Bab 11
Beberapa
orang pelayan Libro café kelihatan berkumpul dihadapan kaunter bayaran bagaikan
semut menghurung gula. Suasana yang terjadi ketika ini bagaikan gossip sensasi
malahan sukar ditafsir mereka.
“Pelik
betul dia ada kat café time-time macam ni” soal Amin yang sudah berkerja di
Libro café sejak café itu dibuka. Baginya melihat Qayyum, bossnya datang ke
café seawal ini adalah perkara yang jarang-jarang berlaku.
“Apa
yang kau nak pelik, dah memang Encik Qayyum tu manusia rare, lagipun ni café
dia suka hati dialah nak datang petang ke, subuh ke, tak nak datang ke. Janji
gaji kita dia bayar cukup sudahlah” bentak Nini pula. Dia merasa rimas apabila
rakan-rakannya berkumpul dikaunter itu, silap hari bulan boleh jadi ribut
taufan dalam café yang aman permai itu jika Encik Qayyum lihat mereka berkumpul.
“Ish
aku tanya je, yang kau membebel balik kat aku dah kenapa. Aku pelik je dah lah
tersengih-sengih macam orang tak betul. Lepas tu siap ucap good morning kat aku
tadi.”
“Dah
kalau dia ucap good morning kat kau, kau tertawan kat dia ke?eh kau ni sejak
bila tukar selera” seloroh Bahrain yang sejak tadi diam tiba-tiba menyampuk.
Dengan pantas juga tangan Amin menampar belakang kepala Bahrain, sehingga
tertolak sedikit kehadapan.
“Kau
dah kenapa, aku bukan gay tahu, nabi tak mengaku umat woi”
“Banyak
cakaplah kau ni, dah pergi hantar hot chocolate ni kat dia, karang dia marah
kau juga yang sasau.” Kali ini Salmi, pengurus Libro café yang juga orang kanan
dan kepercayaan Qayyum keluar daripada ruang dapur sambil membawa hot chocolate
yang masih panas itu. Amin akur lalu mencapai dulang dari tangan Salmi, melangkah
ke arah bossnya yang duduk dipenjuru café masih tersengih seorang diri
menghadap keluar tingkap
‘Memang
tak betul dia ni’, bisik hati kecil Amin sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
Qayyum
masih belum berhenti senyum.Masih jelas dihadapannya bagaimana wajah wanita
berkulit kuning langsat itu bertukar merona kemerahan menahan marah.
Entah
kenapa semakin marah wanita itu semakin dia bahagia.
Dia
masih lagi tersengih sendirian disulami siulan dibibir.
Penderitaan
wanita yang dia sendiri tidak tahu namanya itu adalah kebahagiaan baginya. Rasa
bahagia dan puas itu benar-benar membuatkan moodnya berbunga semenjak semalam
dan terbawa sehingga ke hari ini.
‘Itu
balasan untuk kau sebab masuk campur hal aku minah sengget’ bisik dia lagi,
hatinya sakit apabila teringat pertemuan-pertemuan mereka yang lalu.
“Encik
Qayyum ni hot chocolate encik”, suara Amin memecahkan lamunannya.
“Terima
kasih Amin”. balas Qayyum sambil tersenyum menyebabkan Amin makin pelik kerana
jarang-jarang Qayyum sebaik itu.
‘Sah
dia ni memang dah tak betul’bisik hati Amin lalu berlalu pergi, sambil menyapa
tetamu yang baru datang. Perlahan tetamu itu melangkah menuju ke meja tempat
Qayyum menikmati minuman
“Bagi
saya green tea vanilla ya” sempat juga dia bebisik ke telinga Amin, sambil
dibalas anggukan darinya.
“Aik
bahagia aku tengok kau hari ni?” aura kebahagiaan Qayyum bagaikan dapat dirasa
oleh Fatah
“Eh macam
mana kau tahu aku kat sini? Lagi satu tak boleh ke kalau aku happy sikit? Takkan
24 jam aku nak sedih” Tawa Qayyum sambil meminta Fatah duduk
“Aku
lalu depan ni tadi nampak kereta kau ada, aku singgah sekejap. Yelah selalu
kalau aku datang kedai kau ni, aura dia hitam je, ni macam ada bunga-bunga
disana sini pula”
“Kau
ingat aku ni apa? Mat bunga ke? Aku memang happy hari ni, kau nak minum apa
order je, tak payah bayar”
“Tak
payah bayar? Ya Allah untungnya kawan dengan tokey kedai, hari-hari tak payah
bayar.Kau ni kenapa sebenarnya?” Soal Fatah yang kebingungan melihat Qayyum
dari tadi tersengih-sengih sendiri. Keadaan ini jarang berlaku pada Qayyum. Dia
pelik.
“Kau
tak suka ke tengok aku happy?”
“Aku
happy, tapi aku peliklah, tersengih sana, tersengih sini”
“Aku
dapat kenakan minah sengget tu” riak wajahnya masih tidak lekang dengan
senyuman.
“Kau
kenakan dia?macam mana?” semakin teruja Fatah ingin mendengar cerita sebenar.
“Adalah
malas aku nak cerita.”
“Tengok
macam ni lah kawan bro. bila kau sedih sibuk cari aku kan, bila kau happy sikit
pun tak nak cerita”
“Ala
merajuk pula, come on lah kau bukan perempuan, nanti-nantilah aku cerita,
sekarang ni aku nak tahu kenapa kau datang ni?”
“Yelah,
aku nak bagi kad ni kat kau” balas Fatah sambil menghulurkan sekeping sampul
surat berwarna putih kepada Qayyum.
“Eh
kau nak kahwin ke?dengan siapa? kenapa aku tak tau?” kad itu disambut Qayyum
dengan seribu persoalan.
“Boleh
tak kau tengok dulu kad tu.” Mata Fatah memerhati Qayyum dengan geram.
“Indah
Kalela Binti Farid? Adik kau ke ni?” wajah Qayyum berkerut, nama yang
disebutnya itu seperti pernah didengar, tapi sel-sel otaknya gagal berhubung
untuk mengingat sebarang memori berkaitan dengan nama itu.
“Tulah
kau family aku pun kau tak kenal.Mana nak kenal kalau dah kau asyik busy je.”
“Janganlah
marah, tak tau pula aku kau ada adik perempuan”
“Kalau
kau tahu kenapa?”
“Yelah
bolehlah aku jadi adik ipar kau”. Qayyum tergelak besar.
“Adik
ipar aku? Macam ni? Lupakanlah” balas Fatah sambil tangannya bergerak atas ke bawah
menunjuk tubuh Qayyum dengan muka tidak puas hati.
“Dah
kenapa pula kau merendah-rendahkan aku ya. Kiranya adik kau ni langkah
bendullah eh?”
“Kau
tu emosi tak menentu, mat jiwang, kesian adik aku kalau kahwin dengan kau.Biarlah
dah jodoh dia,kalau dia bahagia aku pun bahagia. Dia jelah satu- satunya adik
perempuan yang aku ada”
“Ya
aku paham tu, tapi satu je ke adik perempuan kau?”
“Kenapa?kalau
ada yang lain pun aku tak akan perkenalkan pada kaulah”
“Kau
memang kedekutkan, tapi aku tak pastilah boleh datang ke tak ni, nanti aku
inform kau”
“Janganlah
tak datang” Marah Fatah diikuti derai ketawa Qayyum
“Aku
takut aku kena pergi Sabah time ni” matanya cuba dikecilkan, cuba meminta belas
ehsan Fatah.
“Yelah
suka hati kaulah, kalau boleh datang, datanglah, bila lagi kau nak kenal
keluarga aku”
“Ya
aku paham” balas Qayyum pendek, tanpa mereka sedari Amin datang membawa pesanan
Fatah. Entah kenapa jiwa Qayyum bagaikan tidak keruan. Siapa Indah Kalela,
kenapa dia rasa nama itu begitu dekat dihatinya. Keliru.