Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,153
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

Aafiyah termenung sendirian. Ditinggalkan seorang diri dalam bilik yang serba mewah membuatkan dia bosan lalu dibawa tubuh ke luar balkoni. Mahu melihat keindahan Kota Paris.

Tersenyum dia sendirian mengenangkan Zaim yang begitu berat mahu meninggalkannya sebentar tadi. Sungguh beruntung dia rasakan, sejak kahwin dengan Zaim sedikit demi sedikit perangai suaminya sudah dihafal rapi. Zaim hanya menunjukkan sikapnya yang manja, penyayang, suka tersenyum, mengusik dan banyak lagi dengan orang yang dia sayang saja. Namun bila Zaim diluar, kontra sungguh perwatakannya. Dia tahu itu adalah satu cara Zaim untuk buat orang gerun dan hormat dengan dirinya.

Tersentak Aafiyah bila tiba-tiba sepasang tangan elok memeluknya erat dari belakang.

" Jauh Fiya mengelamun sampai abang kat sebelahpun Fiya tak sedar. Ingatkan apa sayang?" soal Zaim. Dari tadi dia memerhatikan Aafiyah yang seakan hanyut dengan dunianya sendiri.

" Abang, kenapa abang tak suka identiti abang sebagai datuk paduka dikenali orang? sedangkan Fiya rasa ramai orang akan mencanang pangkat untuk lebih dihormati dan dikenali." soal Aafiyah. Banyak jugak perihal lelaki itu yang dia mahu terokai. Dia akui Zaim bukanlah seperti orang lain yang sukakan kuasa dan pangkat. Buktinya identiti Zaim dilaman sosial media banyak yang dirahsiakan, gambar lelaki itu juga tidak terlalu banyak disiarkan. Hanya orang tertentu sahaja tahu akan status Zaim yang sebenar.

Zaim menarik Aafiyah masuk kedalam bilik. Tubuh Aafiyah ditarik duduk diatas ribanya.

" Abang mahukan privasi. Kalau mereka ganggu abang sahaja tak apa tapi abang tak suka bila mereka mula mengacau hidup keluarga dan kawan-kawan abang. Dan sekarang abang dah kahwin, abang tak nak isteri abang ni pun turut terganggu." diusap kepala Aafiyah dengan penuh kasih sayang.

" Abang cuba hide semua gambar Fiya untuk tatapan umum tapi dah nama pun reporter, entah dari mana diaorang dapat pun abang tak tahu." Aafiyah ketawa kecil. Kepala dilentokkan kedada suaminya.

" Banyak yang nak jatuhkan abang, sayang. Ada pangkat bukan mudah sebenarnya sebab kita ada banyak tanggungjawab lain untuk kita pikul. Abang tak minta dikurniakan pangkat sebegitu, puas abang minta pandangan dari papa dan orang-orang yang dekat dengan abang samada terima atau tidak tawaran tu. And, here i am."

" Siapa yang nak jatuhkan abang?" soal Aafiyah. Teringin nak tahu sebab dia nampak betapa Zaim cukup berhati-hati bila mereka berada diluar.

Zaim tersenyum. Dibiarkan soalan isterinya tidak berjawab. Tidak mahu Aafiyah berasa risau.

" Sayanggg..." meleret saja suara Zaim memanggil Aafiyah.

"Hmmm.." Aafiyah bermain-main dengan jari Zaim. Tahu apa yang dimahukan oleh suaminya.

" Just forget everything. Now, just think you and me." bisik Zaim. Kedengaran begitu sensual bagi Aafiyah.

" Then, what we should do? " soal Aafiyah dengan nada yang menggoda. Tubuh dialihkan menghadap suaminya. Leher Zaim dicium lembut.
Kerongkong Zaim bergerak-gerak. Rasa tergoda dengan Aafiyah yang selamba mencium lehernya. Tanpa menunggu lagi, terus bibir isterinya dipagut rakus. Diangkat tubuh Aafiyah menuju ke katil. Mahu berkasih sayang disana.

������


" Abah dengan mak sihat?" soal Dato' Hairul. Terkejut dia tadi bila isterinya menelefon dan memberitahu tentang kedatangan Haji Roslan dan Hajah Naimah.


" Sihat." pendek saja jawapan dari Haji Roslan membuatkan Dato' Hairul memandang isterinya. Hairan.


" Err. Tia tak datang sekali?" ujar Datin Zalina. Cuba untuk menceriakan suasana. Lain sekali dia rasakan tika ini.


" Kamu rasa dia masih ada hati ke nak datang sini setelah apa yang kamu buat pada dia?" sela Haji Roslan. Geram melihat keselambaan anak dan menantunya. Seolah hilang rasa bersalah.


" Mana Zaim dengan isterinya? Rindu pulak mak dengan cucu mak yang seorang tu," soal Hajah Naimah lembut. Cuba menghilangkan ketegangan suaminya.


" Zaim ke Paris. Honeymoon kat sana." jawab Dato' Hairul.


" Amboi, sampai ke Paris sana bawak perempuan tu. Aku cukup tak berkenan dengan perangai menantu kamu tu." kata-kata Haji Roslan membuatkan Dato' Hairul dan Datin Zalina mengerutkan dahi. Pelik.


" Rasanya abah tak pernah lagi jumpa menantu Ina. Macam mana pulak abah boleh tak suka dengan perangai dia? elok ja Ina tengok." bela Datin Zalina lembut. Dia tidak mahu dicop kurang ajar oleh mertuanya pula.


" Elok sangatlah tu menghabiskan duit suami?" sinis Haji Roslan. Dato' Hairul melepaskan keluhan. Tahu punca ayahnya bersikap begini.


" Abah, Zaim tu guna duit dia sendiri. Satu sen pun tak minta duit kita. Biarlah dia nak habiskan duit untuk isteri dia. Dah hak dia. Lagipun Rul kenal anak Rul, dia tahu apa yang dia buat." tegas Dato' Hairul membela anak menantunya. Mendengar rengusan kasar dari ayahnya membuatkan Dato' Hairul gusar.


" Minum dulu abah, mak.. Sejukkan hati yang panas tu." perli Datin Zalina secara halus.


" Aku datang bukan nak minum. Aku datang ni nak berbincang." sela Haji Roslan.


" Abang, Imah rasa abang tak perlu nak keruhkan lagi keadaan. Imah tak suka macam ni," pujuk Hajah Naimah lembut. Cuba mahu mendiplomasi dengan suaminya yang sudah nekad itu.


" Aku nak Zaim tunaikan janji yang dia buat." tak dihiraukan permintaan isterinya yang sedari tadi cuba memujuknya.


" Janji apa ni abah? Zaim tak pernah berjanji apa-apa. Abah sendiri tahu hakikat tu, Rul minta abah janganlah ungkit lagi pasal benda ni. Kesiankan Fiya, menantu kami tu. Mereka baru saja kahwin." pinta Dato' Hairul. Hatinya sudah tidak sedap bila sang ayah mula sibuk mengungkit perihal lepas.


" Biar. Aku sikitpun tak kisah pasal perempuan tu. Dia bukan cucu menantu aku, aku tak terima dia masuk dalam keluarga aku." keras nada suara Haji Roslan. Dia sudah keraskan hati.


" Ya Allah, abah sedar tak apa yang abah cakap ni? Fiya tu tak tahu apa-apa, kenapa abah berdendam dengan dia sampai macam ni sekali?" celah Datin Zalina. Kesian menantunya, dibenci tanpa tahu punca sebenar.


" Dengar sini baik-baik, aku nak kau orang pinangkan Tia untuk Zaim. Aku tak kisah Tia jadi isteri kedua asalkan Zaim jadi suami Tia."


"Abang!!"
" Abah!!"


Jerit Hajah Naimah dan datin Zalina.Terkejut dengan permintaan Haji Roslan yang agak melampau itu. Dato' Hairul hanya tersandar lesu disofa. Kesal dengan apa yang baru dia dengar dari mulut manusia yang paling dia sayang dan kasihi.


" Maaf abah. Rul tak kan musnahkan masa depan anak dan menantu Rul. Permintaan abah terpaksa Rul tolak baik-baik." tenang saja suara Dato' Hairul.


" Hairul, kamu kena sedar tanpa aku kau tak akan lahir didunia ni. Aku yang besarkan kau sampai kau hidup dan berpangkat begini. Aku yang sara kau dari kecil. Permintaan aku ni hanya permintaan kecil berbanding pengorbanan aku dahulu. Aku tak suruh kau balas budi aku, tapi aku cuma nak kau langsaikan permintaan aku yang satu ni sahaja." ungkit Haji Roslan.


Dato' Hairul mengeluh kecil. Dia sedar apa yang diucap ayahnya itu benar belaka. Dia sudah tersepit.


" Aku bagi kau masa sebulan. Kau kena ingat walaupun aku tak berpangkat besar macam kau tapi dalam sekelip mata saja kau boleh hilang apa yang kau miliki ni Hairul." ugut Haji Roslan.


" Imah jom balik, kesian Tia seorang kat rumah." ajaknya lagi.


Usai berpamitan,datin Zalina memandang wajah kusut suaminya. Lengan lelaki itu dirangkul lembut.


" Sabar. Kita tunggu Im balik. Jangan fikir sangat, kang abang kena heart attack." nasihatnya lembut.


Dato' Hairul tersenyum kelat. Rusuh hatinya saat ini. Disana ayah, disini anak. Dua-dua insan penting dalam hidupnya.


" Apa abang nak buat ni, Ina. It's getting worse than i expect." ucapnya sayu.


" Ina ada disamping abang. Jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya." pujuk Datin Zalina. Tahu yang suaminya serba-salah. Dia berdoa semoga hati dan fikiran ayah mertuanya akan berubah menjadi lembut suatu hari nanti.



Hai guys, kesian kan dekat Dato' Hairul dan datin Zalina? Konflik dah mula ni. apa rancangan Tia tu ya, rasanya�� Anyway thanks sudi baca������


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin