Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,143
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Aafiyah tenang memandu. Suasana sunyi. Hanya kedengaran suara penyampai radio yang berceloteh itu ini. Cuba ditahan detak jantung yang kian kencang tatkala keretanya membelok ke arah kawasan apartment. Perlu ke? Dari tadi soalan itu muncul dibenak otaknya. Dek rasa hormat kaki digagahkan untuk melangkah saat tersedar yang dia sudah jauh ketinggalan.

"Pernah Syafiq bawa Fiya ke mari?" Soal Puan Emilia memecahkan kebisuan yang sedari tadi menyelubungi mereka berdua.

Aafiyah mengeleng. Gila apa nak datang sini seorang diri. Walaupun dah tunang tu bukan tiket untuk dia berkunjung ke tempat itu. Aafiyah tersenyum kelat. Dah jadi bekas tunang baru dia berpeluang untuk datang. Nampak sangat dia dengan Syafiq tiada jodoh.

"Erm.. Ummi datang ni, dia tahu ke?" malas mahu menyebut nama lelaki yang sudah menghancur lumat hatinya.

"Tak tahu. Tak apa.. kot kata Syafiq tak ada, ummi ada kunci spare yang Syafiq bagi." Terus sahaja tangan lincah mengeluarkan kunci yang dikatakan. Malas mahu menekan loceng, terus sahaja digunakan kunci itu untuk membuka grill dan pintu apartment anak lelakinya.

"Tapi kan ummi. Fiya rasa Fiya tak patut datang sini. Fiya kan bukan tunang Syafiq lagi, walaupun belum rasmi" bimbang Aafiyah jadinya.

"Selagi ummi masih tak tahu apa yang terjadi sebenarnya, jangan mimpi kamu berdua nak putus tunang." Keras amaran Puan Emilia.

Dia bukan apa. Rasa kesian dengan nasib Aafiyah. Manakan tidak majlis hanya tinggal berapa minggu sahaja, dia yakin apa yang dirasakan anaknya hanya sementara. Itu ujian orang bertunang, tapi Syafiq tidak sabar. Jadi sebab itulah dia mengheret Aafiyah sekali tatkala ingin ke rumah anaknya. Mahu menjernihkan keadaan.

Saat pintu terbuka, mata Aafiyah meliar terpandangkan baju-baju yang bergelimpangan.Selerak benar rumah Syafiq dirasakan. Masa tak ada kot nak kemas rumah. Nasib baik dia tak ada dekat rumah.

Bila terpandangkan Puan Emilia yang seakan mahu membuka bilik terus sahaja kakinya laju melangkah ke arah itu.

"Fiya..jangan datang sini !!!" tegah Puan Emilia. Saat pintu bilik itu dibuka.

Namun semuanya sudah terlambat bila bebola mata Aafiyah seakan membulat terpandangkan keadaan Syafiq yang tidak berpakaian bersama seorang perempuan yang sangat dia kenali. Tidak mahu tunggu lama, terus sahaja Aafiyah berlalu dari situ. Sakit...Sakit sungguh hatinya.

"Ummi..." Syafiq bungkam. Tidak menyangka Puan Emilia datang ke rumahnya seraya membongkarkan perbuatan yang dia lakukan selama ini.

"Pakai pakaian. Jijik ummi tengok Syafiq begini." Pedas kata-kata Puan Emilia.Kecewa sungguh dengan satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Tahulah dia kini kenapa Syafiq berkeras mahu membatalkan pernikahannya dengan Aafiyah.

Terasa bahang wajah Aafiyah. Hatinya berkeceramuk teruk. Tidak menyangka orang yang selama ini diberi kepercayaan,menikam dia dari belakang. Ya Allah, hadirkan kekuatan padaku. Sabarkan hati yangsedang mengila ini. Doa itu tidak putus-putus Aafiyah ucapkan. Airmata ditahan.Cuba menjadi tabah. Diraup mukanya berkali-kali.

"Fiya..." panggil Puan Emilia. Bukan dia tidak nampak betapa libang-libunya hati wanita muda itu. Segera digenggam erat tangan Aafiyah. Cuba menyalurkan kekuatan biarpun dia sendiri kecewa dengan apa yang terpampang dimatanya.

"Ummi.. ampunkan Fiq. Dah lukakan hati ummi sebegini teruk." Kesal sungguh dia. Tersedar yang dia sudah kecewakan Puan Emilia. Syafiq melutut. Tangan laju meraih tangan umminya namun ditepis kasar.

"Ummi yang salah didik Fiq atau Fiq sendiri yang pilih untuk rosakkan diri Fiq sebegini? Patutlah bertegas nak batalkan pernikahan. Rupanya dah dapat yang haram !!!" herdik Puan Emila. Memang dia sangat marah. Berzina. Berat sungguh kenyataan yang dia kena hadap. Dipandang sekilas Aafiyah yang sedari tadi membisu.

"Fiq tak dapat tolak bila ada yang menyerah pada Fiq, ummi. Fiq tak kuat.Nak-nak Fiyah tak pernah layan Fiq macam yang Fiq nak. Tapi dengan Iffa, Fiq bahagia sampai Fiq tak sedar yang kami dah terlanjur." Bukan ini yang dia nak.Dia dah plan untuk berkahwin dengan Iffa sebaik sahaja dia putus secara umumnya dengan Aafiyah. Umminya tidak patut tahu hal ini sebab dia dah rancang rapi.

Mata Aafiyah tajam memandang Iffa. Terasa bodoh kerana selama ini mempercayai wanita yang telah dianggap sebagai kakaknya itu. Iffa kakak sepupunya !! sanggup wanita itu buat dia begini. Tidak sedetik pun menyimpan rasa was-was. Siapa sangka orang yang beria-ia menyatukan dia dengan Syafiq menjadi ular berbisa. Mematuk dalam dia terleka. Terpana dirinya saat terpandangkan senyuman sinis yang dilemparkan Iffa.

"Ha, baguslah. Alang-alang ummi dah tahu apa kata ummi pergi sahaja batalkan pernikahan Fiq tu dan pinang Iffa. Fiq dah.." pang !!! terasa kebas pipinya menerima tamparan dari Puan Emilia.

"Kamu rasa bangga sangat ke buat dosa hah!!! Ummi tak sangka anak yang ummi tatang dengan kasih sayang jadi seorang penzina. Kecewanya ummi dengan kamu Fiq. Kalau ummi tak datang ni, mesti ummi tak tahu apa yang kamu buat dibelakang ummi." Airmatanya mengalir laju. Hatinya sakit.

Terpandangkan umminya yang menangis terus sahaja diraih tangan wanita itu sekali lagi. Tahu Puan Emilia kecewa dengannya.

"Ampunkan Fiq, ummi. Fiq sanggup buat apa sahaja yang ummi suruh asalkan ummi ampunkan Fiq. Honey, minta ampun dengan ummi." Terus sahaja Iffa meraih tangan Puan Emilia. Namun ditepis kasar. Lantas Iffa menyumpah didalam hati. Diketap bibirnya menahan geram.

"Tahniah.." ucap Aafiyah.

"Kenapa Fiyah cakap be..." tidak sempat menyudahkan ayat, mulut Syafiq terkunci bila tiba-tiba sahaja Aafiyah mencelah.

"Awak baru sahaja menempah tempat di neraka saat mengalirnya airmata ummi awak. Syafiq, pernah bertunang dengan awak bukanlah tiket untuk kita buat benda yang tak sepatutnya. Awak cakap tadi awak berpaling pada Iffa sebab dia bagi apa yang awak nak kan?Jadi happy tak dapat apa yang awak nak? Dah cukup dah amalan awak untuk cover semua perlakuan tak senonoh awak tu?" sindir Aafiyah.

"Eh, kau jangan nak tun.." terhenti kata-kata Iffa bila tangan Aafiyah diangkat. Terpana melihat mata Aafiyah yang tajam menikam. Pertama kali dia lihat Aafiyah sebegitu.

"Saya memang tak baik ya, Iffa. Tapi sekurang-kurangnya saya cuba untuk jadi baik. Setidak baik saya, masih mahal dengan harga diri tau. Lain kali jangan murah sangat ya. Lelaki ni bila-bila boleh berubah. Macam orang yang saya pernah kenal, bertahun masih belum cukup untuk buat dia rasa menghargai orang yang dia ada. Well, sebelum ni saya ada juga curious nak tahu siapa perempuan yang dah berjaya buat bekas tunang saya mabuk kempayan. No wonder.. memang hebat betul perempuan tu," Padu sungguh kata-kata Aafiyah memerli sehingga dia perasan wajah Syafiq seakan berubah. Ada aku kisah?

"Al-Quran ada menyebut dalam surah Al-Isra' ayat 32, Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. Berzina satu hal. Sakitkan hati orang yang melahirkan kita lagi satu hal. Menganiaya orang pun satu hal. Yang bab berzina itu InshaAllah kalau betul-betul bertaubat akan diampun Allah. Salah kita pada manusia? Pandai-pandai fikirlah,ya. Dah besar kan." Kata Aafiyah kemudian bangun. Digalas begnya. Mahu cepat berlalu dari situ.

"Ummi, Fiya minta maaf dan minta ampun. Fiya nak balik, Fiya rasa Fiya tak ada hak nak ada disini sebab Fiya pun bukan sapa-sapa dah. Kehadiran Fiya tak dialu-alukan disini. Nanti ummi suruh anak ummi hantarkan ya." Disalam wanita itu. Terus sahaja tubuhnya ditarik dan didakap erat.

"Fiya anak ummi. Sampai bila-bila pun Fiya tetap anak perempuan ummi. Bawak kereta elok-elok." Dicium pipi Aafiyah.Sayang benar dengan wanita muda itu. Aafiyah tersenyum. Rasa terubat sikit hatinya biarpun tidak sebesar mana.

Direbahkan kepalanya ke stereng kereta. Menderu airmata itu mengalir. Hancur lumat sungguh hatinya dibuat Syafiq dan Iffa. Puas menangis, matanya dipejam rapat. Nafas ditarik sedalam-dalamnya kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Cuba untuk redha bukanlah hal yang mudah. Terkadang dia teringat lantaran banyak kenangan yang mereka hadapi bersama.

Sekali lagi airmata menitis. Syukur, Ya Allah. Ini jawapan yang kau berikan dari sujudku dalam istikarah kepadaMu. Biarpun sukar, hambaMu ini akan belajar untuk menerima. Lalu dengan rendah diri, ku pohon kepadaMu. Titipkan kekuatan dan secebis ketabahan kepadaku. Doa Aafiyah dalam hati.

Ketika Syafiq mahu membatalkan perkahwinan mereka, Aafiyah segera membuat solat sunat istikarah. Mahu memohon petunjuk dengan sungguh-sungguhnya. Jika Syafiq adalah jodohnya dia akan cuba sehabis daya untuk perbaiki hubungan mereka. Namun, jika sebaliknya dia kena redha. Susah macam manapun dia kena hadap juga. Forgive not forget ! Dia akan ingat sampai bila-bila apa yang Iffa dan Syafiq buat pada dia sebab dia akui dia bukanlah baik mana.

🐝🐝🐝

Tersentak Aafiyah yang larut dalam kenangan bila terasa ada tangan menyentuh lembut bahunya. Segera ditoleh. Bila terpandangkan wajah itu, terus sahaja bibir mengukir senyuman manis.

"Dari tadi ibu tengok Fiya asyik sangat mengelamun. Sampaikan ibu masuk bilik pun Fiya tak sedar. Fiya fikirkan apa?" lembut sahaja suara Puan Haryati.

"Tak ada apalah, ibu. Tak fikir apa-apa pun." Dipegang jari-jemari Puan Haryati yang mengusap pipinya lembut.

"Betul ni? Fiya betul tak mahu kongsi dengan ibu?" soal Puan Haryati.

"Betul lah, memang tak ada apa-apa. Cuma teringatkan hal lama." Katanya perlahan. Tahu yang ibunya tidak suka dia terkenangkan peristiwa yang terjadi padanya. Peristiwa yang memberi impak besar kepada mereka sekeluarga.

"Buat apa nak ingat lagi, Fiya. Buat apa nak sakitkan hati sendiri. Dah 4 tahun,sayang.. Jangan tenggelam dalam memori lalu sampai tak mampu ukir bahagia sendiri." Terkedu Aafiyah mendengar bait kata yang diucapkan ibunya.

"Fiya pun bukan saja-saja ingat, ibu. Dah kenangan tu nak datang, Fiya nak tolak macam mana. Kalau otak ni ada butang reset dah lama Fiya tekan bu." Sangkalnya lembut.Tidak mahu ibunya terlalu risauakan dirinya..

"Dah la. Jom keluar. Along belikan satay yang Fiya minta. Dari tadi panggil sikit pun Fiya tak menyahut. Karang habis pandai pulak Fiya merajuk " bebel Puan Haryati. Ditarik tangan anaknya.Aafiyah hanya tersengih lantas mengikut sahaja langkah Ibunya.

"Hah..keluar dah puteri salju. Amboi Fiya.. banyak cantik kena jemput segala." Ujar Fikri. Diambil satu cucuk satay dan diberi kepada isterinya yang sedang sibuk menjaga anak perempuan mereka.

Aafiyah hanya mencebik. Tidak hiraukan kata-kata abang sulungnya. Dicapai beberapa cucuk satay ayam untuk disumbat kedalam mulutnya. Lapar benar rasa bila tengok makanan yang dia teringin sangat terhidang depan mata.

"Dengar cerita orang tu ada berkawan dengan seseorang..." tiba-tiba terasa ada beberapa pasang mata menoleh kearahnya serentak. Ish, nak kena si Arisha ni. Aafiyah sengaja membeliakkan matanya memandang Arisha yang turut memandangnya sambil tersengih nakal.

"Siapa, Fik? Betul ke apa yang along kamu kata ni, Fiya?" sampuk Encik Adnan. Teruja mahu mengetahui kebenaran. Bukan apa. Dia mahu anak perempuannya bahagia. Selepas peristiwa dahulu, dia perasan. Aafiyah seolah-olah menutup terus hatinya untuk mencari bahagia sendiri.

"Ish..kau ni Sha. Tak boleh simpan rahsia betul lah. Semua nak bagitahu along.Kau tu kawan aku dulu tau sebelum jadi bini mamat sengal ni." Dimakan satay dengan lahap. Geram.

"Alah, sorry lah Fiya. Aku excited sangat sampai terlupa yang kau tak kasi cerita." Segera Arisha membuat muka kesian. Sapa sangka yang dia menjadi kakak ipar kepada kawan baiknya sendiri. Pertemuan dengan Fikri beberapa tahun yang lepas membuahkan bibit cinta lantas menyatukan mereka berdua.

"Sha... Fiya..apa ni... sampai hati tak cerita dekat ibu." Sengaja Puan Haryati menyampuk. Tahu kalau terus begitu sampai bila pun anak dan menantunya tidak akan membuka mulut.

"Fiya kawan biasa-biasa ja dengan dia, bu. Tak ada pun yang special," terang Aafiyah. Terus teringatkan Zaim. Lupa pulak nak beritahu lelaki itu yang dia balik Ipoh. Karang si mamat chipsmore tu mencari pulak. Terasa pinggangnya dicuit.

"Hai... jauh termenung. Teringatkan si dia ke?" usik Fikri. Gembira jika adiknya benar-benar mempunyai kekasih. Dia sebagai abang kalau boleh nak adiknya rasa bahagia sama seperti dia.

"Mula-mula kawan biasa. Nanti upgradelah jadi kawan luar biasa." Celah Arisha. Pak !! timun melekat tepat dimukanya.

