Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,159
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

Zaim membetulkan selimut ditubuh Aafiyah dengan berhati-hati. Bimbang isterinya akan terjaga dari lena. Seorang pramugari perempuan tersenyum datang kearahnya dengan lenggok yang menggoda.

" May i help you, datuk?" soalnya dengan suara yang lembut.

" Just give me a cup of coffee. And one small pillow to my wife." pintanya. Mata tak lepas dari memandang Aafiyah yang terlentok dibahunya. Tak dia hiraukan kerlingan mata dari pramugari yang ada disitu.

" Is there anything else that you need?" soalnya pramugari itu lagi.

Zaim hanya mengelengkan kepala dan kembali fokus pada isterinya. Bukan dia tak tahu yang sedari tadi pramugari bernama Tasya itu seringkali mencuba nasib untuk mendekatinya.

Kepala Aafiyah dikucup lembut. Dibetulkan sedikit kedudukan isterinya agar wanita itu selesa.

Mata Aafiyah terpisat-pisat bila dia mendengar pengumuman bahawa mereka akan mendarat tak lama lagi. Terus dia merangkul lengan Zaim yang sedari tadi tersenyum padanya.

" Lama Fiya tidur, maaf abang." ucapnya.

" Tak apa..Sempatlah abang kena mengorat time Fiya tidur tadi." usik Zaim nakal. Tudung Aafiyah dibetulkan sedikit.

Aafiyah mengetap bibir. Ni yang dia tak suka ni. Ada je yang nak menempel dengan suaminya. Mata mencerun memandang Zaim yang tersengih nakal.

" Abang layan tak?" soalnya meminta kepastian.

" Abang ni terlampau sibuk nak jaga isteri abang. Sampai diaorang dah fedup." terang Zaim. Pipi Aafiyah diusap dengan penuh kasih sayang.

Mendengarkan ayat itu, Aafiyah kembali merebahkan kepalanya ke bahu Zaim. Bahagia. Tahu yang Zaim begitu sayangkan dia dan tak akan pandang wanita lain. Ceh,yakin je kau Fiya oiii.

" Welcome to France, my lovely wife." bisik Zaim dengan nada yang sungguh romantis.

������


Cermin mata hitam dibetulkan, sebelah lagi tangan elok merangkul pinggang Aafiyah. Kaki menuju kearah susuk tubuh yang amat dikenali.


" Bienvenue, monsieur et madame." tegur lelaki yang berpakaian serba hitam itu sambil tunduk hormat.


" Merci je ne t'ai jamais vu depuis longtemps. En bonne santé?" balas Zaim dengan wajah yang serius. Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersenyum.


Berkerut dahi Aafiyah mendengar bahasa yang dituturkan oleh Zaim. Rasa kagum pun ada. Tak sangka suaminya sangat fasih dalam bahasa asing itu.


Selepas berkata sesuatu kepada lelaki berpakaian hitam itu, Aafiyah hanya mengikut langkah Zaim. Kepala otak dah merangka banyak soalan yang mahu ditanya kepada suaminya nanti. Terkejut sekejap bila beberapa buah kereta mewah sudah tersedia berada di hadapan pintu lapangan terbang. Beberapa pasang mata tak lepas menoleh kearah mereka membuatkan Aafiyah terasa sedikit segan dengan situasi yang dia hadapi sekarang.


" Sayang, kita akan menginap di Z2I hotel. Sayang ok kan?" soal Zaim sebaik sahaja mereka berada didalam kereta.


" Ok je..Asalkan ada abang dekat dengan Fiya." jawab Aafiyah selamba. Dia memang tak kisah pon dekat mana mereka akan menginap sebab dia sendiri tak tahu selok-belok dinegara ini.


" Iya?? sweetnya isteri saya." Aafiyah tersengih suka. Rasa macam best pulak bila dengar Zaim sebut 'isteri saya' dekat dia. Perlahan kepalanya terlentok manja dibahu Zaim. Dan dia suka bila Zaim secara automatik akan mengusap dan mengucup lembut ubun-ubunnya ketika itu.


" Abang sayangkan Fiya," ucap Zaim tulus. Kalau boleh nak je dia jerit biar satu dunia tahu betapa besarnya sayang dia pada isterinya, Aafiyah.


" Fiya tahu. Dan Fiya pun sayangkan abang." balas Aafiyah lembut. Masing-masing diam cuba menghayati rasa bahagia yang bertandang.



Seronok Aafiyah meneroka segenap ruang bilik, dek rasa teruja terus saja dia membuka pintu balkoni. Mahu melihat pemandangan kota Paris yang cantik dan unik baginya. Tak sangka bilik yang dia diami kini betul-betul boleh nampak Eifel Tower, tak sabar nak tunggu malam sebab view akan lagi cantik dengan lampu yang menghiasi pemandangan disitu. Sedang dia ralit, sepasang tangan elok memeluk tubuhnya dari belakang.

" Fiya puas hati tak dengan bilik ni?" soal Zaim. Keharuman rambut Aafiyah dihidu lama. Dari tadi dia hanya diam memerhatikan keterujaan isterinya padahal dalam kereta tadi bukan main Aafiyah mengadu jet lag dengannya.

Aafiyah hanya mengumam. Malas nak bersuara mungkin. Dia suka dengan suasana yang mereka hadapi sekarang. Tenang saja. Lantas diubah posisi menghadap wajah Zaim. Mata Zaim direnung penuh kasih serentak itu tangan naik mengusap pipi lelaki itu.

" Do i ever say that i love you?" soalnya dengan suara yang manja. Namun Zaim hanya tunak membisu.

" Fiya sayangkan abang. Terima kasih sebab abang berusaha keras nak bahagiakan Fiya. Fiya hargai sangat." ucapnya seraya menghadiahkan senyuman manis kepada Zaim.

" Jom masuk. Abang nak Fiya rest puas-puas dulu. Then baru kita sambung honeymoon kita ya,sayang." Zaim tersengih nakal sambil menarik Aafiyah masuk kedalam bilik dan isterinya hanya akur tanpa bersuara. Tahu masing-masing memerlukan rehat yang cukup setelah beberapa jam berada didalam kapal terbang.

������


Mata tak lepas dari memandang seorang demi seorang pekerjanya. Laporan yang terbentang dihadapannya tadi dihempas kuat ke meja.


" I don't know either you know or you just pretend that you don't know about hotel policy. Now, explain. I want to hear your excuses." tajam mata Zaim. Dalam hati dah berbakul sumpah seranah yang dia hamburkan. Memang tujuan dia datang ke Paris untuk berbulan madu tapi dalam masa yang sama dia mahu memantau Z2I Empire Hotel. Bukan dia tak tahu yang ada manusia yang cuba merosakkan imej hotelnya.


" Er.. Actually, there is miscommunication between service provider and the guest. It.."


" Lame. Mike, do you think i'm stupid? We are a hotel that follow the islamic compliance. It's clear at confirmation letter and before the guest want to check-in they must read and agreed with those rule first. Then, tell me why you still serve a wine to the guest even when the guest request it?"  sampuk Zaim tanpa mendengar penjelasan lanjut dari Mike iaitu ketua bahagian front office. Bukan apa dia tahu alasan itu yang akan diberikan.


" Now, tell me why our hotel still stay strong and famous eventhough there are a lot of luxury hotel which is our competitor. But why a guest choose our hotel rather than other hotel? can anyone give me the answer?" soal Zaim.


" Because our hotel is one of the hotels that has Islamic compliance policy. It's became unique and different from other hotel. And it's attract people to come." jawab Sue yang merupakan seorang ketua pegawai pemasaran.


Zaim tersenyum dalam hati. Puas hati dengan jawapan yang diterima.


" Exactly correct, miss Suhaila. That is why we still here. Honestly, i'm so dissapointed with what i saw just now. Why f&b department keep a bottle of wain at the store? for what purpose? and why HR department keep quite about it. This is not a small issue for me." tegas dan serius nada suara Zaim.


" I want full report in each department by tomorrow. Fred, compile it and sent one copy to Mr. Syed Ikhram. Chen, i want you investigate more deep regarding this matter. That's all, thank you for today. Oh, one more thing. Don't think i don't know who try to back stab me. Watch out, i just give you one chance to fixed what you had done " serentak itu Zaim bangun membetulkan kot dan berjalan keluar diiringi beberapa staff. Laju saja langkah kakinya, mahu cepat sampai ke bilik. Kesal kerana meninggalkan isterinya keseorangan selama beberapa jam. Namun dia terpaksa dek tuntutan kerja melebihi segalanya. Nasib Aafiyah seorang isteri yang memahami dan dia sangat beruntung.


" Rindu isteri abang, wait for me dear." gumamnya seorang diri.


p/s : haiiii..amacam entry kali ni? ok ke ko? hihihi.. komen2 jgn malu2����
 


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin