Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,144
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Prang!!
Bunyi kaca berderai jelas kedengaran. Habis ditolak barang-barang yang ada di meja solek. Serentak itu satu raungan bergema kuat dari dalam bilik itu.

" Ya Allah, Tia.. Kenapa ni cu?" soal Hajah Naimah sambil menarik tubuh Tia jauh dari serpihan kaca. Tia hanya meronta-ronta dengan tangisan.

" Let me go !!! Biar Tia mati." jeritnya.

" Tia, jangan begini sayang. Tok abah sedih tengok Tia begini." celah Haji Roslan. Dia tahu cucu perempuannya itu begitu kecewa dengan perkahwinan Zaim.

" Semua orang tak sayang Tia. Mentang-mentanglah Tia ni dah tak punya mak ayah, senang je layan Tia macam ni." rintihnya lagi. Sengaja meraih simpati dari kedua datuk dan neneknya.

" Tia, semua sayang Tia. Cuma Tia kena sedar walau macam mana elok sekali pun kita merancang, kalau dah tak ada jodoh tetap tak akan merubah apa-apa." pujuk Hajah Naimah lagi. Dia tidak mahu gadis itu terus menerus menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.

" Tia cintakan abang Im. Sungguh-sungguh Tia cintakan abang Im. Kenapa ini yang jadi pada Tia? apa Tia ni jahat sangat ke? Tia sungguh tak layak ke untuk berdamping dengan abang Im?" soalnya lagi. Airmata sengaja dibiarkan mengalir tanpa dikesat.

Haji Roslan tergadah mendengar rintihan cucu perempuannya itu. Mula hati berdongkol marah dengan diri sendiri kerana tidak tegas memaksa Zaim untuk menikahi Tia. Terasa semua adalah salahnya. Tidak pernah sekalipun dia membiarkan apa yang Tia mahukan waima biarpun sesusah mana permintaan cucunya itu.

" Tok abah..Tolong Tia. Tia nak hidup dengan abang Im. Tia nak abang Im. Tolonglah tok abah, Tia boleh mati macam ni." rayu Tia dengan suara yang serak akibat menjerit dan meraung tadi. Jari jemari tua itu digenggam erat. 

" Tia jangan risau. Tok abah akan pastikan yang Tia tetap akan menjadi isteri Zaim." putus Haji Roslan. Segera genggaman tangan Tia dibalas erat.

" Abang!! abang sedar tak apa yang abang cakapkan ni?" sampuk Hajah Naimah. Terkejut dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh suaminya.

" Imah diam. Abang tahu apa yang abang buat." tegasnya sambil berlalu pergi dari situ. Hajah Naimah hanya mengeluh kecil. Kesal dengan keputusan yang dibuat oleh suaminya. Perlahan tangan naik mengusap kepala Tia yang sedari tadi sudah tersenyum gembira.

" Tok mak tak pernah pilih kasih selama ni, semua cucu tok mak sayang. Tok mak cuma taknak Tia terlalu taksub mengejar cinta abang Im sebab dia pun dah bahagia dengan hidup dia. Jadi tok mak harap, Tia relakan dan jalani hidup Tia dengan tabah ya. Tia cari bahagia yang lain," ucapnya kemudian mengucup dahi cucunya dengan penuh kasih sayang dan berlalu meninggalkan Tia keseorangan.

" Ya tok mak. Tia tengah mencari bahagia Tia dan bahagia Tia hanya bila Tia sudah mendapat Zaim Ammar." bisiknya dengan senyuman jahat. Rancangan dia untuk buat datuknya berubah fikiran sudah berjaya, tak sabar untuk dia memulakan rancangan seterusnya.

Tiba-tiba dia ketawa kecil. Dia yakin Zaim akan jatuh kedalam dakapannya juga nanti. Dia tekad!

������


Aafiyah mengerutkan kening bila terasa ada benda yang bermain di sekitar mukanya. Malas membuka mata lalu ditepis perlahan benda yang menganggu tidurnya. Serentak dia teringatkan sesuatu lantas matanya yang terpejam terus saja terbuka. Pipi berbahang malu terpandangkan wajah Zaim yang tersenyum kepadanya.

" Good morning, sunshine." ucap Zaim sambil mencium dahi Aafiyah. Terlepas ketawanya saat Aafiyah mula menarik comforter perlahan-lahan untuk menutup mukanya. Jelas kelihatan merah pipi isterinya menahan malu.

" Fiya nak main aci sorok-sorok ke dalam comforter tu? kenapa tak ajak abang?" usiknya. Seronok melihat Aafiyah ketika tidak keruan. Isterinya nampak sangat comel dan menarik.

Geram tidak dapat balasan dari isterinya, Zaim terus menarik comforter namun dipegang kuat oleh Aafiyah.

" Janganlah. Abang pergi main jauh-jauh. Fiya malu." katanya dari dalam selimut tebal itu.

" Sayang.. nanti sambung malu tu ya, seKarang pergi mandi dulu sebab waktu subuh kan tak panjang. Kita jemaah sama-sama." mendengarkan kata-kata itu terus sahaja Aafiyah bangun sambil comforter tak lepas dari membaluti tubuhnya. Rasa malu dihalau pergi sejauh mungkin. 

Zaim tersenyum. Dia terjaga awal tadi bila mendapat panggilan dari seseorang. Setelah itu matanya tak puas menjamu wajah pulas isterinya yang sedang lena tidur. Teringat keindahan semalam membuatkan bibirnya tak henti dari senyum. Bahagia sekali dia rasa bila dapat memiliki Aafiyah.

" Abang.." panggilan Aafiyah mematikan lamunannya.

" Kenapa sayang?" soalnya lembut sambil kaki menuju kearah pintu tandas.

" Ambilkan tuala boleh? Fiya lupa nak ambil tadi." malu yang ada cuba dibuang jauh-jauh. Sekejap tuala yang dihulur Zaim dicapai laju. Cepat saja pintu ditutup laju. Bukan boleh percaya sangat dengan Zaim, kang ada je benda nak dijadikan bahan untuk mengusiknya.

" Ganasnya.." gumam Zaim sambil ketawa kecil.

Usai solat, mereka berdua hanya bersantai diatas katil. Zaim yang sedang memeluk erat tubuh isterinya kerapkali mengucup ubun-ubun Aafiyah.. Rasa macam dah jadi habit pulak.

" Abang.." panggil Aafiyah perlahan. Jari tak lepas bermain-main didada suaminya. Hilang terus rasa malu sebab dia sendiri suka dimanja sebegitu oleh suaminya.

" Abang janji nak cerita dekat Fiya tentang title abang tu." dia tak nafikan yang rasa ingin tahu sangat-sangat membuak.

" Apa yang Fiya nak tahu?" sengaja Zaim bermain-main. Dia nak tengok tinggi mana tahap kesabaran isterinya untuk mengorek maklumat. Senyum jahat dah bermukim dibibir.

" Well.. Fiya want to know every single thing about you. Now, i realised that i dont even know much about you," Aafiyah bangun dan menghadap Zaim. Dengan mata yang sengaja diredupkan, minta simpati dari sang suami. Namun tak lama bila tubuhnya ditarik masuk kedalam pelukan semula.

" Tak ada yang istimewa tentang abang pun. Abang manusia macam Fiya jugak cuma bezanya abang lelaki dan Fiya perempuan,"  balas Zaim masih mahu bermain tarik tali.

Aafiyah mengetap bibir. Geram dengan jawapan main-main dari suaminya.

" Pergi duduk hujung sana. Menyampahlah dengan abang ni, kalau dengan Fiya bukan main loyar buruk." ditolak tangan suaminya yang kejap memeluk tubuhnya.

" Ala..tak kesian ke dekat abang. Baru je kahwin bini dah menyampah,sadis betul.." bibir sengaja Zaim muncungkan. Seolah-olah berjauh hati dengan apa yang diucapkan oleh Aafiyah.

" Fiya ni lagi kesian. Satu habuk pon tak tahu pasal laki dia." kata Aafiyah.Tak mahu kalah dengan Zaim.

" Cuba Fiya try google nama abang. Tengok pak cik google kata apa," saran Zaim.

Cepat-cepat Aafiyah mencapai iphone Zaim sementelah suaminya sendiri yang menghulurkan kepadanya.

Terbuntang mata Aafiyah membaca apa yang terpapar tentang suaminya.

Datuk Paduka Muhammad Zaim Ammar Bin Dato' Hairul merupakan seorang jutawan muda yang telah berjaya menyandang pangkat Datuk Paduka dalam usia yang masih muda atas sumbangannya terhadap ekonomi negara lantaran beliau berjaya mencipta satu software apps dikenali sebagai e-track dan menjadi satu faktor yang menarik ramai pelabur dari luar negara untuk memiliki akses software berkenaan.

Baru-baru ini pemilik kepada Z2I Empire Network dan beberapa anak syarikat seperti Z2I Empire Hotel telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita berkerjaya. Tahniah diucapkan kepada beliau. Pihak Suria akhbar mendoakan agar Datuk paduka serta pasangan akan bahagia hingga ke akhir hayat.

Tangan naik menekup mulutnya. Tak percaya dengan apa yang baru dia baca sebentar tadi.

" Fiya tak tahu.." ucapnya perlahan. Mata tunak memandang Zaim yang beriak selamba.

" Semua tu tak penting pun. Apa yang penting sekarang ni, abang dapat memiliki orang yang abang cinta dan sayang iaitu Nur Aafiyah." kata Zaim sambil mencuit sikit dagu isterinya.

" Patutlah semua cakap Fiya beruntung. Sorry,abang.. Fiya busy dengan hospital. Langsung Fiya tak cuba nak tahu pasal abang." kesal sikit dengan sikap tak ambil pedulinya.

" Is ok..Pangkat tu sekadar pangkat saja. Biarlah dimata Fiya abang cuma Zaim Ammar yang biasa-biasa." Dahi Aafiyah dikucup lembut. Tidak mahu isterinya terus berasa bersalah. Sememangnya dia pun sengaja sembunyikan identitinya seboleh mungkin.

" Jadi sekarang ni Fiya Datin Paduka Dr.Nur Aafiyah lah?" soal Aafiyah dengan senyuman nakal.

Zaim ketawa kecil. Kemudian satu senyuman nakal terbit dibibirnya.

" Yeah. So, Datin Paduka. Datuk Paduka nak ajak bercinta ni. Sudi tak?" ujarnya dengan senyuman gatal.

Tanpa menjawab Aafiyah sendiri merapatkan diri kepada Zaim. Cupp!! Satu ciuman tepat mengena pipi suaminya. Lantas dia merebahkan kepala ke dada Zaim, menyorokkan muka yang sudah berona merah. Tak perlu Zaim minta, dia sendiri sudah menyerah kepada lelaki itu awal-awal lagi.

" Round two..Teng..teng.." Zaim ketawa sambil mengetatkan pelukannya.


p/s  : Hai2..ok tak bab kali ni?? hentam jelah..tangan gatal jugak nak update walaupon kepala otak tak berapa ada idea..hihihi..

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin