Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,889
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7

Sudah hampir setengah jam Zuria menanti kedatangan. Di hari minggu selalunya dia lebih gemar untuk ke luar kota menikmati keindahan  alam sekiranya tiada program yang harus dijalankan namun pagi itu, sedari pagi lagi Adriana telah menelefon mengajak  bersarapan bersama. Bukan perkara asing untuk mereka makan bersama dihujung minggu, tetapi selalunya mereka akan pergi untuk brunch,gabungan sarapan dan makan tengahari dan merasa pelik apabila temannya itu mengajak untuk minum pagi dan bukannya brunch seperti kebiasaan.

 

Jam hampir menunjukkan pukul 9 pagi dan perutnyadah mula berbunyi minta di isi. Mana  siRina ni? Dia pantas mematikan enjin kenderaan dan menuju ke gerai Pak Mat Nasi Dagang yang terkenal di kawasan tersebut. Dah berniaga di situ sudah hampir sedekat, mulanya dengan hanya buka meja sahaja sekarang dah ada lori kecil,ala-ala ‘foodtruck’. Hipster jugak Pak Mat ni.. fikirnya sambil tersengih sendirian.   Kecur bila terbayangkan Nasi Dagang berlaukan kari kambing, ayam kampung dan itik. Lambat oder, alamat tak merasalah nampaknya.

 

“Ayya, baru sampai? Kamu sorang saja? Mana si Rina?” Sapa Pak Mat dari jauh dengan memanggil nama timangannya semenjak diakanak-kanak lagi. Memang sedari kecil Zuria sering mengikuti bapa untuk membelisarapan di situ.

 

“Janji tak boleh pakai Pak Mat, dah puas saya tunggu dalam kereta, batang hidung pun tak nampak lagi.......”

“Hah! Mengata aku ya?” sergah Adriana dari belakang. Entah bila dia sampai tidak disedari oleh Zuria. 

 

“Sampai pun. Hai... menunggu kau sampai boleh jadi kucing bertanduk. Janji pukul 8.30 ni dah pukul 9. Tahu tak orang dah lapar?L.A.P.A.R” dia mengeja untuk menunjukkan betapa dia tersangat lapar. Adriana hanya tertawa. Dia faham benar sikap temannya itu, sering lapar apabila melihat  makanan.

 

Persahabatan mereka terjalin semenjak di bangku sekolah apabila dia berpindah mengikut ayahnya Cikgu Shafie untuk mengajardi sekolah Adriana. Sewaktu diperkenalkan oleh guru kelas, dia kelihatan pendiam dan diarahkan untuk duduk disebelah Adriana. Perlahan-lahan dia berjalan kemeja dan meletakkan beg di lantai sambil di perhatikan Adriana. Sebaik sahaja Adriana mengenalkan diri, dia terus berbicara tanpa henti seolah-olah telah lama berkenalan.

 

“Apahal pagi-pagi lagi dah ajak sarapan? Mesti ada cerita bagus...” Adriana hanya tersengih-sengih. Tidak sabar rasa mahu berkongsi cerita.

 

“Kau pernah tak sukakan sesuatu hinggakan kau rasakan kalau tak dapat, tak boleh tidur malam...”

 

“Hmmm.... macam kau nak makan nasi dagang sampai tak boleh tunggu pagi nak ajak sarapan di sini?” ujar Zuria dengan selamba. Dia pura-pura tidak memahami apa yang ingin disampaikan.

“Kau dan makanan memang tak dapat dipisahkan....”katanya sambil ketawa.

 

“Kita dah berkawan dari sekolah lagi, kalau kauta k cakap pun aku tahu apa yang ingin kau sampaikan. Mesti pasal sidia kan?”soalnya.

 

Adriana mengangguk sambil tersenyum malu.Tersenyum mengingati tutur kata, wajah jejaka yang telah berjaya menambat hatinya tetapi malu bila perasaannya dapat dihidu oleh teman baiknya walaupun dia tidak pernah menceritakan kepadanya. Mana mungkin dia bercerita sedangkan dia sendiri baru menyedarinya. Pada awalnya disangkakan cuma perasaan biasa tetapi beberapa hari kebelakangan ini perasaan itu semakin kuat bertapak dihatinya.

 

“Baguslah. Dah lama sangat sidia menunggu agaknya.Dah lama aku tunggu  kau nak share your feeling dengan aku, akhirnya dekat Pat Mat Nasi Dagang barulah nak menceritakan perasaan C.I.N.T.A pada dia... Lain Kali pilihlah tempat yang hipster sedikit, barulah boleh jiwang” dia berseloroh. Berderai tawa mereka berdua. Beberapa orang pelanggan Pak Mat menoleh memerhatikan mereka. Adriana menekup mulutnya untuk menahan tawa. Pak Mat sendiri memerhatikan mereka berdua sambil tersengih. Budak-budak berdua ni kalau bertemu ada saja bahan ketawa mereka.Dia senang melihat persahabatan kedua mereka kian kukuh semenjak dari kecil.

 

“Entahlah Yaya, aku pun tak faham. Perasaan ini datang tiba-tiba saja. Mula-mula baru kenal setakat minat sahaja, maklumlah muka handsome. Bila kenal macam tak suka pulak. Iyalah rasanya macam dia berlagak pula tambahan aku rasa macam... alaaa siapalah aku rupa pun tak ada.Dia mesti ramai teman wanita tapi cara dia layan aku membuat aku rasa soooooo special!”

 

“Selama aku kenal engkau berdua, tak pernah pula aku lihat dia layan kau sambil lewa. Aku rasa dia pun memang sukakan engkau,cuba duduk berbincang berdua, tanya pasal perasaan masing-masing, bukankah bagus? Tak adalah meneka dalam kesamaran lagi”

 

“Berbincang dengan dia? Hahahaha” dia tertawa lagi. “Baru kenal pun dia selalu kenakan aku. Cuba bayangkan aku mencurahkan perasaan pada dia... mahu pengsan dia dengar. Baru sangat aku kenal dia. Macam tak logik pula boleh jatuh hati. Malu nanti”

 

“Eh, nanti sekejap. Kita bercakap pasal siapa ni?”soal Zuria

 

“Adam” jawabnya pantas

 

“Bagaimana dengan Haikal? Selama ini aku lihat kau rapat dengannya?” soal Zuria lagi. Pening memikirkan hal temannya itu. Selama dia mengenali Adriana, difikirkan yang Haikal adalah jejaka pilihan hati tetapi ternyata telahannya silap. Adriana tersengih bagaikan anak-anak yang ditangkap melakukan kesalahan. Bagaimana harus diterangkan pada temannya itu.

 

It’s complicated!” ujarnya. Bagaimana harus dia terangkan perasaannya pada Haikal, sedangkan Haikal tidak pernah sekalipun meyuarakan rasa hati padanya.Sedikit demi sedikit api kerinduan terpadam dengan kehadiran Adam. Akhirnya perasaan terhadap Haikal terkubur dengan sendirinya.

 

“Apa kurangnya Haikal? Tampan, baik dan mengambil berat tentang kau. Apa lagi yang kau cari?” bertubi-tubi soalan diajukan.Senyuman diwajah berubah menjadi serius. Semenjak dia diperkenalkan dengan Haikal, dia dapat merasakan bunga-bunga cinta antara mereka berdua tetapi perhubungan mereka sering ada pasang surut. Ada ketika mereka akan saling berhubungan melalui telefon sepanjang hari dan ada ketikanya telefon mereka akan sunyi daripada deringan selama beberapa hari. Dia sudah masak dengan kelakuan mereka tetapi dia tidak mengerti bagaimana perasaan Adriana boleh berubah dengan sekelip mata.

 

“Haikal adalah masa lalu... aku sendiri tak faham tentang dia. Kadang-kadang aku rasa dia sukakan aku, ada waktu dia macam menjauhkan diri daripada aku.” Zuria melepaskan keluhan kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Walaupun telah lama berkawan, kadang-kadang Adriana agak susah difahami.

 

“Eh kenapa dengan kau ni? Tiba-tiba saja berubah?”tegur Adriana bila dilihat perubahan pada Zuria.  Bagaikan baru tersedar dari mimpi, Zuria memandang Adriana sambil tersengih.

 

“Err kalau macam tu aku tackle Haikal lah....” gurau Zuria. Namun Adriana dapat merasa akan kebenaran disebalik kata-kata tersebut. Dia terus mendiamkan diri sambil terus menyuap makanan kemulutnya.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa