Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,146
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7


Santai sahaja Zaim pada hari itu. Dengan t-shirt berwarna merah dan seluar khakis sudah cukup membuatkan dia nampak begitu kacak. Kaki disilangkan lantas dia menghirup perlahan air kopi yang disediakan oleh room service di hotel itu. Satu-persatu dokumen yang tertera maklumat syarikat pembeli dengan teliti.

Astana Sdn. Bhd. Ini syarikat Dato' Badar. Lama matanya meneliti maklumat berkenaan syarikat itu. Nampak biasa sahaja dimatanya namun dia tahu apa yang dilakukan oleh Dato' Badar disebalik nama syarikatnya yang gah itu.

" Kusyuk kau menelaah?" tegur Ikhram.

" Kau dah dapat maklumat tentang kegiatan gelap Astana Sdn. Bhd?" serius sahaja muka Zaim. Terus sahaja Ikhram menghulurkan beberapa fail kepada Zaim.

" Aku hairan. Kenapa pihak polis langsung tiada rekod tentang jenayah yang dia buat. Aku syak dia pasang kabel." Rumus Ikhram. Zaim diam. Berfikir. Mereka perlu berhati-hati dengan Dato' Badar lantaran lelaki itu sudah cuba menganggu gugat syarikat mereka. Terus sahaja dia teringatkan pertemuan dia dengan lelaki itu.

Well..look at here. A multi millionaire." Sinis sekali ucapan lelaki itu. Zaim hanya beriak tenang. Tidak sangka dia akan berjumpa dengan Dato' Badar dimajlis makan malam salah seorang clientnya.

" Hai, Dato." Selamba sahaja Zaim menegur. Diteguk air anggur yang ada ditangannya perlahan-lahan.

" Berani kau reject proposal yang aku tawarkan pada kau." Bisik lelaki itu dengan nada yang keras.

Zaim tersenyum. Dia tidak sangka yang Dato' Badar berani berbuat begitu ditengah majlis orang. Huh, dia ingat aku takut?

Well.I have a right to choose any company that i want to cooperate. Sorry, Dato. What i see, your proposal is not a good enough to convince me to choose your company." Tingkah Zaim berani. Dia lihat muka Dato'Badar berubah tegang.

" Kau akan dapat habuan kau nanti. Jangan kata aku tak bagi amaran,ya" katanya sambil ketawa sinis. Dicengkam kuat bahu Zaim beberapa detik dan berlalu. Zaim hanya melepaskan nafas lega. Amaran dari Dato'Badar akan disemat erat sebagai langkah berjaga-jaga.

" Jauh kau mengelamun? Ada benda nak share?" Ikhramperasan. Sejak akhir-akhir ini Zaim kelihatan agak terganggu sedikit.

System syarikat kita dah upgrade ke belum?"soal Zaim. Dikemas semua dokumen yang berselerak di atas meja.

" Jangan risau. Penggodam tak dapat access pun kita punya system maklumat. Kita ada tenaga IT yang sangat pakar." Ujar Ikhram. Minggu lepas syarikat mereka agak kalut apabila tiba-tiba system mereka bagai cuba di hack oleh seseorang. Syukurlah mereka mempunyai system security yang hebat. Sekelip mata sahaja masalah dapat diselesaikan.

" Aku nak kau inform staff  kita supaya jangan leka. Aku risau, Ikh. Dia dah mulakan langkah dia untuk mencabar kita." Terasa bahunya ditepuk perlahan oleh Ikhram.

" Aku tak hirau keselamatan aku. Cuma aku risaukan kau dan family kita. Dia tu sanggup membunuh kalau dah simpan dendam." Zaim meraup mukanya perlahan.

" Kita hadap dia sama-sama. Jangan risau, dia manusia sama macam kita." Ikhram mengulang kata-kata yang pernah diucapkan dulu oleh Zaim. Tahu yang sahabatnya bimbang. Zaim tersenyum seraya mendengar kata-kata Iyad. Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan.

" Aku rasa kau layak dah ni jadi adik ipar aku." Mendengarkan kata-kata Zaim itu terus sahaja Ikhram tersengih seronok.

" Tapi.. Aku tak rasa Aya akan syok dekat kau." Mati terus senyuman Ikhram. Zaim ketawa mengekek melihat muka Iyad yangmasam mencuka. Terasa lega sikit hatinya.

🐝🐝🐝

Aafiyah menjeling tajam lelaki itu. Rancak benar bersembang dengan abangnya. Ish, geram betul dengan along ni. Beria ajak si chipsmore ni kenapa entah? Mulutnya dari tadi mengomel sana sini. Protes!

" Hah, jeling lagi Fiya. Biar terkeluar mata tu. Amboi..taulah mata dia bulat." Sela Fikri.

" Memanglah mata manusia bulat. Kenapa? Mata along bujur ke?" Terburai ketawa Zaim mendengar balasan dari Aafiyah.

" Sha.. cuba nasihat sikit kawan Sha ni. Dia kata mata abang bujur !" adu Fikri. Arisha pening melayan dua manusia dihadapannya itu. Macam budak-budak.

" Adik dengan abang sama ja. Dua-dua fius tak betul." Selamba Arisha.

" Sayang !"

" Sha!" serentak dua beradik itu bersuara. Sakit perut Zaim melihat telatah adik beradik itu.

" Minum,Zaim.. Makan dekat sini, ya." Ajak Arisha lembut. Teringin nak kenal dengan lebih rapat lagi.  Zaim hanya mengangguk sambil tersenyum.

" Kalau tak keberatan, boleh along tanya. Zaim ni kerja apa ya?"

" Saya kerja biasa-biasa saja, along. Software developer je." Terbuntang mata Fikri. Wah, lelaki ini bukan calang-calang orang.

" Kerja dekat mana?" soal Arisha ingin tahu. Tidak peduli dengan perbualan Zaim dan abangnya, Aafiyah terus mencapai sekeping biskut. Disumbat terus ke dalam mulutnya. Sedap !

" Urm..Along tahu Z2I Global Network?"

" Masakan along tak tahu. Semua rumah yang dibina dekat syarikat along bekerja akan dilengkapi dengan security system dari syarikat tu. Zaim kerja situlah, ya?" soal Fikri namun Zaim hanya tersenyum.

" Saya dan kawan saya yang tubuhkan syarikat tu." Pendek sahaja kata-katanya. Namun cukup membuat Arisha dan Fikri rasa terkejut dan kagum. Tidak menyangka orang yang mereka mahu jumpa sangat kini berada dihadapan mata.

" Ya Allah.. kiranya Zaim ni Datuk Paduka  Zaim Ammar? jutawan muda yang terkenal tu? tak sangka owner Z2I ada dirumah along. Satu penghargaan yang besar ni." Teruja benar Fikri. Manakan tidak. Dia tahu pencapaian syarikat itu bagaimana. Sampai ke peringkat antarabangsa. Mendapat pelbagai anugerah dan sering disebut-sebut oleh rata-rata ahli perniagaan. Patutlah tadi dia macam kenal cuma rupa Zaim bila lihat depan-depan lebih kacak dari gambar yang terpampang di internet.

" Uish.. biasa-biasa ja along. Tak ada yang luar biasa pun." Ujar Zaim merendah diri.

" Mestilah.. Kalau luar biasa, alien namanya." Sampuk Aafiyah. Dia bukan dengar sangat pun perbualaan dua lelaki itu kerana kusyuk sangat makan biskut yang dibuat Arisha. Terus sahaja dia mengaduh kecil. Dipukul manja Arisha yang mencubitnya.

" Kau buat aku.. Tengoklah, aku tarik rambut Ana yang sejemput tu." Ugutnya selamba.

" Along tengok kepala Ana botak, along botakkan kepala Fiya balik." Balas Fikri. Adiknya yang seorang ini bukan boleh kira. Kadang datang mood tengah tak betul memang akan dibuat betul apa yang dia kata.

" Fiya.. tak malu ke dengan Zaim tu. Jom tolong aku masak."  tangan Aafiyah segera ditarik untuk ke dapur. Aafiyah hanya mengikut sambil mulut yang tak henti membebel.

" Nak malu apanya..bukan aku tak pakai baju pun depan dia. Dia yang datang tiba-tiba. Ish geram aku. Kau pergilah masak seorang. Akukan tetamu." Kaki diatur mahu melangkah kearah bilik.

" Tetamulah sangat.. Menyampah aku dengar." Arisha menarik tangan Aafiyah. Degil sangat kenapalah minah ni. Ketuk kepala baru tahu.

🐝🐝🐝

" Maaf ya, Zaim. Fiya tu memang mulut puaka sikit." Kutuk Fikri. Zaim ketawa. Terasa lawak mendengar kata-kata Fikri yang selamba itu.

" Dah biasa dah dengan dia. Kadang tu saya buat derk ja." Disisip air tea yang masih panas itu perlahan.

" Kira dah lama ke kenal Fiya ni?" Soal Fikri serius.

" Nak kata lama tu, baru beberapa bulan ja. Jumpa pun kadang-kadang sebab saya ni selalu outstation.  Fiya pula sibuk dekat hospital. Cuma kami kerap berhubung melalui telefon je." Terang Zaim. Tahu yang dia sekarang sedang disoal siasat oleh Fikri.

" Rasanya dekat dua kali jugaklah saya kena reject dengan adik kesayangan along tu. Mungkin dia masih tak percayakan saya kot."

" Maksud Zaim?"

" Sebelum ni saya ada ajak Fiya kahwin. Tapi dia tolak. Saya ni along,kalau boleh nak halalkan hubungan kami. Sebab sebagai seorang abang, sikit sebanyak saya tahu perasaan along macam mana. Risaukan adik perempuan. Dan saya bukan orang yang suka main-mainkan perasaan orang. Bila saya katakan yang saya mahu berkahwin dengan Aafiyah, tu bermakna saya betul-betul dah bersedia untuk pikul tanggungjawab saya sebagai seorang suami." Panjang lebar sekali Zaim meluahkan rasa hati.

" Jadi Zaim betul-betul cintakan adik along?"

" Demi Allah.. saya cintakan Aafiyah. Dia wanita yang pertama yang pernah hadir dan memberi kesan dalam hidup saya." Bersungguh benar Zaim ucapkan kata-kata itu.

" Tapi kita baru kenal, Zaim. Awak tak rasa ke masih terlalu awal untuk kita? Awak tak tahu sejarah hidup saya. Mustahil awak boleh cintakan saya." Sampuk Aafiyah perlahan. Dari tadi dia dengar perbualan alongnya dengan Zaim.

" Siapa saya untuk menolak bila Allah dah titipkan rasa cinta itu dihati saya, Fiya? Siapa saya untuk persoalkan sejarah hidup awak sedangkan saya juga tidak sesempurna mana. Fiya saya nak tanya sesuatu." Suasana di ruang tamu itu seakan sepi. Masing-masing menanti pertanyaan yang mahu diajukan oleh Zaim.

"Sebagai seorang doktor awak tahu apa fungsi painkiller?" berkerut dahi Aafiyah.

" Mestilah untuk melegakan atau mengurangkan kesakitan." Pelik benar soalan Zaim dia rasakan.

" Jadi biarlah saya menjadi painkiller awak. Painkiller yang boleh ubati hati awak yang terluka teruk tu. Painkiller yang dapat melegakan kesakitan yang awak alami selama ini." Redup mata Zaim memandang Aafiyah yang seakan terkaku mendengar kata-katanya.

" Tapi painkiller tu banyak kesan buruk untuk jangka masa panjang." Kias Aafiyah. Tidak mahu tewas dengan mudah.

Painkiller yang saya nak jadi ni memang bagi kesan buruk pun pada awak." Terserlah sepasang lesung pipit bila Zaim tersenyum lebar. Aafiyah tergamam.

" Kesan buruknya.. Saya akan sentiasa berada disamping awak saat awak sedih dan gembira. Kita sama-sama usaha lengkapi kekurangan masing-masing dan saya akan sentiasa terus bersama awak selagi diizinkan Allah." Romantis sahaja suara Zaim. Mereka saling bertatapan. Lupa terus along dan Arisha yang sedari tadi menjadi penonton setia. Masing-masing tersenyum mendengar luahan hati Zaim dan berdoa supaya Aafiyah akan terbuka hati untuk menerima cinta lelaki itu.

p/s : haiiii semua..okey tak entry kali ini?  Komen membina dari anda semua amat Aisha hargai. Terima Kasih 😘😘


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin