“Bibik!!!”
Jerit Puan Irmani.
“Ya
puan…” kelihatan bibik Mesah berlari-lari anak menuju ke arah ruang tamu.
Tangannya
yang basah di lap-lap di apron kuning yang dipakainya.
“Bibik
tolong saya boleh?” kehadiran bibik Mesah ibarat kilat itu mengundang tawa Puan
Irmani.
“Tolong
apa puan?”
“Tolong
saya, tengokkan Indah di atas, dia sudah bangun atau belum. Boleh?”
arahan Puan Irmani diterima dengan senyuman.
“Bisa
puan bisa, saya ke atas sekarang”
“Tak
apa auntie, Nazim boleh pergi tengokkan” sampuk Nazim pula, sudah bersedia
untuk bangun, namun perbuatannya itu di halang oleh Encik Farid.
“Tak
payah, bibik kan ada. Lagipun ayah ada benda nak cakap dengan Nazim. Lagi satu,
kenapa panggil auntie. Kan Nazim sekarang dah jadi suami Indah” Balas Encik
Farid sambil diikuti dengan derai tawa Puan Irmani, Fatah dan adik beradik
Indah yang lain.
“Betul
kata ayah tu, panggil bonda je lepas ni” Puan Irmani memandang Nazim lembut.
“Err
baik bonda, ayah”
“Kau
ni pun, tak payahlah risaukan si Indah tu, doktor pun dah cakap dia tak ada
apa-apa. Tekanan darah dia tak stabil je. Biar dia rehat”. Giliran Fatah pula berceramah
kepadanya.
Nazim memandang Fatah yang tersengih-sengih ibarat kerang busuk ibarat mengejeknya, hampir sahaja telerai tawanya. Pandangan itu berpindah kepada susuk tubuh ayah mertuanya. Lelaki berusia separuh abad itu kelihatan segak berbaju melayu.
"Ayah nak cakap apa?"
“Macam ni, ayah
cuma nak Nazim tahu, Indah satu-satunya anak perempuan yang ayah ada. Ayah
harap Nazim jaga dia macam nyawa Nazim sendiri. Kalau nanti satu hari Nazim dah
tak suka dia……” kata-kata Encik Farid terhenti seketika, nadanya tiba-tiba
berubah. Dia cuba mengawal perasaannya. Wajah Puan Irmani dipandang mencari kekuatan untuk meneruskan kata-kata.
“Ayah
harap Nazim tetap jaga dia dan kalau rasa tak mampu nak teruskan harap Nazim
dapat pulangkan dia secara baik pada ayah”. Entah kenapa hatinya terasa sayu
melepaskan permata hatinya pada lelaki yang kini sah bergelar suami Indah.
Nazim menundukan wajahnya. Hatinya juga diselubungi rasa yang pelbagai. Ya dia
memang terlalu cintakan Indah. Kini Indah miliknya.
“Puan!!
Puan!! Mbak Indah ngak ada!! ngak ada” Kelihatan bibik Mesah tergesa-gesa
turun dari tingkat dua rumah itu. Peluh membasahi wajahnya.
Mereka
yang berada diruang tamu dengan segera berdiri dari tempat duduk masing-masing.
“Tak
ada?”Jerit Nazim dan Fatah serentak itu mereka berlari kearah tangga menuju
tingkat dua.
“Ya
Allah…Indah” Kelihatan Puan Irmani terduduk. Wajahnya mengambarkan kerisauan.
*****************************************************************************************
Kepalanya
diangkat perlahan, terasa berat. Esakannya masih bersisa.
Diperhatikan keliling bilik. Dengan kudrat yang sedikit, bersusah payah di paksa
dirinya untuk bangun dari lantai itu.
Matanya
memandang duit lima puluh ringgit Malaysia yang ditinggalkan diatas meja
soleknya semalam.
Sepantas
itu juga dia mencapai duit itu, pin dan sehelai selendang putih lalu ditutup
rambutnya yang mengurai.
Perlahan
ditolak daun pintu biliknya agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Matanya melilau
memerhatikan keadaan sekeliling.
Dengan
langkah yang lemah dia menuruni tangga dihadapannya.
Nasibnya
baik kerana tangga itu membelakangi ruang tamu rumah besar tersebut, dan terus
menuju kearah dapur.
Diperhatikan
sekeliling dapur, kelihatan pintu dapur terbuka luas.
Perlahan
Indah mengatur langkahnya, matanya menangkap kelibat bibik Mesah sedang memegang
bungkusan sampah menuju ke hadapan rumah.
Indah
terus berjalan ke pagar belakang yang tidak berkunci. Fikirannya ketika itu
bercelaru, dia gagal berfikir dengan betul.
Bukit
dihadapannya itu ditenung lama. Curam dan berliku.
Dia juga
kurang pasti bagaimana untuk dia menuruni bukit berkenaan dengan pakaian
pengantin ini.
Tapi
dia pasti dia tak boleh ada disini. Dia perlu pergi, namun hanya ini sahaja
jalan yang ada untuk ke jalan besar bawah bukit berkenaan.
Dengan
berhati-hati dia cuba menuruni bukit itu, kepalanya yang masih berdenyut menjadikan
fokusnya kadang kala terganggu.
Sesekali
hampir sahaja dia tergelincir, kerana selipar yang dipakai agak licin. Nasib
Indah baik kerana masih ada pokok-pokok kecil yang boleh menahan dirinya dari
jatuh.
Dia
berhenti seketika, dipandang tangannya yang sudah berdarah terkena duri. Dipejamkan
mata untuk mengumpul kembali semangatnya.
“Lagi
beberapa meter sahaja Indah, kau boleh..”bisik Indah pada dirinya sendiri.
Akhirnya
setelah memaksa diri Indah sampai di jalan besar. Tanganya mengelap peluh yang
menitis didahi.
Perlahan
dia mengatur langkah dengan niat melintas jalan itu, kedengaran bunyi kenderaan dari jauh, kepalanya
ditoleh kearah kiri.
Dilihat sebuah kereta sedang menuju kearahnya. Dia ingin
segera melintas tapi kepalanya mula berdenyut kuat, cuaca yang semakin panas
menyebabkan kehendak mindanya gagal diikuti tubuh badan yang lemah.
Penglihatannya
semakin kabur lalu sejurus itu Indah jatuh di atas jalan besar itu.
Dari
jauh kedengaran bunyi brek yang kuat datang dari arah kenderaan tersebut.