Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,147
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Suasana sepi didalam kereta milik Zaim. Aafiyah hanya memandang ke luar tingkap.Selepas sesi meluahkan perasaan di rumah alongnya, memang dia hanya diam sahaja. Yang banyak bercakap sudah tentu lelaki disebelahnya ini.

Sebaik sahaja mendapat panggilan dari hospital, terus sahaja dia bergegas menelefon uber lantaran dia datang ke rumah alongnya dengan menaiki uber. Namun Zaim beria benar mahu menghantar. Dek desakan alongnya, terpaksa dia benarkan Zaim padahal kalau boleh dia mahu jauh dari lelaki itu. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Mengeluh sakan nampak?" tegur Zaim. Tidak mahu terus membiarkan sepi antara mereka.

"Yang awak ni, baik sangat nak hantar kenapa?" soal Aafiyah. Matanya masih tekun memandang ke luar.

"Fiya... Awak cakap dengan saya ke dengan tingkap?" Tahu yang Aafiyah sedari tadi tidak mahu memandang wajahnya. Belum sempat Aafiyah mahu membalas, telefon Zaim berdering nyaring.

"Fiya.. tolong jawabkan. Saya tengah memandu ni," terus sahaja Aafiyah mencapai telefon Zaim dan menekan punat telefon. Lantas telefon itu ditekapkan ke telinga Zaim.

" Im tengah drive ni, ma." Terangguk-angguk lelaki itu mendengar apa yang dikata oleh mamanya.

"Sebelum magrib Im sampai. Jangan risau, kek tu kejap lagi Im belikan." Zaim memberi signal untuk belok ke kiri. 

"Kejap lagi Im call mama. Im ada kerja sikit. Assalamualaikum." Setelah memarkirkan kereta. Terus sahaja Zaim membuntuti Aafiyah yang sedang menutup pintu kereta.

" Eh, yang awak ikut saya ni kenapa?" soal Aafiyah pelik.

" Habis awak nak suruh saya balik ke? Jangan harap, lagipun urusan awak sekejap je kan." malas berbalah Aafiyah hanya membiarkan sahaja Zaim yang berjalan disisinya dengan selamba.

Pandangan nakal dari rakan sekerjanya langsung dia tidak hiraukan. Kang layan tak habis urusannya. Dahlah off day hari ni, kena datang hospital pulak.. Nak kena sungguh Fayyad ni. 

Bilik Fayyad dirempuh kasar. Saja nak tunjuk protes dengan mamat tu.

" Amboi, kau Fiyah.. Kasar bukan main,ya. Oit, bawak bodyguard nampak?" usik Fayyad yang tengah membelek rekod pesakit. Zaim hanya tersenyum sambil tangan laju bersalaman dengan lelaki yang berada dihadapannya itu. L

" Mau tak kasar. kau kacau time aku syiokk kat rumah. Haih, kes apa ni weh sampai tak menyempat untuk aku masuk kerja esok. " rungut Aafiyah. Tangan laju menarik kerusi untuk duduk. Dia hanya memberi isyarat pada Zaim untuk sama duduk di sisinya.

" By the way, Zaim this Fayyad  and Fayyad this is Zaim." Tangan laju menarik kerusi untuk duduk. Dia hanya memberi isyarat pada Zaim untuk sama duduk di sisinya.

" Aku nak minta pendapat kau pasal seorang patient ni. Dia penghidap kanser hati dan perlukan pembedahan secepat mungkin. But she refused to take any surgery. So, what do you think. As a doctor i want to save my patient as possible as i can. Dah banyak kali aku pujuk, weh." Aafiyah terus membaca rekod kesihatan yang dihulurkan oleh Fayyad.

She has a lot of ascites and jundice. It could be dangerous for her," rumusnya. Mata kembali memandang Fayyad yang sudah tersandar lesu. Pening mungkin melayan karenah pesakit.

Zaim hanya diam. Nak menyampuk pun bukan dia faham sangat bahasa yang digunakan oleh dua manusia dihadapannya itu.

" kalau kau nak tahu, dia dah pun keluar dari hospital. Tu yang aku ralat sangat. Sebabnya aku tahu keadaan diapun tak berapa nak baik." ulas Fayyad lagi. 

" Macam mana pula hospital boleh luluskan permohonan keluar dia? sapa yang incharge bahagian ni weh?" soal Aafiyah laju. 

" Dr Wadi.. dia cakap patient nak try cuba rawatan di hospital lain. Maybe sebab itu kot, dia dapat discharge." jelasnya lagi.

So what the problem, Fayyad?"

" Aku tahu tanggungjawab aku dah lepas, weh.. Cuma itulah kau rasa possible tak untuk selamatkan dia? Kau kan lagi pro dari aku. So aku nak pendapat kau as a senior," ujar Fayyad.

Possible. Itu pun kalau dia setuju nak buat heart transplant. Tak apalah, Fayyad. kau tak perlu nak risau sebab aku yakin dia mesti tahu apa yang terbaik untuk dia. Lagipun dia kan nak cari rawatan yang terbaik untuk dia. Dah tak payah serabut fikir fasal dia sangat. Kau masih ada ramai patient yang perlu kau pantau kat hospital ni," Aafiyah tersenyum. Tahu yang Fayyad rasakan sebab dia sendiri pernah rasa perasaan itu. Perasaan nak menyelamatkan orang yang berkobar-kobar.

Dikerling pada Zaim yang sedari tadi diam. Mungkin memberikan mereka ruang untuk berbincang.

" Aku kena gerak ni weh. Maklumlah, aku tumpang orang." sindirnya sengaja. Asyik Zaim saja mengusik, sekali-sekala apa salahnya dia usik lelaki itu pula.

Fayyad ketawa mendengar kata-kata Aafiyah itu manakala Zaim hanya beriak selamba.

" Nanti kenduri jangan lupa jemput aku. Kawan baik kau yang hensem ni dah lama teringin nak makan nasi minyak kau," usik Fayyad.

" Jangan risau, kalau dia tak jemput kau. Aku sendiri suruh pembantu aku jemput kau depan hospital ni," Zaim tersengih jahat. Ingat senang-senang dia nak biarkan Aafiyah usik dia tanpa balasan.

 Terjegil mata Aafiyah mendengar kata-kata dari Zaim itu. Dia ni memang nak kena dengan aku. Selamba dia je mengaku macam tu.

Usai berpamitan terus sahaja laju tangan Aafiyah mengetuk tangan Zaim dengan handbag kesayangannya.Geram.

"Sakitlah Fiya.." disapu tangannya yang sedikit pijar itu. Nak ketawa lihat muka Aafiyah yang merah.

"Padan muka.." kaki terus laju mengorak langkah ke kereta. Tak sabar nak balik!

"Okey.. Sekarang, jom teman saya pergi beli kek." Enjin kereta dihidupkan. Terus sahaja kereta digerakkan menuju destinasi seterusnya.

"Awak hantar saya dulu lah. Tak pun hantar je dekat bus stop. Saya boleh naik uber. Saya malulah nak pergi rumah mama dan papa awak." Dia tak bersedia. Aafiyah resah sendiri. Tidak tahu mahu buat apa. Mulalah rasa menyesal tidak membawa kereta. Kononnya tak mahu sesak dalam traffic jam. Hmm.. apa aku nak buat ni.

"Kita pergi kejap je.. Lagipun hari ni birthday si kembar tu. Mesti diaorang suka kalau awak ada sama." Pujuk Zaim.

"Eleh.. Awak tu cakap kononnya macam abang mithali. Padahal kalau mama awak tak call  tadi pesan suruh beli kek. Entah-entah awak pun lupa kan." Cebik Aafiyah. Zaim hanya ketawa. Dia akui kata-kata Aafiyah. 

🐝🐝🐝

Mahu tak mahu Aafiyah terpaksa ikut Zaim. Hatinya cepat lembut bila mendengar pujukan dari lelaki itu. Lagipun dia tak sampai hati mahu menghampakan Zahira dan Zahara bila mengetahui yang dia ada dengan Zaim ketika itu. Masuk sahaja ke pekarangan rumah itu, hati mula rasa lain macam. Debar bukan main. Serupa nak jumpa bakal mak mertua ! 

"Besarnya rumah ni.." terpegun melihat rumah banglo mewah milik keluarga Zaim. Rasa jakun pun ada. Dia mana pernah jejak rumah besar-besar macam ni.

"Biasa je awak. Jom kita masuk." Ajak Zaim. Kek yang dibeli tadi diambil dari tempat duduk belakang. Hadiah yang Aafiyah belikan untuk si kembar pun dia ambil. Tidak mahu Aafiyah mengangkat benda-benda berat waima plastik sekali pun. Over  sungguh kau, Zaim. Tersenyum melihat reaksi Aafiyah. Langsung tak berpura-pura. Comel.

Aafiyah hanya mengikut Zaim dari belakang. Saat terpandangkan seorang wanita yang berada di hadapan pintu, hati Aafiyah mula gementar.

"Assalamualaikum, ma.." tegur Zaim sambil menyalam Datin Zalina yang sedari tadi menunggu kehadiran mereka di muka pintu. Terus sahaja Aafiyah menyalam wanita yang dikenali sebagai ibu Zaim itu dengan sopan.

"Sihat puan eh datin.." gugup. Itu yang dia rasakan sekarang. Dijeling Zaim yang asyik ketawakan dia. Lucu melihat Aafiyah yang menggelabah.

"Apa Im ni.. Tak baik tau gelakkan bakal isteri sendiri. Mama..Fiya panggil mama, ya?" Datin Zalina tersenyum manis. Sejuk betul jari-jemari Aafiyah. Takut dan gementar barangkali.Ditarik wanita itu ke dalam rumah.

"Banyak kali mama suruh Zaim bawak Aafiyah datang rumah. Tapi budak ni sibuk je memanjang. Fiya duduk kejap ya. Mama nak ambilkan air."

" Eh mama..Tak payah susah-susah. Fiya okey je." Tegah Aafiyah. Tidak mahu Datin Zalina susahkan diri demi dia.

"Tak susah pun.. Semua dah sedia cuma tinggal hidang je." Datin Zalina terus ke dapur.

Mata Aafiyah liar memandang ruang tamu di rumah itu. Cantiknya. Nampak simple tapi cukup menampakan ciri-ciri mewah dan eksklusif dengan kombinasi warna dan padanan perabot yang digunakan.

"Cantik.." katanya perlahan. Aafiyah tersentak apabila lehernya tiba-tiba dirangkul dari belakang.

"Rindu akak.." ujar Zahara. Entah kenapa dia rasa sayang sangat dengan Aafiyah.Mungkin sebab mereka tiada kakak jadi kasih sayangnya tumpah pada wanita muda itu.

" Rindu..tapi tak call kak Fiya pun. Birthday ni pun akak tak tahu. Nasib abang Aya si chipsmore ni bagitau opss.." ditekup mulutnya bila menyedari dia sudah terlanjur kata. Tak berani memandang Zaim.

"Fiya.. Again?" berkerut dahinya. Pura-pura terasa dengan kata-kata Aafiyah. Zahara dah ketawa kecil. Tahu yang abangnya mahu mengenakan Aafiyah.

Sorry.. tak sengaja.." tersengih Aafiyah. Buatnya Zaim tak mahu hantar dia balik nanti sebab kes ni. Masalah nanti.

Nope.. sedih saya tau. Nama saya bukan main sedap lagi, Zaim Ammar.. tak nak panggil nama, panggil abang ke.. sayang ke..Ni awak boleh panggil saya chipsmore?" suka dia lihat Aafiyah yang sudah serba salah itu. Nampak menarik dimatanya.

"Er..Sorry abang.." terus sahaja kepala sendiri diketuk. Apa kau ni Fiya? Biul dah ke? Terasa bahang mukanya. Malunya aku.. apasal aku ni jadi bendul tiba-tiba ni. Seriously, Nur Aafiyah kau tersasul panggil dia abang??

"Sudah Zaim..kenapa lah Im kacau Fiya macam tu sekali. Merah dah pipi dia tu," tegur Datin Zalina. Bukan dia tak dengar apa yang diusik oleh anak lelakinya tadi. Tersenyum dia melihat muka Aafiyah yang menahan malu itu.

Zaim kelu. Tak sangka yang Aafiyah boleh tersasul sebegitu sekali. Hatinya rasa bahagia semacam saat terdengar suara Aafiyah yang agak lembut itu memanggilnya abang. Di pandang sekilas wajah itu. Tak sabar mahu memiliki hati wanita di hadapannya itu. Saat terdengar salam diberi dari luar. Terus matanya menoleh ke arah pintu.

"Mak ngah !!!" bingit sahaja suara itu menerpa. Zaim memandang Zahara dengan penuh tanda tanya.

"Macam mana dia boleh ada sini? Bukan dia ada dekat kampung ke ?" bisiknya. Namun Zahara mengelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Aafiyah terpinga-pinga. Tidak faham apa yang dibualkan oleh dua manusia di hadapannya.

"Siapa ni, mak ngah. Kawan Aya ke ?" Aafiyah menoleh bila terasa dirinya bagai diperhati seseorang. Mak aiii..seksi nak mampus. Perempuan itu hanya memakai dress pendek yang agak ketat berwarna merah. Cantik. Tapi sayang..seksi.

"Kenapa u tengok i macam tu? I terlampau cantik ye.." bukan Tia tidak nampak yang dirinya dari tadi menjadi tatapan mata wanita yang dia tidak kenali itu.

"Tia.. duduklah. Fiya minum air tu." Datin Zalina bersuara lembut. Tia terus duduk disebelah Zaim. Di ambil kusyen kecil di tepinya dan diletakkan ke atas riba. Badan mula mahu mengesel pada Zaim. Dia merengus kecil bila Zaim berpindah tempat dan duduk di sebelah Aafiyah.

"Aku tak tahu pulak yang kau ada kawan yang macam ni," diperhati Aafiyah atas bawah sampaikan wanita itu tidak selesa.

"Yang kau nak sibuk kenapa." Mendidih rasa hati kalau berjumpa dengan kakak sepupunya itu. Tak suka. Perasan sangat yang abang suka dekat dia. Dijuihkan mulutnya.

"Aku kena sibuklah.. aku kan bakal kakak ipar kau." Katanya penuh yakin. Disebak rambutnya yang panjang itu dengan aksi mengoda.

Mendengarkan kata-kata yang diucapkan oleh Tia, terus sahaja Aafiyah menoleh ke arah Zaim. Tenang dan tiada reaksi langsung. Seolah kata-kata Tia langsung tidak memberi apa-apa erti.

"Mama, kenduri start pukul berapa?"soal Zaim. Menganggap yang Tia tak wujud.

" Lepas Isya' kata papa sebab papa panggil orang masjid sekali. Kenapa Im?"

"Tak adalah.. ingat nak bincang tentang majlis pernikahan kami. Tu yang tanya." Tersedak Aafiyah yang sedang minum air. Terkejut dengan kata-kata Zaim. Tajam matanya memandang kearah Zaim.

"Nikah? Apa semua ni, mak ngah. Abang Im?" soal Tia.

"Kalau Tia nak tahu, Aafiyah ni bakal isteri abang Zaim kamu.." tenang sahaja Datin Zalina menuturkan kata-kata itu.

What !!!" pekik Tia.

Aafiyah terkaku. Tidak tahu nak buat apa lantaran dirinya bagai tersepit ditengah-tengah. Melihat mata Tia yang mencerlung memandangnya. Ada rasa takut dihati. Janganlah ada yang arwah malam karang. Matanya tepat memandang Zaim. Permainan apa yang awak tengah buat ni,Zaim..Berkaca matanya. Diri mahukan penjelasan dari mulut lelaki yang ada disebelahnya. Lelaki yang bernama Zaim Ammar itu.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin