Home Novel Cinta MAKE ME LOVE YOU
MAKE ME LOVE YOU
Pena Putera
29/5/2017 14:16:17
78,134
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11
SEMINGGU berlalu… Kakiku sudah semakin baik. Mak Som kenalkan seorang kawannya yang boleh mengurut. Alhamdulillah, dalam masa beberapa hari sahaja, kaki aku boleh berjalan lagi tanpa tongkat. Cuma, seperti biasa… Tak boleh banyak sangat jalan. Tak pulih lagi seratus peratus.


Kak Lin bukan main bimbang apabila dengar adik kesayangannya terseliuh. Sepanjang aku berada dalam tempoh berehat, Kak Lin banyak tolong aku. Dia tolong poskan barang-barang untuk aku walaupun terpaksa masuk lambat ke pejabat.


Hairan juga aku… Tak bising ke bos dia?


Tapi, Kak Lin kata bosnya amat memahami.


Haruslah memahami. Kau dah kerah tenaga kakak aku buat macam-macam kerja sampai kerap benar outstationnya. Tak akan tak boleh faham keadaan Kak Lin.


“Lega aku bila tahu kaki kau ini dah membaik,” kata Zahra. Dia menghirup kopi yang aku buat. Dia tetamu, jadi aku perlu hidangkan dia sesuatu. Itukan adab tuan rumah dengan tetamu.


“Oh ya… Kau dah tanya suami kau pasal kemusykilan aku itu. Suami kau kan doktor pakar bahagian OBGYN… Dia mesti tahu lebih lanjut dari apa yang aku tahu,” tanyaku kepada Zahra berkaitan soalanku yang diajukan kepada dia tempoh hari.


Zahra mengeluh halus.


“Aku tak tahu nak cakap apa. Tapi, lelaki itu memang mirip dengan arwah Zahin. Aku explain dekat suami aku pun, dia boleh ketawa. Ingat aku ini reka cerita. Itu pun aku petik nama kau, baru ada sedikit kepercayaan dia.”


“Kenapa pula dia ingat itu cerita rekaan?”


“Sebab dia kata, peratus untuk orang yang berwajah mirip ini adalah amat rendah jika mereka tiada pertalian darah. Even, boleh kata one in million pun susah. Kalau mirip bahagian tertentu, it’s can be acceptable. But, for overall, dari hujung rambut sampai hujung kaki, it’s impossible.”


“Jadi, conclusionnya?”


“Ini apa yang suami aku pesan. Dia nasihatkan kau, lebih baik kau ajak lelaki yang nama dia…”


“Adam?”


“Ya, Adam untuk buat ujian DNA untuk kepastian lebih lanjut.”


“Tetapi, arwah dah tak ada. Macam mana kita nak buat ujian DNA? Tak akan nak gali kubur dia untuk dapatkan sampel rambut. Aku tak mahulah. Banyak sangat proses dia nanti.”


“Boleh tak kau izinkan aku mencarut untuk seminit?”


“Untuk apa?”


“Untuk kebodohan tak bertempat kau. Apa pula kita nak gali kuburlah, itulah, inilah… Arwah memang dah lama tak ada, tetapi keluarga dia masih hidup, kan?”


Yes, I’m really deserve for it.


Macam mana aku boleh lupa pada mereka. Memang ada yang tak kena dengan kepala aku ketika ini. Aku lupa nak makan ubat mungkin. Hehe.


“Tetapi, aku rasa macam tak bolehlah nak buat semua ini. Yalah, aku dengan Adam baru saja berkawan, malah kami bukannya rapat mana pun. Aku pun rasa kekok nak jumpa balik dengan keluarga arwah. Dah lama aku tak jenguk mereka.”


Zahra menampar dahinya. Tahu, mesti hatinya geram dengan kata-kataku.


“Sebab itu kau kena bereskan semua ini sekarang. Bayangkan, kalau fakta yang aku cakapkan tadi itu betul? Bermakna, Adam itu mesti kembar arwah Zahin. Dan automatik, keluarga arwah aku terubat kerinduan mereka dengan kemunculan Adam. Kau tahu tak?”


Aku menghadam ayat Zahra.


Betul itu. Pasti keluarga arwah akan gembira dengan kemunculan Adam.


“Tapi, macam mana pula dengan aku?”


“Kenapa dengan kau?”


“Kalau Adam itu betul-betul kembar arwah Zahin, apa aku nak buat?”


Seperti memahami maksudku, Zahra tidak membalas. Dia faham situasiku kini.


Soalan itu, seperti tiada jawapannya buat masa ini.



KAK LIN ralit bermain telefon bimbit di tangannya. Tak lepas-lepas matanya dari menatap skrin telefonnya. Cepat rabun, baru tau. Aku menghampiri Kak Lin. Kak Lin memandangku dan mengangkat keningnya, tanda meminta tujuan aku ke sini.


“Kuatnya main telefon. Tak berhenti dari tadi Miya tengok. Chatting dengan kawan ke atau boyfriend ini?” Aku mula melepaskan umpan.


“Mana ada. Tengah tengok beg dekat internet ini. Lawanya, kan?” Kak Lin tunjuk aku gambar beg tangan jenama terkenal dalam telefonnya. Terpegun aku sebentar.


“Lawa memang lawa… Tapi kalau tak mampu nak membeli, dapat sebut lawa sajalah.”


Kak Lin memandang semula skrin telefonnya. Khusyuk benar dengan pusat beli-belah atas talian itu. Aku dengan laman web seperti itu memang musuh negara. Bukan apa, takut aku mengalah dulu. Terpaksa menyerah dengan pihak lawan.


“Miya nak tanya sesuatu, boleh tak Kak Lin?”


“Tanyalah.”


“Apa pendapat Kak Lin tentang dua orang muka yang sama, tetapi mereka bukannya ada pertalian darah. Malah, tak ada hubungan persaudaraan pun. Kak Lin rasa, mustahil ke tidak?” Aku beranikan diri bertanya, tetapi tidak menjelaskan situasi sebenar. Hanya soalan yang berlapik aku berikan.


Well, dalam dunia ini ada tujuh orang yang mukanya sama. Tetapi, kalau dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya sama, itu memang mustahil. Melainkan mereka itu pasangan kembar seiras, barulah boleh diterima akal.”


Sama macam pendapat Zahra.


“Tapi, kadang-kadang kita tak boleh nafikan juga mungkin mereka mirip seratus peratus, tetapi sebenarnya mereka bukan kembar. Tapi, tak banyaklah berlaku kes macam itu. Mungkin, satu dalam trillion?”


Ada logiknya juga di situ.


“Tapi, kenapa Miya tanya ini?”


Gulp! Aku tak tahu nak menjawab apa. Perlukah aku beritahu perkara yang sebenarnya kepada Kak Lin. Kalau Kak Lin tahu, pasti disampaikan perkara ini kepada ibu di kampung. Aku tak mahu mereka menaruh harapan. Hubungan aku dan Adam bukannya rapat.


Tetapi, rasa tidak wajarlah kalau aku merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Kak Lin. Padahal, kami tak pernah berahsia sebelum ini. Kamikan pasangan adik-beradik yang bahagia di dunia ini. Ewah!


Macamlah aku ini jujur sangat sebelum ini. Ada juga selit-selit penipuan aku. Kak Lin pun, boleh percayakah dia memang selalu berterus-terang?


“Sebenarnya…”


For your upcoming novel?”


Aku lekas angguk mengiyakan. Aku sudah buat keputusan, biarlah perkara ini dirahsiakan buat sementara waktu. Mungkin lebih baiknya, kalau perkara ini disembunyikan daripada pengetahuan Kak Lin, terutama sekali ibu.


“Tapi, jujurlah Kak Lin katakan… Mustahil kalau dua orang yang serupa, tetapi bukan kembar kalau semuanya sama. Melainkan ada beza sikit dekat mata, atau bentuk hidungnya lain. Nasihat Kak Lin, tak payahlah buat cerita dua orang yang serupa dari kepala sampai kaki, tetapi bukan kembar. Tak logik. Nanti kena kecam.”


Aku ketawa buat-buat.


Tetapi, aku mengambil serius pendapat Kak Lin. Walaupun untuk ditulis dalam novel, kelihatan amat tidak logik. Lagilah kalau itu sebuah realiti.


Aku masih tidak faham, kenapa selepas aku hampir berjaya untuk move on, lelaki itu muncul dalam hidupku.


Hikmah apa yang Allah ingin sampaikan di sebalik semua ini?

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.