Home Novel Cinta MAKE ME LOVE YOU
MAKE ME LOVE YOU
Pena Putera
29/5/2017 14:16:17
78,144
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8
Boleh follow cerita ini di:

Blog : karyapenaputra.blogspot.com

Wattpad: PenaPutera

FB: Pena Putera

Enjoy!


SAMPAI di MPH Bookstore di Alamanda, aku berjumpa dengan pihak penganjur dan wakil dari rumah penerbitan untuk selesaikan beberapa urusan. Tak ambil masa lama, sebab aku terus duduk di tempat yang disediakan untuk sesi meet & greet bersama pembaca. Berdebar pula aku. Terasa macam nak pergi toilet pula.


Jangan, Miya. Nanti jumpa iPhone hilang. Haha.


Aku masih tak boleh lupa kejadian itu. Masih melekat di ingatanku. Mahu tak lupa, bila muka bedak tebal dengan perangai berlagaknya itu asyik jadi bahan kutukan aku di dalam hati.


Dari tempat aku duduk ini, aku dah boleh tengok ramai orang tengah pegang novel aku. Tiba-tiba aku terasa macam artis pula. Macam seorang penyanyi terkenal tengah tunggu peminat dengan album untuk aku tandatangani.


Bezanya, kalau penyanyi tak buat di kedai buku. Dia buat dekat lobi utama itu. Paling ketara perbezaannya, penyanyi kaya. Aku harapkan royalti buku saja. Nasib baik cover dengan bisnes novel aku itu. Topup lagi dengan jualan pakaian.


Nak jadi buisneesswoman, kan?


Tak mahu jadi kuli orang punya pasal. Nanti jadi macam Kak Lin. Teruk sangat dah itu kesnya.


Selepas bermula, ramai orang berpusu-pusu ke mejaku. Aku mula sibuk berbual dengan mereka sambil menandatangani novel. Ada yang bawa sebuah, ada yang bawa sepuluh buah. Memang balik meraunglah tanganku ini.


“Akak suka benar dengan novel kamu itu. Bila akak baca si hero cuba try si heroin itu… Alahai, sweet betul. Akak pula rasa cair nak membacanya.” Puji seorang wanita pertengahan usia tentang salah satu novel aku.


Cuba try? Bukan ke maksudnya dalam bahasa Melayu ialah cuba-cuba? Atau maksudnya sama saja? Perlu ulang dua kali ke dalam dua bahasa yang berlainan? Tahu dekat editor aku ini memang dia betulkan dah.


“Terima kasih ya kak sebab sokong dan baca novel saya. Saya harap akak sukalah novel saya yang tak seberapa ini.” Aku merendah diri.


“Mana adalah. Novel kamu ini memang akak bagi sepuluh bintang. Terlebih menarik, terlebih rencah, terlebih meletup!” Akak itu kemudiannya gelak gaya mak cik-mak cik gitu. Kelakar pula aku dengar. Nampak comel aje akak ini.


Selepas kakak itu pergi, aku ambil air dari bawah meja untuk hilangkan rasa kering di tekak. Aku angkat muka untuk pandang orang seterusnya. Terus tak jadi nak minum air. Aku letak semula botol air.


“Hai!” Damien sapa aku. Aku ingatkan dia main-main saja hari itu pasal nak datang sini. Betul-betul rupanya.


“Hai!” Aku balas sapaannya. Konon suka sangat jumpa dengan dia ini.


Dia serahkan novel aku keluaran terbaru yang bergenre thriller untuk aku tanda tangan.


“Saya sukalah baca novel awak, Cik Miya. Menarik sangat!”


Mamat ini puji aku ke? Aku ingat dia nak sambung kutuk lagi.


“Novel awak ini saya baca memang kemas sangat jalan ceritanya. Tak ada satu pun bahagian yang bosan. Kemudian, part thriller awak itu memang menjadi. Saya pula jadi takut nak baca bahagian itu, awak tahu? Kalau ada anugerah novel terbaik dunia, memang saya calonkan awak, Cik Miya.”


Dia ini nak tebus kesalahan dia yang lalu itu ke? Kalau ya pun, tak payahlah puji aku lebih-lebih. Malu orang tengok. Bukan dia seorang saja yang beratur. Semua mata sedang memerhati pada dia.


Nasib dia tak panggil aku Dayana macam biasa. Kebetulan, nama pena aku Miya saja. Kalau tidak, menjadi satu penyesalan untuk aku.


Kenal mamat gila ini!


“Terima kasih sebab sudi baca novel saya.”


“Apa tak sudinya? Novel awak ini memang bagus sangat. Kalau saya tak baca sehari, saya rasa nak menangis aje tau. Novel Cik Miya dah macam ubat untuk saya.”


Tergedik-gedik pula dia ini.


“Nama encik apa ya? Saya nak tulis di sini.”


“Damien. D-A-M-I-E-N. In case kalau awak tak tahu mengeja.”


Sempat dia kenakan aku. Ingat dah insaf. Ada lagi perangai tak betul itu.


“Terima kasih, Cik Miya. Semoga jodoh kita kuat lagi untuk jumpa antara satu sama lain. Bye!” Damien mula berlalu pergi dengan gaya dia yang gedik itu. Malunya aku… Annoying betul!


“Miya.”


Aku pandang pula lelaki yang seterusnya. Bisu aku sekejap.


“Adam!”


Dia senyum sebelum serahkan sebuah novel aku yang terbaru.


“Saya tak tahu pula awak yang menulis novel ini.”


Ya ke tak tahu? Atau pura-pura tak tahu.


“Saya suka baca novel awak ini. Ini kali pertama saya baca novel. Dan memang tidak menghampakan,” sambung Adam yang masih memuji. Aku tidak tahu mahu membalas bagaimana lagi. Hanya memberikan dia senyuman paling manis.


“Terima kasih sebab sudi baca novel saya. Saya minta maaflah kalau ada kekurangan di dalam novel saya dan saya harap awak enjoy sepanjang membacanya,” ucapku dengan memberikan ayat klise yang selalu aku ucapkan kepada orang lain.


Kenapa aku berasa malu di hadapan dia? Jantungku benar-benar tidak keruan ketika ini.


Nobody is perfect. Sebab itu kita perlu lakukan yang terbaik. Awak pun dah buktikan awak mampu buat yang terbaik. Saya memang betul-betul enjoy sepanjang membaca novel awak. Suspen betul nak tahu apa kesudahannya. Bikin penasaran hati.”


Aku memandang dia. Dia juga memandang aku. Pandangan kami bersatu.


Dup dap… dup dap…


Cepat-cepat aku larikan mata ke tempat lain dan serahkan semula novelnya yang sudahku tanda tangan sebentar tadi.


“Terima kasih, Miya.”


“Sama-sama, Adam.”


Aku tak tahu kenapa berat hati ini melihat dia melangkah pergi dan menjauh dari mataku. Tak sanggup rasanya. Melihat dia pergi, sama sahaja seperti melihat bayangan Zahin melambai selamat tinggal.


Di saat aku sudah berjumpa dengan dia, kenapa dia sudah berpunya? Bukannya aku kecewa, tetapi hati ini sudah terpaut dengannya. Duhai hati, kenapalah kau terpaut dengan dia? Itu bukan Zahin. Hanya wajahnya yang mirip.


Dalam masa yang sama, aku terfikir… Kalau wajah mereka sama, bagaimana mereka bukan boleh menjadi saudara kembar? Walaupun fakta tujuh orang bermuka sama di dunia ini boleh diguna pakai sebagai jawapan untuk soalanku, tetapi aku tetap sangsi.


Semuanya mirip. Hidung, bibir, mata, telinga… Tiada pun yang berbeza!


Itu yang aku nampaklah. Yang aku tak nampak dengan mata kasar, tak mahulah aku ambil tahu pula.


Melampau!


“Kak…”


Aku tersedar dari lamunan jauh. Lupa ada peminat tengah menungguku untuk melayannya. Aduh… macam mana boleh terbabas jauh ini. Lupakan dulu masalah itu. Nanti cari jalan penyelesaiannya.


Pasti ada yang tersirat di sebalik tersurat.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.