Home Novel Cinta MAKE ME LOVE YOU
MAKE ME LOVE YOU
Pena Putera
29/5/2017 14:16:17
78,135
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

AKU menarik selimut menutup seluruh badanku kecuali muka. Penghawa dingin aku hidupkan melalui alat kawalan jauh. Masa untuk menulis di atas katil. Malas nak menulis di meja. Aku mula menaip di atas papan kekunci.


Tap! Tap! Tap!


Siap sudah tiga bab selepas tiga jam menulis. Aku tenung jam di dinding. Aku mula pukul dua tadi, sekarang sudah pukul lima petang. Cantik! Aku terus masuk blog dan publish satu bab. Seperti biasa, tak boleh lebih-lebih. Kena pandai marketing.


Biar pembaca sentiasa nak tahu apa yang berlaku seterusnya dan kemudian mereka rasa tak tahan sangat, mereka terus beli buku di kedai buku. Itu salah satu contoh marketing strategy.


Aku kongsi link ke Instagram seperti selalu. Supaya orang sedar karya aku yang terbaik ini sudah upload bab baru di dalam blog. Selepas kena puji dengan Adam tempoh hari, aku terus cop karya aku ini terbaik. Bukan yang biasa-biasa lagi.


Tak sampai beberapa minit, satu komen masuk.


DaMiEn_Damien : Wow! Tak sabar nak tahu apa yang terjadi selepas itu. Agak-agaknya terlerai ke tidak konflik antara mereka?


Sekarang ini, kalau aku post apa-apa, mesti mamat ini akan komen dulu-dulu lagi. Selalunya komen dialah jadi first comment. Macam dah jadi kerja. Peliknya, aku update waktu persekolahan pun, sempat lagi komen dia naik.


Muncul satu komen baru lagi.


IkhsanAdam : Suka baca bab ini. Can’t wait for the next chapter. :-)


Macam kenal saja username ini. Aku buka profil dia.


Tak sangka, memang Adam rupanya. Alang-alang sudah bertemu dengan akaun Instagramnya, aku stalk sekejap. Follower ada tiga ribu orang. Followed ada lima orang. Nisbahnya amatlah jauh berbeza. Tetapi, aku baru tahu dia baru saja follow aku. Maknanya, aku bertuahlah. Abang hot ini follow aku.


Perasan kejap.


Aku tengok gambar-gambar yang dia post. Kebanyakannya gambar dia seorang. Komen yang dia dapat pun banyak. Dan kebanyakannya dari perempuan. Hesy, wujud juga perempuan gatal dalam dunia? Pantang tengok lelaki hensem.


Padahal aku pun kalau boleh nak ikut sama.


Sedang mencuci mata, ada orang direct message padaku. Memang terganggulah juga aktiviti aku tetapi aku buka juga. Takut mesej penting saja.


DaMiEn_Damien : Kenapa tak balas komen saya?


Memangnya kalau aku tak balas komen kau, ekonomi negara akan jatuh mendadak? Dunia ini nak kiamat? Ingat dia itu penting sangat?


DaMiEn_Damien : Balaslah cepat. Hargailah peminat awak.


Aku buat bodoh. Balas mesej dia pun tidak.


DaMiEn_Damien : Kalau awak tak balas komen saya, saya doakan awak tak ada internet. Biar awak tak boleh layan internet lagi. Padan muka!


Barulah tergerak hatiku nak balas komen Damien. Kesianlah pula tengok mamat ini mengemis komen aku. Orang mengemis duit, dia mengemis komen. Budak raver ke budak hipster dia ini?


Miya_Writter : Okay. Saya balas komen awak.


Loading…


Peliknya. Kenapa lama sangat loading? Aku hantar dekat Damien aje. Tak jauh pun. Sebelah rumah ini saja. Dan-dan hati aku mula rasa tak sedap. Aku cuba buka YouTube, tetapi sama juga. Loading.


Buka Encik Google pun sama.


Loading.


Jangan-jangan, Allah dah makbulkan doa Damien kut?


“KAK LIN lupalah nak bayar bil. Mungkin dia dah potonglah itu. Kamu dah cuba reset router?” soal Kak Lin di hujung talian.


“Dah… Tapi tetap tak boleh masuk internet juga.”


“Kena potonglah itu.”


“Apa?” Hampir sahaja jantungku mahu tercabut mendengarnya. Tetapi, memang dah tak ada jawapan lain. Kalau bil tak bayar, mana ada perkhidmatan internet di Malaysia ini murah hati nak bagi tempoh lagi untuk bayar. Mereka pun tahu nak berbisnes.


“Macam inilah, apa kata kamu pergi bayar bilnya? Nanti Kak Lin balik, Kak Lin bayar bahagian Kak Lin. Kalau kamu nak tunggu Kak Lin balik, kamu boleh ke hidup tanpa internet?” Sempat lagi Kak Lin sindir aku.


“Yalah.” Aku putuskan talian. Segera aku bersiap untuk keluar. Macam biasa, natural saja muka aku. Tak tepek banyak sangat bahan kimia. Tak mahu membuang masa dengan bermekap pula.


Aku kunci pintu rumah dan mula buka pintu pagar. Sewaktu aku mahu berjalan ke kereta, tiba-tiba sahaja aku tergelincir dan terjatuh. 


“Oh, mak!” jeritku.


Aduh, sakitnya pinggang! Aku cuba bangun, tetapi kakiku pula terasa makin sakit. Rasa macam terseliuh ini. Alahai, waktu macam inilah dia nak buat hal.


“Kenapa itu?” Kedengaran bunyi Damien keluar dari rumah mencari-cari sesuatu. Pasti dia sudah terdengar jeritanku yang bernot tinggi tadi.


“Dayana! Kenapa awak duduk atas lantai itu? Awak terjatuh ke?”


Aku angguk. Tak ada kuasa nak bergaduh sekarang. Sakit lebih terasa. Aku mengurut kaki yang makin sakit. Rasa nak menangis saja.


“Awak terseliuh ke? Kejap.” Damien masuk ke dalam rumah semula dan meninggalkan aku. Lama aku menunggul, barulah Damien muncul semula. Di tangannya ada tongkat. Dia menuju masuk ke perkarangan halaman rumahku. Dia berikan aku tongkat. Aku pegang tongkat itu dan cuba bangun.


“Kenapa itu?” Mak Som muncul dan bertanya.


“Dia terseliuh.” Damien jawab. Mak Som mengangguk sebelum dia memandang Damien atas bawah. Mak Som baru kenal siapa Damien ini.


“Anak muda ini tinggal di sebelah rumah Miya itu, kan?”


“Ya. Nama saya Damien.”


“Nama mak cik pula Mak Som.”


“Selamat perkenalan. Mak Som, saya rasa saya nak bawa dia ini pergi klinik. Takut kalau ada apa-apa pula. Saya minta diri dulu.”


Aku pandang Damien. Pergi klinik? Tiba-tiba aku rasa tersentuh pula bila dia ambil berat tentang aku. Walhal, sebelum ini sikap Damien kadang-kadang membuatku terasa sedikit menyampah. Sedikit sajalah. Tak banyak mana pun.


“Eloklah itu. Takut ada cedera dari dalam. Kita tak tahu.”


Damien berlari ke rumahnya dan mengunci pintu setelah mengambil kunci kereta. Dia menghidupkan enjin dan memandu ke depan keretaku. Mak Som membantuku menaiki keretanya. Setelah itu, kami sama-sama memecut jauh dari kawasan perumahan menuju ke klinik berdekatan.


“NASIB baik cuma terseliuh sedikit saja. Ingat pesan doktor, jangan bergerak banyak sangat. Ubat jangan abaikan. Ubat sapu itu penting, biar bengkak awak itu surut. Kalau tak, terus cacat kaki awak. Baru awak tahu,” nasihat Damien tidak henti-henti. Sejak keluar dari klinik, dia tidak habis-habis bercakap. Risau benar dia pasal aku.


“Awak keluar ini nak pergi mana tadi?”


“Saya nak bayar bil wifi rumah saya. Kena potong.”


Damien ketawa besar. Tangannya pukul stereng kereta beberapa kali. Sukalah dia bila doa dia dah termakbul. Aku rasa macam aku pula yang bersalah.


“Itulah awak. Doa orang teraniaya selalunya Allah makbulkan.”


“Sejak bila saya aniaya awak?”


“Sejak awak tak balas komen saya.”


“Itu dikira penganiayaan?”


“Penganiyaan mental?”


“Orang yang ada sakit mental saja akan ingat itu adalah penganiyaan. Kesian… sekolah tinggi-tinggi, tetapi tak tahu nak beza penganiayaan dengan mengada-ada!” bidasku selamba. Diam terus Damien. Damien hanya fokus pada pemanduannya tanpa membalas lagi kataku.


Ini Miya… must win with word! Ada bakat nak jadi lawyer, cuma nak berminat nak masuk mahkamah. Sters saja suasananya. Lagi satu, kalau aku jadi lawyer, takut aku menang banyak kali aje. Semua lawyer di Malaysia ini tak ada kerja pasal semua orang nak aku.


Lawyer konon… loya buruk adalah!


Damien memberhentikan kereta di 7-Eleven. Dia memandang aku. Aku hairan. Apa tujuan dia ke sini? Dia nak beli Slurpee kut.


“Nombor akaun wifi awak?”


“Kenapa awak minta?”


“Saya nak tolong bayarkanlah. Kalau harapkan awak yang membayar, memang saya tak haraplah. Kaki awak tak baik sepenuhnya lagi. Jadi, saya tolonglah awak. Cepat bayar, cepat dapat main internet, cepat balas komen saya!”


Sempat dia kenakan aku. Aku minta telefon darinya dan mula taip nombor akaun wifi rumahku. Kemudian, aku serahkan kepada dia semula. Dia terus berlalu pergi.


Aik? Duit tak ambil ke? Tak akan dia nak tolong bayarkan?


Terlebih gentleman ini.


Aku nampak dia pusing balik ke kereta. Dia ketuk tingkap pintu. Aku turunkan tingkap pintu.


“Kenapa?”


“Duitnya mana?”


Baru nak puji sebakul, rupanya dia juga manusia biasa. Aku lupa, dia ini bukan CEO dalam drama Melayu. Yang gaji sebulan berpuluh ribu.


Aku ini terlebih berharap pula


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.