Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,950
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

Masjid berbumbung biru itu kelihatan indah tersergam diatas sebuah bukit kecil menghadap Selat Tebrau.

Empat menara kubahnya memberi perincian seumpama berada di wilayah Asia Barat, manakala seni binanya pula seolah-olah di zaman kolonial.

Indah menikmati pemandangan indah dihadapannya, buat seketika dia berjaya melarikan diri daripada memikirkan masalah yang menimpa. Mata bundarnya kemudian beralih arah kepada kedua-dua tapak tangannya. Dia kemudian menghelakan keluhan berat.

Andai ada ubat yang mampu menghilangkan semua ingatan mungkin dia tanpa berfikir panjang mampu mengadaikan apa sahaja harta bendanya agar semua yang membelengu fikirannya pada ketika ini mampu dihapuskan.

“Apa yang perlu aku buat?” bisiknya sendirian, tidak lama selepas itu susuk tubuh seorang lelaki menghampiri kereta itu.

“Kau ok tak?”Masuk sahaja dia ke dalam perut kereta, Qayyum terus mengutarakan soalan memecah kesunyian. Indah diam membisu.

“Kau mesti tak makan lagikan, kita pergi makan ok?”Indah hanya mengelengkan kepalanya. Qayyum masih tidak putus asa, diraub wajahnya mengumpul keberanian agar perbualan mereka tidak mati bergitu sahaja.

“Ok kita pergi minum” Indah diam.

“Ok diam tanda setuju, kita pergi minum!!!” Segera Qayyum mengundurkan kereta dari tapak parking itu, sementara tiada sebarang bantahan daripada Indah.


**********************************************************************************************

“Bagi saya dua hot Chocolate dengan Bagel with cream cheese, pun dua juga ya” Senyuman dilemparkan kepada pelayan disisinya, matanya kemudian mengalihkan pandangan ke arah Indah serentak itu juga tangannya mencapai jaket hitam yang sempat diambil di bonet keretanya tadi.

“Nah pakailah, baju kau tu macam orang nak kahwin dah aku tengok, semua orang tengok aku macam aku ni bawa lari bini orang yang baru angkat nikah” seloroh Qayyum sambil menyerahkan jaket hitam kepada Indah.

“Ya memang aku bini orang yang baru angkat nikah” kenyataan Indah yang padat itu telah hampir berjaya membuatkan mata Qayyum terjojol keluar. Perasaan terkejut menguasai dirinya, asalnya niatnya hanya untuk bergurau, dia sendiri tidak percaya bahawa gurauannya itu menjadi kenyataan. Sedaya upaya Qayyum cuba menenangkan dirinya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Owh….jadi kau ni bini orang, betullah ni aku bawa lari bini orang” bicara Qayyum lagi sambil tertawa kecil mencuba untuk bertenang.

“Ya” balas Indah kembali, perlahan jaket hitam itu dipakai menutupi tubuhnya.

“Sepatutnya lah bukan kalau orang baru kahwin ni dia tak kan berenggang dengan suami dia, jadi persoalan aku sekarang kenapa kau kat sini dengan baju pengantin ni?, kat depan aku? Ada orang culik kau ke? Kau kena kejar dengan along? Kau accident ?” Soal Qayyum bertalu-talu. Persoalan-persoalan itulah yang disimpan dari pertemuan awal tadi, namun ditahan kerana melihat keadaan Indah yang kurang stabil.

“Tak”

Jawapan Indah yang ringkas menjadikan Qayyum hilang kata-kata. Namun kepalanya ligat mencari ayat agar perbualan mereka tidak tamat begitu sahaja. Banyak perkara yang dia perlu dan mahu tahu tentang wanita dihadapannya itu.

“Jadi kenapa?”

“Ada masalah, dan aku rasa cara terbaik aku kena lari” jawab Indah lagi.

“Tu je sebabnya?tak ada penjelasan lain? Aku bukanlah nak menyibuk, jaga tepi kain kau, bussy body ke, tapi sekurang-kurangnya ceritalah sikit lagi, baru aku boleh tolong kau” Tanya Qayyum lagi sambil dahinya berkerut-kerut kerana gagal membaca fikiran Indah.

“Aku cuma ada masalah dengan suami aku, dan aku tak tahu nak buat macam mana, pendapat kau?” Soalan Indah kali ini membuatkan Qayyum terkebil-kebil beberapa kali dan menghelakan nafas berat.

Sejurus kemudian dia tertawa halus sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Kau tanya pendapat aku? Dengan penjelasan storyline yang macam tu?”garu kepala.

“Kalau tak boleh tolong tak apalah” balas Indah, nadanya seolah-olah merajuk. 

Sejurus itu juga, Qayyum mengetuk-getuk meja kayu dihadapan mereka tanda mencari idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah Indah.

“Oklah macam ni, bagi pendapat aku dalam hidup ni kita tak boleh lari dari masalah, masalah adalah sesuatu yang kau kena selesaikan, lagi cepat lebih baik. Kesimpulannya selesaikan masalah, bukan lari macam sekarang, kau kena hadap masalah itu walau macam mana susah pun” Qayyum sendiri kaget dengan kata-kata nasihat yang dilemparkan kepada Indah, kerana dia sendiri terkenal sebagai manusia yang suka lari dari masalah.

Sedaya upaya dia cuba menyakinkan Indah tentang pendapatnya itu.

“Selesaikan?” tanya Indah lagi, sambil matanya memandang tepat ke mata Qayyum.

Qayyum hanya mampu menganggukkan kepalanya demi menyakinkan Indah. Indah dihadapannya sudah merenung jauh ke dalam meja kayu itu. Entah kemana fikirannya melayang Qayyum juga tidak pasti

“Betul kata kau tu jalan terbaik, aku patut jadi lagi matang dan apa yang aku buat ni tak matang” balas Indah lagi, sambil pandangannya berpindah dari meja kayu terus kedalam anak mata Qayyum membuatkan Qayyum terpana seketika. Di larikan matanya dengan segera kearah lain sambil terus menyambung.

“Baguslah kalau kau dah sedar, aku pun bukan pandai sangat nak nasihat orang” Qayyum kelihatan menarik nafas lega.

“Aku nak minta tolong kau kali terakhir, lepas ni tolong hantarkan aku ke stesen teksi boleh?”

“Kau tak nak aku hantar kau balik?” Soal Qayyum kembali. Terasa sayu pula hati Qayyum melepaskan wanita dihadapanya ini pergi ditambah pula dengan perkataan terakhir itu. Kenapa perasaan begitu melanda hati, dia sendiri kurang pasti.

“Tak apa, kau dah banyak tolong aku, aku kena selesaikan masalah aku sendiri, aku naik teksi je”

“Ok aku akan hantar kau, tapi sebelum itu minum dulu, biar ada tenaga” Qayyum merenung kosong ke arah Indah.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.