Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,150
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG

Aafiyah tersandar lesu di kerusinya menghilangkan penat yang sedari tadi menyinggah dibadannya. Sungguh sibuk hari ini kerana banyak pembedahan yang terpaksa dia cover memandangkan hanya ada beberapa sahaja doktor yang bekerja ketika saat itu. Baru sahaja dia mahu melelapkan matanya, kedengaran telefon bimbitnya berdering nyaring.

"Assalamualaikum,kenapa adik ?" soalnya sebaik sahaja menekan punat telefon itu.

"Kak Ngah, Tompok tak mahu makan. Puas adik songok dengan makanan sedap-sedap,tapi dia taknak juga makan. Tidur je dari tadi, adik risaulah. Tompok sakit ke kak?" terdengar suara adiknya Aathifah yang seakan-akan mula mahu menangis itu.

"Selain tak mahu makan apa lagi simptom Tompok?"

" Tompok duduk je. Dia taknak makan langsung, lepas tu dia macam lesu je bila adik pegang dia macam menggigil sikit. Apa nak buat? adik taknak Tompok mati," terus sahaja adiknya menangis. Aafiyah hanya tersenyum kecil.

"Jangan menangis, sayang. Okey, Kak Ngah rasa Tompok demam tu. Dengar tau apa yang Kak Ngah pesan ni, first sekali adik kena sentiasa sediakan minuman yang sejuk untuk elakkan Tompok dari kena dehidrasi. Lepas tu nanti adik suruh abah atau Along belikan air kelapa, air kelapa tu bertindak sebagai penawar. Jangan sesekali mandikan Tompok ya, sebab suhu badan kucing akan makin meningkat kalau dia mandi dalam keadaan yang dia tak sihat. Faham tak Aathifah?" terang Aafiyah panjang.

" Ha faham. Nanti kalau ada apa-apa adik call Kak Ngah balik," katanya lagi.

"Iya, Kak Ngah kena letak telefon ni. Apa-apa adik whatsapp sahaja sebab takut Kak Ngah ada patient nanti," selepas memberikan salam, Aafiyah terus mencapai beberapa rekod pencapaian kesihatan lantas dia tersenyum tatkala terpandangkan sebaris ayat itu. Dr. Nur Aafiyah.

Bukan mudah untuk Aafiyah berada sampai ke tahap ini, banyak onak dan ranjau yang terpaksa dia hadapi dek kerana begitu cintanya terhadap bidang kerjayanya kini. Aafiyah tersedar dari lamunan apabila terdengar pintu biliknya diketuk.

"Dr, ER perlukan khidmat Dr sekarang ," terang Miza merangkap jururawat yang bekerja dibawah seliaannya. Seraya mendengar kata-kata itu, Aafiyah mencapai kot putih dikerusinya.Tidak mahu terus membuang masa kerana ada nyawa yang perlu dia selamatkan dengan segera.

I'm coming," biarpun penat dan letih, laju saja rasa itu dihalau pergi jauh oleh Aafiyah. Kerana inilah dunianya dan inilah minatnya. Aafiyah tersenyum.

" Ya Allah, berkatilah rezekiku dan setiap apa yang aku lakukan serta apa yang bakal aku lakukan," doa Aafiyah perlahan.


Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin