Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
18,366
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 26

Suasana lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terasa amat sibuk. Adriana baru sahaja selesai dengan beg luggage  yang dihantar untuk check-in sambil dibantu oleh kedua ibubapanya. Dia cuma menarik satu beg roda kecil yang dipenuhi keperluan asas dan persalinan untuk satu malam.

 

Dia memerhatikan jam di tangan. Telah hampir tiba waktu untuk ke pintu berlepas. Buat kesekalian kalinya Adriana memandang kearah pintu masuk, seolah-olah mencari seseorang. Dia masih berharap Adam akan datang walaupun hanya untuk melihatnya pergi untuk kali terakhir, namun hampa. Bayang Adam tidak langsung kelihatan. Zuria yang ada bersama, meramas tangan Adriana, seakan-akan menyuruhnya agar bersabar.

 

He’s not coming, Yaya...” terketar-ketar suara yang keluar dari bibirnya.

 

Air matanya sudah bertakung dikelopak mata. Apabila dia mengambil keputusan untuk bersegera pulang ke Dubai, dia telah meninggalkan pesanan ringkas kepada Adam dengan harapan yang dia akan mengucapkan selamat tinggal untuk kali terakhir, namun bayangnya pun tidak kelihatan.

 

“Rina, It’s over.... sudahlah.... jangan di ingat lagi perkara yang lepas. Pandang kedepan. Kalau kau sayangkan dia, beri lah dia ruang untuk melupakan kau....tanggungjawabnya berat. Berilah sedikit simpati kepadanya....” Zuria menasihati Adriana.  

Adriana hanya mampu mengangguk lemah. Lepas bersalaman dengan semua yang hadir, Adriana melangkah pergi meninggalkan kota kelahiran yang menyaksikan pelbagai peristiwa hidupnya......

 

                                        --------------------------------------------------------------

 

 

Adam membelek pesanan ringkas dari yang didapati daripada Adriana, menyatakan yang ia akan berangkat pulang. Sesekali matanya menjeling melihat jam dinding yang ada di kamarnya. Pastinya Adriana telah selamat berlepas ke destinasinya. Dia bangun dari pembaringan dan memetik suis lampu. Terlalu lama dia memerap dalam kegelapan.


Dia terkenang kembali saat dia melangkah keluar dari pejabatnya pagi tadi, untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Adriana, telefon bimbitnya bebunyi dan tertera nombor yang tidak dikenalinya. Ternyata pangilan tersebut dari jabatan kecemasan dari hospital yang berdekatan yang menyampaikan berita yang Natalia mangsa langgar lari. Dia bergegas ke hospital sebaik saja mendapat berita tersebut. Ternyata Natalia dalam keadaan kritikal. Pendarahan dalam yang agak parah membuatkan Adam tiada pilihan selain memilih untuk menyelamatkan bayi didalam kandungan atau menghadai risiko kehilangan kedua-dua ibu dan anak.

 

Berjam lamanya  Natalia bertarung nyawa di kamar bedah. Doktor– doktor pakar  pastinya sedang berhempas pulas untuk menyelamatkan ibu dan bayi dalam kandungannya. Hampir gelap pandangannya bila doktor menyampaikan berita yang walaupun bayinya selamat, namun Natalia tidak berjaya diselamatkan.

Pengkebumian isterinya selamat diselesaikan malamitu jua. Ramai tetamu yang hadir rata-rata menyatakan rasa simpati kepadanya.Tetamu-tetamu wanita pula kelihatan ramai yang mengesat airmata mengenangkanbayi yang baru sahaja melihat dunia telah kehilangan ibu. Adam memaksa dirinyaagar tersenyum, walaupun hambar. Beratnya mata memandang berat lagi bahu yang akanmemikul segala tanggungjawab untuk membesarkan anak gadisnya sendirian. Diamasih memikirkan bagaimana untuk hidup berdua tanpa Natalia disisi. 


Di  luar kedengaran para tetamu yang masih berborak sesama mereka. Sesekali kedengaran tangisan bayi di selang seli dengan dodoian dari Puan Seri Zakiah. Kasihan ibu, desis hatinya. Di waktu umur sebegitu beliau harus menjaga cucu sulung. Di saat kegembiraan menyambut ketibaan orang baru, mereka juga menangisi kehilangan Natalia, isteri yang dipilih bukan berdasarkan cinta tetapi sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai seorang Islam. Isteri mualaf untuk dibimbingi tetapi lebih banyak mengajarnya tentang kekuatan dan keinsafan. Kesabarannya Natalia menghadapi Adriana di saat-saat dia menantikan kelahiran bayi sulung dan keikhlasannya memberi kebenaran pada dia untuk menikahi kekasih hati amat-amat menginsafkan. Wanita manakah di zaman yang serba moden ini yang sanggup berkongsi kasih? Tambahan pula gadis berbangsa Inggeris yang juga merupakan pewaris perniagaan yang berjaya?


Buat masa sekarang dia menyerahkan urusan bayi tersebut kepada ibunya kerana dia tidak pasti apa yang perlu dilakukan.Segalanya dirasakan kosong. Hidupnya kosong tanpa Natalia, walaupun dengan kehadiran bayi mereka. Buat masa sekarang dia perlukan segala bantuan untuk membesarkan anaknya, dan ibulah yang terbaik untuk membantunya.

 

Kini dia harus menjadi ibu dan ayah kepada puteri peningalan arwah. Dia harus kuat untuk menghadapi masa hadapan. Masa hadapan yang memerlukannya menjadi tabah untuk membesarkan anaknya. Bayi kecil itu masih tidak mengetahui apa-apa dan terserah padanya untuk membentuknya menjadi manusia yang berjaya. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari kamarnya. Sebaik sahaja pintu kamar terbuka, langkahnya terhenti.

 

Di hadapannya tegak berdiri Adriana sambil mendukung bayi kecil yang masih kemerah-merahan. Masih kelihatan  kesan-kesan airmata diwajahnya, namun ia tersenyum, membawa harapan, yang bahagia masih menanti.

 

 

                                                            -TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa