sayang….”bisiknya pada Indah walau dia tahu Indah takkan mendengarnya. Air matanya terus mengalir. Entah mengapa hari ini air matanya begitu murah. Dia rindu untuk melihat senyuman manis gadis manja bernama Indah itu. Hanya beberapa jam senyuman itu sudah dirindui, bagaimana dia menghadapi hari seterusnya. Walaupun semuanya sudah stabil sepertimana yang diterangkan oleh doktor dan ayah Indah, entah mengapa hatinya tidak keruan. Air matanya terus mengalir deras, esakan semakin kuat tidak ubah seperti kanak-kanak.

Fatah terkejut sebaik sahaja tubuhnya terlanggar seseorang, wajahnya diangkat dan dahinya berkerut-kerut melihat wajah wanita dihadapannya.

“Eh auntie Jasmine?” kini giliran wanita jelita dihadapan Fatah pula tekejut. Dipandangnya Fatah dari atas kebawah, dari bawah keatas.

“Fatahkan ni?buat apa kat sini?”soal Datin Jasmine, wanita ini walaupun sudah berumur namum gaya dan wajahnya persis seolah wanita berumur 30-an.

“Adik Fatah, Indah accident, ada kat ICU tu” terang Fatah dengan wajah yang berkerut.

“Tapi apa auntie buat kat sini?” soal Fatah kembali apabila soalannya tidak berjawab oleh Datin Jasmine sebentar tadi.

“Ya Allah, yeker, teruk ke? Auntie datang tengok Qayyum.” Balas Datin Jasmine.

“Qayyum??.....kenapa?” Jawapan Datin Jasmine amat memeranjatkan Fatah, Qayyum sahabat baiknya. Kenapa?.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.