Bila terdengar suara Aafiyah ketawa terus sahaja tangan laju mahu membalas tapi mendengarkan deheman dari suaminya terus dibatalkan niatnya. Kau tunggu..Perlahan-lahan bibirnya menuturkan ayat itu kepada Aafiyah. Namun Aafiyah hanya beriak biasa. Langsung tak terkesan dengan ugutan kawan baiknya itu.

"Adik cuti bila? Rindu pulak nak usik budak cengeng tu." Soal Aafiyah. Cuba mengubah topik.

"Minggu depan. Nanti bawak la dia datang sini. Kenalkanlah dengan ibu dan ayah. Siapa nama dia, Fiya?"

"Zaim. Urm, tengoklah macam mana." Lemah sahaja Aafiyah menjawab. Entahlah dia selesa berkawan dengan lelaki itu. Namun untuk pergi lagi jauh dia seakan tidak berani. Adakah dia fobia? Segera digelengkan kepalanya berulang kali.

" Ni dah kenapa dok geleng kepala ni? Nak menari tarian singa ka apa?" serentak terdengar Fikri menjerit. Kalau tadi isterinya. Kini dia pula menjadi mangsa cubitan Aafiyah.

"Padan muka !! suka sangat usik Fiya." Dijelir kepada abangnya. Balik kali ni ada saja usikan yang dia kena. Tatkala terdengar handphonenya di atas meja nyaring berdering. Laju sahaja Aafiyah bangun dan mencapainya. Sebaik sahaja salam diberi, segera Aafiyah mengatur kaki untuk ke bilik.

"Nak lari mana. Cakap jelah kat sini, kami tak kacau pun." Arah Encik Adnan dengan nada mengusik.

"Siapa tu?" soal suara dihujung sana.

"Ayah.. kenapa call?" sela Aafiyah.Lelaki itu seakan tahu ja yang dirinya disebut-sebut.

"Kirim salam dekat ayah. Dekat semua yang ada situ. Awak balik kampung ke?"

"Yup.." pendek sahaja jawapan yang diberikan. Terasa handphone dirampas laju.Butang loudspeaker ditekan oleh Fikri selamba.

"Memang time macam ni kita selalu on call kan.. Nak-nak sehari awak langsung tak mesej saya. Rindu..." Nah..terburai ketawa semua orang.

"Awak jangan nak merapu lah.." gelabah. Ya.. dia sedang gelabah. Mahu dicapai handphonenya yang ada ditangan Fikri namun dirinya terkepung dengan tubuh Arisha. Laki bini ni memang saja nak kena dengan aku. Diketap bibirnya.

Zaim mengusap rambutnya. Suara Aafiyah bagai orang terdesak. Bila terdengarkan suara ketawa. Diri rasa seperti dapat mengagak sesuatu.

"Awak buka loudspeaker ke Fiya?" soalZaim.

"Fikri bercakap. Abang Aafiyah." serius saja nada suara Fikri. Sengaja menguji.

"Assalamuaikum,bang.." ramah sahaja Zaim menegur.

"Waalaikumussalam.. Along. Zaim panggil ja along." Sela Fikri. Suka mendengar suara Zaim yang agak ramah itu.

"Baik lah, along. Riuh rumah. Bestnya.." selamba Zaim.

"Nanti Zaim datang rumah along. Kita kenal-kenal. Kalau Fiya tak nak bawak, along paksa juga dia." Ajak Fikri. Hati teringin benar mahu mengenali lelaki itu.Mesti hebat lelaki yang bernama Zaim itu sehinggakan berjaya meruntuhkan tembok besar yang dicipta adiknya.

"Ya.. InshaAllah.." tersenyum Zaim mendengar ajakan Fikri. Terasa semakin cerah peluangnya untuk bersama dengan Aafiyah.

Setelah berjaya merampas handphone dari tangan abangnya. Terus sahaja Aafiyah berlari masuk ke bilik. Tidak dihiraukan suara-suara yang mengusiknya. Malu sungguh dia rasa. Nantilah kau along.. Arisha... aku balas balik.. tunggu korang.. Aafiyah ketawa jahat. 


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin