Home Novel Cinta MAKE ME LOVE YOU
MAKE ME LOVE YOU
Pena Putera
29/5/2017 14:16:17
78,145
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

MELAMPAU! Raziq sudah pandai mencari Kak Lin sampai ke rumah. Kedatangannya membuatkan aku benar-benar tidak selesa. Kenapalah lelaki itu ada di sini? Bukannya kami mahu menolak tetamu yang datang, tetapi apa tujuan tetamu yang tidak diundang ini datang? Aku bimbang kalau sekali dia datang ke sini, tidak mustahil dia akan datang lagi untuk kali ke seterusnya.


Mungkin juga aku yang terlebih risau. Siapa tahu, lelaki itu datang dengan niat baik. Cuma aku yang berlebih-lebih. Apa pun alasannya, bimbang itu tetap ada. Aku tak boleh buang perasaan itu pergi.


“Kak Lin nak keluar jumpa dengan Raziq sekejap,” ujar Kak Lin ketika dia menyarungkan tudung di atas kepalanya. Aku melihat Kak Lin dengan mata yang membulat. Mengapa pula perlu berjumpa dengan lelaki itu? Hatiku tiba-tiba menjadi tidak sedap.


“Suruh dia baliklah Kak Lin. Semak pula tengok muka dia di sini,” kataku sambil berpeluk tubuh dengan wajah yang masam mencuka.


“Tak baiklah. Dia tetamu kita. Kita kena layan dia dengan baik.”


“Tetamu apa? Dia yang datang tak dijemput… Entah-entah ada agenda tersendiri.”


Kak Lin kulihat menggelengkan kepala saja. Tahulah mulut adiknya ini memang boleh tahan. Kak Lin tetap keluar mahu menyambut tetamu yang tidak diundang itu. Aku cepat-cepat mengintai di sebalik langsir jendela. Manalah tahu si Raziq itu cuba berkelakuan tidak senonoh kepada Kak Lin.


Boleh aku baling pasu bunga dekat dia.


Sebaliknya pula berlaku. Aku tengok mereka tampak serius membincangkan sesuatu. Kak Lin hanya menunduk. Kadang-kadang, Kak Lin kelihatan seperti merayu, tetapi dia menunduk semula.


Tiba-tiba, Raziq perasan aku sedang memerhatikan mereka. Cepat-cepat aku tarik kain langsir, tutup jendela. Alamak, kantoi pula!


Kak Lin masuk ke rumah selepas itu. Dia memandang aku. Wajahnya lain sangat.


“Kak Lin nak keluar sekejap. Kamu jaga rumah.”


“Dengan Raziq?”


Kak Lin mengangguk lemah. Kenapa aku rasa Kak Lin seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan daripada pengetahuanku? Malah, dia nampak lemah sahaja. Tetapi, tak sempat aku tanya kenapa, dia keluar semula. Aku mengintai lagi. Kak Lin sudah masuk ke dalam kereta Raziq dan kereta itu mula meluncur pergi.


Aku tak puas hati. Ada sesuatu yang sedang berlaku tetapi aku tidak tahu. Mulalah aku tak boleh diam. Nak duduk pun tak senang duduk.


Sudahlah malam ini. Boleh saja apa-apa perkara berlaku di luar jangkaan.


Bunyi loceng dari luar rumah membuatkan aku tersedar daripada lamunanku. Aku mengintai siapa yang datang? Damien rupanya. Lega hati aku. Aku lekas keluar untuk menyambutnya.


“Kenapa datang rumah saya malam-malam ini?” Aku menanyakan soalan sebelum mata menilik beg kertas di tangannya. Apa isi di dalamnya?


“Nak bagi awak ini.” Dia serahkan aku beg kertas itu dan aku ambil. Aku lihat isinya. Ada sepasang kain batik di dalamnya. Aku memandang Damien semula. “Apa ini?”


“Itu untuk awak. Saya lupa nak bagi masa saya balik dari kampung. Mak cik saya silap bagi dekat saya. Sepatutnya dia berikan kain pelikat untuk saya. Bila balik sini, saya baru perasan itu bukan kain pelikat. Tak akan nak patah balik kampung untuk minta tukar.”


“Kenapa awak tak pakai saja?”


Damien membulatkan matanya. Riak wajahnya seperti tidak percaya dengan apa yang aku katakan.


“Saya pakai? Awak ini pun… agak-agaklah. Awak dah makan ubat ke belum ini?”


Ceh! Nasiblah malam ini aku tak ada mood nak menjawab. Kalau tak, tak pasal-pasal dia kalah lagi berbalah kata dengan aku.


“Dayana, awak free tak pagi Ahad ini?”


“Kenapa?”


“Kita jogging nak tak?”


“Kenapa ajak saya? Tak boleh pergi seorang diri?”


At least, kalau saya ajak awak, orang akan sangka awak itu girlfriend saya. Letihlah saya kalau jogging sorang, mesti ada saja perempuan yang cuba mengurat saya. Kalau awak ada bersama, dah tentu tak ada orang kacau saya.”


“Saya rasa awak yang belum makan ubat ini. Terlebih syok sendiri pula.”


“Betullah. Awak ingat muka saya ini muka yang suka menipu?”


Aku menilik muka Damien. Tak adalah muka menipu pun. Macam muka orang yang baik-baik. Tak pernah menipu, tak pernah mencuri, tak pernah mencarut, tak pernah itu dan ini. Tapi, muka yang nampak baik ini kadang-kadang boleh jadi bahaya juga.


Lagi bertambah bahaya kalau ada hensem itu. Bahaya sebab boleh buat orang jatuh hati kerana awak, tau tak Damien. Nasib baik saya tak terkena. Masih boleh elak lagi.


“Habis, awak ingat saya ini bodyguard awak ke nak lindungi awak daripada perempuan-perempuan yang nak mengurat awak itu? Saya ada banyak kerja lagi nak buat.”


“Awak bukan bodyguard saya. Awak adalah teman istimewa saya. My special friend, or should I call, my precious special friend?”


“Tak payah nak lebih-lebih. Kalau saya ikut, awak nak bagi apa dekat saya?”


“Saya bagi awak kasih sayang saya. Saya bagi banyak-banyak nanti. Sampai dalam hati awak, penuh dengan kasih sayang saya. Boleh?”


“Tak boleh! Hati saya dah penuh dengan kasih sayang keluarga saya. Takut awak sumbat kasih sayang awak, saya muntah pula.”


“Jangan muntah, Cik Dayana. Takut nanti, awak termuntah sekali dengan kasih sayang keluarga awak. Saya risau pula.” Damien ketawakan aku. Sajalah itu. Nak menang. Tiba-tiba aku terasa tak mahu mengalah kali ini.


“Awak memang tak nak mengalah, kan kali ini?”


“Saya dah biarkan awak menang sebelum ini. And now, I will win this time. You better prepare for your lose, Dayana.” Damien senyum sinis sebelum menyambung tawanya yang berbunyi sangat annoying.


Nope. You should prepare yourself.”


“Baiklah. Awak nak ikut atau tidak hujung minggu ini?” Damien mengulang soalannya.


“Tengoklah. Sebab tawaran awak macam tak memuaskan hati saya.”


“Saya bawa awak makan lepas jogging. Kita lepak kedai mamak. Saya belanja apa sahaja yang awak nak.”


“Tak menyesal? Janji?”


“Saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya katakan. Dan saya adalah lelaki yang mengotakan janjinya.”


“Janji awak itu saya boleh pegang erat-erat macam ini?” Aku mengenggam tangan kuat. Damien mengangguk dengan angkuh, seperti yakin benar dia boleh mengotakan janjinya.


“Tapi, kalau awak tak tepati janji awak…” Aku mengacah untuk menumbuknya dengan tanganku. Damien berundur beberapa langkah ke belakang. Cuak air mukanya.


“Jadi, awak nak pergi tak?”


“Beri saya masa untuk berfikir. Sebab tawaran awak ini menarik. Tetapi saya kena fikir kesan jangka masa pendek dan kean jangka masa panjang. Untung rugi saya kena kira. Tak boleh terima senang macam itu aje.” Aku beri jawapan yang terganntung.


“Minta masa untuk berfikir macam saya nak melamar awak jadi isteri saya pula. Baik saya melamar awak, barulah awak boleh minta masa untuk berfikir. Tahu tak?”


Aku menutup telinga dengan tangan. Buat-buat tidak dengar. Mataku memandang arah lain, seperti tidak perasan dengan kewujudannya sekarang.


“Saya tahu awak dengar. Tak perlu ambil serius, saya cuma bergurau. Faham?”


“Siapa kata saya ambil serius dengan apa yang awak kata? Perasannya.”


“Tapi, saya boleh jadi serius kalau ini melibatkan perasaan saya.”


Gulp! Itu dia… Kata-kata dia, membuatkan jantungku tiba-tiba berhenti berdetak. Masa ini seperti telah berhenti berjalan. Dunia ini seperti berhenti berputar. Pendek kata, aku terkejut sebenarnya!


Mamat ini, memang seriuskah?

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.