Home Novel Cinta MAKE ME LOVE YOU
MAKE ME LOVE YOU
Pena Putera
29/5/2017 14:16:17
78,153
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG

AKU berjalan melalui laluan yang dihiasi lilin-lilin yang bernyala dalam bekasnya sehingga membuatkan suasana di sekeliling aku terasa lain. Seakan aku berada di dalam sebuah filem romantik yang selaluku tonton, tetapi kini akulah watak utamanya. Keadaan ini persis dengan salah satu babak dalam filem romantik itu.

 

Seperti ada yang aku terlepas pandang. Apa yang sebenarnya telah berlaku?

 

“Sayang.”

 

Kepalaku menoleh ke belakang

 

“Abang?”

 

Dia tersenyum cantik. Membuatkan hati aku cair.

 

“Apa semua ini?” tanyaku hairan.

 

Happy anniversary?”

 

Aku hampir terlupa semuanya. Barulah aku tersedar, hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinanku dengan suamiku. Aku tersengih sendirian dan memandang dia, seakan tidak percaya aku boleh melupakan hari bersejarah seperti ini. Sedar tidak sedar, kami berdua sudah bertahan sehingga ke tahap ini bersama-sama.

 

Dan dia… masih dengan senyumannya yang cantik itu.

 

“Abang sediakan semua ini khas untuk sayang. Do you like it?”

 

Aku anggukan kepala. Serius, aku sukakan semua ini. Dia mengeleuarkan sesuatu dari poketnya. Sekotak kecil hitam di tangannya. Dia buka kotak kecil itu dan sebentuk cincin permata terletak di dalamnya,

 

Hati aku tersentuh.

 

“Ini untuk awak.”

 

Dia sarungkan cincin itu ke jariku.

 

Thanks for make me love you.”

 

Aku pandang dia dengan senyuman yang terukir tanpa dipaksa. Ikhlas daripada hati.

 

“Saya ada lagi satu pemintaan,” ujarku.

 

“Apa?” Dia tanya.

 

Make me love you too.”

 

Dia senyum. Aku juga senyum.

 

Kata-kata itu… memberi kami seribu erti. Memberi kami makna bahagia. Memberi kami suatu kebahagiaan yang cukup bermakna.

 

Make me love you….

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.