Home Novel Cinta MAKE ME LOVE YOU
MAKE ME LOVE YOU
Pena Putera
29/5/2017 14:16:17
78,130
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

BAB 5


“MAAF I lambat sikit. Kawan I call tadi.” Aku disergah dengan suara seorang wanita yang menghampiri lelaki mirip Zahin. Kali ini, aku lagi terkejut. Perempuan yang aku terlanggar sewaktu di KLIA. Perempuan berlagak itu! Sedap mulut kau saja label dia macam itu, Miya. Tapi, memang betul pun. Memang suara dia dalam telefon tadi sesuai sangat dengan muka bedak tebal dia itu.


“Eh, you buat apa di sini? Tak cukup nak langgar I, you nak langgar boyfriend I pula? Sampai jatuh cinta?” Bunyi macam dia menyindir, tetapi aku tak simpan pun. Aku pun dah biasa sindir orang.


Sekejap… Perempuan ini gelar lelaki itu boyfriend dia? Biar betul? Kenapa aku rasa seperti tidak senang pula?


“Meera, dia datang nak pulangkan telefon you. Dia yang jumpa telefon you. Patutnya you terima kasih pada dia tau. Bukannya tiba-tiba datang, dah buruk sangka dekat orang. Perangai tak senonoh betul!”


Aku diam sahaja. Tak kisah sangat perempuan yang bernama Meera itu kena tegur, tetapi mendengar suara lelaki ini, memang mirip Zahin. Rupa, suara… Selepas ini, apa lagi yang mirip?


“Really? I’m sorry. Kalau itu tujuan you, bagi sini IPhone I.”


Dengan perasaan sebal aku memulangkan semula IPhone miliknya.


“Nasib baik tak hilang. Dahlah limited edition ini. Kalau kena curi, memang I buat report polis. Biar si pencuri itu masuk lokap, baru ada akal!”


Ceh, macamlah aku nak curi! Aku ini masih tahu halal haram, pahala dosa. Kau itu aje… Pakai pakaian kain tak cukup. Kesian, pakai IPhone limited edition, tetapi tak mampu nak belik pakaian cukup kain.


“Saya nak ucapkan terima kasihlah sebab dah pulangkan telefon girlfriend saya. Kalau tak, dah sah-sah kami kena beli baru. Dah berhabis duit dekat situ lagi,” kata lelaki itu berterima kasih. Aku cuma senyum saja.


“Tak apalah, I ini anak orang berduit. Setakat nak beli IPhone, seratus biji I boleh belilah!” Angkuh si Meera ini bercakap.


“Kalau macam itu, tak payahlah suruh aku pulangkan telefon itu. Buang masa aku aje,” omelku perlahan.


“Apa you cakap?"


Ops! Terdengar pula. Lelaki mirip Zahin itu sembunyi-sembunyi ketawa. Manakala, Meera pula nampak bengang yang amat. Aku tahu, dia mesti sakit hati dengar. Tapi, betul apa aku cakap? Kata anak orang berduit, beli baru aje la!


“Awak ini kelakarlah.” Lelaki itu puji. Aku tersengih malu.


“Sayang!”


Aku mampu ketawa di dalam hati bila tengok muka Meera itu bertambah bengang.


“Anyway, what your name?” tanya lelaki itu.


“Nama saya Miya Dayana. Pleasure to call me Miya.”


“Baiklah, Miya. Nama saya Adam Ikhsan. Awak boleh panggil apa yang saya apa saja yang awak mahu. Adam ke, Ikhsan ke… abang pun boleh!” Dia berseloroh.


“Sayang!”


Kali ini, aku ketawa kecil sebab tak tahan dah. Kelakar tengok muka Meera ini.


“Sekali lagi, saya nak terima kasih kepada awak sebab sudi pulangkan telefon limited edition girlfriend saya ini.”


Aku angguk faham.


“Dahlah, jom kita balik.” Meera heret Adam jauh-jauh, meninggalkan aku.


Adam Ikhsan? Itulah nama dia rupanya. Entah kenapa, aku dapat rasakan sedikit aura Zahin ada dalam diri dia. Cuma ada perbezaan di antara mereka. Adam terlalu peramah orangnya walaupun kali pertama perkenalan. Zahin juga peramah, tetapi tidak seramah ini.


Hatinya diketuk lagi. Seperti ada seseorang yang mengetuk pintu hati ini.


Hurmmm…


Ya Allah, Kak Lin!


Bisinglah Kak Lin tunggu aku lama-lama.



INGAT selepas cuci mata di Pavilion tadi, Kak Lin memandu pulang. Tetapi aku silap lagi dan lagi. Dia melencong pergi ke kedai makan di Subang Jaya. Haih Kak Lin ini… Nasib baik dia belanja makan. Aku turut sajalah.


Selesai mengambil pesanan, aku sambung mengelamun. Kak Lin sibuk melayan telefonnya. Sibuk chatting dengan kawanlah itu. Setahu aku, Kak Lin mana ada boyfriend. Kalau aku tanya pun, dia akan jawab…


“Kak Lin sibuk dengan kerja. Tak ada masa nak bercinta sekarang ini.”


Heh, jawapan klise drama Melayu pukul tujuh petang.


Tetapi, ada jugalah aku dengar beberapa orang yang menaruh hati kepada Kak Lin, tetapi Kak Lin buat tak tahu. Kak Lin ini sebenarnya cantik, kulit mulus, badan pun mantap dan paling penting, ada hati yang baik. Extra lagi, dia ada adik yang baik lagi cantik. Tapi, adik dia tak boleh dimiliki sekali. Ini bukan three-in-one.


“Lina!”


Elok cakap dengan hati pasal orang yang menaruh hati pada Kak Lin, dah sampai salah satunya. Aduh, mamat ini pula! Menyampah betul aku tengok. Bukan sekali ini saja aku nampak dia.


“Raziq?”


Sebenarnya, si Raziq ini sekampung dengan aku. Dari sekolah menengah lagi, dia dah simpan perasaan pada Kak Lin. Kak Lin tahu, dan menolak cinta dia. Tapi, entahlah. Raziq ini memang aku ajar juga apa maksud putus asa itu. 


Orang dah kata tak, taklah jawapannya!


“Tak sangka kita jumpa di sini? Nampaknya jodoh kita masih kuat, ya?”


Ayat dia, memang nak buat aku muntah hijau.


“Awak buat apa di sini?” tanya Kak Lin dengan soalan bodohnya. Memang ada orang datang bina rumah ke di kedai makan ini?


“Baru nampak muka saya, dah tak keruan. Saya datang kedai makan, nak makanlah, Lina.”


Eloklah, soalan bodoh dapat jawapan bodoh juga. 


“Eh, Miya pun ada juga di sini? Ingatkan Lina seorang saja?” Macam kesal saja muka dia bila perasan kewujudan aku.


“Ya. Tadi jadi tunggul batu, itu kut yang tak perasan. Sekarang ini, baru jadi manusia. Barulah mata awak itu nampak saya ini sebenarnya wujud di sini. Tengah duduk di sini.” Aku tunjuk tempat aku sedang duduk. Sengaja, nak perli orang tak reti bahasa ini.


“Kalau korang berdua tak kisah, boleh saya join sekali korang makan?”


“Boleh aje. Lagipun, di sini nampak macam dah tak ada meja kosong. Semua penuh. Kesian pula kalau awak makan dekat lantai.” Aku tolong jawabkan.


Dan-dan, kaki aku terasa sakit kena sepak dengan kaki Kak Lin. Itu pun nak marah. Biarlah lelaki ini tahu aku sebenarnya menyampah dengan kehadiran dia. Lagipun, tak nampak ke banyak lagi meja kosong? Tak pun pergilah mana-mana restoran. Sini juga dia nak duduk.


“Terima kasih,” Raziq duduk juga semeja dengan kami. Dia sengaja duduk berhadapan dengan Kak Lin. Nak tatap muka kakak aku yang cantik puas-puaslah itu.


Kecil besar kecil besar saja aku tengok mamat ini.


Sepanjang kami makan, mulut Raziq tak berhenti-henti ajak bersembang. Aku jadi tak selesa nak makan walaupun dia tak ajak bersembang dengan aku, dan memang aku tak ingin pun. Tetapi, aku nak makan dalam keadaan tenang.


“Awak sekarang ini masih single ke?” tanya Raziq kepada Kak Lin. 


“Ermmm… saya…”


“Oh ya, Raziq. Kau tanya orang single ke tak pula. Kau itu pula, apa cerita?” Aku cepat-cepat pintas laluan.


“Biasalah… datanglah seribu perempuan yang terbaik, tetapi hati saya tetap untuk dia.” Raziq pandang Kak Lin sewaktu menjawab soalanku. Maksudnya, ayat terakhir itu dia tujukan kepada Kak Lin. Bukannya aku tak tahu.


“Kalau saya jadi awaklah Raziq, saya dah pilih yang terbaik. Buat apa tunggu benda yang tak akan dapat. Awak patut sedar itu.” Aku basuh Raziq cukup-cukup.


“Well, setiap orang ada pendapat masing-masing.” Dia buat endah tak endah.


Lantak kau lah, Raziq!


Nasihat orang bukan nak pakai.


Esok merana, jangan nak menangis bagai nak rak pula.


Previous: BAB 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.