Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,857
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 9

Sepanjang perjalanan pulang Adriana melelapkan mata, berpura-pura tidur. Ia menoleh ke sebelah, dilihat Adam tekun memandu. Dia mengambil peluang tersebut untuk menatap wajah Adam sepuas-puasnya. Lelaki yang teramat baru dikenali dan kini baru saja melamarnya. Percayakah diapadanya sehingga sanggup menerimanya sebagai suami?

Haikal yang dikenali bertahun-tahun lamanya pun masih teragak-agak untuk menyampaikan suara hati. Wajah tenang Adam terus ia tatapi seolah-olah tidak jemu. Hmmm!! Betul kata Zuria, wajahnya persis pelakon Hindustan Htritik Roshan. Teringat dia betapa Zuria beria-ia menyuruhnya menonton VCD cetak rompak Kabbhi Kushi Kabbhi Gham. Sanggup Zuria membelanjakan RM 8 untuk membeli VCD tersebut agar ia dapat membuktikan pada Adriana yang Adam seiras dengan pelakon tersebut.

“Kau mesti tengok cerita ni, sedih.... mesti lelehlaaaa.....” ulas Zuria bersungguh-sungguh sambil wang bertukar tangan dengan penjual di kawasan PS.

“Aku tak nonton Hindustan, please....” jawab Adriana seraya memandang Zuria. “it is soooo......”

 

“Ok...ok.... aku tahu.... its a waste of your precious 3 hours, tapi kau memang kene tonton filem ni.” Potong Zuria tanpa membenarkan Adriana menghabiskan kata-katanya.


 “Tapi...”

 

Notapi...tapi.... kau tengok jugak!” pintas Zuria. Mahu tak mahu Adriana terpaksa mengangguk. Itu saja caranya untuk melepaskan diri dari Zuria.

 

Sejak hari tersebut, Zuria akan terus menghantuinya agar menonton VCD tersebut.

 

Ring...ring.... 

 

“Hello...”

 

“Dah tengok cerita tu? Tanpa mengenalkan diri,terus bertanya.

 

“Belum. Tak sem....”

 

“Cepat tengok.” Klik. Telefon dimatikan.


Ring...ring...

 

“Hello...”

 

“Dah?”

 

“Belum”

 

“Tengok cepat” klik.

 

Ring...ring.... dan begitulah sehingga Adriana mengambil keputusan untuk menonton filem tersebut walaupun dalam keadaan terpaksa.

 

Sebesen popcorn diletak atas meja disamping sebotol minuman dingin. 


Makan check,minum check, malapkan lampu check.... hurmmmm..... Adriana melepaskan keluh. Kalau dah terpaksa menonton, biarlah dengan bergaya. Dengan malas ia mencapai kontrol televisyen dan menekan butang merah.

 

2 minit pertama...... cerita masih belum bermula..... 5 minit berlalu, masih belum mula.... akhirnya.... padang kriket.... pengulas berbahasa Hindi yang tidak difahami.... ok.... apa lagilepas ni? Hati Adriana berkata-kata sambil tersenyum....

Hmmm... lelaki pakai serba putih.....denganvest.... ini menarik..... ia membetul kan kedudukannya.

 

Tiba-tiba.... sepasang mata disebalik cap biru, begitu tajam merenung, menanti pitcher untuk melontar.  Lontaran dibuat, sepasang mata umpama tasek yang kehijauan membuat Adriana terpana. Hidungnya, senyumnya..... benar kata Zuria, ia ibarat melihat Adam berlakon filem hindustan.

 

“Apa macam? Ada cacat cela?”

 

Adriana tersentak. Lamunannya mati secara tiba-tiba ibarat segala lagu hindustan yang bermain difikirannya seolah-olah dimatikan secara mengejut. Adam menoleh kearah Adriana sambil tersenyum. “Ada mana-mana bahagian yang cacat cela?” ulang Adam lagi

 

Adriana hanya mampu menggeleng sambil tersenyum. Dia menyandarkan diri, sambil melelapkan mata, pura-pura tidur semula.Malunya!!!!! Hatinya menjerit.

 

Previous: Bab 8
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa