Home Novel Cinta MAKE ME LOVE YOU
MAKE ME LOVE YOU
Pena Putera
29/5/2017 14:16:17
78,136
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

AKHIRNYA, Adam dan Mak Cik Hanum bersetuju untuk melakukan ujian DNA. Kami bertiga kini berada di hospital. Aku tak mengharapkan apa-apa yang lebih. Tetapi, kalau benar Adam itu ada sangkut-paut dengan Mak Cik Hanum dan arwah Zahin, aku berdoa sangat semoga Allah tunjukkannya. Biar kebenarannya dapat kami lihat.


Jika keputusannya menunjukkan sebaliknya dan memang terbukti Adam itu adalah anak Datin Zaza, aku reda juga. Kita tak tahu apa yang akan berlaku, namun apa jua yang berlaku, aku tak rugi pun. Sekurang-kurangnya aku mencuba. Kalau aku tak mencuba, barulah boleh kata rugi.


“Lama lagi ke kita kena menunggu?” tanya Mak Cik Hanum kepadaku dengan wajah yang resah. Aku faham perasaannya kini.


“Kenapa, mak cik?”


“Mak cik nak pergi tandas. Mak cik tak tahan dah ini.”


“Pergilah. Sempat kut kalau mak cik pergi sekarang. Daripada tahan, nanti mak cik yang dapat susahnya.”


Mak Cik Hanum terus beredar mencari tandas berdekatan. Tinggal aku dan Adam sahaja. Sedari tadi, Adam tidak membuka mulut pun. Kalau buka, hanya ketika perlu sahaja. 


“Awak okey tak, Adam?”


Adam melihatku sambil tersenyum. Lelaki itu seperti sedang cuba untuk menyembunyikan gelisahnya daripada aku. Tak perlu nak sembunyikan pun. Aku ini penulis novel, dan faham benar dengan perasaan orang-orang yang dalam keadaan begini.


Tidak lama itu, Datin Zaza dan Meera muncul. Aku boleh faham atas sebab apa Datin Zaza datang ke sini. Tetapi, mengapa Meera ini ikut sekali? Bukankah hubungannya dengan Adam sudah putus? Memang tak reti bahasa. Masih mahu mencuba lagi.


“Adam… Tak akanlah kamu masih tetap nak buat ujian ini? Kamu tak percaya dengan apa yang mummy katakan? Kamu itu anak kandung mummy dari dulu sehingga sekarang dan juga selamanya! Kenapa kamu perlu lukai hati mummy macam ini? Kamu dah tak percaya dengan mummy?” Datin Zaza terus meluahkan rasa kecewanya kepada Adam. Dia memandang aku pula.


“Kau ini memang tak faham bahasa, kan? Kau masih nak hasut anak aku untuk buat ujian ini? Kau nak aku ajar macam mana lagi baru kau faham bahasa?” marah Datin Zaza. Memang buat aku geram saja.


Mummy! Please step away from this. Adam yang nak lakukan ini sendiri. Yes, memang Miya yang beri cadangan. Tetapi dia tak memaksa. Adam sendiri yang setuju,” bidas Adam apabila setelah lama berdiam diri.


No. Mummy tak akan biarkan semua ini berlaku. Adam memang dah tak percayakan mummy? Mummy yang besarkan kamu, tetapi sanggup kamu lakukan ini? Kamu memang dah melampau, Adam. Dulu kamu tak macam ini. Atau sebab perempuan ini kamu terus berubah?” Datin Zaza masih mahu menyalahkan aku. Masih menganggap aku sebagai punca kenapa anaknya berubah seperti itu.


Tell me now, mummy. Why you so angry this time? Atau memang mummy takut perkara yang sebenar akan terbongkar? Like that?”


Benar itu. Kenapa Datin Zaza perlu takut kalau memang sah-sah Adam itu adalah anak kandungnya. Jadi, tak sepatutnya dia risau. Sebaliknya, dia pula yang ingin menghalang Adam daripada melakukan ujian DNA. Kalau fikir secara logik, memang Datin Zaza ada menyimpan sesuatu rahsia.


I’m not angry, Adam. But I’m really upset with you. Ibu mana-mana pun dalam dunia ini akan kesal bila anaknya dah hilang percaya kepada ibu kandungnya sendiri.”


Mummy tipu. Mummy look different this time. Mummy bukan nampak kesal, tetapi nampak macam takut. Am I right?”


Tak habis lagi bergaduhnya. Aku mula susah hati. Kalau sampai begini sekali dengan apa yang berlaku, memang aku rasa bersalahlah. Aku bukan mahu mengeruhkan keadaan, tetapi kalau begini jadinya, memang aku tak akan datang dengan idea ujian DNA ini.


“Eh, perempuan. Kau tengok sekarang. Sebab kau, hubungan ibu dan anak dah mula berantakan. Ini semua salah kau, kau tahu tak? Dasar betina tak guna!” Meera tolak kepala aku kasar. Biadap betul! Suka hati dia saja buat macam itu pada aku.


“And you! Don’t ever call her betina. The real betina now is you. This person who you call as betina, is my special person. And I loved her. Please, don’t bother her with your bad atitude. Remember, we are over!” tengking Adam yang mem’betina’kan Meera pula. Kan dah mendapat. Adam ini pun satu, marah itu guna bahasa Melayu la.


Aku dah hilang skill bahasa Inggeris ini. Nak pick up apa yang dia kata itu lambat. Tapi, bila aku dapati dia kata aku ini insan istimewa untuk dia, dan dia kata dia cintakan aku, memang aku terkejut gila. Adam ini, sengaja berasapkan dua orang itu.


Mummy, tengok itu,” rengek Meera manja. Meluat pula aku tengok.


“Apa, Adam? Perempuan macam ini kau sayang? You’re too much this time.” Datin Zaza meninggi suaranya. Aku pula cuba translate ayat terakhir dia itu. Much itu banyak atau dalam kata lainnya, melampau kan?


Elok bising-bising, ada nurse datang. Barulah dia nak datang waktu ini. Show dah beberapa minit main, baru dia nak mainkan watak dia. Tahu pula dia nak hentikan pergaduhan yang nak sampai kilmaks ini. Tetapi, sekurang-kurangnya kemunculan nurse ini telah mewujudkan peleraian ketika ini.


“Maaf ya. Saya dapat aduan yang awak semua ini telah melakukan kekecohan. Ini kawasan hospital, dan sesiapa pun dilarang untuk membuat sebarang kekecohan. Saya harap awak semua faham. Kalau rasa nak bergaduh, sila bergaduh di rumah sendiri. Jangan nak menganggu ketenteraman orang di sini pula!” tegur nurse itu dengan nada tegas. Garang betul.


Tetapi haruslah garang. Baru mereka ini berhenti.


“Eh, kau diamlah. Kau tahu tak aku siapa? Gaji kau itu tak seberapalah dengan harta yang aku ada. Kau siapa nak arah aku diam?” Datin Zaza marah balik nurse itu. Berani betul dia.


“Entah. Dia ini Datin tau. Tengok orang sikit nak tegur itu.” Meera pula mahu tunjuk berani dia.


Dua-dua orang ini… memang elok kalau letak dekat wad jiwa.


Pasal ada masalah mental!


“Jangan sampai saya panggil security guard untuk halau puan berdua. Jangan sebab kita ini ada pangkat, kita boleh memandang rendah orang lain. Kalau Allah nak tarik nikmat yang dia beri itu, sekejap saja dia boleh lakukan. Puan kena ingat itu.”


Sekian tazkirah ringkas dari nurse tersebut. Memang makan dalam. Kalau dua orang itu tak masuk dalam juga nasihat itu, memang tak tahulah aku cakap. Nurse ini pula aku tengok, macam ada bakat nak jadi Dai Pendakwah Milenia. Confirm jadi juara. Aku memang undi setiap minggu!


“Kita baliklah mummy. Kena halau nanti, kita pula malu,” bisik Meera kepada Datin Zaza yang tak serupa bisik itu. Aku boleh dengarlah. Tahu pun malu.


Datin Zaza mula buat muka selamba. Seperti tiada apa berlaku. Nak cover malulah itu. Elok nak blah, Mak Cik Hanum muncul. Datin Zaza dan Mak Cik Hanum terserempak.


“Kau!” Datin Zaza kelihatan terkejut habis.


“Ya Allah, Zaza?” Mak Cik Hanum juga sama.


Sudah. Apa pula yang berlaku ini. Mereka kenal ke satu sama lain?

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.