Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,666
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 29

Daging di atas pemanggang elektrik itu dialih-alihkan mengunakan chopstik ditangannya, sekali sekala dia menelan air liur apabila bau haruman daging itu menusuk hidungnya.

Dia sudah membayangkan bagaimana nikmatnya apabila daging itu masuk ke dalam mulutnya, dan dikunyah perlahan-lahan, apatah lagi sebelum itu dia bercadang mencicah daging itu dengan sos buatan bonda yang tidak dapat dinafikan lagi keenakannya.

Beberapa ketika dilihat daging itu sudah bertukar warna dan dengan segera dia menghalakan chopstick ditangan ke arah pemanggang itu.

Namun tidak sampai lima saat, kelibat daging itu hilang dari pandangan matanya.

Rupanya dengan pantas Firman mengambil daging tersebut dan sedang membuka mulutnya untuk menelan daging yang sudah dikepit chopstiknya.

Dengan serta merta Fattah menyepit chopstick Firman, sambil matanya memberi amaran kepada Firman agar tidak meneruskan niat murninya itu.

Namun amaran itu tidak diendah malah hanya menaikkan amarah dihati Firman kerana hasratnya dihalang.

“Aku kata lepas!” jerkah Fattah kepada Firman sambil dia cuba merampas daging itu dengan menggunakan chopstiknya.

“Siapa cepat dia dapat” balas Firman kembali sambil cuba menarik chopstiknya dengan tenaga yang ada.

Acara tarik menarik masih lagi berterusan. Puan Irmani dengan segera muncul diruangan tersebut setelah mendengar kekecohan yang berlaku.

“Janganlah gaduh depan rezeki, banyak lagikan daging tu, kenapa nak berebut!?”Puan Irmani bersuara apabila melihat perbalahan yang padanya tidak masuk akal.

“Masalahnya Fattah yang bakar daging ni, ni daging batang pinang tau, tinggal seketul tu je,yang lain tu daging biasa. Takkanlah dia sedap-sedap je nak makan” Fattah mula menarik chopstiknya agar daging tersebut menuju ke arah mulutnya.

“Mengalahlah dengan adik, Fattah. Macam budak kecik kamu ni” nyata Puan Irmani lagi, sambil dia meletakkan sepinggan salad untuk dimakan bersama daging.

Sedang acara tarik menarik berlaku, tidak semena-mena Fikri datang dan mengigit daging yang direbut itu tanpa rasa bersalah lalu menelannya.

Sebuah senyuman sinis dilemparkan kepada mereka yang sedang tercengang. Beberapa ketika kemudian Fattah dan Firman sudah menjerit dan mengejar Fikri mengelilingi meja makan itu.

Puan Irmani hanya mampu mengelengkan kepalanya. Sambil matanya menangkap susuk tubuh Nazim yang menghampiri meja makan itu.

“Hah Nazim , jom makan cepat. Panggilkan Indah sekali ya, dia kat luar tadi, tak masuk-masuk pulak. Cepat tau, karang habis makanan, kena makan dengan pirana-pirana ni” Nazim hanya mampu menahan tawanya apabila melihat telatah ipar-iparnya. Segera di anggukkan kepalanya lalu berlalu ke arah pintu hadapan.

Kelibat isterinya itu dicari, matanya melilau dalam kepekatan malam. Jauh disatu sudut kelihatan wanita kesayangannya itu sedang temenung sendirian. Perlahan dia melangkah ke arah Indah.

“Kenapa sayang abang ni termenung kat dalam gelap ni?” soal Nazim sambil dengan pantas sudah berada disebelah Indah.

“Abang…” suara Indah antara dengar dan tidak. Dia kelihatan sedikit terperanjat dengan kehadiran Nazim.

“Indah Fikir apa lagi tu?” Nazim seolah-olah dapat menangkap apa yang difikirkan oleh Indah.

“Tak ada apalah, mana ada Indah fikir apa-apa” balas Indah kembali sambil tertawa kecil.

“Kalau boleh abang harap , Indah tak fikir banyak-banyak. Lagi-lagi perkara yang dah lepas. Abang tak nak Indah sakit sebab benda-benda tak penting ni” Nazim memandang wajah Indah, namun Indah masih mendongakkan kepalanya memandang langit.

“Jangan risau Indah tak fikir dah” jawap Indah ringkas, sambil tangannya bergerak ke atas lalu menunjuk ke arah langit malam.

“Cuba abang tengok, bintang-bintang tu cantikkan?” soal Indah lagi.

“Haah cantik, tapikan abang rasa ada yang lagi cantik”

“Ada yang lagi cantik?” soal Indah kembali. Pelik dia dengan kenyataan Nazim, segera wajahnya berpaling agar dia boleh mendapat jawapan yang lebih jelas daripada lelaki itu.

“Ya ada, ni…”dengan segera mata Indah, memandang ke arah tangan Nazim yang sedang mengenggam sesuatu.

“Apa yang lagi cantik dari bintang?” soal Indah lagi sambil jari jemarinya berusaha untuk membuka gengaman Nazim.

Dalam kepekatan malam itu dapat Indah lihat kilauan dari balik jari Nazim. Dia tidak berputus asa untuk mengetahui isi dalam gengaman itu. Nazim hanya tersengih sumbing melihat keletah Indah. Sedaya upaya dia menguatkan gengaman jarinya.

“Rantai?” soal Indah apabila dia berjaya merampas barang yang dipegang Nazim tadi.

“Bukan rantai ni, isteri abanglah yang lagi cantik dari bintang”balas Nazim perlahan sambil melontarkan senyumannya kepada Indah. Indah tersenyum mendengar kata-kata Nazim.

Serentak itu juga Nazim membuka loket yang dipasang pada rantai itu. Loket berbentuk love yang saiznya sebesar dua syiling dua puluh sen itu rupanya menyimpan gambar perkahwinan dia dan Nazim.

Indah hanya mampu tersenyum melihat kejutan Nazim, segera di pasangkan rantai itu ke leher Indah.

“Suka?” soal Nazim inginkan kepastian dari Indah. Dia pasti ini antara momen penting yang akan terus dia dan Indah ingat sehingga ke akhir hayat mereka. Dan dia mahu pastikan dia dan Indah akan kekal selamanya.

“Terima kasih!, Indah suka sangat” Soalan Nazim itu dibalas dengan anggukan Indah membuatkan Nazim semakin lega. Apatah lagi dengan pelbagai krisis yang menlanda hubungan mereka dan paling penting perkahwinan mereka yang baru berusia beberapa minggu. Dia mahu pastikan hubungan dia dan Indah stabil.

“Alhamdulillah nasib baik Indah suka, abang harap lepas ni Indah lupakan semua yang melanda kita, boleh? Abang nak kita hidup bahagia. Kalau boleh tak nak Indah pendam sorang-sorang ya” pinta Nazim lagi.

“InsyaAllah, Indah cuba” senyum Indah lagi. Dia berharap segala galau dihati dapat hilang dengan segera.

“Macam tulah wife abang, dah jom kita pergi makan, nanti habis pula makanan kita. Dia orang tengah makan tu” Indah hanya menanggukan kepalanya sambil mengikut langkah Nazim ke dalam rumah.

‘Kalau tak cepat masuk ni, mau aku kunyah daun je nanti’ bisik hati Indah yang sudah tahu kerakusan adik-adik dan abangnya terhadap makan, dengan segera dia menarik tangan Nazim ke arah ruang tamu.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.