Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,846
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 25

Adam menanti dengan sabar akan kehadiran Adriana di pejabatnya. Masih terngiang-ngiang nada gembira sewaktu Adam menelefonnya. Semenjak Natalia menceritakan pertemuannya dengan Adriana tempohari, Adam mengambil keputusan untuk bersemuka  dan meleraikan segala persoalanyang timbul diantara mereka bertiga.

 

Terdengar ketukan halus di pintu pejabatnya. Adriana tiba dengan berblaus merah dan berseluar palazo hitam. Gadis itu memang pandai memilih warna yang mampu menaikkan seri wajahnya yang sememangnya ayu.

 

“Assalamualaikum...” tegurnya sambil tersenyum. Adam membalas walaupun agak hambar. Dia mengunjurkan agar mereka duduk disofa.

 

“Sudah beberapa hari tak berjumpa dengan you, sibuk ke?” Adriana memulakan bicara apabila dilihatnya Adam seakan-akan gelisah. Dia sendiri cuba menutup kegelisahan yang dirasa. Pasti pertemuan ini diatur untuk membicarakan perbincangannya dengan Natalia tempohari. Dia sudah nekad untuk bersemuka dengan Adam untuk menyatakan hasratnya. Ini bukan saat dan ketikanya untuk berduka ataupun memendam perasaan. Walaupun perasasan malu masih menebal, Adriana membulatkan tekad untuk hidup bersama Adam, walaupun secara hakiki masyarakat akan melebelnya sebagai perampas. Dia tidak gusarkan perkara-perkara tersebut. Mengetahui Adam adalah miliknya dahulu sebelum dia memilih Natalia, sudah mencukupi baginya.

Bila saja Adam mengatur pertemuan ini, ia ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Biarlah hari ini menjadi penentu bagi segala persoalan.

 

Adam merenung Adriana. Cintanya pada gadis ini memang tidak pernah padam. Namun untuk pertama kalinya ia merasa amat sedih untuk bertemu ditambah pula dengan keriangan yang terpancar dari wajah gadis itu.

 

“Mama dan ayah kirim salam.” Katanya membuka bicara, cuba melindungi kegugupan. Berjaya.

 

“Waalaikumussalam. Mereka tahu you kemari?” soal Adam pula.

 

“Ya, mereka tahu segalanya....” jawabnya sambil tersenyum dengan penuh makna. Adam melepaskan keluhan.

 

“Maksudnya......”

 

They are my parents, pastinya I ceritakan everything kepada mereka dan kini, mereka tahu segalanya.” terangnya lagi.

 

Dia memerhatikan reaksi Adam yang agak terkejut dengan kenyataan itu. Dia kelihatan kurang senang apabila perkara ini diketahui oleh kedua orang tua Adriana sebelum mereka dapat berbincang dari hati ke hati.

 

“Kenapa Adriana?” Adam membuka bicara. “Kenapa you sanggup untuk bertemu dengan Natalia dan melukakan hatinya? You tahu yang dia hanya menanti hari untuk melahirkan dan dia tidak perlukan segala bentuk stress sebegini......”

 

“Setiap apa yang kita lalui akan menjadi sejarah hidup yang boleh menjadi pengajaran ataupun panduan untuk masa depan. Apa yang kita berdua lalui adalah satu kisah yang tidak mungkin kita berdua dapat lupakan. Percayalah, tiada siapa yang inginkan apa yang kita berdua lalui.. tetapi tidak dapat dinafikan yang menjadi pengajaran pada diri kita semua..”

 

This is not you.... not you at all.  Adriana yang I kenal adalah seorang yang bersih hatinya, sentiasa mementingkan hati dan perasaan orang lain sebelum dirinya....”

 

“Well, manusia berubah Adam. I tidak menyangka yang I sanggup lakukan semua ini. Sanggup menjadi isterimu walaupun Natalia telah menjadi isteri yang sah. Percayalah, yang memang tiada niat untuk menyakitkan hatinya atau sesiapa saja dengan keputusan ini.  You juga pernah mengatakan setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bohong kalau you mengatakan yang you tiada perasaan sayang terhadap perhubungan kita ini kerana I sendiri dapat merasakan kehangatan cinta you.” rayuan Adriana bagai merentap sanubarinya.

 

Telah dia cuba menanam jauh di sudut hatinya agar perasaannya terhadap Adriana disembunyikan, ternyata dia gagal.

 

“Sebagai seorang wanita yang waras, I melempar jauh keegoan, agar akhirnya kita dapat bersama. Please don’t fight the feeling Adam......

 

Adam melepaskan keluhan yang amat dalam memikirkan antara cinta dan tanggungjawab. Didalam situasi ini apakah perlu dituruti hati dan perasaan  ataupun berfikir secara rasional. Walau apapun keputusannya, pasti ada yang terluka.

 

“Rin.... sememangnya aku masih menyintaimu sepertimana hari pertama kita berjumpa. Aku telah berkali-kali mengigati diri ini yang aku mempunyai tanggungjawab yang amat berat berbanding dengan suami-suami yang lain, isteriku seorang mualaf yang amat memerlukan didikan dan bantuanku. Adilkah aku kiranya disaat-saat yang dia amat memerlukan aku disisi, aku melayarkan perasaan cintaku pada yang lain? Aku tidak mahu berlaku kejam dengan menyakiti perasaannya kerana, seikhlas manapun seorang isteri mengizinkan suaminya untuk berpoligami, pasti terguris jua kira suaminya bermain cinta dengan yang lain.......”

 

Adriana memerhatikan Adam menundukkan kepala. Benarlah telahannya, Adam masih menyintainya, dan kecintaan itu amat-amat membelengu dirinya. Lelaki manakah yang sanggup melupakan kekasih hati hanya semata-mata mahu menjalankan tanggungjawapnya sebagai seorang suami? Rata-rata yang diketahuinya akan mengambil kesempatan untuk memiliki semuanya dengan berpoligami. Bergenang air jernih dikelopak matanya dan segera ia cuba hindari daripada berlinangan.

 

“Rin, apa yang kamu mahukan tak mungkin aku dapat tunaikan. Walau betapa dalam cintaku padamu, aku ada amanah yang menjad itanggungjawabku dan demi Allah, aku tidak mahu mensia-siakan. Biarlah cintakita aku simpan sebagai kenang-kenangan jauh disudut hati. Mungkin suatu hari nanti kita mengimbau kembali kenangan ini sebagai suatu memori yang indah........”

 

Lidah bagaikan kelu untuk menjawab, Adriana terus bangun dan meninggalkan Adam sendirian dikamarnya. Ia sama sekali tidak menyangka yang inilah kesudahan kisah cinta mereka. Segala pengorbanannya terasa sia-sia sahaja. Adam lelaki budiman yang tidak akan meninggalkan tanggungjawab terhadap isterinya.

 

Adam hanya memerhatikan Adriana pergi meninggalkannya.

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa