Home Novel Cinta MAKE ME LOVE YOU
MAKE ME LOVE YOU
Pena Putera
29/5/2017 14:16:17
78,138
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12
PAGI yang cerah dengan sinaran matahari, membuatkan mood aku menjadi ceria. Usai menunaikan solat subuh dan bersarapan, aku membuka laptop. Mahu menulis beberapa bab pada pagi ini. Banyak pula ilham yang datang. Sebelum hilang, baik aku menulisnya.


Telefonku berbunyi gee gee gee… Ada panggilan masuk. Tak tahulah nombor siapa memandangkan hanya tertera nombor, bukan nama.


“Assalamualaikum. Siapa ini?” tanyaku selepas memberi salam.


“Waalaikumusalam. Ini Miya ya?”


“Ya. Saya di dalam talian sekarang ini.”


“Lega saya. Maknanya saya tak silap orang. Awak tak kenal ke suara ini?”


Aku cuba meneka pemilik suara itu. Seperti biasa dengar. Lama aku berfikir mencari jawapan, barulah aku dapatnya. Adam!


“Adam, itu awak ke?” 


“Ya, ini saya. Mujurlah awak masih ingat suara saya lagi. Kalau tak, saya nak merajuk dah dengan awak. Tak kenal suara siapa.”


Uiks… Tak macholah kalau lelaki sekacak awak merajuk. Tapi, memang dia serius ke pasal mahu merajuk itu? Tak akanlah benda kecil macam itu pun mahu merajuk. Manja betul.


Dalam masa yang sama, aku terfikir sesuatu. Bagaimana Adam boleh tahu nombor aku. Walhal, sebelum ini aku tidak pernah pun memberikannya nombor telefonku. Kalau Damien, aku percayalah sebab akaun Instagram aku pun dia boleh jumpa dalam masa tak sampai sehari.


“Macam mana awak boleh ada nombor saya, Adam? Saya rasa saya tak pernah berikan  nombor saya kepada awak pun.” Aku meminta kepastian darinya.


Sometimes, we do something crazy for the person we loved.”


“Jadi, apa tujuan awak telefon saya?”


“Saya tak tahu nak mula dari mana. Sebenarnya, macam ini… Kalau awak free Sabtu ini, saya ingat nak ajak awak dinner sama-sama. Di restoran saya,” pelawa Adam yang kedengaran gugup. Pasti Adam gementar sewaktu mahu mengatakan itu.


Aku mula berfikir sejenak.


Dinner? Di restoran dia? Aduh… cuci mata lagilah aku. Tetapi, kalau kami berdua dinner di sana, apa pula kata staf-staf dia nanti? Mesti mereka tahu yang bos mereka dah ada girlfriend. Tup tup… bawa perempuan dinner sama-sama di restoran.


“Awak jangan risau pasal staf-staf di restoran saya. Saya dah cutikan mereka. Malam itu, hanya kita berdua sahaja. Just you and me… okay?”


Tak dapat nak cuci mata. Huh!


Tapi, lagilah buat aku risau. Restoran dia itu jenis yang tertutup. Ekslusif punya restoran. Aku bimbang, kalau kami berdua saja di dalam nanti ada yang ketiga. Alah, yang jahat itu. Kami ini bukannya ada apa-apa hubungan.


Adam itu lelaki. Aku perempuan. Kami ini masih darah muda lagi. Jadi, aku rasa macam tak patut pula kalau kami cuma berdua di sana.


“Miya, are you still there?


“Ya, Adam? Pasal itu, saya rasa macam…”


“Don’t worry. Perkara yang awak fikirkan itu tak akan berlaku. Lagi pun, bila saya kata kita berdua yang ada di sana, tak semestinya kita berdua. Saya ada suprise untuk awak.”


“Saya tak faham maksud awak. Tetapi, saya boleh percayakan awak, bukan?”


Surely, dear. You should believe it.”


Aku masih risau. Tipulah aku rasa lega.



DAMIEN meninggalkan tiga mesej kepadaku. Aku tak tahu kenapa banyak sangat mesej dari dia. Bangun sahaja dari tidur, memang sedia ada mesej dia dalam telefon aku. Aku bukanya dan baca.


Selamat pagi, Dayana. Harap hari ini akan menjadi hari yang ceria untuk awak.


Saya tak ada di sini. Saya balik kampung. Ada kenduri. Lusa baru balik.


Jangan rindu saya, okay.


Mesej terakhir itu buat aku rasa geli tekak. Tak kuasa aku nak rindu kau! Mamat ini masih tak sedar lagi siapa dia agaknya. Buang tabiat betul. Memangnya ada sebab aku nak rindukan kau?


Tak sampai beberapa minit selepas aku baca mesejnya, aku mula rasa sesuatu. Seperti rindu. Eh, mengarutlah! Mana mungkin aku rindu dia. Agaknya, aku ini yang buat tabiat kut? 


Tapi, hati ini tak boleh menipu.


Alahai… aku sendiri tak dapat memahami perasaanku sendiri ketika ini. Lantaklah. Aku malas mahu ambil pusing. Malam ini, aku ada date dengan chef kacak. Nama saja date, tetapi bukan sebagai kekasih pun. Hanya sebagai kawan sahaja.


Gila kau nak bercinta dengan Adam, Miya? Dia itu dah berpunya. Walaupun aku boleh kata aku lebih baik daripada kekasih dia itu, tetapi aku tetap tak mahu terlibat dalam percintaan mereka. Itu bukan aku punya pasal.


Mengenangkan Adam yang sudah berpunya, aku keliru dengan perasaanku. Aku seperti tidak suka melihat Adam bersama orang lain. Seolah melihat bayangan arwah Zahin bersama orang lain. Tapi, dia bukan Zahin. Dia Adam!


Kau kena terima haikat itu, Miya. Itulah hakikatnya.


Semuanya dah berlalu. Itu kisah lalu. Kau hampir berjaya untuk move on dan kau perlu teruskan usaha kau. Adam is Adam, not Zahin. They are different person, even with ths same looks.


Aku teringat pesanan Zahra.


Ujian DNA itu!


Serius aku nak lakukan semua itu? Tetapi, kalau apa yang Zahra katakan menjadi benar, mereka berdua adalah kembar, sepastinya ada insan yang akan gembira dengan perkhabaran ini.


Dan ini bermakna, ada rahsia di sebalik kelahiran Zahin dan Adam yang aku tidak tahu, malah arwah Zahin dan juga Adam tidak mengetahui juga. Aku rasa seperti Allah menghantar Adam bertemu denganku, seperti ada sesuatu yang Allah ingin aku lakukan.


Adakah itu tujuannya?


Bukan sebagai pengganti arwah Zahin?


Sehingga kini, aku masih belum menemui jawapannya.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.