Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,148
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Sunyi sahaja dalam kereta yang dipandu Zaim. Hanya kedengaran celoteh daripada dj radio yang bertugas ketika itu. Tersenyum dia seketika melihat wajah pulas Aafiyah yang tidur kepenatan.Sekejap-sekejap mata Zaim tak lepas melihat cermin belakang. Jari laju menekan punat handphone mahu menelefon seseorang.

" Kau suruh orang follow aku dari belakang ke bro?" soal Zaim. Dia kenal sangat kereta yang digunakan oleh orang suruhan Ikhram itu.

" Yup. Kenapa kau takut ke?" usik Ikhram. Tahu yang kawannya itu bengang dengan tindakannya.

" Pehal? aku pun ada bodyguard sendiri. Kau kena jaga diri kau jugak, jangan risau pasal aku. Kau kat mana ni?" soal Zaim lagi. Volume radio diperlahankan sedikit, bimbang isterinya akan terjaga.

" Kau ingat aku tak tahu yang kau dah kerah semua bodyguard kau untuk jaga family kau dengan aku? Come on, Im. Kau kena ingat kau dah ada bini, sekarang ni bukan soal keselamatan kau sorang je." pesan Ikhram. Bukan main terkejut dia bila tiba-tiba mendapat tahu yang Zaim menyuruh orang-orangnya menjaga keselamatannya.

Zaim merengus sedikit. Dia akui kata-kata Ikhram itu.

" Aku tahu macam mana nak jaga diri aku. Kau jangan risau, aku ada cara tersendiri. Weh, malam ni jumpa aku..Kat tempat biasa, ajak yang lain sekali." ajak Zaim. Tangan memulas stereng membelok ke kanan.

" Set." pendek saja jawapan Ikhram mematikan perbualan mereka berdua.

"Abang cakap dengan siapa tu?" serak suara Aafiyah bertanya. Tangan menenyeh-nenyeh mata yang sedikit merah itu.

" Sorry, abang cakap kuat sangat ke sampai Fiya terjaga?" sebelah tangan naik mengusap pipi Aafiyah.

" Tak adalah. Cakap dengan siapa?" soal Aafiyah sekali lagi.

" Ikhram. Tidur balik, kejap lagi sampai abang gerak Fiya." saran Zaim lembut namun mata Aafiyah hanya terkedip-kedip memandang Zaim.

" Kita dah nak sampai dah pun." katanya perlahan.

" Fiya ok kan buat sementara waktu ni kita stay dengan mama dan papa?" soal Zaim. Dia bukan apa, senang dia nak pantau kalau isteri dan keluarganya tinggal sekali.

Aafiyah tersenyum. Sikit pun dia tak kisah, lagi suka adalah. Lagipun tak adalah nanti dia sunyi.

" Fiya ok je. Abang, Fiya dah start masuk kerja minggu depan. Fiya tak dapat ambil cuti lama-lama sebab banyak patient yang Fiya kena follow up." katanya lagi.

" Jauh tak hospital dengan rumah mama dan papa?" soal Zaim. Rasa nak ketuk kepala dekat cermin bila terlupa nak tanya Aafiyah tentang ni.

" Tak adalah. Tak jauh sangat pun, kalau stay dekat rumah abang Fik memang Fiya angkat bendera putih awal-awal sebab jauh dari hospital." gurau Aafiyah.

Zaim ketawa kecil. Berkerut sedikit dahinya terpandangkan sebuah kereta Mercedes Ben berwarna hitam yang terparkir elok didalam pekarangan rumah keluarganya.

" Kau ambil beg dan barang-barang semua bawak masuk dalam." arah Zaim kepada salah seorang pengawal yang diupahnya. Tangannya laju mengenggam jari jemari isterinya dengan erat. Saat ucapan salam dilaungkan, wajah mamanya Datin Zalina yang tersenyum menyapa. Tak tunggu lama, terus sahaja dikucup tangan itu dan memeluknya erat. Rindu!

Aafiyah tersenyum sahaja melihat perbuatan suaminya. Dia beruntung kerana memiliki seorang suami seperti Zaim.

