Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,157
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Zaim meneliti plan yang dirangka oleh Iyad iaitu sahabat merangkap rakan niaganya. Tumpuannya sedikit terganggu tatkala interkomnya berbunyi.

" Maaf menganggu, Datuk Ammar. Tapi ada seorang wanita mahu berjumpa dengan Datuk.Katanya kawan lama Datuk . Datuk nak benarkan dia naik atau pun sebaliknya? " soal suffian merangkap salah seorang security guard disyarikatnya.

" Suruh dia tunggu dibilik menunggu,Saya tak mahu orang yang tak dikenali masuk ke pejabat saya" segera Zaim mengatur langkah. Hatinya agak tertanya.

Sebaik sahaja sampai di bilik menunggu dia mula terasa kesal seraya terpandangkan susuk tubuh yang amat dia kenali.

" Im.." lebar senyuman Nurin bila melihat Zaim.

" Apa kau nak?" soalnya tiada perasaan. Bosan.

" I nak you,boleh you menyerah?" manja saja suara Nurin. Langsung tidak hiraukan airmuka Zaim yang berubah kelat.

" Aku takada masa dengan semua ni. Kau pergi balik sekarang." Kasar sungguh kata-kata Zaim sehinggakan mati terus senyuman Nurin.

" Sampai hati you. I datang nak berterima kasih pada you sebab dah selamatkan daddy i." Terus sahaja Zaim tersenyum sinis. Tahu bukan itu tujuan utama wanita itu.

" Benda dah lama. Buat apa nak ungkit lagi.Lagipun macam yang aku cakap dulu,bukan aku yang tolong. Aku cuma ada kat tempat kejadian." Ditilik jam rolexnya. Tidak mahu terlalu lama melayan karenah Nurin.

" Tak kisahlah sebab bagi I, you tetap superhero i." Manja sahaja suara Nurin. Cuba mengoda Zaim.

Whatever. Aku banyak kerja lagi nak buat dari melayan kau. Pintu keluar kau tahu kan dekat mana. Aku nak ingatkan,lepas ni jangan datang lagi. Aku tak suka." Belum sempat kaki Zaim mahu melangkah keluar, tangannya tiba-tiba diraih. Terus shaja ditepis kasar.

" jangan kurang ajar dengan aku,Nurin. Kau tak ada hak nak sentuh aku. Kalau pun kau tak hirau dosa pahala,jangan heret aku sekali untuk jadi macam kau." Tegas dan padu.

Malas menunggu lama terus sahaja Zaim meninggalkan Nurin yang terkedu dengan kata-katanya.

🐝🐝🐝

Terpandangkan Ikhram yang tersengih selamba di biliknya terus sahaja Zaim mengerutkan dahinya.

" Ada benda nak bincang ke?" dirinya masih panas dengan kejadian tadi. Namun segera ditenangkan hatinya. Cuba fokus dengan apa yang hendak dikatakan Ikhram.

" Tentang software yang kita baru nak develop tu. Aku rasa macam berat hati pulak nak teruskan."

" Maksud kau?" pelik melihat kerisauan yang terpancar dimuka sahabatnya.

" Projek ni dah sampai ke pengetahuan Dato' Badar. You know how dangerous he is? Even polis pun tak dapat nak trace kegiatan dia."

" Biarlah.apa nak takut. Dia pun manusia macam kita jugak. Ini sumber rezeki kita lagipun kita masih belum decide lagi siapa pembelinya." Tenang sahaja Zaim menyuarakan pendapat.

" Dia nak jadi salah seorang dari pembelinya. Kau rasa?" Ikhram memandang tepat ke Zaim.

" Aku tak rasa apa-apa. Yang pasti nama dia tak pernah tersenarai pun, dan aku tahu tujuan dia cuma nak elakkan diri dari kena cekup dengan polis. Jangan risau,Ikh. Aku tahu nak deal macam mana orang macam tu." Ikhram mengangguk.

Sedar yang Zaim bijak merancang strategi.Bukan sehari dua dia kenal dengan Zaim malah dari zaman sekolah lagi. Mereka berkongsi minat yang sama maka terbinalah Z2I Global Network.

" Kau kenapa tadi? Bukan main kelat muka?" soal Ikhram sambil menyedut fresh orange.Terasa segar sikit tekaknya.

" Kena cerita ke? Malas ar aku, tak cerita lagi dah berbahang aku rasa. Ni kalau cerita meletup pulak nanti." Kata Zaim selamba.

Namun terpandangkan muka Ikhram yang penuh rasa ingin tahu dia terus melepaskan keluhan kasar.

" Nurin datang tadi. Tak logik kot datang semata nak ucap terima kasih pasal kes uncle Khalid tu." Disedut air nescafe rakus. Terasa haus bila nama Nurin meniti bibirnya.

" Dia still suka kau ke? Aku ingat dah stop sebab dia macam sibuk dengan dunia modelling dia tu." Tungkas Ikhram.

Terkenangkan Nurin yang juga satu ketika pernah terjadi sahabat mereka membuatkan dia agak terkilan akan perubahan sikap Nurin.

" Entah.Aku tak amik tahu pun,aku dah tak kenal dia lagi. Jauh sangat dia terpesong. Sebab cinta sanggup dia rosakkan diri dia sendiri," kesal Zaim.

Dia tak menyangka yang Nurin menyimpan perasaan terhadapnya. Dek kerana dia tidak menyambut huluran kasih itu Nurin bertindak memutuskan persahabatan mereka dan menyambung pelajaran ke luar negara. Dia bersyukur sebab Tan sri khalid tidak pernah menyalahkannya lantaran papanya bersahabat baik dengan Tan Sri Khalid.

" Mengancam dia sekarang," Zaim mencebik. Ikhram hanya ketawa. Tahu yang Zaim tak suka dengan apa yang dia katakan.

" Hujung minggu ni, tennis on tak ?"

" Hujung minggu ni tak boleh sebab tok abah dengan tok mak aku buat tahlil arwah mak su dengan pak su so aku kena balik kampung."

" Okey. Nanti kalau nak main kita set lain. Kau ajaklah Aya," Ikhram tersengih. Tajam mata Zaim memandang sahabatnya bila nama adiknya disebut-sebut.

" Kau nak try adik aku ke?" Iyad ketawa. Diangkat keningnya tanda mengusik.

" Kalau kau bagi restu,boleh ya abang ipar." Meledak ketawa Ikhram melihat Zaim yang cemberut itu.

🐝🐝🐝

Terasa dia sangatlah tidak bernasib baik. Sebaik sahaja sampai ke rumah datuk dan neneknya orang yang dia paling tak mahu jumpa sedang elok tersenyum menyambut kedatangan mereka sekeluarga. Hati berdongkol rasa menyampah.

" Kenapa lambat? Penat tau Tia tunggu Abang." Manja sekali kedengaran namun cukup membuatkan Zaim naik meluat.

" Tia sihat?" celah Dato Hairul. Tahu anaknya tidak suka dengan kehadiran wanita di hadapannya itu.

" Erm,Tia sihat je pak ngah." sikit-sikit mata Tia melirik memandang abang sepupunya.

" Ma, Im masuk bilik kejap ya. Nak rest. Rasa lenguh-lenguh badan." Usai bersalaman dengan ahli keluarga segera dia meninggalkan ruang tamu itu. Terasa letih benar. Manakan tidak, cuma dia yang memandu dari tadi. Direbahkan badan ke atas katil. Tangan mula meraba-raba mencari handphone.

Saya dah sampai. Letihnya.

Bibir mula mengukir senyuman bila mendapat balasan dari Aafiyah.

Rehatlah.Nanti nak kena kerah tenaga kan.

Terasa hatinya berbunga-bunga. Entah kenapa bila teringatkan Aafiyah hatinya terasa bagai tenang sahaja. Hilang terus rasa letih yang merajai tubuhnya.

Thanks, dear. Entah kenapa saya harap awak ada didepan saya sekarang. Rasa pelik tak kalau saya kata saya rindu awak?

Aafiyah tersenyum. Digolek-golek tubuhnya diatas katil dek kerana rasa bahagia. Namun cuba dikawal. Tidak mahu cepat percaya dengan kata-kata lelaki itu.

Pergi rehat. Nanti mesej saya ya lepas kenduri selesai.

Selesai berpamitan, Zaim terus meletakkan handphonenya ke tepi. Matanya kian layu dan tanpa dia sedari dia hanyut dalam mimpi. Namun baru beberapa minit dia terlelap, terasa ada tangan yang sedang meraba-raba tubuhnya.

' siapa?Kacau betul. Entah-entah..' segera mata Zaim terbuka luas. Ditolak tangan Tia yang sedang memegang dada yang sedikit terdedah.

" Apa kau buat ni?" tajam matanya memandang Tia yang seolah-olah tidak terkesan dengan perbuatannya sendiri.

" Tia cuma nak tolong bukakan baju abang. Kesian abang penat jadi Tia ingat nak urutkan sekali," selamba sahaja Tia menjawab.

" Kau keluar sekarang !!! Sebelum penampar melekat dekat pipi kau. Baik kau keluar!!!" jerkah Zaim. Pipinya berbahang. Marah sekali dengan perbuatan Tia yang seakan selamba sahaja menyelinap kedalam biliknya.

" Kenapa ni abang Im?" soal Zahira. Mungkin terdengar jerkahannya lalu adiknya terus meluru masuk kedalam biliknya.

" Iya bawak perempuan nie keluar dari bilik abang. Jangan tanya apa-apa sebab abang tengah marah sekarang ni," terus sahaja Zahira menarik tangan Tia untuk keluar.Tahu yang abangnya tengah panas hati. Nanti-nanti dia boleh tanya apa yang terjadi.

Melihatkan kelibat Tia yang hilang , terus sahaja Zaim beristighfar berulang kali. Berharap kemarahannya akan hilang. Diraup wajahnya. Rasa teruji sungguh kini. Tidak jadi menyambung rehat terus diselongkar beg mengambil t-shirt untuk diganti.Mahu menolong apa yang patut.

Badan terus disandar ke sofa. Nikmat sungguh dapat merehatkan tubuh walau seketika. Selesai kenduri tahlil, masing-masing merehatkan diri di ruang tamu. Zaim senang menjadi pemerhati. Terus sahaja dicapai handphone tatkala merasa getaran dikocek seluarnya. Bibir mengukir senyum bila terpandangkan sebaris nama itu.

Sorry.Tak perasan mesej masuk. Ralit print poster tadi.

Laju jari-jemarinyamembalas.

Is okey. Poster apa? Kira saya ganggu awak lah ni?

Aafiyah mengambil poster yang telah diprint kemudian diletakkan ke meja.

Tak adalah. Setiap bulan hospital akan buat kempen kesedaran tentang penyakit-penyakit contohnya kanser dan sebagainya.

Baru sahaja Zaim mahu membalas, handphone dirampas seseorang.

" Dari tadi Tia perhatikan abang. Abang asyik dengan phone je. Langsung tak pedulikan Tia. Abang curang dengan Tia ke hah?" Suara Tia yang kuat membuatkan mereka menjadi tumpuan.

" Bagi handphone aku balik." Malas Zaim berbalah dengan orang seperti Tia.

" Cakap.Dengan bertina sundal mana abang menggatal." Jeritnya. Terus sahaja hati Zaim berombak panas. Marah dengan kata-kata yang diucapkan Tia.

" Kenapa ni? Apa yang dah jadi?" sampuk Haji Roslan. Tergerak hati mahu melihat apa yang terjadi antara cucunya lantaran dari tadi telinganya terdengar suara Tia yang kuat itu.

" Tok abah.. Cuba tok abah nasihatkan Abang Im. Dia curang dengan Tia." adu Tia.

" Istilah curang tak pernah ada Tia. Sebab antara kau dan aku kita tak pernah ada hubungan melainkan hubungan sepupu. Kau tu perasan terlebih." Zaim membela diri.

Rasa marah cuba ditahan. Tangannya terasa diusap lembut oleh kedua adiknya Zahira dan Zahara.

" Tok abah dan tok mak dah janji kan lepas Tia habis belajar nak kahwinkan Tia dengan Abang Im." Dipandang kedua datuk dan neneknya dengan sayu. Cuba meraih simpati.Serba salah haji Roslan jadinya.

" Tia sayangkan abang Im. Tia dah habis belajar, tak boleh ke abang Im setia dekat Tia?"

Terus sahaja Zaim menarik-narik rambutnya. Terasa tertekan dengan perangai tidak faham bahasa sepupunya itu.

" Kau belajar dah tinggi , Tia. Takkan bahasa mudah yang aku guna pun kau tak tahu.Dahlah tak reti nak pakai elok-elok. Apa kau ingat cantik sangatlah tu pakai serupa tak cukup kain macam ni." Sindir Zaim.

"Biarlah. Tok abah dengan tok mak pun tak kata apa-apa, yang abang sibuk sangat kenapa?" balasnya selamba. Dipaut pula tubuh Hajah Naimah.

" Malas aku nak cakap apa lagi. Bagi balik phone aku."

" Kenapa?Tak sabar nak menyundal dengan bertina tu ke hah? Siapa bertina tu? Siapa!!!"pekiknya sambil melempar handphone Zaim ke dinding. Jatuh berkecai.

" Tia Zuhaina!!!" jerkah Zaim. Sabarnya benar-benar teruji. Kesal melihat Tok abah dan tok maknya hanya berdiam diri. Meluap rasa marahnya pada gadis dihadapannya kini.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin