Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,156
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

Matanya tidak lepas dari memandang raut wajah lelaki yang sedang berhadapan dengannya. Tajam sahaja renungannya sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan lelaki itu.

"Are you insane? Our wedding is around in the corner, how could you do this to me, Syafiq?" Nah, amik kau sekali terkeluar bahasa omputih dek kerana menahan rasa marah yang mencengkam di hatinya.

"Abang minta maaf, tapi hati abang dah beralih arah. Abang tak sanggup terus menipu Fiyah. Abang tak bahagia. Fiyah terlampau sibuk dengan kerjaya Fiyah sampai tak mampu nak luangkan masa dengan abang. Kalau waktu Fiyah belajar dulu, abang mungkin faham tapi entahlah." Syafiq seakan mahu meletakkan kesalahan di bahunya pula.

Aafiyah tersenyum sinis. Mudah benar lelaki itu membuat keputusan. Maruahnya dan keluarga bagaikan tidak bererti langsung dimata lelaki itu.

"Awak tahu kan lagi dua minggu sahaja lagi? Kenapa awak tak berterus-terang dari awal? Awak tahu cita-cita saya, awak jangan nak menunding jari pada saya pula." Lembut dalam tegas sahaja Aafiyah bersuara. Hilang terus panggilan manja yang sering dia gunakan kepada lelaki itu.

Syafiq mengeluh. Dipandang wajah Aafiyah yang dari tadi tidak lepas meminta penjelasan. Entah kenapa boleh hilang rasa cinta dan sayang pada wanita itu sedangkan mereka sudah menjalin cinta dari zaman persekolahan. Namun ego bagai membatasi segalanya. Hatinya inginkan orang lain, lalu dia mengambil keputusan drastik itu. Dia sudah tidak peduli dengan kata-kata orang lain biarpun ibunya sendiri.

"Abang minta maaf. Abang akan bayar gantirugi. Fiyah tak perlu nak pulangkan balik apa yang abang dah bagi," dengan selamba Syafiq mengucap kata-kata itu. Seolah-olah tiada rasa bersalah dengan apa yang dia baru ucapkan.

Aafiyah terpana. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Hatinya remuk dihancur lumat oleh lelaki itu namun sikitpun airmatanya tidak mengalir. Tidak mahu dipandang lemah oleh lelaki dihadapannya itu.

"Kalau awak dah kata begitu. Saya nak awak datang berjumpa dengan family saya, kita putus cara baik.Pastikan awak ada waktu itu, awak yang buat onar jadi awak kena tanggung. Anyway, whoever is she, i hope you will not do a same mistake and congratulation for both of you." Terus sahaja Aafiyah mengalas begnya namun lama mata itu memandang wajah Syafiq . Ditarik nafas dalam-dalam dan dia mula mengukir senyuman yang paling manis sehingga membuatkan Syafiq terkaku.

Maybe i am not the right women for you. But you must remember that you are not worth for me."  Mendalam maksud kata-kata Aafiyah biarpun dia tahu Syafiq sikit pun tak ambil peduli. Lantas dia mengatur langkah meninggalkan lelaki itu tanpa menoleh kebelakang lagi.

Aafiyah mendail number seseorang.

"Sha, badminton on malam ni." Lemah sahaja suara Aafiyah. Dia perlukan sahabatnya untuk melepaskan rasa saat ini.

Be strong, Fiya. All is well.' Bisiknya dalam hati dengan wajah yang sudah banjir dengan airmata.

🐝🐝🐝

Peluh yang kian mengalir sedikitpun tidak dia hiraukan. Hati serta mindanya bagai tidak berada disitu. Sedang dirinya larut dengan lamunan, terasa tangannya tiba-tiba sejuk. Tatkala terpandangkan wajah Arisha yang sedang tersenyum sambil memegang dua botol air mineral sejuk dia mula tersenyum kelat.

"Kadangkala apa yang kita rancangkan dan apa yang kita fikir baik untuk kita bukanlah yang terbaik bagiNya. Husnuzon dengan segala yang terjadi dapat mendidik hati dan jiwa kita untuk jadi manusia yang paling bersyukur dan sentiasa bersabar." dalam maksud kata-kata Arisha seakan menjentik hati Aafiyah.

"Aku tahu, Fiya. Aku dapat rasa yang kau ada masalah. Jadi, sebagai kawan yang cool dan baik aku akan tunggu sampai kau sendiri cerita dekat aku."

Aafiyah hanya ketawa kecil. Arisha memang begitu,sentiasa memahami dirinya. Berbanding Wada dan Liya, dia mungkin lebih selesa berkongsi rasa dengan Arisha. Mungkin kerana wanita itu sering sahaja tenang dan memberi dia ruang untuk dia bercerita.

Hembusan nafas dilepaskan dengan berat.

"Sha..Aku jumpa Syafiq tadi," Arisha hanya mengangguk. Patutlah dia berasa tidak sedap hati, tangannya mengenggam erat jari-jemari Aafiyah. Cuba menyalurkan semangat walaupun dia tahu tidak seberapa.

"Dia mintak putus tunang. Kau tahu apa alasan dia? Aku tak ada masa dengan dia,dia jatuh hati dengan orang lain. It is make sense? Dia ingat aku ni tak ada maruah ke weh? Family aku mesti tanggung malu. Ya Allah, hati aku ni. Dalam hati aku ni, sakit sangat Sha."

Menangis lagi buat sekian kali. Terasa dirinya sangat lemah tika ini.

"Aku ni cuba sedaya upaya nak happykan dia,Sha. Sebab aku sayangkan dia,aku bodoh sangat pegang janji palsu dia. Aku sanggup drive dari KL ke Ipoh semata nak jumpa dia. Aku korbankan masa aku ni untuk dia sampai aku tak ada masa nak luangkan dengan korang. Menyesal Sha. Aku menyesal sangat-sangat," rintihnya lagi.

"Dan dia bagi alasan yang aku ni pentingkan kerjaya aku? Aku kerja dengan orang,bukan aku kerja sendiri. Bila aku contact dia, dia kata dalam undercover. Sibuk sangat lastly dia cakap serupa aku yang salah."

Arisha tekun mendengar. Sedikitpun dia tidak menyampuk, dia cuba bagi ruang kepada Aafiyah untuk meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

"Salah aku ke Sha? Apa aku nak cakap pada Ibu dan ayah aku. Dua minggu ja lagi,kad semua dah edar. Sanggup dia buat aku macam ni,dia lansung tak fikir bahana keputusan dia tu."

Geram.Terasa mahu sahaja melayangkan tamparan pada Syafiq. Di kesat kasar airmatanya,bagai tidak berbaloi membazir airmatanya disebabkan lelaki yang tak pernah nak hargainya itu.

"Erm, kau nak aku nasihat guna ayat cliche atau tak ?" usik Arisha. Aafiyah segera mengembungkan pipinya berpura-pura merajuk tatkala mendengar kata-kata sahabatnya itu. Arisha ketawa kecil.

"Kau tahu, kalau diikutkan aku pun salah dalam hal ni. Sebelum ni kau tahu kan, Syafiq ada janji dengan aku yang dia akan hargai dan bahagiakan kau. Disebabkan janji tu, aku simpan kepercayaan tu dan pujuk kau untuk terima dia balik.Jujurnya, Fiya. Aku tahu kau sangat cintakan dia kan waktu tu dan sebab tu aku approve kau dengan dia."

Aafiyah ketawa. Terasa lawak pula bila Arisha berkata sebegitu.

"Aku minta maaf, Fiya. Sungguh ni, aku minta maaf sangat sampai kau terpaksa tanggung benda ni dalam hidup kau,"

Don't. Benda ni jadi bukan sebab kau,dah takdir jalan hidup aku begini."

Tiba-tiba terdengar ketawa halus dari Arisha. Terus sahaja dia memandang wanita itu pelik.

"Oit. Ni sapa nasihat sapa ni. Dah terbalik dah ni." Aafiyah tersenyum.

"Aku pernah terbaca satu quotes ni. Dia kata kadang-kadang perpisahan adalah untuk kebahagian. Mungkin kau akan rasa lebih sakit kalau tak berpisah saat ini. Fiya, pegang kata-kata aku ni baik-baik."

Arisha memandang Aafiyah dengan senyuman.

"Dia tak layak untuk kau. Dia tu tak cerdik, handsome pun kurang. Asyik control kau je memanjang, dia ingat dia tu bagus sangat." Luah Arisha.

"Kau ni main-main betul la. Aku ingat nak kata apa tadi, bukan main serius aku bagi perhatian tau." Arisha ketawa.

"Fiya, aku tahu kawan aku kuat orangnya. Nur Aafiyah yang aku kenal akan hadap benda ni dengan cool dan sebelah mata je .Jangan hiraukan pandangan orang lain sebab diaorang tak tahu dan tak kan pernah rasa apa yang kau rasa. Kecewa, sedih dan terluka tu biasa kalau kau putus cinta tapi jangan biarkan rasa tu menganggu kau untuk terus bangkit. Aku ni Fiya akan sentiasa ada untuk tarik kau kalau kau hampir jatuh, storms do not last forever. So do not be afraid to keep walking because you are not alone."

Nah ,terkedu Aafiyah saat mendengarkan apa yang dikatakan Arisha itu. Dia hanya mengangguk dan membalas genggaman tangan dari Arisha. Dibiarkan airmatanya mengalir tanpa diseka.

Thanks, Sha. I know i can depends on you. Aku akan kuat,aku janji. Tapi biarlah...untuk hari ini sahaja.. Biar aku menangis sepuasnya. Ya , hanya untuk hari ini.' Desisnya dalam hati.


Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin