Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,142
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

"Jangan mengarut boleh tak, Zaim? Sikit pun tak lawak gurauan awak ni," sela Aafiyah.

Diakui disatu sisi, hatinya rasa berbunga mendengar apa yang diucapkan Zaim. Namun satu sisi lagi menyangkal dan menegah untuk dia terus terbuai dengan rasa yang baru menyinggah. Dan dia memilih untuk menegah dari terus mempercayai lelaki dihadapannya itu.

"Saya serius dengan apa yang saya katakan pada awak, Fiya. Saya tak main-main." Tegas Zaim. Cuba menyakinkan Aafiyah.

Sorry. It is a big no. Saya rasa masih terlalu awal untuk ke arah itu," Aafiyah melarikan anak matanya saat menyedari yang mata dia dan Zaim bertemu pandang.

"Sedangkan bercinta lama pun boleh hancur, inikan pula hubungan yang masih baru." Dalam maksud Aafiyah. Hatinya masih belum sembuh sepenuhnya. Diri masih terasa belum bersedia untuk menyemai cinta baru.

"Jangan risau, Fiya. Saya tak memaksa pun. Tapi jangan ingat saya akan give up dengan mudah." Tahulah Zaim yang Aafiyah pernah kecewa dalam bercinta. Padanlah wanita itu seperti membina tembok yang tinggi saat dia datang mendekat.

Drop the topic. Its really makes me uncomfortable." Kelat sahaja senyuman yang Aafiyah berikan pada Zaim.Berharap Zaim faham yang dia sungguh rasa tidak selesa.

Okey. Cuma saya nak pesan satu je pada awak. Saya tak akan paksa awak untuk terima saya sebab saya tahu benda ni terlalu tiba-tiba. Tapi saya nak awak tahu, saya tak akan pernah putus asa untuk buat awak jatuh cinta pada saya." Zaim tersenyum nakal.

Aafiyah hanya menjungkitkan bahu.Malas mahu fikir tentang benda yang dia sendiri belum pasti. Dipandang jam sekilas. Segera diletakkan sejumlah wang ke meja.

"Nah.. saya dah kira dah tadi berapa saya hutang awak semua sekali. Saya nak balik sebab rasanya dah lewat." Matanya memandang Zaim yang hanya beriak selamba.

"Saya tahu awak banyak duit. Tapi kan saya dah kata, saya belanja awak."

"Bukanlah... saya cuma tak nak ter.."

"Terhutang budi? Cliche la, Fiya." Sampuk Zaim sambil ketawa. Suka dia lihat Aafiyah yang menahan geram tatkala dia mencelah.

Then. Apa kata awak join saya main tennis hujung minggu ni? Aya pun ada sekali. Anggap ja ni cara awak untuk bayar hutang." Aafiyah merengus kasar.

"Saya mana reti main tennis. Nak suruh saya jadi minah pacak dekat sana ke?"ujarnya.

"Apa salahnya. Comel apa awak bila jadi minah pacak kat situ. Barulah saya ada semangat sikit." Aafiyah hanya menjeling saat mendengarkan kata-kata Zaim. Ish,aku hentak juga kang si Zaim chipsmore ni. Suka sangat main-mainkan aku.

🐝🐝🐝

Kepalanya sekejap bergerak ke kiri dan ke kanan mengikut bola yang melantun. Kagum melihat ketangkasan orang yang pandai bermain tennis. Tekun dia meneliti Zaim yang segak berpakaian sukan itu. Peluh yang mengalir membuatkan lelaki itu menjadi bertambah maskulin. Dengan wajah yang putih, bibir yang merah tanda tidak merokok itu bagaikan menarik minat wanita-wanita yang ada disitu. Namun bagi Aafiyah, senyuman Zaimlah daya penarik yang sebenar. Manakan tidak. Lelaki itu dikurniakan sepasang lesung pipit yang terletak elok.

Terus sahaja matanya memandang ke tempat lain bila tertangkap dek terlampau kusyuk memandang lelaki itu. Aduh,malunya aku.. Mesti mamat tu perasan yang aku ni leka sangat tengok dia sebab dia handsome. Terasa pipinya berbahang. Mana aku nak letak muka ni. Segera Aafiyah meneguk air mineral dengan rakus sampai tersedak. Terbatuk-batuk jadinya.

"Awak okey? Itulah ralit sangat tengok saya. Kan dah tersedak." Usik Zaim.Aafiyah hanya memberi jelingan maut.

"Pergi sambung mainlah. Ish, sibuk ja datang sini." Rungut Aafiyah. Dia malu sebenarnya.

Zaim ketawa. Segera mengatur langkah untuk menyambung permainan yang tergendala. Sebaik sahaja terpandangkan Aafiyah yang terbatuk akibat tersedak, terus sahaja dia berlari kearah wanita itu. Mahu membantu. Tetapi dihalau pula oleh wanita itu.

Terus sahaja dihulur sehelai tuala bersih dan botol berisi air mineral kepada Zaim. Tahu yang lelaki itu mesti penat bermain.

"Amboi kak. Tahulah sayang dekat abang, tapi takkan abang seorang je yang haus kot." Usik Zahara. Seronok benar melihat Aafiyah dan abangnya bergandingan.

"Aya jangan nak mengada ya. Belum sempat akak nak hulur, Aya dah sambar dulu botol mineral tu." Sangkal Aafiyah. Malu sungguh bila diusik begitu. Zaim hanya tersenyum. Bahagia sudah semestinya bila mendapat layanan sebegitu dari Aafiyah.

"Alah.. Tak payah malu-malu. Kami faham. Orang hangat bercinta memang macam tu," usik Ikhram pula. Meledak ketawanya saat Aafiyah membaling tuala yang basah dengan peluh Zaim kepadanya.

"Eeee... tak senonohlah akak ni. Lain kali baling sampai kena. Baru padan sikit muka abang Ikh tu " kata Zahira sambil ketawa sakan. Lucu melihat gelagat Aafiyah dan sahabat baik abangnya, Ikhram. Baginya, Aafiyah seorang yang pandai bergaul. Manakan tidak. Mereka baru berjumpa beberapa jam tapi dah boleh bergelak ketawa begini. Bagaikan sudah kenal lama.

"Hebat tak saya main tadi?" soal Zaim. Diteguk botol mineral itu sekali lagi.Dahaga sungguh rasanya.

"Erm, bolehlah.." pendek sahaja jawapan Aafiyah. Dirinya sedikit tersentak bila menyedari yang Zaim tiba-tiba tunduk memandangnya.

"Jadi.. Awak nak kahwin dengan saya tak?" terus sahaja terdengar suara orang ketawa.

"Apa abang ni? Langsung tak romantik. Ada ke patut melamar dekat gelanggang tennis?" celah Zahara. Dicuit saudara kembarnya perlahan.

"Biarlah dia, Iya. Sebelum ni dia dah melamar dekat food court tesco," ujar Aafiyah. Sekali lagi terburai ketawa mereka bertiga.

"Weh, Im. Jangan malukan akulah weh. Apa barang melamar dekat tempat yang tak strategik macam tu." Sampuk Ikhram. Zaim hanya mengaru-garu dagunya yang tidak gatal.

"Err.. penting ke semua tu? Kenangan apa. Nanti bila Fiya jalan-jalan ke Tesco dia akan ingatkan aku. Datang sini pun akan ingatkan aku. Biar dia pergi manapun dia akan ingatkan aku." Matanya memandang tepat kearah mata Aafiyah. Cuba menyampaikan rasa hati yang mendalam terhadap wanita itu. Aafiyah hanya menayang muka selamba.Malas mahu semakkan kepala dengan benda-benda yang dia rasa tidak penting.

By the way. Jomlah balik. Dah petang ni,karang bising mama." Segera mereka mengemas apa yang patut. Aafiyah dan Zaim berpisah arah dari Ikhram, Zahira dan Zahara lantaran mereka menaiki kereta berasingan.

"Aya, kau rasa macam mana?" soal Zahira. Ingin mendengar pendapat kakak kembarnya.

"Rasa apa? Kau tak bagi aku rasa apa-apa makanan pun. Aduh !!" diusap kepalanya perlahan. Sakit kepalanya diketuk oleh Zahira.

"Loyar buruk lagi. Pasal kak Fiya lah. Kau rasa dia terima tak lamaran abang Im?" Ikhram hanya tekun memandu. Tidak mahu menyampuk perbualan dua beradik itu.

"Entah. Kalau abang Im struggle lagi maybe kak Fiya akan terima kot. Doa yang baik-baik je, Iya." Pendek sahaja komen Zahara. Siapa pun pilihan abangnya, dia akan terima. Asalkan abangnya bahagia. Dia pun turut tumpang bahagia.

p/s : Entry kali ni agak pendek sikit. Jangan segan-segan komen ya. Mungkin dari komen anda semua saya dapat perbaiki lagi karya saya ini.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin