Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,154
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Ralit Aafiyah menilik dirinya yang sudah dirias cantik. Dipusing-pusingkan badannya beberapa kali. Tersenyum dia sendirian. Rasa tak percaya pula yang dia kini sudah bergelar isteri. Pintu dikuak dari luar. Terpegun dia melihat Zaim yang kelihatan sangat tampan dan berkarisama dengan texudo berwarna hitam yang dipadankan sekali dengan gaun miliknya.

What a lovely view. You are so gorgeous sayang." Puji Zaim. Tak lepas mata memandang isterinya yang cantik memakai gaun labuh berwarna putih itu. Zaim tertawa kecil bila melihat Aafiyah yang tunduk malu. Dihampiri isterinya. Tangan mula naik menyentuh dagu Aafiyah.

Did i tell you that i love you so much today?" bisiknya penuh romantis. Merona pipi Aafiyah saat Zaim mencium pipinya selamba. Lututnya kejung. Tak tahu nak bereaksi bagaimana bila berhadapan dengan Zaim. Lelaki ini makin hari makin bijak menggodanya.

" A..ab..abang.. nanti orang masuklah." Ditolak tubuh Zaim perlahan. Suaminya bukan boleh kira. Nanti tak larang benda lain pulak yang jadi.

Zaim sikitpun tak mengendahkan kata-katanya. Diketatkan lagi pelukan. Berkali-kali dikucup ubun-ubun isterinya. Aura yang ada pada Aafiyah sangat susah untuk dia tahan perasaan. Baru sahaja bibir mungil isterinya mahu dikucup, pintu dikuak. Zaim merengus kecil.

" Wah.. cantiknya kak ngah." Teruja benar Aathifah melihat kakaknya itu. Zahara dengan Zahira tersenyum melihat gelagat adik Aafiyah itu. Zahara selamba menyiku tangan abangnya.

" Aya nampak ea..lain kali bawak bersabar sikit." Usiknya.

" Erm.. jomlah. Papa suruh masuk ballroom." Ajak Zahira. Karang dibiarkan lewat pulak mereka masuk ke dewan hotel. 

" Tok abah dengan tok mak datang tak?" bisik Zaim pada adiknya. Satu keluhan dilepaskan melihat gelengan dari adiknya itu. Agak kecewa dia rasa namun rasa itu cuba dihalau pergi. Segera Zaim menghulurkan tangannya kepada Aafiyah.

Shall we?" Aafiyah tersenyum sambil menyambut huluran suaminya. Dia takut dan gementar tapi dia tahu dia perlu atasi segala rasa itu.

Mereka mula melangkah ke dalam dewan yang serba mewah itu. Beberapa flash dari kamera mula melatari pandangan. Terus sahaja digengam erat lengan Zaim bila terasa semua mata tertumpu kearah mereka saat mereka berjalan masuk.

" Jangan risau. Abang ada.." bisik Zaim. Tahu yang Aafiyah masih belum biasa dengan situasi begini. Dia cuba untuk membuat isterinya berasa selesa sebaik mungkin.

Mata Aafiyah tak lepas memandang dekorasi dewan yang dihiasi warna peach rose dan biru quartz. Nampak mewah dan begitu eksklusif. Kagum. Sememangnya dia menyerahkan seratus peratus kepada Zaim untuk menguruskan majlis resepsi mereka. Dikerling sekilas kearah Zaim. You did a good job, abang. Gumamnya dalam hati.

Usai upacara memotong kek, Zaim membawa Aafiyah berjumpa dengan kawan-kawannya.

" Tahniah, Datuk Paduka Zaim Ammar." Raiykal menepuk bahu sahabatnya sambil ketawa. Mendengar ucapan itu terus sahaja dahi Aafiyah berkerut seribu. Dipandang wajah suaminya yang beriak selamba itu.

" Err.." teragak-agak dia mahu bertanya. Tiba-tiba tangan Zaim melingkar ke pinggangnya.

I will tell you, later." Bisiknya lembut. Aafiyah akur. Pelbagai persoalan mula muncul dibenak fikirannya. Banyak tentang Zaim yang masih belum diteroka. Lelaki itu penuh dengan misteri. Terus dia meminta izin untuk melayan rakan sekerjanya yang datang ke majlis mereka.

" Tak sangka antara kita berlima orang, kau yang kahwin dulu." Sela Adrian.

" Lepas ni aku punya turn pulak.. Korang jangan tak datang." Ikhram tersengih bangga. Terasa kepalanya sakit tiba-tiba. Terus di pandang Zaim yang membuat muka selamba.

" Mimpi ja kau kan.. Macamlah adik aku tu nak sangat dengan kau." Zaim tersenyum sinis.

" Aku tak kan cakap kalau tak betul okey.. Tak percaya tanyalah Aya. We are lovey dovey couple now." Ikhram senyum mengejek. Suka benar dia sakitkan hati Zaim.

Anyway.. Huzai nak balik bila?" soal Zaim. Ada benda yang dia mahu bincangkan antara mereka. Penting!

" Tak silap aku dalam dua minggu lagi. Nanti apa-apa aku rojer kau." Zaim mengangguk kecil. Terasa pinggangnya dicuit lantas matanya singgah memandang wajah isterinya.

" Fiya nak jumpa kawan-kawan Fiya kejap boleh tak abang?" Pintanya dengan mata yang terkedip-kedip. Saja buat comel depan suaminya. Hihihi..

Zaim tergelak kecil melihat sisi Aafiyah yang baru ini. 

" Pergilah.." izinnya. Lagipun dia ada 'suprise' yang dia mahu berikan pada Aafiyah nanti. Mata tak lepas menyoroti langkah Aafiyah yang sedang menuju kearah rakan-rakan sekerjanya itu

🐝🐝🐝

" Cantiknya kau, Fiya.. Serius aku cakap," puji Wada. Aafiyah hanya tersenyum malu, bahang gila dia rasa kat pipi. Dari tadi ramai yang puji dia, fuhhh memang terbaiklah MUA yang Zaim upah. Kena dengan dia punya citarasa.

" Well.. bukan nak katalah, aku ni dari dulu memang dah cantik. Cumanya aku malas nak tunjuk," saja Aafiyah membangga diri. Kening dijungkit sedikit. Dia dengan Wada, Liya dan Arisha memang kenal dari sekolah jadi lawak kasar tu dah terlampau biasa.

" Eleh, kalau tak ingatkan kau pengantin malam ni dah lama aku sekeh kepala kau tu." sampuk Liya. Arisha hanya ketawa sahaja. Tak mahu kata apa-apa. Kang lain pulak jadinya.

" Sha, nanti kau tolong sekehkan kepala minah ni untuk kami. Kau berdaulat sikit sebab kau kan kakak ipar dia." Aafiyah ketawa. Namun tidak lama kerana dengan tiba-tiba sahaja suasana menjadi agak suram. Tangannya mula memegang tangan Arisha yang berada disebelahnya. Bercampur-baur perasaannya kini. Cemas. Apa yang bakal berlaku pada majlisnya nanti.

Alunan piono mula kedengaran. Dan dengan sendirinya lampu menerangi bahagian pentas. Terpandangkan Zaim yang sedang bermain piono itu membuatkan Aafiyah tersenyum dengan sendirinya.

This song for a special women who complete the puzzle of my heart. Sayang, this is for you." romantis sahaja suara Zaim menuturkan kata-kata itu.  Matanya tepat memandang Aafiyah yang sedari tadi seakan terpaku melihatnya.

Not sure if you know this
But when we first met
I got so nervous I couldn't speak
In that very moment I found the one and 

My life had found its missing piece ..

So as long as I live I'll love you
Will have and hold you
You look so beautiful in white
And from now to my very last breath
This day I'll cherish
You look so beautiful in white
Tonight..  

Mata Aafiyah dah kabur dengan airmata. Terharu, rasa bahagia tidak mampu disangkal lagi dengan usaha suaminya.  Zaim nampak kacak sangat dimatanya.

Perlahan-lahan Zaim bangun dan melangkah menuju kearah Aafiyah. Matanya langsung tak beralih dari terus memandang isterinya itu.

What we have is timeless
My love is endless
And with this ring I say to the world
You're my every reason
You're all that I believe in
With all my heart I mean every word 

You look so beautiful in white

Tonight..  


Airmata yang mengalir dipipi Aafiyah dikesat lembut. Spontan bibirnya singgah di ubun-ubun isterinya.

" Betapa abang bersyukur dengan kehadiran Fiya. Terima kasih, sayang. You are everything for me now," ucapnya kudus. 

Aafiyah hanya tersenyum bahagia. Tidak tergambar dengan kata-kata rasa yang menghuni dirinya tika ini. Satu persatu wajah keluarga, rakan-rakannya dipandang. Masing-masing tersenyum tanda mereka turut berkongsi rasa bahagia itu..

🐝🐝🐝

Terbuntang mata Aafiyah melihat ruangan yang serba mewah itu. Padanlah harga pun mahal. Rasa teruja memang sukar untuk dia sembunyikan. Kaki melangkah ke segenap ruang bilik itu. Kalau nak harapkan dia, memang taklah nak membazir duit semata mahu tidur dibilik yang berharga ribuan ringgit untuk satu malam sahaja. Sliding door dibuka. Cantiknya pemandangan! Ralit dia dalam lamunan. Tersentak Aafiyah bila terasa ada tangan yang memeluk tubuhnya erat dari belakang.