" Anak dengan menantu mama sihat?" tanya Datin Zalina. Seronok sungguh dengan kehadiran mereka. Diusap kepala Aafiyah yang tunduk menyalam tangannya. Jatuh sayang dengan keperibadian menantu sulungnya.

" Sihat..rindu mama." ucap Aafiyah manja. Datin Zalina ketawa kecil.

" Siapa yang datang ma?" soal Zaim. Dia hanya mengikut langkah mama dan isterinya dari belakang.

" Uncle Khalid!" mati senyuman Zaim melihat gerangan yang berada disebelah Tan Sri Khalid. Mood yang ada bertempiaran lari memandang wajah wanita seksi yang tersenyum menggoda kepadanya.

" You.. How much i miss you, darling." tubuh Zaim dipeluk erat. Tidak peduli dengan mata-mata yang sudah terbeliak memandang aksinya. Muncung ditarik bila badannya ditolak kasar oleh Zaim.

" Behave! Ingat sikit kau kat mana." dingin saja wajah Zaim. Aafiyah disebelah datin Zalina dipandang. Bimbang isterinya akan salah faham.

" Maksud you kalau kita kat luar, bolehlah i peluk you. Gitu?" Nurin tersengih gatal. Angau sungguh dengan lelaki dihadapannya itu.

Zaim merengus kasar. Tan sri Khalid disalam penuh hormat tanpa menghiraukan Nurin yang mengeletis macam kera kena belacan itu.

" Uncle sihat?" tanya Zaim pendek.

" Sihat, Im. Tu yang saja datang sini. Nak melawat papa kamu tapi papa kamu tak ada. Ada hal katanya." jelas Tan Sri Khalid.

" Ini isteri kamu ke, Zaim? cantik, pandai kamu pilih." pujinya lagi. Bukan dia tak nampak betapa mesranya hubungan datin Zalina dengan menantunya tadi.

Zaim tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Aafiyah disebelah datin Zalina ditarik rapat dengannya.

" Sayang, ni uncle Khalid. Sayang ingatkan sayang pernah rawat uncle waktu dalam kapal terbang tu?" Tak peduli dengan muka Nurin yang sudah memerah itu.

Aafiyah senyum. Dia ingat. First time kot treated pesakit dalam pesawat. Dahlah conference yang dihadiri di London tu dia pergi sebab terpaksa.

" Laa.. Jadi inilah doktor tu ya? kenapa Im tak bagitahu uncle. Lama uncle cari nak ucap terima kasih." kata Tan Sri Khalid terkejut dengan kenyataan yang baru dia tahu oleh Zaim.

" Uish..tak payah nak terima kasih sangat uncle. Saya cuma bantu apa yang saya tak tahu." sela Aafiyah merendah diri. Jelingan dari wanita seksi yang memeluk suaminya langsung tidak dia peduli.

" Tuan..Saya dah letak barang-barang dalam bilik tuan. Ada apa-apa lagi tuan nak saya buat?" sampuk Yun. Pengawal keselamatan yang diupah oleh Zaim.

Zaim hanya mengelengkan kepalanya. Tanpa amaran dia bangkit menuju kearah Yun yang berada di tepi pintu. Perlahan dibisikan sesuatu dan lelaki itu hanya mengangguk tanda faham dengan arahan yang baru diterimanya.

Aafiyah pelik dengan tingkah-laku Zaim yang sedikit lain itu. Mata tak lepas memandang pelakuan suaminya. Apa yang cuba Zaim sembunyikan darinya ya??


������


" Seronok?dapat kahwin dengan kekasih aku aka jutawan yang handsome tu?" sinis Nurin.


Aafiyah yang tengah santai di gazebo itu memandang Nurin pelik. Haih, sampai ke sini dia datang semata nak cari pasal dengan aku. Keluhnya.


Geram tidak mendapat respon dari Aafiyah, terus sahaja Nurin menolak bahu wanita itu sedikit. Dia tidak tahu yang setiap gerak-gerinya diperhati oleh seseorang.


" Kau ni memang perempuan jenis tak tahu malu kan. Kononnya penyelamat daddy aku, kau rancang apa sebenarnya? Licik kau kan." ditunjal sikit dahi Aafiyah. Rasa marahnya membuak-buak melihat wajah selamba Aafiyah.


Aafiyah mendengus kasar. Ditepis tangan Nurin. Main kasar nampak perempuan ni. Aku cukup pantang dahi aku yang cantik ni ditunjal-tunjal. Cium tak apa. Tu pun kalau Zaim yang cium..hihihi.


" Kau ni pekak ke apa? Gila ke senyum tiba-tiba."


Suara Nurin yang kuat itu begitu membingitkan telinga. Tajam mata Aafiyah dia memandang wajah wanita dihadapannya itu. Belajar dari Zaim lah ni.


" Apa yang kau tak puas hati? Zaim tu dah sah jadi hak milik mutlak aku. Kau nak meroyan pi lah meroyan kat dia. Aku malas nak campur." selamba saja Aafiyah membalas. Dia tersengih jahat bila melihat mulut Nurin yang terlopong sikit. Terkejut ke kak? ingat aku ni baik sangat ke.


" Kau dengar sini baik-baik. Kau boleh bahagia sekarang tapi kau ingat bahagia kau ni tak lama mana pun. Kau akan menyesal sebab dah rampas apa yang sepatutnya jadi milik aku." ugut Nurin dengan wajah yang sedikit menyinga. Panas hati dengan senyuman sinis yang dilemparkan oleh Aafiyah.


" Oh really? Abang.. macam mana ni? ada orang tak suka sayang dengan abang bahagia." rengek Aafiyah dengan suara yang sengaja dibuat manja. Nak tergelak rasanya tengok muka Nurin yang sudah cuak itu. Eleh, tadi bukan main kau ugut aku kan.


Zaim simpan senyum. Wajah dingin sengaja dipamirkan. Cair sikit hatinya mendengar suara Aafiyah yang baginya begitu manja itu. Bukan senang nak dengar. Eksklusif gitu. Dari tadi dia perhatikan Nurin. Ralit betul wanita itu membahaskan isterinya sampai kehadiran dia pun si Nurin tu tak perasan. Dalam diam dia memuji Aafiyah yang berani mempertahankan diri. Aafiyah tak lemah.


" Well, dia nak buat apapun biar dia try dulu. Kita tengok sejauh mana dia mampu buat. Sekarang ni, abang nak sayang. Rindu ni.." Zaim tersengih gatal. Suka dia tengok reaksi Nurin yang sudah berubah tingkah.


Tubuh Aafiyah ditarik rapat dengan tubuhnya. Dahi yang ditunjal Nurin itu dicium bertalu-talu.


" Opss..abang lupa ada manusia lain kat sini. Jom sayang kita buat anak." selamba Zaim menuturkan ayat. Mahu ketawa bila wajah Nurin sudah bertukar kemerahan.


Aafiyah menyembunyikan mukanya ke dada Zaim. Malu oiii.. Tak senonoh betul laki aku ni. Tapi disisi lain dia senang dengan tindakan Zaim.


" Sayang!!!" jerit Nurin memanggil Zaim yang sudah meninggalkan dia seorang diri disitu. Bibir diketap.


" Kau boleh bahagia sekarang. Aku tak main-main dengan kata-kata aku. Kalau aku tak dapat dia, kau pun jangan mimpi nak dapat dia." Nurin tersenyum sinis. Dia ingat Aafiyah jenis perempuan yang lembut dan senang diperbodohkan. Tak sangka lawannya kali ini agak berbeza dari yang sebelum ni.


" Enjoy your day first, then i will ruin your life until you regret to know who i am." dendam dia pada wanita yang bernama Aafiyah itu membara sediiit demi sedikit. Tak sabar nak hancurkan wanita itu. Nurin tersenyum jahat.



Fuhh.. tak ada idea..Ramainya lahai musuh si Aafiyah ni padahal dia tak kacau orang pun�� Tapi dah nama manusia, bukan suka sangat tengok orang lain bahagia.. Lebih suka tengok orang jatuh dari berjaya. Uishh, apa Asha merepek ni..


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin