Home Novel Cinta MAKE ME LOVE YOU
MAKE ME LOVE YOU
Pena Putera
29/5/2017 14:16:17
78,132
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

SELESAI urusan di pejabat pos untuk memposkan baju-baju pelangganku, aku terus masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan aku mula memandu pulang. Lagu di radio aku kuatkan. Rancak aku bernyanyi sendirian dia dalam kereta. Suatu panggilan masuk. Aku lihat nama yang tertera di skrin telefon. Adam!


Aku mencari headset di dalam kereta, tetapi tak jumpa. Lupakan saja. Aku jawab hand free sahajalah. Bukan tak biasa. Tapi, jangan pula jadi amalan ya anak-anak! Bahaya tau.


“Miya, saya rasa saya dah sedia untuk ujian DNA itu.”


Aku terkedu. Biar betul? Adam dah bersetuju dengan cadanganku?


“Tapi, kenapa awak nak lakukan ujian itu? Saya ingatkan awak tak nak.” Aku cuba mengorek jawapan.


“Cuma untuk kepastian. Saya nak tahu kisah sebenar tentang kelahiran saya.”


Tiba-tiba, ada sebuah kereta memecut keretaku dan dia seperti mahu menghalang aku memandu. Aku mula risau. Seperti ada sesuatu saja. Aku yakin, kereta itu bukan kereta biasa-biasa. Ada orang sedang cuba menghalang aku.


“Adam, saya rasa macam ada orang cuba nak kacau saya memandulah.”


“Apa? Awak sekarang ini dekat mana?”


Aku tidak menjawab, sebaliknya aku meletakkan telefon di dalam poket. Kelam-kabut mahu mengelak dari dikejar kereta itu. Ada dua buah kereta. Satu di sebelahku, manakala lagi satu di belakangku. Aku mula memandu laju, mahu bebas dari kereta-kereta itu.


Sayangnya, mereka amat tangkas. Aku kini kesempitan ruang untuk melarikan diri. Memang pemandu-pemandu kereta ini bekas pelumba ke? Apa salah aku sampai mereka seperti cuba mengejar aku?


Rasanya sepanjang hidup aku tak pernah lagi meminjam duit ah long.


Aku leka sikit, kereta-kereta itu mula berhenti menghalang keretaku. Cepat-cepat aku menarik brek kereta. Hampir saja aku terlanggar kereta mereka. Kelihatan dua orang lelaki bertubuh sasa keluar dari salah satu kereta itu dan menuju ke keretaku.


Aku mula menggeletar ketakutan. Aku bimbang kalau aku diapa-apakan. Apalah salah yang telah kulakukan sehingga mereka mencariku? Ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini.


Salah seorang lelaki bertubuh sasa itu mengetuh cermin pintuku. Tetapi, aku tidak menurunkannya. Aku cuma menutup mata sahaja sambil berpeluk tubuh. Aku mula menangis perlahan. Takut.


Aku cuba melihat semula ke arah luar. Kini, ada seorang wanita yang berdiri di luar. Dia berpakaian mewah. Seperti gaya orang keya. Matanya tepat memandangku. Aku tak tahu apa yang dia mahukan. Tangannya ditunjukkan kepadaku dan membuat gaya untuk menyuruh aku keluar.


Lelaki bertubuh sasa itu masih setia berdiri di tepi keretaku.


Perlukah aku keluar sekarang ini?


“Keluarlah!” teriak lelaki itu dari luar. Nyaring suaranya sehingga boleh didengar dari dalam. Marah benar. Aku hanya akur dan membuka pintu. Kemudian, dia memegang erat lenganku dan membawa aku masuk ke dalam sebuah kereta. Wanita pertengahan usia yang kulihat di luar tadi ada di sebelahku dalam kereta.


Aku pandang wanita ini atas bawah. Siapa dia, aku tidak kenal. Tetapi kenapa aku diperlakukan begini?


“Puan ini siapa? Apa yang puan nak daripada saya, hah? Saya tak kenal puan, dan saya rasa saya tak buat salah pun pada puan. Kenapa puan culik saya?” marahku kepada wanita itu. Dia hanya tersenyum sinis. Gayanya kini seperti bongkak.


I’m Datin Zaza. Adam mother. Nice to see you.”


Aku terkejut. Betul-betul terkejut.


“Kenapa puan perlu buat macam ini? Sampai nak kepung kereta saya? Apa salah saya dah lakukan kepada puan.”


“Kita gerak sekarang.” Dia tidak menjawab, tetapi sebaliknya menyuruh pemandunya mula memandu. Aku naik geram. Dia ini ibu Adam, tetapi jauh berbeza dengan anaknya yang budi pekerti itu. Maaflah kalau aku cakap dia ini kurang ajar, walaupun dia lebih tua daripada aku. Tetapi itu tak bermakna dia boleh buat macam ini pada aku sesuka hati.


And you, better shut up your mouth and sit down quietly. If not, I not gurantee what wil happen to you,” amarannya bernada tegas. Seperti benar-benar memaksudkannya.


Aku hanya mampu mendiamkan diri saja ketika ini.




KAMI sampai di sebuah rumah agam yang sangat besar. Memang betul tekaanku yang wanita itu adalah orang kaya. Tetapi, kalau keya tak ada adab tak guna juga. Orang yang mata duitan saja pandang dia ini sebagai idola. Untuk aku, orang macam dia ini tidak layak dijadikan idola pun. Waima seorang kawan.


Mataku dapat menangkap wajah seseorang yang aku kenal. Rupanya, perempuan mekap tebal a.k.a Meera itu ada di sini juga. Semak betullah perempuan itu. Eloklah dua ini berkawan. Dua-dua tak cukup kain, tak ada adab. Patutnya jadi anak-beranak, bukan mertua dan menantu.


Mummy, kenapa lambat sangat ini. Penat Meera tunggu mummy sampai. Eh, perempuan ini pun ada? Macam mana dia boleh ada dengan mummy ini?”


“Meera kenal ke perempuan ini?”


“Of course Meera kenal, tapi taklah mendalam sangat. Wait for a minute! Mummy, ini ke perempuan yang mummy maksudkan itu?”


“Yes, sweetheart. Dia ini yang mummy maksudkan itu.”


“Hesy… tak sangka perangai perempuan ini macam itu. Dasar perosak keluarga orang!”


Sedap dia labelkan aku macam itu. Kemudian, aku dipaksa masuk ke dalam rumah agam itu. Aku terpegun seketika dengan hiasan di dalam rumah agam itu. Cantik betul setiap sudut di rumah itu. Meja kopi dia sahaja mengalahkan harga meja makan aku. Elegan betul.


Datin Zaza dan Meera melabuhkan punggung di sofa.


Aku baru sahaja mahu melabuhkan punggung, tetapi cepat-cepat Meera menghalang.


“Hey, perempuan! Siapa suruh kau duduk? Itu sofa mahal. Nanti kotor pula sofa itu kalau kau duduk. Kau itu tak patut duduk atas sofa mahal. Sepatutnya sofa murah itu yang kau duduk. Sedar diri sikit.”


Kurang ajar. Suka hati dia saja kata macam itu pada aku.


“Sofa mahal atau sofa murah… memang gunanya untuk duduk,” bidasku. Kalau mereka fikir aku ini akan berdiam diri, mereka silap. Ingat motto kau Miya. Always win with word.


“Tengok mummy. Kurang ajar betul perempuan ini.”


Geli aku tengok Meera panggil datin poyo itu mummy. Gedik habis! Buat malu perempuan sahaja. Orang suruh simpan gedik itu dalam rumah, pergi tunjuk depan aku pula. Karang muntah tak pasal-pasal, nanti mop mahal kena tolong lapkan.


“Eh, perempuan. Kau buat apa pada anak aku ya?” tanya Datin Zaza dengan angin yang tak menentu.


“Maaf ya, Datin. Tetapi, nama saya bukan perempuan. Nama saya Miya Dayana. Penat ibu saya bagi nama pada saya, tetapi Datin panggil saya perempuan pula.”


“Kau ini jangan nak loya buruklah di sini. Aku tanya, jawab sajalah!”


“Soalan Datin tadi untuk orang yang bernama perempuan. Dan pastinya bukan untuk saya. Sebab saya Miya Dayana.”


“Kau ingat nama kau layak sangat ke untuk aku sebut? Kau itu bukan taraf aku. Sedarlah diri sikit.”


“Kalau Datin cakap macam itu, maknanya saya boleh panggil Datin, perempuanlah? Sebab kita kan bukan sama taraf. Betul tak?” Aku pusing ayat itu.


Datin Zaza kelihatan geram. Mendidih saja dia ketika ini aku tengok. Kesian… Kena main dengan aku.


“Kurang ajar betul dia mummy. Mummy tampar saja dia sekali,” celah Meera. Ini lagi seorang, nak kena dengan aku. Watak dia ini memang jadi batu api saat ini. Tapi, tak payah nak mengapi-apikan orang, biar aku api-apikan perasaan kau.


“Perempuan, kau diamlah. Aku tengah cakap dengan perempuan ini. Bising saja.”


Datin Zaza mahu tampar aku, tetapi cepat-cepat aku tepis. Bekas pelajar taekwando black belt ini. Jangan ingat aku ini mudah dijatuhkan.


Why so angry, Datin? Take it easy.”


“Kau memang nak aku sebut nama kau kan. Baiklah, aku akan sebut. Sekarang ini, kau jawab soalan aku, Miya. Apa yang kau dah buat pada anak aku?”


Tak adalah susah sangat nak tewaskan datin poyo ini. Bagi sekali penangan mulut aku, baru dia tahu nak sebut nama aku. Aku menjeling sekilas ke arah Meera. Mukanya bengang sahaja. Padan muka, kau!


“Saya tak tahu apa yang Datin maksudkan. Tetapi, apa yang saya dah lakukan?”


“Aku tahu, kau bawa dia jumpa keluarga arwah tunang kau, lepas itu berani kau suruh dia buat ujian DNA. Aku tahu, yang arwah tunang kau itu mirip dengan anak aku, tetapi tak bermakna mereka kembar. Adam itu anak aku!”


“Mana Datin tahu cerita ini?”


“Dah sah-sahlah Adam cerita pada aku. Dan sebab kau, Adam mula ingat aku bukan ibu kandung dia. Sebab kau juga, hubungan kami semakin keruh. Kau tahu tak?”


“Memangnya Datin ini bukan ibu kandung Adam?”


Datin Zaza diam sejenak. Dia tidak menjawab. Sepatah pun tidak.


“Kurang ajar betul dia ini, mummy. Memang nak kena ajar betul!” Meera ingin menamparku. Aku baru sahaja mahu menghalang, tetapi sudah ada tangan lain yang melakukannya. Aku terkejut melihat dia di sini.


Adam!


Enough! Jangan nak apa-apakan dia. Dia tak bersalah dalam hal ini.”


Datin Zaza mendekati anak lelakinya.


“Apa? Perempuan ini memang salah, Adam. Dia dah buat fitnah. Kamu tak, sejak dia bawa kamu pergi jumpa perempuan itu, kamu macam letakkan jarak antara kita berdua. Kamu sedar tak, Adam?”


No, mummy. Adam cuma nak masa untuk tenangkan diri Adam saja. Bukan Adam sengaja lakukan itu. Mummy sepatutnya kena faham!”


“Sayang, dahlah itu. Relax okey?” Tangan Meera melingkari lengan Adam. Dia mengusap lembut pipi Adam. Beraninya perempuan itu buat begitu kepada Adam? Dia ingat Adam itu suami dia?


And you…” Adam menepis tangan Meera dan menjauhinya. Dia memandang tajam Meera. “I don’t wanna see you anymore. Hubungan kita dah tamat sampai sini. Selama ini aku bersabar dengan kau sebab mummy saja. Tapi, apa yang kau dah lakukan ini, betul-betul melampau.”


“Sayang!”


Stop calling me sayang or whatever. From now, please go away from me.”


Meera benar-benar marah. Dia berlalu pergi dan sempat menolak bahuku. Sengaja melakukan itu. Mahu menunjukkan yang dia marah denganku.


“Dan saya dah buat keputusan saya. Saya akan teruskan dengan ujian DNA.”


“Adam!” Datin Zaza seperti terkejut sahaja.


“Kalau mummy tak sembunyikan apa-apa, tak perlu takut, kan?”


Datin Zaza diam. Aku memikirkan kata-kata Adam itu. Benar, kenapa perlu berasa takut kalau tiada apa-apa yang salah? Atau memang Datin Zaza ada buat salah? 


Aku mula berasa curiga.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.