Home Novel Cinta Dia PAINKILLER Cinta
Dia PAINKILLER Cinta
AshaFarmin
13/7/2017 16:09:35
24,158
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

" Abang bersiap hensem-hensem ni nak pi mana?" tak lepas mata Aafiyah memandang Zaim yang sedang merapikan rambut itu.

" Abang nak keluar sekejap. Ada hal sikit." jawab Zaim tanpa memandang Aafiyah. Laci yang mengandungi koleksi jam ditarik. Jam tangan berjenama Hublot Black Caviar Bang menjadi pilihannya kali ini.

Aafiyah menahan perasaan geram dengan sikap endah tak endah suaminya. Dia tak biasa bila Zaim begitu. Selalunya lelaki itu sangat memanjakan dirinya. Teringat pula kata-kata Nurin kepada Zaim petang tadi. Dia nak jumpa perempuan tu ke?soalnya dalam hati.

Sekali lagi dia tersentak bila bunyi pintu bilik ditutup kedengaran. Kelibat Zaim sudah tidak kelihatan. Bibir diketap perlahan. Mukanya sudah merah menahan diri dari menangis. Terasa? ya, dia sangat terasa. Tak pernah Zaim melayannya sebegitu sekali. Baru nak melayan perasaan sekali lagi pintu bilik dikuak dari luar.

" Abang lupa nak kiss isteri kesayangan abang ni." Kata Zaim serentak mencium dahi Aafiyah penuh kasih. Sengaja tadi dia mahu menguji Aafiyah. Nak tengok sejauh mana reaksi isterinya kalau tak diendahkan. Segenap wajah Aafiyah yang sedikit merah itu dicium. bertubi-tubi.

Aafiyah hanya membiarkan pelakuan suaminya. Baru nak touching tadi. Tubuh Zaim dipeluk erat setelah lelaki itu sudah berhenti menciumnya.

" Abang nak pergi mana?" soalnya. Dia nak tahu jugak. Tak kira! Dahlah tak ajak aku.

" Abang nak jumpa Ikhram. Ada hal sikit nak bincang. Abang keluar tak lama pun. Fiya jangan salah faham tau, ada sebab abang tak bawa Fiya." Zaim membalas pelukan Aafiyah. Tangan naik mengusap rambut Aafiyah yang terlepas bebas itu.

" Abang bukan nak jumpa Nurin kan?" serkap jarang Aafiyah. Dilepaskan pelukan. Mata tepat memandang mata Zaim. Inginkan kepastian.

Zaim ketawa kecil. Tahu yang isterinya cemburu dalam diam. Sekali lagi dahi Aafiyah dikucup lembut.

" Nurin atau sesiapapun tak dapat nak gantikan Nur Aafiyah dihati abang ni." dalam maksud Zaim menuturkan kata-kata itu.

" Ok. Tapi dengan syarat abang selfie dengan kawan-kawan abang dan whatsapp dekat Fiya." possessive? dia sendiri tak tahu sejak bila. Apa yang Aafiyah tahu dia takut hilang Zaim.

" Kacang goreng punya syarat. Aipp..Aipp kapten." gurauan Zaim mendapat sambutan ketawa dari Aafiyah.

" Take care. Abang pergi dulu. Tak payah hantar abang sampai pintu" arah Zaim. Dia tak peduli dengan Aafiyah yang sudah menarik muncung itik itu. Terus muka Aafiyah ditarik hampir dengannya. Cupp! bibir itu dikucup sekilas. Lantas dia berjalan keluar dari bilik.

Tangan Aafiyah naik memegang bibir. Sebuah senyuman tersungging. Cair dengan tindakan selamba suaminya itu.

" Balik cepat abang." bisiknya sendiri.


������



Kunci kereta porsche miliknya dimain-mainkan. Kaki naik bersilang. Air nescafe yang dihidangkan oleh pembantunya dihirup perlahan. Villa mewah yang dia miliki memang selalu menjadi tempat rahsia untuk mereka berkumpul. Tiada siapa yang tahu kedudukan rumah itu selain dia dan papanya, Dato' Hairul serta sahabatnya yang berempat itu.


" Ni semua maklumat yang kau mintak. Macam yang kau syak, memang dia ada orang dalam. Masalahnya maklumat orang yang membantu dia, aku belum dapat akses." Huzair menghulurkan sebuah file hitam kepada Zaim.


" Kes yang jadi dekat hotel korang tu pon angkara dia. Dia upah orang untuk buat reputasi hotel jatuh." sampuk Raiykal.


Zaim diam membaca satu-persatu maklumat yang diterima dari Huzair.


" Bunuh?" tajam mata Zaim memandang Huzair manakala Ikhram lebih suka menjadi pemerhati.


" Dia ada rekod membunuh seorang eksekutif wanita. Tapi dalam beberapa hari rekod tu lesap begitu saja. Cuba kau selak muka surat belakang." arah Huzair dengan nada serius.


Zaim mengikut apa yang diarahkan Huzair.


" I can't believe it. Kiranya kes kematian Tengku Farid dan keluarga ada kaitan dengan dia?" katanya sambil tersandar lesu. Tangan naik memicit dahi. Kesal kerana tak berjaya selamatkan sahabatnya ketika sama-sama menyambung pengajian dulu.


Teringat perbualan antara dia dan Tengku Farid ketika mereka selesai berlatih menembak.


" Kalau jadi apa-apa dekat aku, aku nak kau tolong jaga family aku. Im, dalam ramai-ramai kawan yang aku ada. Aku lebih percayakan kau." ucap Tengku Farid tanpa memandang wajah sahabatnya itu.


" Kau tak perlu beritahu pun Rid. Aku sendiri akan ke depan untuk tolong kau." Zaim mengelap peluh yang mengalir didahi. Pelik dengan Tengku Farid yang dirasakan sedikit berbeza dari biasa.


" Kau ada masalah nak share dengan aku ke weh? company kau ok?" soal Zaim. Dia tahu syarikat milik Tengku Farid ada krisis dalaman.


" Semua maklumat sulit syarikat dah bocor weh. Aku tak tahu angkara siapa tapi semestinya orang dalam. Semua board of director desak aku untuk jual saham yang aku ada. Kau tahu kan saham aku paling tertinggi sekali." terangnya. Kusut dengan keadaan yang menghimpit.


" Kenapa kau tak inform aku awal-awal, Rid. Kau tahu kan benda ni tak kan jadi kalau kau share dengan aku?" kesal Zaim.


" Aku akui itu memang silap aku," katanya hanya merenung jauh. Entah apa yang dia menungkan pun dia tidak tahu. Dia risau keselamatan isteri dan anaknya.


" Im, janji dengan aku. Kalau apa-apa terjadi kau tolong protect Dyan dengan Akim." pinta Tengku Farid dengan nada terdesak.


" Aku janji."


Namun dia tidak sempat untuk menunaikan janji bila dia menerima berita kematian sahabatnya keesokkan harinya.


Kejam!


" C4? Ya Allah, apa kejam sangat orang tua tu?" suara Ikhram yang agak kuat memecahkan lamunannya.

" Kau kena hati-hati dengan dia weh. Nampak ja macam tak ada apa tapi bahaya nak mati." sampuk Adrian.

" Aku akan pastikan nasib orang yang tak bersalah akan terbela. Aku sumpah dia akan jatuh ke tangan aku samada dia hidup ataupun mati!" tekadnya dengan pandangan membunuh.

Dia sedar sedikit demi sedikit Dato' Badar sudah mengacau-bilaukan hidupnya.

" Aafiyah macam mana? kau still nak bagi dia kerja? Kau tahukan keselamatan dia dalam bahaya?" soal Ikhram tiba-tiba.

Zaim diam. Tiada jawapan untuk itu.


������


" Lambat kamu balik?" sergah Dato' Hairul mematikan langkah Zaim yang mahu menuju ke biliknya.

" Ada hal sikit tadi." jawabnya pendek. Kaki mengatur langkah menghampiri papanya.

" Hal apa sampai tinggal isteri terkontang-kanting kat sini? Cuba tengok jam dah pukul berapa. Pakai jam mahal-mahal pun tak guna kalau macam ni." perli Dato' Hairul padat. Wajah si anak yang sedikit kusut dipandang.

" Im jumpa Ikhram tadi. Itu aja." jawabnya selamba. Sedaya upaya disembunyikan resah dihati.

" Im ada sembunyikan sesuatu dari papa?" soal Dato' Hairul lembut. Dia kenal anak lelakinya itu. Wajah yang dipamirkan Zaim tika ini sama seperti wajah 7tahun lepas ketika mendapat berita kematian sahabatnya, Tengku Farid. Resah dan kusut.

Zaim mengeluh perlahan. Rambutnya yang sedikit tidak terurus itu diraup kasar.

" Pa.. I'm afraid to lose you." perlahan saja kata itu terkeluar dari mulutnya. Ya, itu yang dia rasa sekarang. Dia takut dia tak mampu nak lindungi keluarganya.

" Why? Tell me, son. Share with me." kepala Zaim diusap lembut.

Zaim tersenyum kelat. Belum masanya lagi untuk dia berterus-terang. Dia tak mahu papanya risau.

" Nothing. It's just because i love you and our family." katanya selamba.

" Im naik dulu ya. Papa pergilah masuk tidur." sarannya. Tangan tua itu dicium lantas menghayun kaki untuk ke bilik. Tangan mengagau Iphone dikocek seluar.

" Kau standby dengan yang lain. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan kau inform aku." katanya dengan nada yang berbisik namun masih tegas.

Masuk saja ke bilik, figura Aafiyah yang sedang lena itu kelihatan. Kaki melutut disisi isterinya yang sedang nyenyak tidur. Perlahan tangannya menguit sedikit rambut yang menutupi wajah Aafiyah. Dahi isterinya dikucup lembut. Kemudian bibir merah itu menjadi sasarannya pula.

" Abang sayangkan Fiya. Abang sanggup buat apa saja asalkan Fiya bahagia biarpun abang terpaksa gantikan nyawa abang untuk harga sebuah kebahagiaan itu." ucapnya perlahan. Lantas Zaim mengatur langkah ke bilik air, mahu membersihkan diri.

Mata Aafiyah terbuka perlahan-lahan. Dia terjaga tadi.

" Bahagia Fiya bila Fiya ada abang. Fiya pun sayangkan abang." bisiknya. Kantuk yang tersisa membuatkan dia menutup mata lalu hanyut semula dalam lena.




Bosan?? Ke cita ni dah makin merepek..Huarghh, tak tahulah nak oiii. Sis hentam jor.. Sekali lagi arigato gozaimasu sebab sudi baca story sis ni..Nah muahhh ciked������

Previous: Bab 15
Next: xxxx

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AshaFarmin