Home Novel Cinta MAKE ME LOVE YOU
MAKE ME LOVE YOU
Pena Putera
29/5/2017 14:16:17
78,151
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2

CEPAT-CEPAT aku bangun dan buat-buat bodoh, seakan-akan tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Aku cuba bawa bertenang. Tidak mahu kelihatan gelabah. Pandanganku terkalih kepada dia. Mengimbas gerangan siapa lelaki ini? Rasanya aku tak pernah jumpa dia sebelum ini?

“Awak ini siapa ya?” tanyaku hairan. Tetapi, pelik juga macam mana dia tahu nama aku? Nama aku Miya, dan dia sebut Cik Miya. Bukankan sebutan kedua-dua nama itu sama dan aku adalah gerangan pemilik nama.

“Oh ya… Sebenarnya, saya baru pindah sini. Saya tinggal sebelah rumah awak. Itu rumah saya.” Dia tunjuk ke arah rumahnya di sebelah kanan rumahku. Maknanya, jiran sebelah rumah yang Kak Lin maksudkan adalah lelaki ini rupanya.

Wah… boleh tahan juga lelaki ini. Ada rupa.

Haih! Mulalah terbayang muka hero dalam drama itu.

“Nama saya Daim Damien. Awak boleh panggil saya Damien.” Dia perkenalkan diri dengan senyuman di bibirnya. Aku jadi kekok, sebab bila bertemu dengan orang baru, bab perkenalkan diri inilah paling aku sukar. Sudah menjadi tabiat aku bila bertemu dengan orang yang aku tak kenali sebelum ini.

Errr... nama saya pula Miya Dayana. Awak boleh panggil saya Miya atau Dayana. Tapi, awak nak panggil apa-apa pun saya tak kisah.”

“Sebenarnya, saya tak tahu nak panggil awak apa. Sebab nama awak cantik sangat. Boleh awak cadangkan apa nama yang patut saya panggil awak?”

“Memandangkan ramai orang lebih suka panggil saya Miya, mungkin awak boleh panggil saya Miya,” cadangku sambil membalas senyuman lelaki itu yang masih belum hilang. Comel sahaja muka dia bila senyum. Sejuk mata ini memandang.

“Okay. Saya akan panggil awak Dayana. Nice to meet you, Dayana!”

“Ya?” Senyuman aku bertukar jadi senyuman paling awkward ketika ini. 

Apalah gunanya aku beri cadangan tadi kalau dia nak panggil nama aku Dayana, bukan Miya? Rasa annoying pula. Baik tak payah tanya!

“Alamak! Saya lupa sesuatu.” Dia keluarkan sesuatu daripada poketnya. Segugus kunci ada di genggaman tangannya. “Ini kunci rumah awak. Kakak awak suruh saya berikan kepada awak.”

“Terima kasih.” Kunci itu diberikan kepada aku.

“Okay, jumpa lagi, Dayana!” Dia kelipkan sebelah matanya kepadaku.

Oh my… Biar betul apa yang aku lihat tadi? Aku memang nampak dia kelip mata dekat akukan? Bukan dekat jalan tar atau pasu-pasu bunga yang berderet depan rumah ini?

Tapi, kenapa?



SETELAH empat hari aku meninggalkan mahligaiku, akhirnya dapat juga aku berehat di dalamnya. Katil empukku sudah memanggil meminta aku berbaring di atasnya. Bantal peluk pula seakan menggoda untuk dipeluk. Tetapi, baru sahaja aku mahu merebahkan tubuh di atas katil sambil buat gaya kuak rama-rama, bunyi loceng rumah berdering.

Siapa pulalah yang datang waktu ini? Menganggu saja.

Aku intai di sebalik tingkap bilik.

Mamat itu datang lagi. Tak tahulah dia nak apa kali ini. Baru lepas jumpa beberapa jam tadi, tak akan dah rindu dekat aku? Wekkk… Perasan!

“Kenapa, Damien?” Aku tanya ketika menghampiri pintu pagar. Wajahku sengaja menunjukkan reaksi kurang senang dengan kehadiran lelaki itu. Biar dia tahu yang dia dah ganggu waktu rehat aku.

“Hai, Dayana! Kenapa muka macam cencorot itu? Baru lepas gaduh dengan teman lelaki?”

Soalan dia… langsung tak kena tempat. Aku mana berpunya lagi! Still single and available.

“Maaf. Saya tak bercinta buat masa sekarang.”

Good!” Ibu jarinya dinaikkan ke atas? Suka aku tengok jadi anak dara tak laku?

“Kenapa awak datang sini?”

“Nak beri ini.” Dia hulurkan bekas makanan kepada aku.

“Apa dalam ini?”

“Rendang ayam. Nanti awak makanlah. Sedap itu.”

Aku gelak sinis. “Sekarang bukannya waktu raya, kenapa nak bagi rendang pula? Apa tujuan awak hantar rendang ini kepada saya? Awak ke yang masak? Boleh percaya ke rendang ini sedap? Tak mencirit-biritkan orang kan?”

Dia pula gelak. Aku tahulah banyak sangat soalan aku tanya. Tetapi, aku rasa was-was. Manalah tahu dia letak ubat tidur dalam ini, lepas itu… tahulah. Bukan boleh percaya sangat dengan orang zaman sekarang ini. Hensem tak hensem, cantik tak cantik, kalau dah ada niat jahat, memang bahaya.

“Jangan risau. Saya hantar rendang ini untuk raikan kehidupan berjiran kita. Ya, memang saya masak dan saya jamin sedap. Jangan risau, awak tak akan cirit birit. Paling penting, saya tak letak ubat tidur dalam rendang itu.” Mata Damien memandang tajam mataku sewaktu dia ucapkan ayat terakhir. Seperti tahu apa yang aku sedang fikirkan.

Meremang bulu roma ini. Manalah tahu lelaki ini ada sixth sense. Baik aku jaga-jaga sewaktu bercakap dalam hati.

“Awak tak perlu susah-susah bagi rendang ini. Tetapi, memandangkan awak dah bagi, tak akan saya nak tolak rezeki. Saya terima sahajalah dengan tangan yang terbuka. Terima kasih, Damien,” ucapku dengan senyuman yang terlukis di bibir.

Aku mahu berlalu pergi, tetapi melihat Damine masih di muka pintu pagar. Pelik juga aku, kenapa dia tak reti nak balik?

“Awak tunggu apa lagi? Ada apa-apa lagi ke?”

Dia geleng.

“Habis itu, kenapa awak tak balik lagi?

Ermmm… Bukankah selalunya orang yang baru balik dari melancong akan berikan buah tangan kepada jiran tetanggannya? Saya ingat mereka akan lakukan macam itu,” kata Damien.

Aku rasa aku dah dapat tangkap niat sebenar lelaki ini.

“Jadi, inilah tujuan sebenar awak datang ke sini dan beri rendang kepada saya?” Aku pandang Damien, meminta penjelasan. Rupa-rupanya, ada udang di sebalik batu. Padanlah buat baik dengan aku pun. Nak merasa coklat bebas cukai Langkawi rupanya.

“Sebenarnya, itu bukanlah tujuan utama saya. Cuma boleh kata tujuan kedualah.”

“Tetap menjadi tujuan awak datang ke sini juga, bukan?”

“Tetapi, tujuan kedua saya itu tak memainkan pengaruh besar tujuan utama saya. Saya memang ikhlas berikan awak rendang itu untuk meraikan hubungan kita sebagai jiran. Tapi, kalau tak dapat balasan pun, saya tak kisah.”

Buat baik, mana harapkan balasan!

Sesat sudah si Damien ini. Ajaran manalah dia ikut.

Tetapi, rasa serba-salahlah pula. Dia dah berikan aku rendang, tak akan aku tak mahu beri apa-apa sebagai balasan? Tak apalah. Bukannya dia minta aku sekotak coklat pun.

“Yalah. Saya pergi ambil sekejap.”

“Kejap!”

“Kenapa?”

“Saya nak coklat Daim. Coklat lain saya tak mahu. Okay?”

Cerewetnya! Yalah, lupa… nama diakan Daim Damien. Mesti masa mak dia mengandungkan dia, banyak sangat telan coklat Daim. Bila anak lahir, letak nama Daim. Lepas itu si anak gilakan coklat Daim. Hebat betul cerita rekaan kau, Miya!

Aku muncul semula dengan sebungkus coklat Daim yang masih tidak dibuka. Aku berikan kepada Damien. Muka dia nampak gembira betul.

“Terima kasih Dayana. Jasamu tak akan dapatku lupakan!”

“Sama-sama.” Melebih-lebih pula reaksi mamat ini.

Sebelum dia melangkah pergi, dia sempat kenyitkan sebelah mata kepada aku lagi.

Serius, aku tak faham. Kenapa dia perlu kenyitkan matanya kepadaku?



RENDANG ini nampak betul-betul berselera dengan menilai luarannya. Apakah rasa rendang ini? Adakah dia memang rasa rendang yang lazat atau rasa penendang? Sebab dah tak sabar sangat, aku ambil sudu dan cuba merasa sedikit kuah rendang pemberian Damien.

Bismillahirrahmanirrahim.

Urmmm! Sedapnya!

Aku ambil telefon dan mengambil gambar rendang itu. Aku mahu upload dalam Instagram. Biasalah, budak-budak muda memang suka ambil gambar yang menarik pada pandangan mereka.


Miya_Writter : The delicious rendang!


Sambil tunggu orang komen banyak-banyak, aku jemput makan dulu.

Sedang enak menjamu selera, ada satu nofikasi masuk. Pantang dengar bunyi telefon berdering, terus nak tengok apa yang berlaku. Ada orang follow akulah! Siapalah ini? Aku buka dan cuba tengok profil Instagram dia.

Aku terpempan.

Mamat ini kan… Dekat Instagram pun dia boleh jumpa aku. Padahal kami baru kenal. Ada satu komen baru masuk untuk pos aku pasal rendang sebentar tadi.


DaMiEn_Damien : Sedapnya makanan itu. Macam kenal saja siapa yang masak.


Aku cepat-cepat direct message dengan dia.


Miya_Writter : Mana awak dapat akaun Instagram saya?


Dia balas tak lama kemudian.


DaMiEn_Damien : Saya mimpi tadi. Lepas itu, ada seorang yang baik hati ini, dia berikan saya akaun Instagram awak. Saya pun followlah. Kenapa?


Alasan paling tak munasabah! Mengarut apalah lelaki ini.


Miya_Writter : Cepatnya awak dapat mimpi. Kita baru jumpa tadi. Jangan-jangan, awak stalk saya ya?

DaMiEn_Damien : Nope. Saya pun tak kuasa nak stalk orang. Buang masa!


Yalah itu. Lelaki ini bukan boleh percaya kata-katanya.


DaMiEn_Damien : Sedap tak rendang saya masak itu?

Miya_Writter : Tak. Rasa macam menyesal pula makan. Awak bagi saya rendang ke apa ini. Tak sedap langsung!

DaMiEn_Damien : Saya bagi awak sayanglah dalam itu


Dan-dan bulu roma aku berdiri tegak. Biar betul mamat ini? Waras ke tak dia ini? Jangan-jangan ada rekod pesakit wad Tanjung Rambutan.


DaMiEn_Damien : Maaf… Nak tulis rendang, tertulis sayang. Typo.


Lagilah tak logik. Jauh sangat kut nak mengeja sayang dan rendang guna papan kekunci.


Tiba-tiba, ada satu mesej masuk. Daripada Amalin. Apalah minah ini nak pula? Tak akanlah dah rindu aku pula? Tak sampai sehari berpisah. Yalah, nak jumpa jauh. Aku tinggal KL. Dia tinggal Negeri Sembilan. Nak jumpa lepak kat kedai mamak setakat nak lepaskan rindu rasa tak berbaloilah.


Apa aku merepek ini?


Dah berjangkit virus merapu dengan Damien la ni.


Aku baca mesej Amalin.


Amalin : Aku jumpa sesuatu yang betut-betul boleh beri kejutan kepada kau, weh.


Aku buka gambar yang dihantar Amalin dan cuba meneliti dengan jelas isi gambar tersebut. Serta-merta, telefonku terjatuh dari genggaman. Tanganku menggeletar. Jantungku berdebar kencang.


Adakah dia… benar-benar masih hidup?

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.