Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,141
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Melihat Tia yang sudah bangun dan seakan mahu menyerangnya, terus sahaja Aafiyah merapatkan tubuh ke Zahara. Mata Tia yang membulat itu menakutkan dia. Seram tengok lagak minah seksi itu. 

" Berani you datang sini ya,perempuan. Apa you nak tunjuk hebat dengan i  ke? Dah rasa diri tu layak dah bergandingan dengan abang Im? Dasar perampas !" rasa mahu di ganyang sahaja wanita yang bernama Aafiyah itu. Pura-pura ! Tia mencebik meluat.

" Er.. saya rasa awak ni dah salah faham. Saya kawan je dengan Zaim. Saya datang ni pun sebab saya dah janji dengan Aya dan Iya. Memang tak ada kena mengena pun dengan Zaim awak ni." Balas Aafiyah selamba. Rasa ingin tampil membela diri. Malu pun ada sebab dia perasan ada mak cik-mak cik disitu sudah berbisik-bisik. Mungkin mengata tentangnya.

You jangan ingat i bodoh ye. I tahu you sengaja je nak pancing abang Im sebab you tahu dia kaya kan. Eh, kalau you nak i  boleh carikan you jantan kayalah. Jangan nak mengendeng dekat laki orang," uish. Pedihnya minah seksi ni bercakap.

" Tia..jaga sikit bahasa boleh.. tolonglah jangan nak buat drama dekat sini. Jaga sikit maruah mama dengan papa abang Im. Please.." lembut sahaja suara Zaim. Ikutkan hati mahu sahaja dia menengking Tia tapi dia yakin bukan itu cara nak handle perempuan macam Tia yang terlampau obses tentangnya. Dia perlu gunakan reverse pyschology.

" La.. kak Tia ada sini ke? Puas Iya cari.." sampuk Zahira yang tiba-tiba muncul. Mahu menyelamatkan keadaan. Bukan dia tidak nampak, ada beberapa pasang mata yang sedari tadi seronok menonton drama sebabak yang ditayangkan oleh kakak sepupunya itu. Segera dia raih tangan Tia.

" Jom ikut Iya..Iya ada benda nak cerita dekat kak Tia..pasal abang Im." Umpannya dengan suara yang berbisik. Sengaja mengunakan nama Zaim sebab dia tahu Tia pasti tidak menolak. Terus sahaja mata Tia bersinar. Laju saja kakinya mengikut Zahira tanpa banyak bicara.

You owe me a lot of explaination, Mr Zaim Ammar." Tajam mata Aafiyah memandang Zaim bila melihat perempuan yang bernama Tia itu sudah tiada disitu.

Of course, my dear. But after this event. I will tell you everything." Terus Aafiyah memberi jelingan maut. Senyum..senyum..menyampah.

🐝🐝🐝

Usai majlis selesai,Aafiyah hanya duduk santai di gazebo milik keluarga Zaim. Rasa tenang disitu. Angin malam menyapa pipi, terasa sejuk pula tapi diri masih tidak mahu berganjak dari situ. Teringat perbualan antara dia dan Datin Zalina.

" Mama minta maaf dekat Fiya sebab Tia cakap yang bukan-bukan pada Fiya." Aafiyah yang tengah kusyuk mengacau air gula terus terhenti tangannya. Menoleh kearah Datin Zalina yang duduk di situ sambil memandangnya. Api dimatikan. Dia terus menarik kerusi dan duduk.

" Mama tak perlu minta maaf dengan Fiya. Bukan mama yang cakap macam tu dekat Fiya tapi Tia.. jadi seeloknya dia yang minta maaf sendiri." Jarinya diraih lembut.

" Tak apalah.. tak luak pun, Fiya. Cuma mama minta.. janganlah Fiya fikir bukan-bukan tentang Zaim. Tia tu.. bertepuk sebelah tangan je, Fiya. Zaim tak pernah pun sukakan si Tia tu. Jadi mama harap jangan sebab kata-kata Tia..Kamu berdua bergaduh." Aafiyah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bila masa pula aku ni ada hubungan istimewa dengan si chipsmore tu.

" Mama..actually, Fiya dengan Zaim tu kawan je. Memang kami tak ada hubungan lebih dari tu. Mama salah faham ni.." terang Aafiyah. Tidak mahu wanita itu terus terkeliru dengan status hubungannya dengan Zaim.

" Tahu.. tapi Fiya kena tahu. Mama ni seorang ibu. Mama dapat teka apa yang ada dihati Fiya dan Zaim. Rasa tu ada kan.. walaupun sikit." Terus Aafiyah menunduk. Lembut sahaja kata-kata Datin Zalina namun dalam benar maksudnya. Rindu pulak dengan ibu, huarghhh...

" Fiya tidur sini ya malam ni.. lewat dah ni."

" Eh, tak apalah.. Fiya boleh call uber. Lagipun esok Fiya kerja," Tidak mahu berada lama di rumah itu. Bukan dia tidak selesa. Tapi dia rasa segan pula menerima layanan yang terlampau baik dari keluarga Zaim.

" Apa pulak nak call uber.Fiya tidur saja sini. Esok suruh Zaim hantarkan.." sampuk Dato'Hairul yang kebetulan masuk ke dapur.

" Fiya okey je uncle..sebelum ni dah biasa naik uber. Tak mahulah susahkan sapa-sapa."

" Amboiii.. Fiya.. tak sudi ke panggil papa dekat papa ni? Sedih hati papa.." sayu saja suara Dato' Hairul. Aafiyah mengaru pipinya..

Sorry.." pendek saja katanya.

" Fiya say sorry pada siapa?"tersengih Dato'Hairul. Sengaja nak mengenakan Aafiyah.

" Pada papa lah.. Tak kan pada ubi kentang yang mama tengah kupas tu." Aduh kau Fiya. Selamba kau je kan. Mulut tak pernah nak jaga. Main hembus je. Ditampar perlahan mulutnya. Dato' Hairul hanya ketawa.

" Ma.. Fiya nak duduk dekat gazebo mama nanti boleh? Macam best ja Fiya rasa kalau duduk situ." Pinta Aafiyah.

" Pergilah.. tapi jangan lama-lama. Bukan apa. Dah malam kan." Datin Zalina memberi izin. Aafiyah hanya tersenyum gembira. Tak sabar rasanya mahu menapak di gazebo yang dari tadi mengamit minatnya.

🐝🐝🐝

Tak sedar yang dia sudah lama disitu, segera dia bangun untuk masuk ke dalam rumah. Terkejut dia bila melihat Zaim yang tiba-tiba ada disebelahnya dengan dua mug berisi coklat.

" Bila awak ada kat sini? Tak perasan pun." Soalnya sambil menyambut mug yang dihulurkan Zaim kepadanya. Disisip perlahan air itu. Sedap.

" Mau tak perasan kalau dari tadi asyik sangat termenung. Fikir apa entah. Nak kata fikir pasal ekonomi negara memang tak lah kan." Sindir Zaim. Terus Aafiyah menghadiahkan jelingan maut kepada Zaim. Zaim dengan sindiran berpisah tiada.

" Awak datang sini pehal. Ada hutang apa-apa ke dengan saya? Penjelasan mungkin?"sinis saja Aafiyah membalas. Terus rasa mendidih hatinya terkenangkan apa yang berlaku siang tadi.

" Rindu dekat awak lah.. Dari tadi saya cari awak. Nasib papa bagitahu yang awak ada sini."

" Tak payah nak pusing cerita sana sini lah Zaim. Saya malas gila nak dengar." Bosan.Nak bergurau tak kena time betul mamat ni.

" Saya tak sukalah awak claim saya sebagai bakal isteri awak. Kita masing-masing tahu kan, itu tidak pernah terjadi." Haru-biru. Itu yang dia rasa sekarang. Banyak betul benda berlaku dengannya hari ini.

" Awak masih ragu-ragu dengan saya, Fiya?" keluh Zaim. Putus asa? Tidak semestinya.Dia akan pastikan wanita itu menyerah padanya. Biar berjuta kali wanita itu menolaknya.

" Saya tak yakin.. kahwin ni bukan main masak-masak, Zaim. Once saya dah stuck pada awak, saya dah tak boleh patah balik dah."

" Saya pun tak pernah ajak awak main masak-masak, Fiya. Saya serius bila saya nak angkat awak menjadi yang halal pada saya." Aafiyah tunduk. Tak tahu nak kata apa. Kepalanya bercelaru sekarang.

" Siapa Tia? Saya tak suka dicop perampas dan saya tak nak menjadi seorang perempuan yang melukakan hati kaumnya sendiri. Sebab saya dah rasa semua tu." Walaupun Tia tu begitu, Aafiyah benar-benar maksudkan kata-katanya.Dia tahu rasa sakit tu macam mana. Jadi dia tak mahu sebab dia, orang lain rasa apa yang dia pernah rasa.

" Sepupu saya. Dia dari dulu sukakan saya atau lebih tepat lagi..Obses terhadap saya. Saya tak main-mainkan dia. Memang dari dulu saya jauhkan diri saya dari dia. Jadi tak ada istilah rampas merampas  disini, Fiya. Awak tak rampas saya dari sesiapa. Sebab saya bukan milik sesiapa sehinggalah saya kenal dengan awak." Tulus Zaim menuturkan kata-kata.

" Macam yang saya pernah cakap pada awak dulu. Saya tak mahu memaksa awak. Tapi tolonglah Fiya.. Bagi saya peluang tu. Kita kenal tak lama, itu saya akui. Tapi saya betul-betul cintakan awak, Fiya. Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya yang sah. Beri peluang tu pada saya, Fiya.." kecewa Zaim bila Aafiyah dengan bersahaja bangun dan mengatur langkah. Diraup mukanya perlahan. Mungkin aku belum cukup yakinkan dia. Jangan mengalah, Zaim..

Aafiyah menghentikan langkah kakinya. Dia tahu Zaim agak penasaran dengan reaksi yang dia berikan. Perlahan-lahan nafas ditarik dan dihembus. Lantas dia mengenggam erat jari-jemarinya.

" Saya milik ibu dan abah saya. Kalau awak betul-betul maksudkan kata-kata awak, datang dan jumpa mereka." Aafiyah terus melangkah laju. Mahu cepat masuk ke rumah. Malu ooo..Meninggalkan Zaim yang terkaku tatkala mendengar apa yang diucapkan padanya.

Zaim tersenyum gembira.Sudah semestinya dia akan buat seperti yang Aafiyah katakan. Tak henti-henti dia mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga. Sikit masa sahaja lagi..Aafiyah akan menjadi miliknya yang sah. Dia ketawa bahagia.

p/s : asha hargai sangat pada siapa yang dah baca DPC ni.. tau cita ni xsehebat mana tapi saja je nak realisasikan cita-cita time kecik2 iaitu jadi seorang penulis..hihihi


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin