Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,152
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Dengan sekali lafaz sahaja, Aafiyah sudah sah bergelar seorang isteri. Airmata sikit pun tidak mengalir. Cuma dia rasa gementar. Jarinya dah sejuk dia rasa. Rasa tak percaya yang dia sudah menjadi seorang isteri. Sebaik sahaja mendengar suara seorang lelaki memberi salam. Debar didada kian terasa. Terasa pinggangnya dicuit. Terpinga-pinga dia melihat Arisha yang tersenyum nakal itu.

"Wa..waalaikumussalam.." tergagap-gagap dia menjawab. Tidak dia hiraukan ketawa kecil dari lelaki itu. Terus sahaja jarinya diraih. Sebentuk cincin elok tersarung dijari manisnya. Disalam lelaki yang sudah menjadi suaminya dengan pelbagai rasa.

"Sejuk betul tangan Fiya.." ujarnya mengusik. Dia terpana saat lelaki itu mencium dahinya lembut.

"Terima kasih sebab sudi terima abang. Terima kasih sebab Fiya bagi peluang pada abang. Abang cintakan Fiya." Luhur sungguh kata-kata Zaim. Aafiyah memandang tepat mata Zaim. Seutas gelang emas dipakaikan ke pengelangan tangannya. Simple tapi cantik.

"Oi..kalau ya pun nak beromantik sakan, harap bersabar. Sambung nanti jelah." Usik Fikri. Adiknya kini sudah menjadi milik orang. Terasa bahagia melihat adiknya tersenyum manis dengan busana pengantin itu. Sebak. Ditahan matanya dari menangis. Terasa lengannya dipaut seseorang. Lantas sebuah senyuman terukir memandang Arisha yang turut sama tersenyum kepadanya.

"Jom pergi bergambar.. ramai tunggu korang berdua tu. Nak bergambar sekali atas pelamin katanya." Ujar Arisha.

Shall we?" tangan dihulurkan. Tidak menunggu lama Aafiyah terus menyambut huluran suaminya.

Majlis berlangsung dengan penuh meriah. Manakan tidak, akad nikah dan kenduri digabungkan sekali. Tak henti-henti ucapan tahniah meniti dibibir tetamu yang datang. Bila terpandangkan wajah kedua ibu bapanya. Jelas sekali terpancar rasa gembira dan bahagia. Pinggangnya terasa dirangkul. Terus sahaja dia memandang Zaim yang tersenyum itu. Bibirnya membalas senyuman suaminya. Bahagia!

" Fiya.." suara yang sangat Aafiyah kenali menerjah gegendang telinganya. Kepala ditoleh memandang gerangan yang memanggilnya lembut. Sebuah senyuman manis terukir indah diwajah itu.

" Ummi.." pecah tangisannya melihat Puan Emilia yang tersenyum padanya. Laju tubuhnya memeluk Puan Emilia.

" Hei, kenapa menangis ni sayang? Kan ummi dah ada ni," pujuk Puan Emilia lembut. Ditepuk-tepuk belakang badan Aafiyah perlahan. Hatinya tersentuh dengan reaksi Aafiyah. Nampak sangat wanita itu ikhlas sayangkannya biarpun jodoh tidak panjang dengan Syafiq.

Zaim tersenyum kecil. Manja sungguh isterinya itu. Dia tahu akan kehadiran Puan Emilia sebab dia sendiri yang menyuruh orangnya menjemput wanita itu. 

" Fiya rindu ummi. Sungguh Fiya tak tipu, maafkan Fiya sebab dah lama tak jenguk ummi." naik merah hidung Aafiyah kerana menangis. 

" Sayang, abang tahu sayang happy dan rindu sangat pada ummi. Tapi sayang pergi teman ummi makan dulu," usul Zaim lembut. Dia cuba memberi ruang pada isterinya . Mesti banyak yang mereka mahu ceritakan.

" Terima kasih, Zaim. Suruh orang jemput ummi padahal ummi memang nak pergi tapi itulah tak ada siapa nak hantar. Nasib Zaim telefon ummi," ucap Puan Emilia. Suka dia dengan keperibadian Zaim. Memang sesuailah dengan Aafiyah.

" Abang tunggu kejap tau, Fiya nak temankan ummi. Thanks, abang." teruja benar dia. Mata tak lepas memandang suaminya yang dari tadi elok melihatnya.

Take your time, sayang. Jangan risau tentang abang." kata Zaim sambil mengenyit mata pada Aafiyah. 

Laju Aafiyah mencapai tangan Puan Emilia. Rindu sangat dengan wanita itu.

🐝🐝🐝

Usai majlis berlangsung, Aafiyah segera masuk ke biliknya. Penat! Terus direbahkan tubuhnya ke katil yang dihias cantik itu. Mata terkebil-kebil memandang dinding. Tangan kanan naik menyentuh kepala. Entah bila dia terlelap, dia sendiri tidak tahu..

"Zaim.. sudahlah tu. Tinggalkan je pinggan tu. Naik bilik, pergi rehat.. Kamu tu pengantin baru." Tegur Encik Adnan. Dari tadi dia lihat menantunya tidak henti-henti membantu. Dengan baju melayu yang belum ditukar, nasib samping sudah dibuang.

"Kejap.. Tu ada cawan kertas lagi tu. Im kutip dulu yang itu. Kejap lagi Im naik bilik, ayah." Balas Zaim. Dia bukan nak tunjuk rajin tapi dia kesian tengok ayah dengan along yang bertungkus – lumus untuk majlis dia dan Aafiyah. Jadi tidak banyak.. sedikit pun jadilah untuk dia ringankan beban itu.

Pintu bilik dikuak dari luar. Zaim terus masuk dan duduk dibirai katil. Ralit memandang isterinya yang sedang enak tidur. Dia tersenyum. Tangan mula mengusap pipi Aafiyah lembut.Sayangnya dia pada wanita itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Nama Aafiyah sedikitpun tidak putus ada dalam doanya.

"Sayang..." panggilnya lembut. Ketawa dia bila mendengar Aafiyah yang mengomel dalam tidur. Alahai, isterinya comel sekali.

Terasa diri terganggu terus sahaja matanya dibuka perlahan-lahan. Handsomenya..siapa ni? Omelnya . Masih mamai.

"Fiya mamai lagi ke ni?" soal Zaim. Dipegang bahu isterinya.

"Awak nak apa ni? Gantoklah.." dikesat matanya. Pedih. Alamak! Aku lupa nak buang contact lens.. Aafiyah segera bangun dan menuju ke meja solek.

"Ish.. ni Arisha punya pasal lah ni. Duk suruh pakai mata palsu ni." Bebelnya.Terlupa terus Zaim yang ada dibiliknya.

Zaim mengetap bibir. Dia boleh ignore aku? Mata palsu? Terburai ketawa dia. Lawak betul lah isteri aku ni.

"Dah buang ke? Meh sini abang tolong.."

"Tak payah.. dah settle dah pun problem." Baru dia sedar yang  dia berduaan sahaja dibilik itu dengan Zaim. Terasa gelabah pula. Tersentak Aafiyah bila tangan Zaim singgah dibahunya.

"Fiya dah solat isya' ke belum?" tenang sahaja Zaim berbicara. Tahu yang Aafiyah gementar.

"Belum.. Kita jemaah sekali nak ?" Ajak Aafiyah. Lantas Zaim tersenyum mengangguk.Jemaah untuk pertama kali sebagai sepasang suami dan isteri. Indahnya dia rasa saat ini.

🐝🐝🐝

Terasa syahdu hati Aafiyah saat Zaim mencium dahinya buat kali kedua. Rasa bahagia yang dirasai terasa sangat luar biasa. Hatinya tertanya adakah ini nikmat setelah halal disisi Allah. Pipinya diusap lembut oleh Zaim. Mata Zaim memancarkan rasa cinta yang tidak terhingga sehingga rasa itu turut singgah dihatinya.

" Abang berdoa pada Allah..supaya hati ini akan terus memandang wanita ini." Ucapnya romantis. Dikucup dahi Aafiyah sekali lagi.

" Abang cintakan Fiya.. Jangan tanya bila masa abang rasa perasaan ni, sebab abang sendiri tidak tahu. Hati abang terdetik untuk lindungi Fiya..Hati abang pilih Fiya sebagai suri hati abang.Fiya sudi kan.. bersama abang." Mata diredupkan. Pelbagai rasa singgah dibenaknya kini.

Aafiyah memegang jari jemari Zaim yang mengusap pipinya sedari tadi. Matanya memandang lelaki itu.

" Abang suami Fiya.. Fiya tak minta banyak. Cukuplah abang ada disisi Fiya waktu Fiya perlukan abang.Cukuplah abang tahu menghargai Fiya.. Cukuplah kalau abang cuma cinta dan sayangkan Fiya seorang. " Terus sahaja pipinya dicium bertubi-tubi.Masing-masing terasa hanyut dengan rasa bahagia.

Zaim resah. Dibuka kain telekung isterinya. Saat terpandangkan rambut Aafiyah yang panjang mengurai itu, hatinya berdetak hebat.Cantik sekali isterinya. Rasa bertuah kerana Aafiyah menyembunyikan kecantikannya hanya untuk dia seorang. Dicempung tubuh Aafiyah menuju ke katil. Nafasnya turun naik. Hati menuntut yang lain. Baru sahaja bibir mahu menyentuh bibir itu, ketukan pintu membantutkan niatnya.

Segera Aafiyah merapikan rambutnya yang agak berserabut itu. Malunya.. bahang gila muka dia bila memandang senyum nakal Zaim.

To be continue.." dikenyit mata pada Aafiyah. Pap ! sebiji bantal tepat mengena mukanya. Terus sahaja Aafiyah ketawa.

Melihatkan adiknya Zahara yang tersengih nakal, terus sahaja wajah Zaim masam. Kacau daun betul budak ni.

" Amboi abang Im.. Masam nau muka tu haih. Taulah kita kacau dia." Usik Zahara.

" Aya nak apa ni? Abang tengah sibuk.." serius sahaja mukanya. Ditoleh kearah Aafiyah yang tengah pakai tudung.

" Eleh.. tu mama dengan papa panggil. Mama ajak balik."

" Eh.. abang nak tidur sinilah.Ada misi nak kena buat." Tersengih nakal pada Aafiyah. Tangan Zaim diraih lembut.

" Jom abang.. Fiya hantar abang balik," ditarik tangan Zaim yang terpinga-pinga itu. Langsung terlupa yang dia sebenarnya akan balik ke KL malam itu.

Melihatkan mama dan papanya yang tengah bersembang itu,terus sahaja kaki menuju ke arah mereka.

" Abang Im tak mau balik, ma..dia cakap ada misi." Adu Zahara. Merah padam muka Zaim. Adiknya itu saja nak bagi dia malu. Terus saja dia diketawakan.

" Sabar ya, Im.. tinggal lagi dua hari majlis belah lelaki pula. Lepas tu, Im boleh jalankan misi Im tu dengan jayanya." Usik Dato' Hairul.

" Errr.. kalau Im tidur sini tak boleh ke? Im bukan apa, Fiya ni dari tadi dok merengek.. Tak bagi Im balik." Terus saja pinggangnya mendapat habuan dari Aafiyah.

" Jangan nak mengada eh. Kata dulang paku serpih betul, duk kata orang dia yang lebih " Geram. Tak habis-habis lelaki itu mahu mengusiknya. Mana dia mahu menyembunyikan wajahnya.Rasa nak masuk balik dalam perut ibu!!

" Sabar ya, Im.. banyak benda lagi nak selesaikan untuk majlis belah sana. Lagipun lepas tu resepsi pulakkan." Pujuk Datin Zalina. Zaim senyum. Dia bukan gelojah tapi dia rasa teruja lain macam. Yelah, selama ni mana pernah dia menyentuh waima tangan Aafiyah sekalipun. Dah halal..terasa darah menongkah arus pula bila dia boleh menyentuh tubuh Aafiyah sana sini. Nak-nak isterinya langsung tidak menolak.

Aafiyah terus menghulurkan tangannya. Mahu menyalam suami yang baru dinikahinya siang tadi.

" Abang gilir-gilir drive dengan Ikhram ke?" soalnya. Terasa tangan Zaim yang mengenggam erat jemarinya. Tahu yang lelaki itu berat mahu meninggalkan dia disitu. Tapi apa ada hal? Dia kan duduk dengan family sendiri.

" Erm..Nanti Fiya balik KL dengan apa? Nak abang booking flight ticket?" risau.

" Naa.. is okey. Along drive. Abang jangan risau. Abang bawak kereta elok-elok. Kalau mengantok berhentilah dulu." Melihat keluarga mertuanya sudah bersiap-siap untuk balik segera Aafiyah menyalam mereka dengan sopan.

" Im.. Jom.." ajak Ikhram. Dia,Zaim, Zahara dan Zahira naik kereta lain lantaran MPV milik Dato' Hairul sudah penuh dengan adik-beradik yang turut sama hadir ke pernikahan Zaim dan Aafiyah.

Zaim mengusap ubun-ubun Aafiyah. Sayu saja hati. Rasa tak puas bersama isterinya lagi. Haihlah Zaim.. cuba banyak bersabar sikit.

" Jaga diri.. jangan lupakan abang. Nanti dah sampai rumah, abang call Fiya..abang sayangkan Fiya.." bisiknya romantis. Aafiyah tersenyum menawan. Hanya mengangguk saat Zaim berpesan itu ini padanya. Biarlah,asalkan Zaim rasa lega.. Dia rela tadah telinga. Hi..hi..hi..

Aafiyah menjatuhkan lambaian tangannya saat kereta yang dinaiki Zaim sudah hilang dari mata. Rasa lain macam bila Zaim tiada disisinya.Terperanjat Aafiyah bila bahunya ditepuk Puan Haryati.

" Dah lah tu.. jom kita masuk." Ajaknya. Dia pun pernah muda. Jadi dia tahu apa yang dirasakan oleh anak perempuannya itu.

Mendengarkan kata ibunya, terus sahaja dipaut lengan Puan Haryati. Abang.. tolong jaga diri. Sebab Fiya rasa.. Fiya pun sayangkan abang..Aafiyah tersenyum. Tak sabar nak jumpa suaminya walhal dia tahu mereka baru sahaja berpisah tidak sampai beberapa minit. Rindu! Itu yang dia rasakan sekarang.

Yihaaa.. Fiya dah kawen dengan Zaim. Agak-agak meroyan tak si Tia tu yerk?? Hahaha.. Kita kasi Zaim dengan Fiya sweet muwet dululah yeee...


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin