Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,834
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 31

Bab 31


Tangannya laju mencapai roti di atas meja, lalu segera diratakan permukaan roti dengan jem starwberry di atasnya. 

Air kopi panas pula dituang ke dalam cawan kaca yang sudah disusun elok di atas meja makan. Dari kejauhan dia memandang Nazim yang sedang mencari sesuatu, kelam kabut. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7.40 pagi. Pastinya Nazim sudah terlambat, kerana selalunya pukul 7.30 pagi Nazim sudah pun berada di dalam perut kereta.


“Abang cari apa tu?” soalnya lembut, dengan harapan Nazim memberitahunya agar dia dapat membantu Nazim. 

Indah sudah masak dengan sifat kelam kabut Nazim, lagi-lagi apabila barang yang dicarinya itu barang yang penting.


“Pendrive abang, nak guna tu untuk presentation nanti, tak jumpa pula” balas Nazim lagi tanpa memandang Indah. 

Mata Indah mula meninjau-ninjau sekitar rumah, dengan keadaanya yang sudah tujuh bulan sarat membuatkan dia lebih suka berdiri di suatu tempat sahaja. Sesekali digosok-gosok perutnya apabila bayi didalam bergerak aktif.

Tidak sampai beberapa minit mata Indah sudah dapat menangkap kedudukan pendrive tersebut. Sejak dari dulu lagi Indah memang pakar dalam mencari barang yang hilang.

'Tipnya senang sahaja,cari pakai mata bukan tangan apatah lagi mulut'

Nazim masih lagi mencari, sesekali mulutnya membebel-bebel sendiri. Indah memerhatikannya seketika ,ralit melihat Nazim dihadapannya yang tidak keruan.


“Abang..”panggilan Indah itu mengalihkan tumpuan Nazim ke arahnya, segera bibirnya yang tadi masam mencuka mengukirkan senyuman apabila melihat Indah sedang memegang pendrive yang dicari-cari sambil mengoyang-goyangkan pendrive tersebut.

Segera dia menuju ke arah Indah bagi mendapatkan pendrive tersebut.

"Macam mana Indah boleh jumpa"ujur Nazim sambil terus tersenyum lebar.

“Sebab Indah ada super power, eh sarapanlah dulu..”jawab Indah bersahaja sambil sempat memaksa Nazim duduk apabila dilihat Nazim tergesa-gesa mencapai pendrive tersebut dan bersiap sedia untuk terus ke pejabat.


“Eh lupa pula abang” balas Nazim sambil tergelak memikirkan perbuatannya yang sangat kelam kabut, segera dicapai roti yang telah di sedia untuknya. 

Dia lebih senang dengan sarapan yang ringan dan ringkas bagi memulakan paginya. sambil itu dia merenung Indah yang ada dihadapanya. Lama.


“Makin cantik pula sayang abang hari ni”kata-kata Nazim itu disambut dengan tawa dari Indah


“Ada apa-apa ke puji Indah ni? Abang ada buat salah ya?”Soal Indah sambil merenung dalam ke mata Nazim dan menunjukan telunjuknya kepada Nazim tanda amaran. 

Sayangnya pada Nazim tak pernah berkurangan. Semenjak kemalangan yang berlaku dan pelbagai kejadian rentetan terutama di awal perkahwinan mereka makin merapatkan hubungan dia dan Nazim. Malah dia sempat berfikir kalau dia sudah menjadi wanita yang bahagia dengan apa yang mereka ada, walaupun beberapa bulan ini Nazim agak sibuk dengan kerja dan sering pulang lambat dia cuba memahami.


“Mana ada apa-apa, sekali sekala puji isteri abang tak salahkan?” jelas Nazim, suaranya agak bergetar seolah tersentak dengan soalan yang diajukan oleh Indah. Segera di alihkan pandangannya kearah lain.


“Abang dah lambatlah sayang,abang kena pergi dulu.Sayang elok-elok dirumah tau” tanpa menunggu lama Nazim segera bangun dari kerusinya dan bergerak keluar.


“Eh abang nak pergi dah? cepatnya.”cebik Indah kesal.

"Abang dah lambat sayang,baby baik-baik tau dengan mama"sempat dia mengosok-gosok perut Indah.


"Babah pun baik-baik pergi kerja tu" Jawap Indah sambil mengecilkan suaranya. Dia dan Nazim sama-sama tertawa.

Serentak itu juga Indah bergerak seiringan dengan Nazim, apabila sampai dipintu rumah segera dia mencapai tangan yang dihulur Nazim untuk disalam dan cium, itulah rutinnya setiap hari setiap kali menghantar Nazim keluar berkerja sejak hari perkahwinan mereka.

Setelah bayang kereta Nazim hilang dari pandangan, segera Indah menuju ke dalam, masih banyak kerja rumah yang menanti untuk diselesaikan,dengan keadaannya yang sarat begini pegerakannya menjadi lambat jadi dia selalunya mula berkemas lebih awal. Namun ketika itu juga matanya terpandang pendrive yang dicari tadi di atas meja makan.



'Alahai abang,benda penting macam ni dia tinggalkan' segera mindanya berfikir apa yang perlu dia lakukan. Untuk dia memandu pada saat dan ketika ini dengan keadaannya yang begitu memang sesuatu yang mustahil.

Telefon Nazim dan beritahu tentang pendrive ini?, bimbang akan membuatkan Nazim menjadi lebih kelam kabut. Akhirnya Indah mengambil keputusan untuk menghantar sendiri pendrive itu ke pejabat Nazim.


“Sekali sekala buat suprise apa salahnya kan?mesti abang suka” bisik Indah perlahan, segera dia mendail nombor perkhidmatan radio teksi.



************************************************************************************


“Berhenti kat depan tu ya pakcik” jika tidak kerana bunyi hon yang kuat dari kereta sebelah, tentu dia tidak sedar dia sudah berada dihadapan pejabat Nazim. 

Diwaktu puncak seperti ini keadaan lalu lintas memang sangat sesak, macam manalah suaminya itu sangup meredah kesesakan seperti ini setiap hari. Segera dia meraba-raba di dalam beg duitnya untuk mencari wang bagi membayar tambang, sejurus itu dia terpandang kereta Nazim berhenti tidak jauh dari teksinya. Hatinya berbunga riang tak payahlah dia berjalan terlalu jauh untuk berjumpa Nazim

Namun belum sempat dia keluar dari teksi, kelihatan Nazim keluar dari tempat duduk pemandu dan segera menuju ke arah seorang wanita yang dia cukup kenali. Matanya dikedip berkali-kali, tidak mungkin dia salah lihat, kakinya tidak jadi melangkah keluar.


“Wafaa..?apa Wafaa buat di pejabat Nazim pagi-pagi macam ni?” belum sempat soalannya terjawab tiba-tiba jantungnya berdegup kencang apabila melihat Nazim merangkul pinggang wafaa dengan mesra dan berjalan seiringan ke arah tempat duduk penumpang.


Setelah Wafaa hilang ke dalam perut kereta , segera Nazim membuka pintu kereta dan beralih ke tempat duduk pemandu,.


Terkesima sebentar Indah dengan apa yang berlaku dihadapannya ketika itu, dia cuba menghadam apa yang dilihat, dia gagal menafsir apa yang dirasai ketika itu, kereta Nazim sudah mula bergerak menuju ke arah jalan besar. Nasib dia sempat untuk berfikiran waras semula.


“Pakcik,boleh tak ikut kereta depan tu, tolong ya pakcik jangan terlepas” pinta Indah,sehabis baik dia cuba untuk bertenang. Dapat dirasakan wajahnya sudah mula memanas. Apa yang dia rasa sekarang? pelik?keliru?marah?. Bagaimana Nazim boleh semesra itu merangkul Wafaa? dan Wafaa merelakannya malah kelihatan gembira?. Dirangkul Nazim,suami sahabat baiknya.


Pelbagai persoalan yang menerpa ke mindanya pada ketika itu,kenapa?,mengapa?,bagaimana?. Serentak itu juga teksi itu berhenti tidak jauh daripada kereta Nazim, segera Indah membayar tambang dan bersembunyi di balik tembok tidak jauh dari tempat teksi tadi berhenti. Dari situ dia masih boleh melihat Nazim dan Wafaa didalam kereta yang sudah diletakkan dalam kotak parking.


Dari jauh dia melihat pemandangan yang sekali lagi menusuk tangkai hatinya, Nazim dan Wafaa berjalan seiringan sambil berpegangan tangan menuju ke sebuah hotel. Mesra. Ya Mesra. Hotel?


Sebaik mungkin Indah mencuba agar kehadiran dirinya tidak sedari.

Dia mengekori mereka sehingga ke lobi hotel. Indah hanya memerhatikan dari jauh kelihatan mereka menuju ke arah lift utama selepas selesai urusan di receptionist.


Hanya mereka berdua di dalam lift tersebut. Diam dia memerhatikan monitor di atas lift itu bertukar nombor demi nombor sebelum akhirnya berhenti di tingkat 10 dan kembali ke bawah semula.

Dia perlu tahu sesuatu, segera Indah menuju ke arah kaunter dan bertanya kepada seorang pekerja disitu


“Adik ,conference room tingkat 10 ya?” helah Indah bagi memastikan niat sebenar mereka ke hotel ini.


“Conference room tingkat 15 kak, tingkat 3 sehingga 14 semua bilik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” balas perkerja itu semula. 


Indah kelu... Masa terasa terhenti.

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.