Why?" soal Zaim. Mamat ni memang tak reti cakap bahasa melayu ka apa. Diketap bibir bila menyedari diri telah terlanjur mengutuk suami sendiri. Lantas tangannya memegang tangan Zaim yang erat memeluknya.

" Tak ada apa. Fiya cuma rasa teruja. Rasa tak percaya bila Fiya boleh jejakkan kaki ke hotel bertaraf lima bintang ni. Thank you, abang. Setidaknya Fiya tak adalah jakun nanti." Aafiyah ketawa dengan kata-katanya sendiri.

" Sayang..." Zaim membalikkan tubuh Aafiyah. Tunak mata itu memandangnya. Tangannya naik mengusap pipi isterinya dengan penuh kasih sayang.

Mata Aafiyah tak lepas menilik Zaim. Rambut lelaki itu yang agak messy kerana baru lepas mandi membuatkan Zaim nampak begitu kacak dan seksi.

" Sebolehnya abang nak isteri abang ni bahagia disamping abang. Dan abang nak Fiya tahu, selagi abang mampu.. abang akan berikan yang terbaik untuk Fiya. Abang tak janji kita akan sentiasa bahagia sebab banyak dugaan yang kita akan hadap lepas ni. Tapi abang janji.. selagi hayat dikandung badan, abang akan lindungi Fiya." Tulus. Memang itu tersemat dihatinya.

Aafiyah memeluk tubuh Zaim. Terharu. Dia akui dia takut untuk hidup dengan lelaki itu. Zaim baginya seorang yang sangat misteri. Datang tiba-tiba dan perginya tanpa dipinta. Namun bila mendengarkan kata yang diucap Zaim. Dia nekad. Dia akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang isteri yang baik. Seorang isteri yang sentiasa ada tika suaminya dalam senang dan susah. Terasa dahinya dikucup lembut.

" Jom masuk.. Fiya belum mandi kan." Ajak Zaim. Aafiyah hanya menurut. Badannya memang terasa melekit. Dek teruja lupa terus dia untuk mandi. Dicapai tuala dan menuju ke bilik air.

Zaim baring ke katil. Tangan kanannya naik ke dahi. Jauh dia termenung. Mendengarkan handphonenya berdering, laju sahaja dia mengangkat. Ada berita yang dia nantikan sedari tadi.

" Macam mana?" soalnya pendek.

" Dia cuba untuk hack system keselamatan di rumah Dato' Hairul. Tapi tak berjaya." Zaim tersenyum sinis. Bodoh! Nak buat jahat tapi hantar orang yang tak pandai buat kerja.

" Aku nak kau kawal rumah tu elok-elok. Call back up if needed. Jangan sampai family aku perasan dengan benda ni. Aku tak nak diaorang panic. Faham?" tegas arahan yang diberi. Talian dimatikan.

Zaim tersenyum sinis. Kau nak main gila dengan aku Badar. Kau tak kenal aku siapa lagi. Aku takkan benarkan sesiapapun sentuh keluarga aku.

Aafiyah yang sudah mandi itu pelik melihat Zaim yang hanya diam. Seakan berada didalam dunia sendiri. Malas mahu menganggu segera dicapai lotion Nivea yang sentiasa dia pakai sebelum tidur. Nasib tadi dah solat Isyak siap-siap. Usai sapu di lengan, tangannya naik pula menyapu leher tanpa menyedari ada mata tajam memerhatikan tingkahlakunya.

" Bak sini abang tolong." Terhenti terus tangan Aafiyah. Kedudukan mereka sangat rapat hingga dia boleh rasa hembusan nafas suaminya. Dada mula berdetak hebat. Lotion bertukar tangan. Tanpa kata dia hanya merelakan perlakuan Zaim.

Tangan Zaim mula meliar ke sana sini. Disentuh segenap tubuh isterinya dengan penuh minat. Melihat bibir Aafiyah terus dikucup rakus. Nafas mula tak sekata. Dia mahukan wanita itu. Digendong isterinya menuju ke katil. Ubun-ubun isterinya dikucup lembut.

" Izinkan abang.." bisiknya penuh romantis. Aafiyah hanya tersenyum dan mengangguk. Doa dibaca dan mereka hanyut dalam kebahagian yang tak terhingga. 


p/s : asha tersangatlah tak reti buat part sweet bersemut..hihihi..but i will try harder okeyh..💋💋💋


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin