Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,149
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Leka Zaim meneliti email yang diterima di komputer ribanya. Selang beberapa minit, matanya mula berpinar dek kerana terlalu lama fokus pada kerjanya.  Direngangkan segala otot-otot yang mula terasa sengal sambil matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling . Ruang itu sunyi, masing-masing sudah berada dialam mimpi. Mungkin terlampau selesa kerana berada diruangan business class . Namun, matanya tertatap kepada perilaku seorang penumpang yang berada dihadapannya. Seakan lelaki itu kerapkali memegang dadanya. Seorang pramugari datang mungkin bertanyakan keadaan lelaki itu. Keadaan jadi sedikit cemas tatkala lelaki itu seakan-akan tidak sedarkan dirinya.

Kerana rasa ingin membantu, Zaim mula bergerak kearah lelaki itu. Beberapa orang pramugari cuba untuk membantu namun tidak berjaya.. Segera Zaim mengerutkan dahinya. Dia seakan mengenali lelaki itu.

"Uncle Khalid," gumamnya perlahan.

"Buat announcement, kita perlukan seorang doktor untuk rawatan lanjut " Kata salah seorang pramugari yang berada disitu.

"Berapa jam lagi kita nak landing ke Malaysia? Dah contact airport untuk sediakan ambulans?" soal Zaim tenang. Setelah mendapat jawapan dari soalannya Zaim terus membaringkan Tan Sri Khalid perlahan-lahan. Dengan segera dia memeriksa keadaan Tan Sri Khalid bersedia untuk melakukan pertolongan cemas keatas lelaki itu. Didongak kepalanya memandang tepat kearah pramugari lelaki yang berada disitu.

"Awak atau saya yang nak buat cpr ? Awak mesti dah dilatih kan?" ujinya. Lalu segera tempatnya diambil oleh pramugari lelaki yang bernama Kamal itu.

🐝🐝🐝

Aafiyah leka mendengar lagu yang berkumandang di earphonenya. Langsung dirinya tidak hiraukan pengumuman yang kedengaran sipi-sipi itu. Dibiarkan diri terus tenggelam dalam kenangan yang lalu. Namun terasa diri sedikit terganggu tatkala bahunya ditepuk perlahan. Segera mata dibuka dan dipandang seorang pramugari wanita itu dengan pelik.

I'm sorry to disturb you, Miss. But we have an urgent case that need your care. If you don't mind could you please lends us a help, Dr Aafiyah?" katanya dengan penuh kelembutan.

Aafiyah hanya mengangguk biarpun dia masih terpinga-pinga tidak tahu apa yang terjadi.Terasa ada banyak mata yang sedang elok mengekori langkahnya.

'Aku ada buat salah ke?' desisnya dalam hati. Namun tatkala sampai keruangan business class itu,dirinya tidak mampu membendung perasaan teruja dan kagum dek kerana mewah dan cantiknya ruangan itu.

"Tan Sri tiba-tiba sakit dada dan kemudian pengsan. Salah seorang crew kami cuba membantu dengan membuat Cardiopulmonary Resuscitation (CPR). Saya harap Doktor dapat membantu kami serba sedikit," terangnya.

Setelah beberapa seketika membuat pertolongan cemas itu, kedengaran bunyi batuk perlahan. Segera Aafiyah mendudukkan lelaki yang bernama Tan Sri Khalid dalam posisi separa iaitu dengan menyandarkannya di kerusi. Dipastikan posisi itu memberi keselesaan kepada lelaki itu.

"Tan Sri.. Tan Sri, dengar kan suara saya?" soalnya lembut. Apabila mendapat respon dari Tan Sri Khalid, Aafiyah tersenyum.

"Awak tolong selongkar beg dia, saya yakin ada ubat kat situ. Tan Sri kena serangan jantung ni," arah Aafiyah kepada Zaim yang seakan termangu sendirian disitu. Seraya itu Aafiyah segera melonggarkan pakaian pada leher, dada dan pinggang Tan Sri Khalid, kemudian ditinggikan sedikit lutut itu dan diletakkan pelapik yang diminta kepada pramugari dibawahnya.

Tidak menunggu lama, Zaim menghulurkan sebuah plastik kepada Aafiyah. Segera dia mengambil satu tablet ubat tertera nama aspirin dan diberikan kepada Tan Sri Khalid. Botol mineral yang dipegang oleh pramugari disisinya dicapai laju untuk diberikan kepada Tan sri Khalid yang kelihatan lesu.

"Tan Sri telan perlahan-lahan,ya. InshaAllah, Tan Sri akan rasa okey lepas ni." Ucap Aafiyah lembut. Ralit Zaim memandang wanita yang berada disisinya. Entah kenapa ada sesuatu yang menarik tentang wanita yang entah dari mana datangnya.

"Awak buat tindakan yang bagus." Puji Aafiyah kepada Kamal. Dia tekun memantau pernafasan dan nadi Tan Sri Khalid.

"Saya cuma jalankan tanggungjawab saya. Terima Kasih memuji," Kamal membalas senyuman Aafiyah. Serasa dirinya dihargai setelah berhempas-pulas berusaha menyelamatkan seseorang. Aafiyah ketawa perlahan. Lantas dia menoleh kearah Zaim.

You too. You did a great job," seraya matanya dikenyit nakal dan ketawa kecil. Tergamam Zaim jadinya.

'Eh,dia nak try aku ke?' desis Zaim.Aafiyah bangun untuk ke seatnya tatkala mendengar pengumuman menandakan yang mereka akan sampai tidak lama lagi. Sempat lagi dia berpesan kepada pramugari disitu untuk terus memantau keadaan Tan Sri Khalid.

Zaim hanya membiarkan wanita itu pergi. Tidak mahu untuk terus ralit dengan hatinya yang tengah kucar-kacir sekarang. Ditoleh pula kearah Tan Sri Khalid yang duduk berehat itu.

"Uncle buat Im takut. Im ingat Im akan hilang uncle tadi," ucapnya perlahan sambil membetulkan selimut agar lelaki itu lebih selesa.

🐝🐝🐝

Bibirnya tidak henti dari terus bersiul-siul kecil, rasa penat yang menyinggah sikitpun tidak dihiraukan dek kerana puas melepaskan rasa gian tadi.

"Baru balik, Im?" tegur Dato Hairul. Segera Zaim duduk di sofa bersebelahan papanya. Diam tidak menjawab soalan.

"Papa ni sebenarnya tak kisah kamu nak balik pukul berapa. Masalahnya mama kamu tu, Im. Muncung dia mak aiii sedepa tau. Nak membebel dekat kamu tapi papa yang jadi mangsa. Mana aci macam tu." Zaim ketawa kecil. Dipandang wajah papanya yang sedang melipat surat khabar dan diletakkan ke meja.

"Papa kata sayang kat mama. Apa salahnya dengar mama membebel,barulah orang kata cinta sejati." Usiknya sambil ketawa. Tiba-tiba terasa kepalanya sakit diketuk oleh mamanya.

"Pandai kamu ya,cinta sejati konon. Padan muka." Datin Zalina menghulurkan cawan yang berisi kopi kepada suaminya.

"Kata cuti. Dahlah jarang balik sini,mama ni ha yang terhegeh-hegeh rindukan Im.Tapi Im sikitpun tak rindukan mama,kan." Rajuk Datin Zalina. Segera Zaim turun dari sofa dan duduk dibawah. Dilentokkan kepalanya ke riba mamanya.

"Zaim minta maaf,ya. Im kerja tak menentu,bukan senang nak reka software, apps semua tu ma. Makan masa,so kebanyakkan masa Im habis dipejabat ja." Terasa kepalanya diusap lembut oleh Datin Zalina.

"Mama tahu, tapi waktu Im balik sini cubalah Im lekat dekat rumah. Kesian dekat mama, seorang pun tak nak layan mama," Zaim ketawa. Dia tahu mamanya rindukan dia.

" Mama tu akal nak ajak Zaim keluar lah tu. Layankan je," sampuk Dato Hairul.Tersenyum dia melihat telatah dua insan kesayangnya itu. Nasib baik kedua anak perempuannya tiada dirumah kalau tidak masing-masing tumbuh tanduk nak membuli Zaim Ammar. Yang si abang pun layankan je perangai adik-adiknya yang tak berapa nak betul tu.

"Alah ma. Im keluar tadi pun jumpa Adlin ja. Kebetulan dia tengah mengajar budak taekwando, Im sajalah nak lepas gian so Im join je. Okey, esok mama jangan risau. Im bawak mama keluar jalan-jalan, mama nak pergi mana mama bagitahu je Im. Kita tak payah ajak papa."

Tersenyum Datin Zalina manakala Dato Hairul hanya ketawa sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Esok papa kena join sebab papa ingat nak melawat uncle Khalid kamu. Katanya Nurin pun dah balik dari Scotland kan." Zaim hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Dah lama tidak berhubung dengan Nurin dek kekangan masa dan jarak yang memisahkan mereka.

"Sebut pasal Nurin, mama teringat pula dekat Tia. Baru ni, Tok mak kamu ada telefon cakap yang Tia dah dah habis belajar dah. Dah 3 bulan dok menempek dengan Tok mak kat kampung tu ."

Zaim mulalah bosan tatkala kedua nama itu disebut-sebut. Rasa serabut pulak kepalanya bila mengenangkan perangai masing-masing. Malas mengambil tumpuan dicapai kuih karipap untuk makan.

"Uish,sedap sungguh kuih karipap mama ni. Terbaik." Katanya sambil mengangkat ibu jari. Cuba untuk mengubah topik.

"Hah, mulalah tu nak mengelak. Im, mama cuma ingatkan kamu ja. Apa janji Im pada Tok mak dan Tok abah jangan anggap main-main." Datin Zalina risau. Kedua ibubapa mertua dia bukan boleh. Janji jangan dibuat main.

Zaim mengeluh.

" Im tak pernah berjanji apa-apa, mama pun tahu kan Tok abah dengan Tia yang terlebih excited pasal benda ni. Padahal Im ni tak ada pula rasa nak kahwin," Zaim sendiri tak faham kenapa perlu dia yang kahwin sedangkan ramai lagi sepupu-sepupu dia yang belum kahwin. Dah tu nak dijodohkan dengan sepupu hantu , si Tia tu pulak..Haihh,apalah nasib aku.

"Ma, kalau kata Im kahwin dan tunjuk rupa bini Im dekat diaorang agak-agak meletup tak diaorang kat kampung ?" soalnya biarpun dia sudah tahu jawapan apa yang akan dia dapat nanti.

" Im tak tahu ke Im saja-saja buat tak tahu ni ?" Dato Hairul tersenyum sinis. Tahu anak lelakinya mula serabut. Dia pun kalau boleh mahu anaknya memilih bahagia sendiri. Tak perlu dipaksa begini oleh ayahnya dikampung.

" Im harap sangat ma. Harap waktu Im perlukan mama dan papa,mama dan papa ada untuk Im dan isteri," seraya itu tangannya ditampar oleh mamanya.

" Im dah kahwin senyap-senyap ke?" serius sahaja muka Datin Zalina. Zaim hanya ketawa melihat reaksi mamanya itu.

"Hm, entahlah ma..yelah kot," jawabnya main-main sambil berlari anak untuk ke bilik.

"Zaim Ammar !!!!" meletus ketawa Dato Hairul melihat muka Datin Zalina yang memerah dek kerana diusik anaknya itu.

🐝🐝🐝

Aafiyah membelek jam tangannya. Kejap-kejap matanya singgah disitu, rasanya dah dekat 10minit dirinya menjadi penunggu di Kfc itu. Bau ayam goreng yang sedap membuatkan perutnya tiba-tiba menjadi lapar. Baru hendak bangun untuk membuat pesanan, terdengar kerusi ditarik lantas kepalanya matanya memandang empunya badan yang selamba je duduk disitu.

"Awak dah gila ke?" nah, terkeluar ayat pedas dari mulut Aafiyah.

Zaim mengerutkan dahinya.Terus sahaja diukir senyuman sehingga membuat Aafiyah terpegun.

"Saya gilakan awak je," tersentak Aafiyah mendengar balasan dari Zaim.

" Eh awk ni, entah dari planet mana datang singgah Kfc tup-tup duduk depan saya cakap gilakan saya." Sungguh-sungguh Aafiyah cuba menahan debar.

Belum sempat Zaim membalas ada suara yang menyampuk.

"Abang Im, kenapa duduk sini? Dating eh?" usik Zahara. Dipandang wanita yang berada dengan abangnya dengan penuh minat.

"Jangan nak merapu. Ayalah ni, abang call tak angkat abang teruslah datang ke sini dah tadi Aya kata nak makan Kfc." Zahara hanya mencebik.

Aafiyah menoleh kearah jamnya sekali lagi. Bibir diketap,rasa geram mula menghuni hati.

"Aku dahlah lapar,yang si Ijam ni tak datang-datang. Seronoklah buat aku jadi patung cedana kat sini," katanya perlahan namun sempat didengari Zaim.

"Saya Zaim, maaf ya. Saya ingatkan awak adik saya tu yang saya main duduk je. Tengok dari belakang dah nak serupa..Erm,tak apalah saya cari tempat lain ya." Dikerling Zahara. Cuba menghantar bahasa isyarat.

"Alah, abang tengoklah semua tempat dah penuh. Aya teringin nak makan Kfc. Akak,tak boleh ke kami tumpang meja sekali?" katanya sambil membuat muka kesian.

Serba salah jadinya. Namun melihatkan raut wajah yang penuh pengharapan itu, Aafiyah mengukir senyuman.

"Tak apa,kita share lagipun kawan akak tak jadi datang kot. Akak pun dah lapar ni, jom kita pergi order."

"Urm, akak dengan abang Im lah pergi order. Biar Aya jaga tempat," dikenyit mata pada abangnya. Sengaja memberi ruang pada pasangan itu.

"Awak tak kenal saya ke?" soal Zaim. Dari tadi lagi dia mahu bertanya namun ditahan sahaja.

"Saya kena kenal awak ke?"

'eh dia ni, aku tanya dia. Dia tanya aku balik.' Zaim mengaru-garu dahinya.

"Saya silap orang ke hah? Bukan awak ke doktor yang bagi pertolongan cemas pada Tan Sri Khalid?" Namun pertanyaannya dibiarkan bisu. Selesai membuat pesanan mereka terus ke meja.

"Lupa nak tanya. Akak nama apa ya?" soal Zahara sambil mengunyah kentang goreng yang dipesannya.

"Aafiyah. Nur Aafiyah." Tangannya tekun membuka bungkusan burger. Perut yang lapar perlu diisi terlebih dahulu. Nak kenal tu nanti-nanti jelah sebab dia kalau lapar susah sikit nak fokus.

Zaim hanya tersenyum melihat tingkahlaku wanita dihadapannya. Lapar sungguh gamaknya.

"Awak tak makan?" soal Aafiyah dengan mulut yang penuh dengan makanan. Pelik melihat lelaki itu hanya menyedut air milo yang dipesan tadi.

"Abang bukan suka sangat fast food ni Kak Fiyah. Katanya bukan makanan yang sihat." Zahara mencebik kepada Zaim.

"Habis tu tak lapar ke nanti? Kesian pulak dekat awak." Risau Aafiyah. Bukan apa, dia sedap-sedap telan makanan namun lelaki dihadapanya itu tidak makan pula.

Is okey. Tengok muka awak pun dah kenyang." Zaim tergelak bila dia melihat Aafiyah yang berpura-pura mahu muntah itu.

" Anyway, terima kasih sebab belanja saya." Disedut air pepsi dengan rakus. Tangannya mencapai pula kentang putar.

"Kak Fiyah ni kerja apa ya?" Zaim mengerling kearah adiknya yang dari tadi sibuk bertanya itu ini kepada Aafiyah.

"Aya, bagilah Kak Fiya makan dulu. Tengok tu ha, dah comot dah." Tangannya mengambil tisu dan terus dilap tepi bibir Aafiyah yang sedikit comot dengan sisa kentang putar.

Aafiyah terkaku. Zaim terpaku dengan tindakan refleknya. Entah kenapa, bila bersama dengan Aafiyah dia seakan lupa diri. Biarpun itu hanya pertemuan kali kedua yang langsung tak dirancang. Adakah ini jodoh?

"Ehem, Kak Fiyah kerja doktor je." Aafiyah cuba mengawal rasa debarnya.

"Wow, best tak kak? mesti susahkan jadi doktor ni?" Aafiyah ketawa. Comel sungguh Zahara dia rasakan.

"Urm, kalau ikutkan semua kerja susah. Jadi tukang masak pun boleh botak kepala tau nak fikir esok nak masak menu apa pulak..Ingat senang nak jamu orang makan, " Aafiyah ketawa kecil melihat reaksi Zahara yang asyik sangat mendengar ceritanya.

" Tapi.. yang penting niat kita,dik. Niat kerana Allah Taala, jadi susah tara mana pun kita punya kerja tu bila dah dari awal kita ada niat yang baik. InshaAllah, hati kita tak akan pernah terbeban," sambung Aafiyah.

Zahara tersenyum sambil menganggukkan kepala. Tanda setuju dengan pendapat dari wanita dihadapanya itu.

Zaim mengambil kentang goreng lalu disuap ke mulut adiknya. Aafiyah pula hanya tersenyum. Seronok melihat layanan yang diberikan oleh Zaim kepada adiknya itu.

"Terima kasih sekali lagi, Zaim sebab belanja saya." bila melayan keletah Zahara, dia mula teringatkan adiknya Aathifah.

"Er.. Macam mana kalau saya nak contact awak?" soal Zaim selamba.Aafiyah terus menghulurkan kad bisnesnya kepada Zaim tanpa banyak soal.

"Alah, senang cerita bak sini handphone awak." Aafiyah hanya menurut dengan blur. Dilihat lelaki itu menekan-nekan keypad handphonenya kemudian diserahkan kembali.

"Saya dah buat panggilan rindu dekat awak.That's my number. You can call me anytime," matanya dikenyit kepada Aafiyah.

"Kak Fiyah happy jumpa dengan Aya.Nanti mintak dekat abang tau number Kak Fiyah. Kita borak lagi lama nanti."Ujarnya sambil memandang Zahara.

Drive carefully." Pesan Zaim sambil tersenyum menampakkan kedua belah lesung pipitnya. Aafiyah hanya mengangguk perlahan kemudian mengorak langkah untuk pulang. Terasa jantungnya berdetak kencang. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan sebegitu.

'Sebegini cepatkah untuk aku jatuh cinta dengannya?' hatinya mula tertanya sendiri. Lantas sebuah senyuman menghiasi bibirnya. Tidak mahu melayan jiwa yang celaru.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin