Home Novel Cinta MAKE ME LOVE YOU
MAKE ME LOVE YOU
Pena Putera
29/5/2017 14:16:17
78,156
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

“MACAM mana awak tahu saya ada di situ?” soalku bila mengenangkan peristiwa tadi. Yalah, boleh pula dia berjaya jumpa aku. Atau memang kebetulan dia balik ke rumah waktu itu? Aku ingatkan dia tinggal di rumahnya sendiri sebab dia kata dia tinggal di rumahnya. Habis, ada urusan apa pula dia pulang ke rumah mummynya ketika itu?


Thanks to your ‘smart’phone. Awak lupa nak matikan panggilan. Jadi, saya dengar sahajalah apa yang saya dengar.”


Baru aku teringat. Aku kelam-kabut sewaktu memandu tadi sampai lupa nak matikan panggilan. Mesti lelaki itu dah mendengar macam-macam. Termasuklah yang aku melawan mummynya itu.


“Saya minta maaf kalau saya berkasar dengan mummy awak tadi.”


“Tak ada apa yang perlu awak minta maaf. Awak lakukan perkara yang betul. Tak akan awak nak berdiam diri saja dalam waktu seperti itu. Lagi pula, saya tak sangka mulut awak ini boleh tahan. Dasyat!” 


Kami sama-sama ketawa. Kalau diingat semula, memang kelakar. Berani betul aku. Biasa kalau orang cari pasal dengan aku, memang aku akan balas balik. Aku bukannya watak drama Melayu pukul tujuh. Asyik mengalah, tapi bila nak habis baru nak menang.


“Miya, malam ini kita pergi I-City, nak tak?” Adam mengajakku keluar. Boleh sangat kalau jalan-jalan ini. Tak adalah aku bosan terperuk di rumah malam ini. Lepas itu, uruskan butik online. Kemudian, menulis.


“Saya okey saja. Kenapa awak ajak saya keluar ini?”


Date kita yang pertama.”


Amboi! Baru lepas break up, dah ajak perempuan lain dating, ya? Eloklah perangai itu. Tapi, aku tak kisah sangat. Aku malas nak ambil pusing hal itu. Yang penting, malam ini kita enjoy!


Sampai di rumahku, dia mula turun dari perut kereta. Pintu kereta dibuka untuk aku turun. Budiman betul.


Take care. Jangan lupa malam ini. Pakai cantik-cantik tau.”


“Kenapa pula?”


“Sebab malam ini saya pakai yang hensem-hensem. Jadi, biarlah sepada nanti.”


Senpat lagi angkat bakul sendiri.


“Elok-elok bawa kereta.” Aku melambai ke arah dia sebelum keretanya meluncur pergi. Setelah keretanya menghilang, aku masuk ke dalam rumah.


“Siapa itu?”


“Opocot!” Aku pandang Damien. Dari celah manalah dia ini muncul? Nasiblah aku tak ada sakit jantung. Tetapi kalau selalu macam ini, memang boleh sangat kena sakit jantung itu.


Boyfriend,” jawabku selamba. Mukanya berubah. Lucu pula aku tengok.


Boyfriend yang macam mana itu?”


“Memang ada macam-macam jenis ke boyfriend ini?”


“Mestilah. Ada boyfriend yang diertikan sebagai teman lelaki dan mereka cuma hanya kawan. Tetapi, ada boyfriend yang diertikan sebagai teman lelaki yang istimewa pada si perempuan di mana mereka saling mencintai antara satu sama lain. Jadi, awak yang mana?”


Depend on your thought.” Aku berjalan pergi meninggalkan Damien dengan soalan yang tidak berjawab. Sengaja mahu mainkan dia. Suka pula menyakat dia.




AKU menilik wajahku di sebalik cermin. Pelbagai calitan mekap di mukaku. Tetapi, tidaklah terlalu berat. Hanya simple sahaja. Sebab kalau tebal sangat nanti, muka aku naik jerawat. Kulit sensitiflah katakan.


Tapi, walaupun simple, aku rasa cantik sangat dah ini. Kalau begini cantiknya muka aku, memang boleh ambil borang penyertaan ratu cantik dah. Tapi, tak tahu nak ambil dari mana. Tak ada lagi pertandingan yang ratu cantik diadakan sampai ke telinga aku.


Telefonku berbunyi. Ada mesej masuk. Daripada Damien rupanya.


Wanginya… Sampai sini boleh bau perfume awak.


Mengarut. Aku pakai perfume biasa saja yang baunya tak kuat. Kuat sangat ke baunya? Aku cuba bau diri sendiri, tak adalah kuat sangat. Mamat ini kut yang salah bau. Aku buat tak layan mesej Damien lagi.


Tetapi, mesej dia yang baru pula masuk.


Bosanlah. Jom sembang.


Lagi satu mesej masuk.


Stresnya menanda buku pelajar. Nak kira bilangan proton pun tak pandai.


Masuk lagi satu mesej.


“Apa dia ini nak sebenarnya?” bebelku sendirian. Aku buka dan baca dengan sebal.


Saya dah sampai.


Adam rupanya. Aku berlari ke jendela bilik. Mengintai di sebalik jendela. Rupanya dia sudah sampai. Cepat-cepat aku mengambil beg dan telefon. Aku terus berlari turun ke tingkat bawah.


“Nak pergi mana itu?” tegur Kak Lin yang sedang menonton televisyen.


“Nak keluar dengan kawan. Pergi I-City.”


“Hurm… Jangan balik lambat sangat.”


“Okey.” Aku melangkah keluar dari rumah dan menyarungkan kasut ke kaki. Kemudian, aku berlari ke arah kereta Adam dan memasuki keretanya.


Hey, Miya. You look beautiful tonight. Kenapa cantik sangat awak malam ini?” Pujian Adam buatkan aku kembang-kempis hidung. Memang aku ini cantik pun. Tak perlu puji, itu hakikatnya.


“Saya rasa macam nak bawa awak pergi dinner pula dekat tempat ekslusif,” sambungnya lagi.


“Janganlah. Saya dah excited nak pergi I-City ini.”


“Okey, Miya. Saya pun nak bawa awak enjoy di I-City. Tak akan tiba-tiba nak ubah pelan pula.”


Fuh! Nasib baik jadi. Aku tengah berkobar-kobar ini nak pergi I-City kemudian nak naik ferris wheel itu. Dah lama tak naik.




TAMAN tema yang bercirikan taman berlampu ini benar-benar membuatkan aku tertarik dengan pandangannya. Situ lampu, sini lampu… Tak mahal ke bil elektrik mereka? Tapi, yang menarik pandangan aku dari tadi adalah ferris wheel. Kalau aku naik dan sampai di puncak, aku boleh lihat pemandangan I-City yang bercahaya ini dari atas dengan indahnya. Sebelum itu, aku mahu main permainan lain dulu.


“Sikit lagi itu nak dapat itiknya, Miya. Sikit lagi!” kata Adam apabila penyangkut yang aku pegang hampir mengena pada itik. Tapi sayang, tak ada rezeki. Aku tak dapat nak capai itik itu. Tak apalah… Tak menarik pun sebenarnya hadiah-hadiahnya. Boleh aje aku beli di kedai.


Pandai betul aku sedapkan hati sendiri.


“Baling gelang itu betul-betul. Biar kena pada botol itu.”


Saya baling betul-betullah ini, Adam. Karang gelang ini saya baling kena kepala awak juga.


“Awak nak beli apa-apa ke?” tanya Adam sewaktu kami melewati kedai. Aku cuba mencari sesuatu yang ingin dibeli. Tiba-tiba tekak terasa haus pula.


“Saya nak beli airlah.”


“Air apa?”


“Soya.”


Adam terus masuk ke kedai itu dan keluar semula dengan dua tin air di tangannya. Aku ambil air soyaku dan dia minum air kopi tinnya. Kemudian kami sambung lagi bermain. Kali ini, main bump car pula.


Seronok kami bermain. Aku langgar kereta dia, dia langgar kereta aku. Orang langgar kereta aku, aku langgar sekuat-kuatnya kereta orang itu balik. Sibuk saja kacau aku nak bermain dengan Adam. Dahlah pula itu, dari tadi kereta Adam asyik kena langgar dengan kereta yang pemandunya perempuan.


Gatal merenyam betul!


Tahulah Adam itu hensem. Tak payahlah nak mencuba.


Yang aku cemburu ini dah kenapa?


Bestlah main bump car tadi. Kalau bawa kereta betul-betul, tak boleh langgar kereta orang lain. Silap hari bulan masuk dalam!” luah Adam sewaktu kami mahu berjalan-jalan di pokok-pokok yang berlampu.


Best bahagian mana itu? Yang langgar orang ke atau yang dilanggar itu?”


“Dua-dua best.” Dia angkat kedua-dua ibu jarinya. “Tapi, paling best bila saya kena langgar. Baru saya tahu, saya ini hensem rupanya.” Adam ketawa kemudiannya.


“Perasan! Dahlah, saya nak naik ferris wheel itu. Dah kempunan ini.”


Relax, dear. Tak lari ke mana ferris wheel itu.”


“Kalau dia lari?”


“Dia ada kaki ke?”


“Okey. Kalau dia tak berlari, let’s say yang dia bergolek.”


“Masuk surat khabarlah esok.”


Aku ketawa kecil. Memang patut pun masuk surat khabar. Kesian orang yang ada di dalam ferris wheel itu. Bergolek sama. Silap-silap, terus sampai hospital. Tak payah tunggu ambulans datang.


Kami sama-sama beratur. Panjang juga barisannya tetapi sebab keinginan nak naik itu kuat, setengah jam tunggu pun aku sanggup. Asyik berbual kosong dengan Adam, sedar tak sedar dah sampai giliran kami untuk naik.


Ketika kami mahu duduk di dalamnya, staf yang bertugas mengambil gambar kami. Aku tahu, nanti dia nak jual gambar kami. Aku memang awal-awal tak mahu beli. Bazir duit bak hang. Tak tahulah Adam pula bagaimana.


“Okey, abang dengan akak posing lawa sikit ya? Saya nak ambil gambar cantik-cantik ini,” arah staf itu. Tapi bab berposing, memang aku tak mahu mengalah. Aku jeling sekilas Adam. Dia pun sama bergaya. Lagilah aku tak mahu mengalah.


Selepas itu, pintu tren kami ditutup. Tren kami mula naik perlahan-lahan sebelum tiba di puncak. Aku memandang sahaja pemandangan di bawah. Dari sebesar-besar manusia, bila makin tinggi aku berada, makin kecil manusia-manusia di bawah sana. Macam semut.


“Tengoklah pemandang di bawah itu. Cantiknya. Berwarna-warni cahayanya,” ujar Adam sambil memandang ke bawah. Aku tersenyum melihatnya. Memang cantik.


It’s really beatiful… with the beautiful light,” sambung Adam yang tidak berhenti-henti memuji keindahan pemandangan di bawah sana.


“And, with the beautiful person here.”


Aku memandang Adam. Tidak faham dengan apa yang dia katakan. Ayatnya itu ditujukan kepada siapa? Minah yang langgar dia sewaktu kami bermain bump car tadikah? Memang ada si cantik melanggarnya tadi, sehingga berjaya melanggar hati Adam?


It’s you, Miya. The beautiful person I mean is you.


Adam mengukirkan senyumannya sebelum dia memandang ke luar jendela semula. Aku hanya mendiamkan diri. 


Keheningan mula terasa kini.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.