Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,155
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Matanya mencerlung memandang Tia yang sedikit tersentak dengan jerkahannya. Terpandangkan mama dan papa yang dari tadi menuturkan perkataan sabar . Mungkin bimbang dia naik tangan dengan sepupu dihadapannya itu.

"Kau tak belajar sivik ke hah? Apa hak kau nak lempar barang aku?"

"Setakat handphone tu, sepuluh Tia boleh gantikan untuk abang." Selamba sahaja Tia membalas. Tidak peduli dengan pandangan mata Zaim yang tajam itu.

" Aku sebenarnya penat nak berbalah dengan perempuan tak sedar diri macam kau ni.Dengar sini baik-baik ya, wahai Tia Zuhaina. Aku sikit pun tak pernah sukakan kau, fikir tentang kau pun aku tak ingin. Jadi sila berambus dari hidup aku."

"Zaim..." tegur Datin Zalina. Tidak mahu anaknya bercakap kasar dengan perempuan.

"Perempuan macam kau ni sepuluh aku boleh dapat kalau aku nak. Tapi maaflah kau sikitpun tak ada dalam list sepuluh tu ." Zaim tersenyum sinis.

"Abang dah melampau !!" naik seoktaf suara Tia. Kemudian terus berlari masuk ke bilik.

"Kenapa Im kata macam tu dekat Tia? Kesian dia." Hajah Naimah menegur. Segera Dato'Hairul menarik anak lelakinya untuk duduk. Cuba meredakan kemarahan anaknya itu. Zaim hanya meraup wajahnya. Rasa amarah membuatkan dia terlanjur kata. Tapi Tia betul-betul menguji tahap kesabaran dia.

"Tok abah, Tok mak.." panggilnya perlahan. Zaim memandang Pak long dan maklongnya serta kedua ibu bapanya sebelum memulakan bicara.

" Im minta maaf kalau kata-kata Im ni akan buat Tok abah dan tok mak terasa hati." Dipandang wajah datuk dan neneknya sekilas.

"Sebagai orang yang paling tua dalam keluarga ni, Im minta tok abah tolonglah nasihatkan Tia tu. Im faham, tok abah cuba beri yang terbaik pada dia dan disebabkan itulah Tia jadi begitu. Dia rasa yang apa yang dia nak. Dia akan dapat dengan mudah." Luahnya dengan nada yang lembut namun ada tegasnya.

"Entahlah. Tok abah bukan apa, Tia tu tak ada siapa-siapa. Dia anak yatim piatu.Kesian dia Im."

" Ramai lagi yang tidak bernasib baik macam dia. Tu tak bermakna dia boleh berperangai tidak senonoh sesuka hati dia. Tak bermakna juga dia boleh rosakkan diri sendiri. Untuk pengetahuan Tok abah dan tok mak, petang tadi dia masuk bilik Im. Alasan nak tolong buka baju dan urut Im. Dia tu bukan isteri Im, berdosa bagi dia buat macam tu. Im tak jadi tak selesa dengan situasi sekarang ni," Terkejut semua orang mendengar cerita yang Zaim sampaikan. Tahulah Zahira kenapa abangnya melenting sangat petang tadi.

Bukan niat Zaim untuk membuka aib yang Tia buat tapi dia perlu sedarkan datuk dan neneknya.

"Pakai pakaian yang menjolok mata. Tok abah kena sedar, cucu lelaki tok abah ni semua dah besar-besar. Berdosa bagi kita semua kalau kita tak tegur dia. Dan tok abah dengar apa yang dia cakap tadi kan. Jadi, Im minta sangat tok abah..tok mak..tolonglah nasihatkan dia sebelum dia terpesong lagi jauh. Im tak kata Im baik, tapi kita ni satu keluarga. Im tak nak tengok keluarga Im rosak." Panjang lebar hujah Zaim.

"Im.. tak boleh ke Im kahwin sahaja dengan Tia? Bimbing dia. Mungkin dia akan berubah. Tok abah berharap sangat Im. "

Zaim melepaskan keluhan. Bukan ini yang dia mahu dengar. Berkahwin dengan Tia bukanlah jalan penyelesaian yang baik.

" Im dah ada calon isteri. Maafkan Im, tok abah..tok mak.."

"Tapi Im dah janji nak bantu untuk bimbing Tia. Tok abah dah janji pada Tia yang tok abah akan pujuk Im untuk kahwin dengan Tia." nada suara Haji Roslan kian menekan. Zaim memandang mama dan papanya. Cuba meminta pertolongan.

"Abah.. memang Im cuma cakap nak bantu Tia berubah tapi tak semestinya Im kena kahwin dengan Tia. Rul pun nak tengok satu-satunya anak lelaki Rul bahagia dengan pilihan hatinya." Celah Dato' Hairul.Kesian pula melihat anaknya.

"Apa teruk sangat ke Tia tu sampai kamu tak sudi menikah dengan dia?" Haji Roslan mula berang.

"Kenapa mesti Im Tok abah? Sedangkan tok abah boleh cari lelaki yang lebih baik dan hebat dari Im. Lagipun Rasulullah S.A.W sendiri tidak mengalakkan perkahwinan antara sepupu," Zaim cuba diplomasi. 

"Tia nak kamu. Selama ni tak pernah tok abah tak tunaikan permintaan dia. Tak kan kamu tak boleh ikut cakap tok abah?" pujuk Haji Roslan lagi.

"Itu yang salah, Tok abah. Manjakan dia, bagi apa yang dia nak adalah sebab kenapa dia jadi macam sekarang. Sayang tak bermakna kita limpahkan kemewahan pada dia, Im tak kata tok abah salah didik dia. Tapi masih belum terlambat lagi untuk perbetulkan keadaan. Dan Im minta maaf, macam yang Im cakap tadi. Im dah ada calon isteri jadi Im terpaksa tolak permintaan tok abah." Tegas sekali Zaim menuturkan kata-kata.

"Kalau dah Im kata begitu. Apa boleh dikata lagi. Tak apalah bang, nanti Mah pujuk Tia tu. Im, nanti bawak calon isteri tu jumpa tok mak dengan tok abah,ya. Kamu jangan terasa hati dengan tok mak dan tok abah pula. Jangan serik nak balik kampung pulak lepas ni. " lembut sahaja suara Hajah Naimah mencelah.

Zaim tersenyum kelat. Akur dengan apa yang dikatakan neneknya itu. Tatkala terpandangkan handphonenya yang sudah berkecai, hati mula terasa sebu. Teringat yang dia belum sempat membalas pesanan Aafiyah. Kesian wanita itu, mesti tertunggu-tunggu.

🐝🐝🐝

Hujung minggu yang membosankan. Aafiyah hanya duduk dirumah, terasa malas untuk keluar seorang. Mahu mengajak kawan-kawannya namun dibatalkan niat dek teringatkan masing-masing mungkin sibuk dengan keluarga diwaktu cuti ini. Segera dibelek handphonenya, sudah seminggu lelaki itu tidak menghubunginya. Pesanan yang dihantar pun belum terbalas. Walaupun dia tidak berharap namun entah kenapa hati seakan berdegil untuk terus menunggu panggilan telefon dari bernama Zaim itu.

"Haih lah, Fiya. Kenapa dengan kau ni?" terasa macam kelakar pula bila menyedari yang dia bercakap seorang diri. Direbahkan badannya ke tilam. Matanya terkebil-kebil memandang dinding. Tidak sampai beberapa minit terus sahaja dia bangun.

"Baik aku keluar beli barang dapur. Hm... Nak beli apa ya.." gumamnya perlahan sambil kakinya melangkah ke almari. Mahu menukar pakaian untuk keluar.

Suasana didalam pasar raya Tesco itu agak sesak. Mungkin kerana hujung minggu lalu ramai yang keluar membeli barang keperluan.

" Ramai pulak orang hari ni " gumamnya perlahan. Segera Aafiyah mencapai troli dan diletakkan. Ditolak troli perlahan-lahan lantas sekeping kertas dikeluarkan dan dibaca. Memang dia selalu membuat senarai barang apa yang hendak dibelinya terlebih dahulu. Senang dan mudah untuk dia.

Baru sahaja tangannya mahu mengambil sekampit beras, ada tangan lain yang mengambil dan diletakkan di trolinya.

Nice to see you here." Tergaman Aafiyah jadinya bila matanya menangkap senyuman yang amat dia kenali. Terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Manakan tidak, seminggu tidak berhubung tup-tup lelaki itu muncul dihadapannya.

"Zaim.." panggilnya perlahan.

" Iya saya, shopping ke Fiya?" Soal Zaim.

Terasa mahu diketuk kepalanya bila mengajukan pertanyaan sebegitu sementelah mereka memang berada di pasar raya.

Aafiyah hanya tersenyum sinis. Malas mahu melayan lelaki itu lalu ditolak troli untuk ke ruang basah pula. Zaim mengaru-garu keningnya. Selamba membuntuti wanita itu.

"Nak saya tolong tolakkan? Nampak macam berat je." Sedaya upaya cuba untuk berbual. Lantaran sedari tadi, dia perasan Aafiyah hanya membisu.

"Awak tak ada kerja lain ke? Dari tadi asyik ikut saya. Datang sini nak buat apa sebenarnya? Satu barang pun awak masih belum pilih."

" Alhamdullilah..." sengaja Zaim menguatkan suaranya. Hingga ada mata-mata yang memandang kearah mereka berdua.

"Awak ni dah kenapa?" pelik Aafiyah melihat tingkah Zaim. Tiba-tiba ja cakap Alhamdullilah. Mamat ni betul ke tidak.

"Saya bersyukur sebab awak bercakap jugak dengan saya. Kalau ya pun awak marah saya, janganlah diam membisu. Hati saya risau tahu."

Aafiyah hanya mengangkat bahu tanda tidak peduli. Sekali lagi dia melihat list. Tidak mahu ada barang yang tertinggal. Okey, semua ada. Masa untuk membayar. Ditoleh ke belakang, saat terpandangkan Zaim yang tersenyum terus sahaja ditolak trolike kaunter pembayaran.

"Awak ni datang sini saja jalan-jalan ke?" soalnya. Pelik rasanya.Manakan tidak.Tiada satu barang pun yang lelaki itu pegang.

"Saya dah jumpa apa yang saya cari. Patutlah hati memberat untuk ke sini,rupanya ada soulmate saya kat sini." AyatZaim sambil mengenyitkan matanya kepada Aafiyah. Seronok pula melihat wanita itu gelabah.

" Semuanya RM250, cik" kata Cashier disitu.

Terkial-kial Aafiyah mencari dompetnya dek penangan Zaim. Zaim ketawa lantas terus menghulurkan wang kepada cashier tersebut.

"Eh, tak payahlah." Tegah Aafiyah. Namun Zaim tidak mengendahkan Aafiyah. Terus sahaja troli ditolak sebaik sahaja selesai meletakkan plastik berisi barang Aafiyah.

" Dah makan ke belum ni?" soal Zaim. Aafiyah hanya mengelengkan kepalanya.

"Kalau awak tak kisah, kita makan dekat foodcourt nak?"

"Jomlah. Lagipun saya nak bayar balik duit awak. Resit tadi mana?" sekali lagi Zaim tidak mengendahkan Aafiyah. Ish, dia ni sajalah nak bagi aku bengang. Diketap bibirnya. Serius, dia sangat geram dengan Zaim.

Zaim menyembunyikan senyuman. Muka Aafiyah yang cemberut itu benar-benar mencuit hatinya. Tahu yang wanita itu tengah geramkan dirinya.

" Awak nak makan apa? Saya belikan. Ramai orang ni, nanti tempat ni ada orang ambil pula." Soalnya usai mereka mendapat tempat duduk.

"Mee kari dengan tea'o ais limau. Kejap saya ambil duit." Tangan mula menyelongkar beg tangan. Mencari dompet. Yes, jumpa pun. Aafiyah tersenyum.

Baru hendak menghulurkan duit, kelibat Zaim dah tiada. Ish... Dia ni pun, kalau iyapun lapar ambillah duit dulu. Berapa ya, aku hutang dia. Kepala mula mencongak mengira. Sementara menunggu makanan sampai, dicapai handphonenya mahu menghilangkan kebosanan.

🐝🐝🐝

Tersentak Aafiyah bila Zaim meletakkan dulang berisi makanan dihadapannya. Kusyuk sangat tengok handphone sampaikan kehadiran Zaim pun dia tidak sedar.

"Mesej boyfriend ke?" soal Zaim dengan nada yang sedikit sinis. Terus sahaja Aafiyah memandang Zaim.

Thanks. Kenapa tak tunggu saya bagi duit dulu? Tiap kali terjumpa ada sahaja hutang saya pada awak." Katanya tanpa menghiraukan pertanyaan Zaim tadi. Disisip perlahan air yang dipesannya tadi.

"Anggap je saya belanja. Sebelum makan tadah tangan dulu, saya nak baca doa."

Aafiyah merengus perlahan. Mahu membentak dengan keselambaan lelaki itu. Namun tangannya diangkat tatkala melihat Zaim yang sudah bersedia untuk membaca doa makan. Usai mengaminkan doa, Aafiyah terus sahaja membaham mee kari yang terhidang dihadapannya. Malas mahu control ayu lantaran perut dari tadi minta diisi.

Slow-slow, Fiya. Panas tu. Dah merah dah pipi tu," tegur Zaim. Dia perasan yang Aafiyah tiap kali makan mesti gelojoh dan comot serupa tak makan setahun.

" Lapar.."

"Tahu..Nah tisu, sapu sikit bibir tu. Comot." Aafiyah segera menyambut huluran Zaim. Terkesan sedikit dengan perhatian yang diberikan lelaki itu kepadanya.

"Kenapa awak menghilang? Seminggu kot. Tiba-tiba muncul depan saya, macam chipsmore." Akhirnya terluah juga apa yang terbuku dihati. Diletakkan sudu ke tepi mangkuk. Bibirnya dilap dengan tisu sesudah makan.

"Handphone saya rosak. Lepas balik kampung, plan nak cari handphone lain tapi terpaksa hold dulu sebab saya kena outstation ke Sabah. Saya minta maaf sebab tak cuba contact awak, rushing dengan kerja " kesal. Ya, dia kesal sebab buat wanita itu menunggunya. Tapi apa boleh buat tuntutan kerja melebihi segala-galanya.

"Awak kerja apa? Habis tu macam mana kalau family ke client ke nak contact awak?" Soal Aafiyah. Dia memang pelik sangat dengan Zaim. Lelaki itu tiba-tiba akan muncul kemudian hilang dan muncul sesuka hati.

Family saya tahu yang handphone saya rosak. Selama ni saya hanya deal dengan client melalui email." Tatkala terpandangkan Aafiyah yang seakan tidak berpuas hati dengan jawapannya terus sahaja Zaim tersenyum. Tahu yang dia belum menjawab pertanyaan wanita itu sepenuhnya.

" Saya ingat awak dah tak mahu kawan dengan saya." Perlahan sahaja Aafiyah mengucapkan ayat itu namun sempat didengari Zaim.

"Saya memang tak mahu kawan dengan awak..." terus sahaja Aafiyah memandang tepat mata lelaki itu. Terasa pedih tiba-tiba. Hati...janganlah mengada-gada. Cuba diusir rasa itu.

"Sebab saya nak jadikan awak sebagai wanita yang halal disisi saya." Sambung Zaim.Membalas renungan mata dari wanita itu yang jelas sekali terkejut dengan kata-katanya. Sebuah senyuman terukir dibibir. Dia benar-benar memaknakan kata-kata yang diucapkan kepada Aafiyah.

Dia bukanlah lelaki yang hanya bermain kata-kata. Rasa ingin memiliki wanita dihadapannya itu begitu tinggi.   Bukan senang seorang Zaim Ammar untuk jatuh cinta tergolek begini namun entah kenapa Aafiyah mampu membuatkan hatinya berdegup kencang tanpa perlu mengoda dirinya seperti wanita lain yang cuba berdamping dengannya.

' Dia istimewa dengan caranya yang tersendiri,' getusnya dalam hati..


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin