Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,630
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 30

Bab 30

Beberapa bulan kemudian.

Matahari semakin menyinari alam, angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut wajahnya.

Pantas tangannya memutar pili air dan berlari ke arah paip yang airnya sedang mencurah-curah keluar. 

Perlahan dia menyanyi bait-bait lagu yang terlintas di minda ketika itu sambil ligat menyiram kereta kesayangannya secara rawak.

Hatinya terasa bahagia sambil itu dia memandang ke arah pintu rumah. Kosong,kelibat yang ditunggu masih belum muncul.

Segera dia berteriak “ Sayang cepatlah, dah lambat ni!!”

Harapannya agar Indah segera menjelma kerana jika lambat matahari akan semakin tinggi.

“Sabarlah,susah saya nak cepat dengan nak bawak perut lagi” cebik Indah sambil terlihat terkial-kial mengangkat bakul ditangan kanan dantikar ditangan kirinya sedangkan dia sedang mengandung tujuh bulan.

Segera Nazim berlari ke arah Indah dan mengambil bakul rotan dari tangan isteri tersayang untuk projek piknik mereka pagi itu.

“Alahai mari abang bawakan, sorry abang terlupa tadi”ujur Nazim sambil tersengih ibarat kerang busuk, Indah hanya mendegus halus tanda protes. 

Segera dia menuju ke bonet kereta yang telah dibuka Nazim dan meletakkan tikar yang dari tadi di usung.

Sejurus Nazim menutup bonet kereta mereka Indah kelihatan sangat gembira,semenjak berbadan dua ini emosinya memang mudah berubah-ubah, kadang mudah marah, kemudian gembira adakalanya menagis tiba-tiba. Pada mulanya Nazim agak binggung dengan perubahan Indah yang tidak menentu itu, namun kini dia sudah terbiasa.

“Excitednya!!!,dah lama Indah mengidam nak pergi piknik macam ni tau”.Dari semalam sebenarnya Indah telah membayangkan dia dan Nazim sama-sama duduk di tepi tasik dekat dengan rumah mereka, sambil menikmati sandwich telur kegemaran Nazim. Kemudian mereka berbual-bual pelbagai rancangan buat bayi yang bakal lahir nanti. Itu antara fantasi Indah dan sebentar lagi fantasi itu akan menjadi realiti.

“Indah ni uniklah, orang lain mengidam nak makan yang pelik-pelik tapi Indah mengidam nak pergi piknik pula”ujur Nazim sambil tangannya pantas menarik hidung Indah serentak dengan itu terdengar tawa kecik Indah.

Gelak tawa mereka terhenti buat seketika apabila telefon bimbit Nazim berdering kuat. 

“Sekejap ya sayang ,abang nak pick up takut urgent call”, segera dia menjawap panggilan tersebut.

“Ya saya...penting sangat ke?”perlahan sahaja nadanya, sesekali dahinya di kerut-kerut.

Mata Indah berkedip-kedip memandang wajah Nazim, dia seolah sudah tahu apa yang bakal keluar dari mulut Nazim. Senyumannya yang tadinya bahagia mula bertukar keruh.

“Why?”,soal Indah ringkas

“Sayang...sorry...errr”Nazimsegera memaut kedua-dua lengan Indah.

“You dah janjikan?”. Soal Indah sambil menepis tangan Nazim .

“Tapi ni urgent sayang, abang terpaksa pergi juga, please...kita pergi next day ya sayang”, tangannya segera memaut kembali lengan Indah sambil mengosok-gosoknya dengan harapan kemarahan Indah segera reda.

“Yelah,selesaikanlah urusan abang tu” segera Indah melangkah masuk ke dalam rumah, Nazim hanya mampu mengeluh kekesalan apabila pagi yang tadinya kelihatan Indah menjadi kelam.


******************************************************************************

Wanita di hadapannya direnung tajam.Lama.

Dia tidak habis fikir bagaimana wanita ini menyebabkan dia memecut keretanya selaju mungkin semata untuk mendapatkannya.

Hatinya yang tadinya cemas dan bimbang kalau apa-apa berlaku pada wanita itu kini bertukar menjadi kesal.

“Apa masalah you?!! kenapa nak kena tipu I sampai macam ni? And you pun tahu dan dah jelas hari ni hari I dan Indah!!”jerkah Nazim,rambutnya digosok-gosok kasar.

“So kalau I tak cakap I jatuh, batang hidung you pun I tak nampakkan?mana hak I kat sini?, tanya wanita itu sambil terus mengigit epal ditangannya seolah-olah tiada apa yang berlaku. 

Kakinya yang bersilang itu digoyang-goyang.

“Hak apa??, hak apa yang you cakap ni?”nadanya cuba ditahan-tahan,nampak jelas Nazim sedang cuba menahan amarahnya. Sebolehnya dia tidak mahu kemarahan menguasai dirinya.

“Hak I pada janji-janji youlah sayang” pendek jawapan wanita itu,wajahnya mengukir senyuman yang penuh dengan sindiran. Senyuman yang merobek-robek kesabarannya

“Sudahlah tu, kan kita dah bincang pasal benda ni banyak kali, I kalau boleh tak nak Indah syak apa-apa , so kalau boleh you janganlah buat benda bukan-bukan macam ni lagi”. Jelasnya perlahan

“So dalam kepala you tu ada Indah jelah kan?, I ada kat mana?”tanya wanita itu lagi membuatkan Nazim menarik nafasnya dalam-dalam. 

Dia perlu bijaksana dalam mengatasi masalah ini, dia tak boleh terbawa perasaan.

“Mestilah you ada kat dalam hati I, sayang....Ok macam nilah, I pun dah ada dekat sini sayang, kenapa kita nak kusutkan kepala dengan benda macamni, bukan senangkan kita nak ada masa macam ni kan” Nazim sedar tiada gunanya dia bertekak dengan wanita itu, kerana pastinya pasti dia akan kalah.

'Kesian kau Indah', bisik hati wanita itu sambil tersenyum puas dan dia tahu dia telah menang,perlahan dia menarik tangan Nazim ke arah beranda rumah itu.



Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.